Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4746 articles
Browse latest View live

Perubahan Tarikh Awal Muharram 1439H Dari 21 September 2017 Kepada 22 September 2017

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenyataan Media 
Ketua Pengarah  
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Berkenaan
Tarikh Awal Muharram  1439H

Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.  

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017. 

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini. 

Sekian.

*TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA*
19 Januari 2017


Harap maklum.. dalam kalendar tu salah... kena betulkan... 
Kalau awal Muharram orang tak kisah sangat... tapi cuba tarikh raya berubah kan..  memang kecoh satu Malaysia... Betul tak???


3 Amalan Penerus Pahala

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solih yang mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Sahih



Pengajaran:

1.  Setiap anak Adam bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal dunia:

a.  Sedekah jariah berbentuk harta seperti wakaf, derma yang disumbang semasa hidup yang manfaatnya diguna oleh orang lain termasuk haiwan

b.  Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain dan dimanafaatkannya untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman web, FB, telegram, whatsapp.   

c.  Anak soleh yang melakukan amal-amal soleh serta yang mendoakan keampunan untuk kedua ibubapanya.

Ayuh kita lakukan sesuatu yang boleh menjadi penerus amal dan pemberi ganjaran pahala berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Cara Ubat Batuk Bekerja!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


INILAH FUNGSI UBAT BATUK




KETAHUI BAGAIMANA DIA BEKERJA... 
AMBIL UBAT BATUK SEPERTI YANG DISYORKAN DOKTOR... 
JIKA BERLEBIHAN BARULAH DIKATAKAN RACUN...

TAPI TERPULANGLAH... 
SEBAB MF MASIH AMALKAN KEDUA-DUA KAEDAH DALAM MERAWAT...SEBAB ITULAH IKHTIAR SEBAB NAK SEMBUHKANNYA KERJA ALLAH TAALA... 

NAK KATA TAKSUB DENGAN NATURAL REMEDY DAN MENOLAK YANG MODEN...ITU BUKAN MF LA ... SEBAB KITA USAHA LAH KAN... KALAU ANAK BATUK, UBAT PUN BAGI, YANG TRADISIONAL PUN BUAT... ITU IKHTIAR.. NAK SEMBUHKAN..ITU ALLAH PUNYA KERJA... 


GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajukGiveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

" height="435" width="640" />



SEGMEN : 3RD MINI GIVEAWAY BY AZYYATILIAH.BLOGSPOT.MY

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


klik banner untuk join...

Tarikh tamat : 31 Januari 2017

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Make It Yours Giveaway by Luqman Zakaria

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



klik banner untuk join..

Tamat: 23 Januari 2017




18 TIP PENGGUNA HALAL BIJAK

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ADAKAH KITA PENGGUNA HALAL YANG BIJAK??? 

PENGGUNA HALAL YANG BIJAK AKAN LAKUKAN 18 PERKARA INI:



1. Gunakan yang diyakini halal.

2. Halal: Syarat utama doa dimakbulkan.

3. Tinggalkan yang haram. Jauhi yang syubhah.

4. Halal haram bergantung kepada sumber dan cara prosesnya.

5. Tanggungjawab ibu bapa pastikan semuanya halal untuk anak-anak.

6. Pengguna terutama pendidik perlu menguasai ilmu halal haram.

7. Pastikan ada logo halal, baru beli.

8. Kenali ciri-ciri logo halal Malaysia. Jika tiada logo halal Malaysia, pastikan ada logo halal 'Diiktiraf JAKIM' (untuk produk import)

9. Pilih restoran atau hotel yang ada logo Halal Malaysia.

10. Baca maklumat di label terlebih dahulu.

11. Baca dan kenali bahan ramuan jika tiada logo halal.

12. Tiada logo atau ungkapan halal, maka tiada tindakan penguatkuasaan.

13. Semak status produk atau premis halal di www.halal.gov.my

14. Muat turun aplikasi Halal Square di Playstore atau Appstore untuk carian restoran halal berdekatan.

15. Jangan jadi penviral halal palsu.

16. Amalkan 3S (Semak Sebelum Sebar)

17. Yakini Halal Malaysia

18. Hubungi 03 8892 5000 (Bahagian Hab Halal JAKIM).

Oleh: Ustaz Mohd Amri Abdullah
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Sumber: Majalah al-Ustaz no. 47

Sedekah Paling Besar Ganjaran Pahala

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَان

Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata,: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan berkata,: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?". Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya). (HR Bukhari No: 1330)

Pengajaran:

1. Sedekah yang paling besar pahalanya ialah sedekah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurangan apabila bersedekah dan kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu untuk menjadi kaya.

