Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4742

3 Syarat Utama Untuk Mula Simpan Duit

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Syarat Untuk Mula Simpan Duit | Nak simpan duit, mudah sebut di mulut tapi payah nak buat.

Dengan hidup yang serba serbi perlukan duit... Bukan mudah untuk simpan duit.

Tapi, kata orang simpan lah duit untuk masa depan. Kita tak tau apa akan jadi pada masa akan datang.

Lagi banyak duit, lagi payah nak simpan

Lagi banyak duit kita ada atau kita dapat, lagi mencabar nak simpan sebab keinginan semakin tinggi juga masa tu. 

Jadi, tak hairan kalau kita kata ada orang tak cukup duit aje... Sebab bukan duit tak cukup... Tapi kehendak yang banyak... 

Eh.. Tapi betul ke statement tu? 

Apa pun, MF nak kongsikan 3 Syarat utama kalau nak mula simpan duit. 

Cara mudah simpan duit, cara nak mula simpan duit, syarat kumpul duit.

3 Syarat Untuk Mula Simpan Duit

1. Jangan selalu check baki

Kalau makan gaji, atau simpan duit di bank jangan selalu check baki.

Sebab bila dok tengok duit masih ada.. Masa tu kehendak kita akan datang.

Jadi, buatlah lupa dengan apa yang ada dalam bank tu... Anggap tak wujud pun tak pa.

2. Jangan beli benda tak perlu


Kena selalu buat wishlist... 

Buat ikut keutamaan.. Memang semua kehendak tapi dahulukan yang mana keperluan. 

Macam mana tu?

Yang mana satu kita lebih perlukan... 
Tapi kalau MF keperluan anak MF lah selalu dahulu kan.. Sebab tu duit banyak habis kat anak berbanding pada diri sendiri. 

Kat diri sendiri ni, kalau boleh cari yang murah je. Kalau tak, takde pun takpe... 

3. Jangan terikut dengan Trend "apa orang lain ada"


Nak simpan duit kena buang trend ni.. 
Jangan mudah ikut.. Owh.. Apa orang ada aku nak juga... 

Apa orang lain pakai aku nak juga... 

Apa sahaja fesyen terkini mesti kena try... 

Buang kan sikap nih... 
Biarlah dikatakan old school pun.. Asalkan duit kita ada... Dapat simpan duit. 


Cara mudah simpan duit, cara nak mula simpan duit, syarat kumpul duit.


OK.. Tu antara 3 Syarat utama untuk mula simpan duit.

Kalau dapat buat 3 benda ni. Insha Allah.. Yang lain kita dapat buat juga. 

Dan sebenarnya, kesimpulan mudah dari syarat ni.. Jangan ikut nafsu dan kehendak sangat. Kalau tak memang tak dapat simpan.. 

Simpan lah walaupun sedikit.. Asalkan ada simpanan... Moga bekalan untuk masa hadapan. Agar tidak menyusahkan orang lain. Insha Allah... 

Sekian...


P/s: Fuhh.. Moga dapat simpan duit lepas ni..

Sumber gambar: Google images 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4742


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>