بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kadar Bayaran Pengasuh 2018 | Info ini MF dapat dari page bersumberkan dari group pengasuh....Cuma tak dapat dikenal pasti group pengasuh mana... Sebab kat Facebook tu banyak sangat group pengasuh mengikut kawasan.
Namun, MF kongsikan rate ini untuk panduan secara umum sahaja... Tapi untuk lebih kepastian boleh rujuk pengasuh persendirian masing-masing.
Ada pengasuh ok dengan harga hasil perbincangan bersama ibu bapa... Ada juga ada tetapkan harga mengikut kaedah ini...

Kadar Bayaran Pengasuh 2018
Cas Bayaran bagi bayi berusia 3 bulan hingga 4 tahun :
Bayaran dikira mengikut jam:8 jam : RM350
10 jam : RM450
12 jam : RM500
Kerja shift (12 jam) : RM550
Lebih masa (OT) : RM5.00/sejam
Cas Harian:
Sehari : RM60 (12 jam)Separuh hari : RM40 (8 jam)
Transit sekolah rendah : RM150/sebulan
Transit tadika (12pm/5.50pm) : RM200/sebulan
Cas Hari Cuti
Jumaat/Sabtu : RM70Sabtu/Ahad : RM70
Cuti Umum : RM80
Cas Bermalam : RM100
![]() |
sumber: Facebook |
Ini antara yang MF dapat info dari Facebook tu... Tapi maklumat lanjut boleh rujuk taska, tadika atau pengasuh masing-masing.
Ada pengasuh ok, ada yang tidak... Sebab pengasuh pun manusia juga.
Bagi MF memang logik la naik harga ni sebab pengalaman MF hantar anak pengasuh 4 tahun lepas pun RM300 seorang... Cuma MF syukur pengasuh MF tu tak berkira orangnya.. Ambil lambat ke, cuti ke takde cas tambahan... Bahkan makan pun kadang MF tak sediakan.. Dia yang masakkan semua... Alhamdulilah...
Nak cari pengasuh persendirian ni kena cari yang betul-betul suka anak-anak bukan sebab kerjanya mengasuh. Atau duit semata-mata.
Tapi kalau pengasuh yang berdaftar, pastikan ada semua pekerja tu didaftarkan dengan pihak berwajib.
Rate yang MF kongsikan ni mungkin di kawasan bandar sebab dikawasan kampung atau luar bandar masing dalam lingkungan RM250 macam tu.
Apa pun memang menguji nak cari pengasuh yang baik dan serasi... MF sekarang ni Alhamdulilah dah tak pening fikirkan pengasuh sebab suami MF jadi MR.Mama di rumah... Dia bekerja di rumah sambil mengasuh semua anak-anak kami... Alhamdulilah.. Jadi tak risau bab duit atau bab penjagaan yang tak sempurna.. Rezeki MF di situ.
Apa pun, MF doakan ibu bapa yang sedang mencari pengasuh anak di permudahkan urusan dan dapat pengasuh yang baik dan serasi.
Sebenarnya, bab mengasuh anak ni..Kena ada toleransi... Kita mudahkan urusan pengasuh, pengasuh pun insha Allah tak kan berkira dengan kita.. Insha Allah...
Sekian, semoga bermanfaat.