2. Bersedekah perlu disegerakan.  Jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita!.

3. Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa dah sampai dihalkum. – bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.

JOM merebut peluang mendapat ganjaran pahala sedekah yang besar dengan bersedekah ketika kita sihat, ketika kita sayang kepada harta dan ketika kita bercita-cita untuk menjadi kaya dengan harta tersebut. 

Yang kekal menjadi milik kita sehingga hari kiamat ialah sesuatu yang kita sumbangkan kepada orang lain. Itulah antara harta yang akan menjadi aset pahala kita. 

Bersifat RAHMAH dengan memiliki sifat dermawan untuk menyumbang dan bersedekah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

POKOK PERKEMBANGAN ANAK!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Panduan untuk ibu bapa... 
Walaupun begitu setiap perkembangan anak ni tak sama... 
Jangan risau kalah cepat atau lambat... 
Kerana semua anak itu istimewa... 

ENTRY PENGHARGAAN KHAS KEPADA 21 PENGOMEN SETIA BLOG MARIA FIRDZ SEPANJANG 2016

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ENTRY PENGHARGAAN KHAS KEPADA 21 PENGOMEN SETIA BLOG MARIA FIRDZ SEPANJANG 2016 | Agak lewat naikkan entry... atas kekangan masa dan tanggungjawab buatkan blog agak terabai sebenarnya awal tahun ni... apa pun sekali pun tak pernah MF biarkan blog ni tak berupdate walaupun sehari... alhamdulillah.. masih dapat komit dengan blog... walaupun sibuk... demi minat mendalam pada blog kesayangan ni kan... 

Entry ini adalah entry penghargaan Khas kepada 21 orang blogger yang menjadi pengomen setia blog MF ini sepanjang tahun 2016. 

Mereka yang tersenarai ini adalah yang terbanyak... tapi tak bermakna yang tak tersenarai di sini MF tak hargai,,, MF hargai sangat komen pembaca semua termasuk anonymous... Tanpa pembaca, apalah kan makna blog ini kan.. terima kasih banyak-banyak.. 

Jom kita lihat siapakah blogger itu???

PeRdU cINta (189)




The KehalusanKelembutan (162)



paridah (126)



adianiez AIDA (115)


norhidana miswan (87)



Mas (82)




Siti Rohaida Yusof (73)



Sheila Adziz (72)



Diana Rashid (72)


Gee Lion (64)


Puan Wawa (55)



Nurfaezah Abdullah (52)


Mrs Velentine (50)


mama amir (50)


Cik Ash (50)


Nadia Johari (49)



Muhammad Khairuddin Lim (48)


Munirah Mustafar (47)


Ahmad Hasif (44)


Shahida Dzulkafli (43)



Nieyl (40)


terima kasih dan tahniah kepada 21 orang blogger ini... dan mereka ini sememangnya dah pun tersenarai di bloglist MF... 

terima kasih buat semua pembaca juga.. 
teruskan blogging dan baca... moga tahun 2017 menjadikan tahun yang lebih istimewa buat kita semua... insya Allah

MAIN KUTU HALAL KE HARAM???

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


(entry lama yang dikemaskini)
HUKUM MAIN KUTU | Main kutu.. korang pernah main.. bukan kutu rambut... tu parasit.. ni main kutu.. kumpul wang ikut kepala dan dapat balik berdasar cabutan undi.. 


sebenarnya dah lama kan permainan ni.. masa sekolah MF pun pnh main.. tapi dh besar tak main dah.. sebenarnya pernah tak kita tinjau hukum main kutu ni??? ok jom MF kongsikan sedikit isi ringkas yang aku dapat dari Perunding Syariah Ustaz Zaharuddin...


Hukum main kutu, ada tertakluk bawah undang-undang malaysia iaitu. AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971.. boleh klik link tu utk tahu pasal akta ni.. 

Dari segi hukum Islam plak..

"Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)"

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjahnya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.


Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.


baca artikel penuh DISINI


Pendapat UAI:

Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.
Soalan :
Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
Kesimpulannya.. hukum main kutu harus selagi  TAK melanggar syarat dan syariat, cuma dalam akta dan undang MEMANG dilarang jika nak buat perniagaan main kutu.. tapi kita main kecik-kecik je kan.. sesama kengkawan sekerja...so, boleh la main kutu sebab hukumnya HARUS dengan syarat WAJIB BERTULIS DAN AKAD YANG DIPERSETUJUI SAMA MACAM KITA BERHUTANG, WAJIB ADA SAKSI DAN BERTULIS!



p/s: Entry ini diupdate sikit.. pernah diterbitkan pada 10/5/2013... 

