Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4744

21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020 | Alhamdulillah, selesai dah buat e-filing untuk tahun 2020.

Selesai dan rasa lega... selesai tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.


21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020


Alhamdulillah, insha Allah ada rezeki dapatlah lebihan bayaran tu... Alhamdulillah... rezeki anak-anak... insha Allah...

Banyak juga yang dikecualikan cukai tahun 2020 ni... dan memang MF sebenarnya tak layak pun kena bayar cukai. Sebab pendapatan pun banyak bayar hutang... haha...

Apa pun syukur dengan rezeki yang ada kan...

Untuk tahun ni, ada 21 perkara yang dikecualikan cukai.

21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU
3,000 (Terhad)
3
Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
6,000 (Terhad)
4
Individu kurang upaya
6,000
5
Yuran pengajian (Sendiri) :
  1. Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  2. Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)
8
Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  4. Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500
(Terhad)
9
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
1,000 (Terhad)
10
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
1,000 (Terhad)
11
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)
8,000 (Terhad)
12
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000 (Terhad)
13
Suami / Isteri kurang upaya
3,500
14
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun
2,000
15
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
2,000
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  2. berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  3. kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000
17
Anak Kurang upaya
6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
18
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
  1. Kategori penjawat awam berpencen
  • Premium insurans nyawa
  • Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
    • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
    • Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
    7,000 (Terhad)
    19
    Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
    3,000 (Terhad)
    20
    Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
    3,000 (Terhad)
    21
    Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
    250 (Terhad)
     Rujukan: LHDN


    Sama-sama lah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja di Malaysia. Dan jangan lupa… selain cukai… Zakat wajib bayar tau… Dan potongan zakat adalah salah satu pengecualian cukai juga…

    MF buat taksiran berasingan… Suami MF buat sendiri… dia ada akaun sendiri… Lebih mudah… fikir diri sendiri je… haha…

    Seperti biasa.. Tarikh akhir ialah 30 April 2020.

    Buat awal-awal takut terlupa nanti… dah settle awal… senang tak yah nak fikir dah…


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 4744

    Trending Articles


    Girasoles para colorear


    mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


    Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


    OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


    Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


    Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


    5 Tagalog Relationship Rules


    Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


    Re:Mutton Pies (lleechef)


    FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


    Sapos para colorear


    tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


    Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


    Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


    Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


    Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


    BARKADA TAGALOG QUOTES


    “BAHAY KUBO HUGOT”


    Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


    Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>