Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743

[TUTORIAL] CARA MENGATASI MASALAH TAK BOLEH CONNECT INTERNET AKIBAT DNS SERVER PROBLEM

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Internet dengan blogger macam kawan karib tau... tak boleh kalau takde internet... MF ni ada internet tapi masalah baru-baru ni yang MF hadapi ialah laptop tak boleh connect internet... stress betul... kat smartphone atau tablet boleh pula...


Memula biar je.. tapi tak boleh jadi, kena cari jalan penyelesaiannya... sebab job review ada due date .. nak pinjam komputer suami.. dia pun ada kerjanya..

Akhirnya, MF cuba selesaikan sendiri berpandukan carian di google.. memang masalah betul... cari dan cuba ikut tutorial tapi dalam bahasa Indonesia... nak memahamkan dan menyelesaikan masalah dalam masa yang sama...

Setelah godek sana dan sini.. akhirnya berjaya MF selesaikannya.. rupanya masalah Internet Protokol atau singkatannya IP Address..

Baik.. MF cuba kongsikan cara penyelesaiannya tu kat sini.. kot boleh bantu orang lain yang ada masalah yang sama..

Langkah pertama..

Control Panel > Network and Sharing Center
Gambar 1
Kemudian, klik pada Change adapter settings (Rujuk Gambar 1)

Dah klik tu, carilah Internet Connection yang korang guna, sama ada WiFi ataupun kabel LAN.

Gambar 2
Macam MF guna Wireless Network Connection.. Right Click > Properties (Rujuk Gambar 2)

Kemudian, akan keluar popup window baru... seperti Gambar 3.

Gambar 3
Dah keluar seperti gambar 3 , Double Click yang MF Highlight tu iaitu Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4). Bila Double Click akan keluar lagi Popup Window lain... seperti Gambar 4:

Gambar 4

Bila keluar seperti Gambar 4. Korang pastikan yang MF highlight dengan kotak merah tu ditandakan (tick) "Obtain DNS Server address automatically" lepas tu tekan OK, OK...

Kemudian boleh cuba refresh semula laman web yang nak dibuka tu... Insha Allah boleh guna dah...

Tutorial ni untuk Window 7 Professional.. Untuk Window yang lain hampir sama je, cuma korang kena cari la di mana letaknya Internet Protokol tu.. Ubah yang tu je..

Selesai masalah.. ingatkan rosak benda apa kan.. sekali setting je.. Alhamdulillah..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4743


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>