Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos? | Perkongsian asal mengenai tips bawang menyerap virus influenza di udara telah dikongsi lebih 23 ribu netizen.


Bawang boleh sedut virus influenza Fakta ke Mitos

Bawang boleh sedut virus influenza? Fakta ke Mitos?

✅ TIADA kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.

✅ Tips yang telah dikongsikan lebih dari 23 ribu netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat kuno sejak tahun 1500 lagi.

✅ Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!

✅ Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya 'udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.

✅ Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari KUMAN.

✅ Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara didalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.

Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.

Khasiat Bawang


Walaubagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

✅ Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.

✅ Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.

✅ Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen

✅ Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.

Khasiat bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di sudut bilik 😅😅
.
Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda 😘

Kredit info: Public Health Malaysia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>