Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Bila Waktu Sesuai Khatan/Sunat Anak Lelaki?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila Waktu Sesuai Khatan/Sunat Anak Lelaki? | Musim cuti sekolah hujung tahun, selain musim orang kahwin, musim penghijrahan anak-anak lelaki kepada alam dewasa iaitu musim berkhatan.

Sana-sini seronok baca kisah anak-anak yang berkhatan... Macam-macam ragam...

Sejak ada anak lelaki ni, mula la belajar pasal anak lelaki pula... Dan sememangnya terdetik juga di minda ni waktu yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Pernah terbaca, ada yang khatan masa masih bayi... Ada yang khatankan waktu dah sekolah tadika... Dan ada juga bersekolah rendah...

Sebenarnya bila waktu yang sesuai untuk khatankan anak lelaki? Kalau anak perempuan MF tahu lah... Iaitu masa masih bayi... Kalau anak lelaki banyak versi...

Jadi, panduan dari penulisan Dr. Taufiq Razif di Telegram Channel kelolaan beliau  seolah menjawab persoalan ini...

Bila Waktu Sesuai Khatan/Sunat Anak Lelaki?

Bila Waktu Sesuai Khatan/Sunat Anak Lelaki?


Sebenarnya benda ni agak subjektif sebab kematangan setiap anak adalah berbeza. Cuma info yang saya bagi ni boleh dijadikan panduan untuk ibubapa semua.

1. Kalau nak sunat masa anak masih kecil sebaiknya di bawah umur 2 tahun. Masa ni fungsi dan perkembangan sosial dan juga kognitif anak masih belum berkembang sangat lagi. Jadi, anak pun kurang trauma kalau kita khatan mereka pada umur tersebut

2. Kita kena tengok juga kematangan emosi anak kita. Jika anak belum bersedia, jangan dipaksa. Tugas seorang ayah lah untuk memberi penjelasan dan membentuk keyakinan pada anaknya. Anak yang belum bersedia hanya membawa kepada trauma berpanjangan hingga ke alam dewasa.

3. Elakkan juga berkhatan pada waktu mereka sedang dalam proses mengenal organ seksualnya, iaitu waktu awal remaja ( lepas sekolah rendah/di awal sekolah menengah ). Dikhuatiri akan memberi kesan kepada psikologi seksual anak kita.

Semoga bermanfaat. Apa pun InsyaAllah ibubapa lah yang lebih tahu waktu terbaik untuk anak mereka berkhatan =)

Kredit: Telegram Channel @NotaTaufiqRazif #notaparentingTaufiqRazif

Jadi, MF dah dapat sedikit gambaran bila waktu sesuai untuk khatan anak lelaki MF ni..

Insha Allah, dah boleh set tarikh dan cari masa untuk khatankan anak bujang sorang ni nanti... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>