بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
APA ITU INTERMITTENT FASTING
Intermittent Fasting juga saya selalu sebut Puasa Berkala. Ia menekan cara berdiet dengan menetapkan masa makan hanya 8 jam sehari, dan masa tidak makan 16 jam sehari.PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN PUASA SYARIE
Puasa Syarie adalah puasa yang wajib dilakukan pada bulan Ramadan atau puasa yang sunat dilakukan pada hari-hari tertentu yang dibenarkan.Waktu puasa syarie adalah dari Subuh sehingga Maghrib dan disertai dengan niat. ia dilakukan pada siang hari sahaja.
Persamaan IF dengan Puasa Syarie yang biasa kita lakukan pada bulan Ramadan adalah kita menjarakkan waktu makan sehingga 14-16 jam.
Perbezaan keduanya adalah:
-Tiada niat puasa dan tidak dikira ibadah.
- Tempuh tidak makan kebanyakan waktu malam ketika sedang tidur.
-Boleh minum air yang tiada kalori spt air kosong (paling bagus) atau air teh hijau atau kopi tanpa gula.
Jadi maknanya, seperti berpuasa syarie, kita ada waktu makan dan ada waktu tidak makan (hanya minum air).
JANGKAMASA TIDAK MAKAN
Waktu makan hanya 8 jam dalam sehari, dan waktu tidak makan 16 jam dalam sehari. Lama sangat tak makan?Kita biasa puasa di bulan Ramadan selama lebih kurang 14-16 jam (5.30 pagi-7.30 malam)
Kebanyakan masa tidak makan adalah waktu kita tidur dan di awal pagi (kita sibuk untuk pergi kerja).
Kita boleh minum air tanpa kalori jika kita lapar dan haus.
CARA MELAKUKAN IF
Kebanyakan pengamal IF melakukannya dengan cara:1. Kali terakhir makan pukul 7-8 malam dan makan semula pada pukul 12-1 tengahari. Dalam cara ini, pengamal IF tidak bersarapan.
2. Ada juga yang mengamalkannya dengan cara begini. Kali terakhir makan pukul 4-5 petang dan makan semula pada waktu 8-9 pagi. Dalam cara ini, pengamal IF tidak makan malam.
Kebanyakan masa (bila lapar dan haus) hanya minum air kosong atau air tanpa kalori sahaja.
Sekian..
Kredit: Dr. Zubaidi Ahmad