بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Lambat juga bersiaran untuk statistik blog bulan Mac. Setiap bulan memang akan MF keluarkan entry ni.. Untuk tengok perkembangan blog... Untuk beri inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri dalam berblog...
Bila tengok prestasi blog untuk bulan Mac, memang puas hati... Blog meningkat dari bulan Februari...
Kalau bukan lepas hanya 60k pageview... Meningkat lebih 20% kepada 80k... Alhamdulillah...
Rasa termotivasi betul lihat statistik bulan Mac ni..
Bilangan pengunjung pun bertambah... Bila dalam 45-50k sahaja... Meningkat juga kepada 65k...
Keywordnya untuk bulan Mac tak banyak beza dengan bulan lain... Masih juga keywordnya yang sama... Pasal resepi Mee Kari, pregnant test guna clorox, pati haruan dan juga tanda apendik... Semua entry ni ditulis adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri... Rupanya memberi impak yang besar pada pembaca lain juga. Setiap hari keyword inilah yang melekat di blog ni... Kerana tu, mampu raih pageview yang tinggi.
Kesimpulannya... MF boleh katakan... Nak raih pageview dan peningkatan berblog ni kena usaha... Ikhlas dalam berblog dan entry... Entry berbentuk ilmu berdasarkan pengalaman sendiri itu sangat berguna untuk dikongsikan bersama...
Mungkin masa kita taip entry tu, tak ramai pun pembaca, tapi entry terperangkap dan lama begini akan dicungkil balik oleh pembaca melalui Google search...dan seterusnya meraih pageview yang tinggi...
Alhamdulillah.. Suka dengan peningkatan ni... Syukur sangat.. Rasa nak terus berblog bila lihat perkembangan positif macam ni... Moga MF terus diberi ruang dan peluang untuk mencoret lebih ilmu dan idea untuk tatapan pembaca semua. Entry MF memang kebanyakan tak raih komen yang tinggi... Tapi pageview setiap entry sangat memberangsangkan... Setiap satu entry boleh cecah ratusan dan ribuan view... Maknanya ramai orang baca tapi tak komen.. Kerana yang baca tu mungkin bukan blogger tapi hanya rakan dan stalker...
Mereka inilah penyumbang peningkatan blog kita... Terima kasih buat pembaca juga rakan blogger... Terima kasih atas sokongan semua.. Alhamdulillah...