بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ini bukan entry berbayar jadi..Review dari pengalaman sendiri...
Sekarang MF dah kerja pagi... Masuk kerja sebelum 7.10 pagi... Mau tak kelam kabut... Dengan nak urus anak lagi... Perjalanan pergi kerja 18KM sehala... Serius.. Memang tak dan juga nak bersiap kengkadang tu...
Tapi sebagai guru, tetap kena kelihatan dengan muka yang ceria berseri kan... sebab budak sekarang.. Segala pasal cikgu dia tengok... Beg tangan cikgu pun dia tegur... Kita dulu tak kisah cikgu tu macam mana asalkan cikgu tu ajar Best kan..
Ok.. Muqaddimah bukan main panjang...
Back to our topik.. Sebenarnya sebab kesuntukan masa tapi nak muka berseri walaupun tak berbedak MF dah jumpa penyelesaiannya iaitu BB Cream Cosmoderm.
Memang best... Kalau tak sempat nak pakai pelembap pun takpe.. Sebab fungsi BB CREAM ni dah memang berfungsi untuk melembapkan dan juga merawat kulit dalam masa yang sama. Jadi, tak perlu risau dah..
Nak pakai pun mudah.. Calit-calit je.. Lepastu ratakan dengan span... Siap... Terus muka jadi sekata dan menutup cela... tak payah nak pakai bedak lagi... Terus oles gincu atau pelembap bibir.. Siap!
MF pernah juga pakai satu jenama bb cream lain.. Yang popular juga la.. Tapi agak susah nak apply.. Tak macam bb cream cosmoderm ni.. mudah sungguh nak pakai... Tak sampai lah 5 minit ha! Dah siap dah touch up muka.
Jadi, memang dah jatuh cinta juga dengan bb cream cosmoderm ni.. Dah lama beli tapi punya la lambat nak habis.. Berbulan dah tu rasanya... Tapi memang Best pakai... Harga pun murah dan berbaloi beli... Harga tak ingat berapa.. Boleh tengok kat website cosmoderm sendiri... Tak pun boleh beli kat Guardian, Watson, Aeon ataupun Lazada je la senang.. Hehe..