Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Sedekah Setiap Ruas Tulang

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Sedekah Setiap Ruas Tulang


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan membuangkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah".(HR Bukhari No: 2767) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Setiap Muslim dituntut untuk melakukan amal kebajikan kepada orang lain setiap hari dan waktu  dengan menggunakan seluruh ruas tulang yang ada.

2.  Antara sumbangan amal yang boleh dilakukan oleh setiap Muslim bagi menggerakkan sendi dan tulangnya untuk mendapat ganjaran pahala sedekah melalui amalan khidmat yang dilakukan:

a.  mendamaikan antara dua orang yang berselisih atau bergaduh

b. menolong seseorang untuk menaiki kenderaan seperti membukakan pintu kereta, membantu mengangkat barang ke atas kenderaan dan sebagainya

c.  mengucapkan atau menuturkan perkataan yang baik ke atas orang lain

d. langkah berjalan menuju tempat untuk menunaikan solat 

e. mengutip atau mengalihkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menjadi halangan di jalan raya termasuk sampah.

Semoga segala kegiataan dan aktiviti yang kita lakukan setiap masa akan mendapat ganjaran pahala sedekah ke atas ruas tulang yang digerakkan. Jadilah kita orang yang bermanfaat kepada orang lain.


Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>