Tips Beli Kereta Baru Dengan Gaji Rendah | Kereta satu keperluan hidup zaman sekarang. Kalau dulu tak kisah takde kereta, ada motosikal atau basikal sudah memadai... Tapi zaman sekarang, tak boleh takde kereta... Biarlah kecil asalkan ada.
Bagi yang baru mula kerja, pasti keinginan pertama nak beli kereta. Itu mesti... Tambah pula kalau berkeluarga. Kereta lebih menjadi keperluan... Sebab kalau nak harapkan grab, teksi atau pengangkutan awam mungkin agak menyusahkan, lebih-lebih lagi kalau ada anak kan.
Bagi MF pula, tak pernah terfikir nak beli kereta sebab kenderaan pertama MF beli ialah motosikal untuk suami MF. Sebab MF kahwin dengan suami dah ada kereta. Kereta suami MF guna untuk pergi kerja, jadi suami berkorban dengan naik basikal pada mulanya. Lepas 3 bulan kerja baru MF ada gaji, barulah dapat beli motosikal untuk suami pula. Ahh.. tertiba terkenang zaman susah dulu kala...
MF mula terfikir nak beli kereta lain yang lebih besar sikit selepas ada anak dua. Itupun kereta terpakai.
Tapi sekarang, harga kereta pun dah boleh dikatakan mampu milik walaupun bergaji rendah.
Jadi, MF kongsikan beberepa tips beli kereta baru dengan gaji rendah.
Agak-agak kereta apa yang sesuai ya untuk mereka yang bergaji rendah?
Kereta yang sesuai dengan gaji rendah.
Ini tips yang MF nak kongsi dari Pakar Hartanah dan Kewangan, En. Azizul..
Untuk mengetahui kereta apa yang sesuai degan gaji kita ialah dengan cara kiraan setahun gaji kita.
Contoh pengiraan:
Jika gaji RM3,000 x 12 = RM36,000
Jadi carilah kereta yang bersesuaian dengan harga tersebut...
Bukan apa .. kalau beli lebih dari gaji takut akan menjadi beban bulanan secara tak sedar.
Jadi nak beli kereta baru kena ukur di badan sendiri... Bukan tengok trend... Bukan tengok jenama ataupun yang kita minat.
Jenis Kereta Yang Sesuai Untuk Yang Bergaji Rendah
Disini MF cuba kongsikan senarai kereta yang sesuai dengan gaji yang rendah...
Setelah MF survey beberapa website pengeluar kereta di Malaysia... Ada 3 jenama kereta yang sesuai untuk yang bergaji rendah, iaitu:
1.Proton
2.Perodua
3.Kia
Harga kereta Proton 2022
MODEL
KERETA | VARIAN | HARGA
DENGAN SST | HARGA
BARU |
Harga Saga baru | 1.3
Standard MT | RM
32,800 | RM
32,400 |
Harga Proton Saga | 1.3 Standard AT | RM 35,800 | RM 35,300 |
Harga
Proton Saga | 1.3
Premium AT | RM
39,800 | RM
39,300 |
Harga Proton Iriz | 1.3 Standard MT | RM 36,700 | RM 36,200 |
Harga
Proton Iriz | 1.3
Standard CVT | RM
39,700 | RM
39,200 |
Harga Proton Iriz | 1.3 Executive CVT | RM 44,700 | RM 44,100 |
Harga
Proton Iriz | 1.3
Executive CVT | RM
46,700 | RM
46,000 |
Harga Proton Iriz | 1.6 Premium CVT | RM 50,700 | RM 49,900 |
Harga
Proton Persona | 1.6
Standard MT | RM
42,600 | RM
42,100 |
Harga Proton Persona | 1.6 Standard CVT | RM 44,600 | RM 44,000 |
Harga
Proton Persona | 1.6
Executive CVT | RM
49,600 | RM
48,900 |
Harga Proton Persona | 1.6 Premium CVT | RM 54,600 | RM 53,700 |
Harga x70 baru | I.8
TGDI Standard 2WD | Harga
Proton X70 RM 94,800 | RM
