Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

8 Tips Mendidik Anak Lelaki

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Tips Mendidik Anak Lelaki | Alhamdulilah..Selepas 3 anak perempuan sederet, akhirnya Allah anugerahkan anak lelaki tanpa dirancang. Itulah doa yang pernah dititipkan, Allah pegang doa tu dan Dia makbulkan tepat pada masanya walaupun kita tak bersedia pada waktu tu.

Dalam mendidik anak, lelaki dan perempuan mesti ada bezanya. Bab mendidik anak perempuan, boleh dikatakan tahu la juga sebab dah 3 anak perempuan ni.. Jadi, boleh 'baca' dah ragam emosi, perangai mereka. Tapi bab mendidik anak lelaki sedari kecil kena juga study bila ada anak lelaki.

Melihat keletah anak lelaki di tempat awam... Terdetik di hati... Memang macam ni ke perangai anak lelaki? Macam dalam keluarga MF sendiri pun punyai anak sedara lelaki yang ramai... Jadi, tertanya sendiri macam ni anak lelaki... Ish... Tak boleh ke ubah perangai tu kan.. Bila kita lihat ragam anak lelaki yang menguji kesabaran tu.

Jadi, disebabkan terdetik soalan itu, MF cuba dapatkan jawapan dengan pembacaan dan rancangan ilmiah... Dan perkongsian dari Ustazah Harlina Siraj dalam rancangan Tanyalah Ustazah ni sangat bermanfaat untuk menjawab detik hati MF tu.

8 Tips Mendidik Anak Lelaki

8 Tips Mendidik Anak Lelaki

PERANAN BAPA:

1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun. 

Sekarang ni pun memang suami yang banyak uruskan anak-anak. Alhamdulilah.

2. Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya.

Insha Allah tips ni akan dipraktikkan dengan lebih kerap dan berjadual... Insha Allah... Azam ibu bapa hebat 2018.

3. Ajak anak bergasak atau bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal. 

Nampaknya sesuai sangat kalau lawan TTS ni...

4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.

Contoh: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

5. Dukung anak atas bahu.

 Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU

1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.


2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. 

Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3. Berikan pujian atas usahanya walaupun  kecil.

Anak lelaki memang suka dipuji... Kalau kurang pujian, sampai ke besar akan terkesan juga...

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk diri sendiri dan ibu bapa lain diluar sana.

Sekian, semoga bermanfaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>