Doa Ketika Awan Mendung Berarak dan Hujan Turun

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pagi ni mendung tebal berarak... suasana kelam aje... merasai apa yang dirasakan dan dialami oleh nasib saudara kita di Pantai Timur... Moga mereka tabah hadapi dugaan Ilahi... 



عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ 
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ

Dari Al Miqdam dari ayahnya bahwa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di ufuk di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat  (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkannya dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879)  Status: Sahih



Pengajaran:

1.  Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah

2.  Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya

3.  Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun.

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan).

JOM baca doa bila nampak awan mendung dan hujan turun.

PENIPU CYBER | SANGGUP GUNAKAN NAMA ANAK MENINGGAL UNTUK MINTA DERMA DI FACEBOOK!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

INFO MF DARI KISAH ZAKAT MALAYSIA


PENIPU CYBER!!! ▶️📱
SAFRYAL@SAFRIAL DIKESAN!!💰
GIAT MINTA DERMA POST KAT GROUP-GROUP FB.
MOHON SHARE supaya jangan ada yang bersimpati tanpa semak kesahihan.Nama anak lain-lain ber BIN kan Safryal@Safrial tapi akaun bank semua sama.Ramainya anak dia sakit kan? yang pasti itu semua tipu.
Perlukah kita menggalakkan aktiviti tak bermoral ini? takkan nak kata kita sedekah je,dia menipu tu hak dia.
KITA BUKAN PENGGALAK AKTIVITI PENGEMIS CYBER.
#semaksebelumderma
#semaksebelumsebar

Jangan mudah terpedaya... 

Mudahnya orang sekarang nak cari duit.. dia tahu orang Malaysia ni pemurah dan perihatin... dia ambil kesempatan pula... Nauzubillah... 

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :

a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.

b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.

c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.

d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.

e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.

f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.

g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.

h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Adakah begini kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. malah patut LEBIH SERIUS lagi. 

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang LEMBIK, LESU, LUARAN HEBAT DALAM KOSONG dan kurang mampu diamalkan juga.

- Buat Muhasabah Diri & Yang Sudi 

Sumber: #DrZaharuddinAbdRahman

BETUL APA YANG DR ZAHARUDDIN KATAKAN... MANJA DAN BERKIRA NAK CARI ILMU... NAK KONGSI ILMU PUN BERKIRA JUGA.... BAHKAN ORANG YANG KONGSI ILMU PULA DIKATA... ITULAH LUMRAH MANUSIA AKHIR ZAMAN... 

HUKUM WANITA MELANCONG DAN MUSAFIR TANPA MAHRAM

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Wanita Melancong dan Musafir Tanpa Mahram | Zaman sekarang dah moden, dan wanita semakin berani dan berdikari… Mampu bergerak sendiri tanpa ditemani sesiapa…  Bukan sahaja atas dasar kerja bahkan zaman sekarang wanita mampu bergerak sendiri melancong hingga ke luar negara secara bersendirian tanpa ada teman... Memang dari segi uruf, adat kita itu perkara biasa di zaman moden, tapi apa sahaja yang kita buat ada panduan dan syariatnya dalam Islam. Bagaimana status hukumnya wanita yang melancong, musafir seorang diri tanpa ditemani mahramnya???



Ikuti penjelasannya:

Pendapat Pertama:

Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:
لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم
"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.
Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).

Kelonggaran Wanita Bermusafir Tanpa Ditemani Mahram

Ringkasan kepada fatwa / artikel yang diambil dari Laman Ustaz Zaharuddin, yang mewakili pandangan ulama’ yang membenarkan wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram.

Kesimpulan fatwa Syiekh Saami al-Majid : Terdapat ramai ulama’ yang melarang wanita bermusafir tanpa ditemani Mahram. Bagi mereka, walaupun keadaan sekarang sudah berubah, aman didalam perjalanan, larang tersebut tidak diangkat. Ada yang menyamakan ruhsah (keringanan) solat Qasar kepada orang yang sedang bermusafir, dimana keringanan ini tidak pun dilupuskan walaupun keadaan musafir sekarang tidak seteruk dahulu (zaman bermusafir menggunakan unta dan berjalan kaki).