89,900 |
Harga Proton X70 | I.8 TGDI Executive 2WD | RM 106,800 | RM 101,000 |
Harga
Proton X70 | I.8
TGDI Premium 2WD | RM
119,800 | RM
113,100 |
Harga Proton X70 | I.8 TGDI Premium X 2WD | RM 122,800 | RM 115,800 |
Harga x50 baru | Akan
dikemaskinikan | Akan
dikemaskinikan Harga proton X50 | Akan
dikemaskinikan |
Harga Proton Exora | 1.6 Executive CVT | RM 59,800 | RM 57,300 |
Harga
Proton Exora | 1.6
Premium CVT | RM
66,800 | RM
64,800 |
Sumber: https://www.proton.com/en/shopping-tools/car-price-list
Harga kereta Perodua 2022
MODEL | VARIAN | HARGA
DENGAN SST | HARGA
BARU |
Harga Axia baru | 1.0
E (MT) | Harga
Perodua Axia 4,090 | RM23,367 |
Harga Perodua Axia | 1.0 G (AT) | RM33,490 | RM32,485 |
Harga
Perodua Axia | 1.0
GXtra (AT) | RM34,990 | RM33,940 |
Harga Perodua Axia | 1.0 Style (AT) | RM38,890 | RM37,515 |
Harga
Perodua Axia | 1.0
SE (AT) | RM38,890 | RM37,515 |
Harga Perodua Axia | 1.0 Advance (AT) | RM43,190 | RM41,427 |
Harga bezza Baru | 1.0
G (MT) | Harga
Perodua Bezza RM34,580 | RM33,456 |
Harga Perodua Bezza | 1.0 G (AT) | RM36,580 | RM35,391 |
Harga
Perodua Bezza | 1.3
X (AT) | RM43,980 | RM42,551 |
Perodua Bezza | 1.3 Advance (AT) | RM49,980 | RM48,356 |
Harga myvi baru | 1.3
G (AT) | Harga
Perodua Myvi RM44,590 | RM43,029 |
Harga Perodua Myvi | 1.3 Premium X (AT) | RM46,590 | RM44,959 |
Harga
Perodua Myvi | 1.3
Premium X (AT) | RM46,590 | RM44,959 |
Harga Perodua Myvi | 1.5 High (AT) | RM50,290 | RM48,530 |
Harga
Perodua Myvi | 1.5
Advance (AT) | RM54,090 | RM52,197 |
Harga Perodua Alza | 1.5 S (MT) | RM51,490 | RM49,944 |
Harga
Perodua Alza | 1.5
S (AT) | RM54,290 | RM52,661 |
Harga Perodua Alza | 1.5 SE (AT) | RM56,890 | RM55,186 |
Harga
Perodua Alza | 1.5
Advance (AT) | RM62,690 | RM60,525 |
Harga Perodua Aruz | 1.5 X (AT) | RM72,900 | RM68,526 |
Harga
Perodua Aruz | 1.5
Advance (AT) | RM77,900 | RM73,226 |
Harga Perodua Ativa | | | |
Sumber: https://www.perodua.com.my/our-models/choose-model.html
Harga kereta Kia 2022
Model
Kereta | Varian | Harga
Tanpa SST | Harga
Baru |
Harga
Kia Picanto | 1.2L
KX | RM
44,888 | RM
43,170.30 |
Harga Kia Picanto | 1.2L EX | RM 49,999 | RM 47,950.36 |
Harga
Kia Picanto | 1.2L
GT LINE | RM
59,888 | RM
57,531.80 |
Harga Kia Rio | 1.4L EX | RM 79,888 | RM 77,231.55 |
Harga
Kia Cerato | 1.6L
SX | RM
103,888 | RM
99,754.06 |
Harga Kia Optima | 2.0L EX | RM 139,888 | RM 130,517.81 |
Harga
Kia Stinger | 3.3L
GT | RM
383,888 | RM369,120.70 |
Harga Kia Sportage | 2.0D GT Line | RM139,888 | RM135,229.52 |
Harga
Kia Sportage | 2.0L
EX | RM126,888 | RM123,480 |
Harga Kia Sorento | 2.4L EX | RM169,888 | RM165,047.08 |
Harga
Kia Sorento | 2.2D
SX | RM183.888 | RM178,865.03 |
Harga Kia Grand Carnival | 2.2D KX | RM158,999 | RM155,148.52 |
Harga
Kia Grand Carnival | 2.2D
LX | RM
179,888 | RM179.888 |
Harga Kia Grand Carnival | 2.2D SX | RM 189,888 | RM183,766.91 |
Ini untuk kereta baru... Kalau kereta terpakai... Apa-apa jenama pun ada... Asalkan berbaloi dengan dengan spesifikasi.
