بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.
Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 😅
Terlebih tidur 😴
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah 💭. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.
Berbuka secara buffet sampai buncit 🍤🍹🍩🍪🍌🍍
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!
Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 💸💸💸
Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 📈
Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending ⛔
, sebab tak solat. Ayoyo! 🙈🙈
Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.📚📕📓 Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.
🔟 Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem! 🎊
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 💯✔

Perasan juga dengan fenomena nih...
Terutama di Facebook... MF scroll wall Facebook bulan puasa ni jarang jumpa post-post yang bermanfaat... Yang banyak orang post, berbuka, bersahur makan apa... Makan dekat mana.. berbanding bulan tak puasa.. banyak orang kongsikan tips, ilmu yang bermanfaat dan kata-kata motivasi...
Ingatlah puasa bukan sekadar tahan. Lapar dan dahaga... Tapi lebih daripada tu... Jom ubah rentak puasa moga jadi lebih baik...