Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4746

Bahayanya Kalau Anak Tak Cukup Tidur

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bahayanya Kalau Anak Tak Cukup Tidur | Anak kecil... Jiwanya bermain... Kadang kerana main hingga tak makan dan tak tidur. 

Anak MF pun macam tu tak reti nak tidur kalau dah main. 

Kena paksa la kalau nak bagi tidur..  


Tempoh tidur ikut umur

0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam
1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam
3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam
7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam
12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam

sumber: google images

6 Kesan Bahaya Jika Anak Tak Cukup


1. KURANG TUMPUAN

MF perhatikan anak-anak murid MF di sekolah... Memang nampak layu dan lemah dalam kelas. Bila tanya sebab tidur lambat...

Lepas jam 12 tak tidur lagi... tu yang buatkan otak pun jadi penat.

Dalam sebuah jurnal American Pediatrics, dijelaskan bahawa kurangnya tidur boleh menyebabkan masalah kognitif dan perlakuan anak dalam jangka masa panjang. Pada usia 7 tahun, mereka mendapati anak-anak yang tidak mendapat cukup waktu tidur memiliki skor yang lebih rendah dalam hal melibatkan ujian penumpuan dan kemahiran logika.

Rutin tidur yang tidak tetap pada anak-anak juga boleh mengganggu jam biologikal pada anak. Seperti sebuah timekeeper, jam biologikal ini adalah sebuah sistem internal tubuh yang sensitif terhadap waktu bangun dan waktu tidur dalam tempoh 24 jam. Apabila isyaratnya kucar-kacir, ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan serta memberi kesan kepada otak untuk mengingat dan belajar sesuatu yang baru.



2. SUKAR MENGAWAL EMOSI

Ini sungguh la... Anak MF kalau tidur lambat, dia punya tantrum... berganda-ganda dahsyatnya... 

Tu buatkan kita pun sukar kawal emosi gak... 

Sebuah kajian jangka masa panjang yang dibiayai oleh National Institute of Health pula melaporkan bahawa kekurangan tidur boleh mendedahkan anak kecil ini kepada masalah untuk mengendalikan emosi dan kemurungan.

Malah, hanya selepas 2 hari mengalami kekurangan tidur dan waktu tidur anak yang tidak tetap, mereka dilihat kurang bersemangat walaupun terhadap perkara yang mereka suka. Bukan itu saja, anak ini juga semakin sukar mengingat memori serta pengalaman dari sudut yang positif.



3. MELAMBATKAN PERKEMBANGAN MINDA

Sebuah eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji di London, di mana mereka meninjau pola tidur dengan kebolehan akademik. Mereka ditanya tentang kemahiran asas berkaitan huruf dan nombor.

Hasil penelitian didapati anak-anak berusia 3, 5, dan 7 tahun yang kurang tidur mempunyai skor yang lebih rendah berbanding mereka yang mendapat waktu tidur secukupnya.

Ye lah kan... otak penat sebab tak cukup tidur macam mana nak berfikir dengan baik. Kita yang dewasa ni pun kan... kalau penat... tak boleh fikir apa dah kan...


4. MUDAH AGRESIF

Selain itu, kajian  menunjukkan bahawa kanak-kanak biasa turut cenderung mengalami simptom ini sekiranya waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.

Sekiranya anda mempunyai anak hiperaktif atau ADHD, kekurangan tidur mampu menggandakan sikap agresif, moody, dan emosional pada mereka.

Ni pun ye... Memang aktifnya boleh jadi hyper kalau tak cukup tidur... tak terkawal kadang-kadang.

5. TIDAK BERSEMANGAT

Candice Alfano, seorang ahli psikologi berpendapat bahawa waktu tidur anak yang secukupnya adalah mustahak seperti mana ibu bapa menjaga nutrisi, kesihatan, dan kebersihan diri anak mereka.

Sekiranya anak-anak anda bermasalah untuk bangun pagi setiap hari dan asyik kelihatan mengantuk dan tidak bersemangat di siang hari, kemungkinan ia adalah berpunca daripada waktu tidur anak.

Yang pernah berlaku kat anak MF, dia punya lemah tu buatkan kita risau je...

Asyik tidur tak tentu masa... sampailah dia cukup tidur terus elok semula... haih.. buat orang risau je.

6. RISIKO OBESITI

Salah satu hasil penelitian Journal of Pediatrics melaporkan bahawa anak kecil yang tidur lewat dari pukul 8 malam mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti pada usia remaja.

Di samping itu, tabiat tidur lewat juga mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak elok seperti snek tidak berkhasiat pada lewat malam. Hal ini tentunya akan menjadi faktor kegemukan bagi anak-anak mahupun dewasa.

Betul la yang... kita pun kalau tidur lewat lapar je kan... tu yang gemuk tu...

Sumber rujukan: https://siraplimau.com/waktu-tidur-anak-berapa-jam-normal/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4746

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Smile Quotes


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>