MF kongsikan kereta yang sesuai dengan yang bergaji rendah ni bukanlah merendah-rendahkan orang bergaji kecil. Tapi Cuma berkongsi... Gunalah apa sahaja kereta asalkan ianya tidak menjadi beban pada kita.
Kereta pertama MF beli kereta terpakai... Proton Perdana V6 2012. Bila 5 tahun kerja barulah MF beli kereta baru... Proton Exora memandangkan perancangan untuk keluarga yang besar dan perjalanan jauh yang kami akan hadapi setiap tahun.
Kereta suami MF pun hanya kereta Perodua Viva 660 je... Itulah kereta kami berdua... Takde mewah mana pun walaupun kami golongan M40 .. yang ikutkan boleh je nak pakai kereta berjenama lebih dari itu.
Tapi tak nak ianya jadi bebanan pada masa akan datang. Jadi, tak perlu malu dan merendah diri walaupun pakai kereta Malaysia.
Apa pun MF kongsikan juga tips beli kereta secara ringkasnya untuk panduan kita bersama.
Tips beli kereta pertama
1.Membuat Tinjauan Sama ada di kedai kereta terpakai atau showroom ataupun secara online seperti di website carlist atau mudah.my.
2.Kenalpasti keperluan sebelum membeli kereta. Untuk apa nak beli kereta ni. Kalau orang bujang, kerja ditempat sesak... agak-agak perlu tak beli MPV? Fikirkan... Jangan fikirkan kereta yang kita minat tapi kereta yang kita perlu.
3.Pemilihan yang sesuai mengikut gaji. Gunakan formula yang MF kongsikan di atas dan buatlah kiraan pinjaman kereta untuk lebih yakin sebelum membuat beli kereta pertama.
4.Semak rekod kos penyelenggaraan. MF dulu pernah nak beli MPV jenama Mazda tapi selepas survey dengan mereka yang pernah gunakan, boleh tahan juga kos selenggaranya. Kadang bayaran bulanan kita mampu bayar tapi bila kos tu yang jadi masalah.
5.Pandu uji kereta sebelum beli. MF tak buat pun yang ni... Tapi yakin, kereta sama je asalkan kita tahu keperluan kita beli kereta tu. Kalau kereta tu sedap dibawa pun, tak ngam dengan poket kita pun tak guna juga.hehe
6.Elakkan pilih tempoh pembiayaan yang panjang. Sebenarnya kita boleh pendekkan walaupun dalam kontrak panjang. Iaitu buat bayaran lebih setiap bulan. Itu pengalaman MF lah... Alhamdulillah kedua kereta kami telah pun habis dibayar. Lega bila dah habis bayar duit kereta... Tinggal duit rumah je tiap-tiap bulan.. Alhamdulillah..
Itulah sedikit perkongsian MF tentang tips beli kereta dengan gaji yang rendah. Moga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari kereta yang sesuai.
Citer pasal kereta, anak MF paling addicted dengan kereta, bahkan dalam phone pun penuh game kereta je... dan sebab tu MF bagi dia main
game kereta online je ... Senang, sebab takde iklan... kalau phone tak larat nak skip iklan.