Namun demikian, ada dikalangan ulama’ yang membenarkannya. Ulama Malik, al-Auza’ie, dan beberapa orang dikalangan ulama’ Syafie mengatakan bahawa perlunya Mahram menemani wanita tersebut bukanlah menjadi syarat wajibnya Haji (wanita bermusafir menunaikan Haji tanpa Mahram). Hanya menjadi syarat adalah selamat di dalam perjalanan. Selamat perjalanan boleh dicapai dengan ditemani Mahram, atau kumpulan Wanita yang dipercayai. Ada dikalangan ulama’ menyebut, jika wujudnya faktor “selamat didalam perjalanan”, maka tidak perlu lagi orang menemaninya.

Dibolehkan lagi terutamanya apabila Wanita tersebut sukar mendapatkan Mahram dan beliau selamat didalam perjalanan. WA.

Berikut adalah fatwa penuhnya  boleh baca DI SINI

KESIMPULAN
Walaupun ada yang mengharuskan wanita bermusafir seorang diri, tetapi sebaiknya dan digalakkan janganlah pergi seorang diri. Bawalah teman dan rakan yang sama jantina untuk menemani jika bagi wanita yang belum kahwin... Bagi wanita yang dah berkahwin, wajib ditemani mahram iaitu suami atau wanita lain dengan izin suami... Ini kerana, untuk mengelak diri kita daripada fitnah dan bahaya dalam perjalanan. 

PERKAHWINAN ITU BUKAN MENGENAI AKU!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





NASIHAT BUAT PASANGAN YANG DAH BERKAHWIN

Sebuah perkahwinan itu bukan mengenai AKU.

Clichè. Memanglah bukan mengenai AKU. Tapi ia mengenai AKU dan KAU.

Berapa ramai orang yang mendabik dada mencanang cinta yang takkan mati, cinta aku dan kau, walhal kehidupan dalam rumah tangganya hanya berkisar tentang AKU.

"Aku ke je yang buat keje. Dia balik-balik terus tidur rehat. Ingat aku kuli ke?"

"Dia ni tak memahami aku. Asyik aku je yang mengalah, dia asyik nak menang je!"

"Awak tak pernah tukar pampers anak, asyik aku je yang buat! Awak ni pasangan yang teruk!"

Ayat-ayat clichè selepas beberapa tahun berkahwin. 

Bahkan, wujud juga pasangan yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pasangannya di Media sosial. Apakah semua ini? Seolah membuka aib pasangan di khalayak umum. Mengapa perlu sebegitu.

Mungkin kita lupa, bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat..

Mungkin juga kita lupa;

"Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap isteri dan aku adalah yang terbaik diantara kalian terhadap isteriku." ( HR. Tirmizi)

Dan..

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah, akan menaatinya, dan bila dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya..” 
(HR. Abu Dawud)

Terlalu ramai yang lupa status dirinya dalam sesebuah perkahwinan.

Isteri lupa untuk tunduk dan taat pada suaminya.

Dan suami lupa untuk mengasihi dan berbuat baik pada isterinya.

Kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu bukan diukur dari hebatnya puitis dan swafoto/selfie mesra dia alam maya.

Bukan juga diukur dari gahnya harta dan berapa banyak bilangan negara yang telah dilawati.

Malah jauh sekali diukur dengan berapa banyak 'like' dan 'follower'..

Mawaddah(cinta) wa rahmah(kasih sayang) yang sebenar adalah apabila si suami merendahkan ego dan menghargai serta membantu sang isteri dalam hal rumah.

Juga apabila sang isteri menjaga lisan dari biadap dan mengeluh kesah dan membanting tulang menguruskan rumah dan keluarga.

Juga apabila saling bantu membantu menegakkan kalimah Allah, berhempas pulas mengajak manusia kepada Allah, serta saling memberi semangat pabila salah satu pasangan sedang futur dan putus asa.

Kerana yakin dengan janji Allah bahawa syurga itulah satu-satunya tempat beristirehat.

Mana mungkin dunia ini menawarkan kerehatan dan kemanisan setiap masa!

Itulah ketenangan.
Itulah kasih sayang.
Dan, itulah keberkatan...

Jangan sia-siakan sesebuah ikatan halal hanya kerana hal picisan dan emosi. Kerna syurga menanti mereka yang sabar dan bersyukur!
Sumber: tarbiahsentap

SETUJU SANGAT...
PERKAHWINAN ITU PERKONGSIAN!!!

PERSEPSI ITU BERBEZA!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!



Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

*Kita bukan hidup di atas kata sesiapa, namun hiduplah diatas dan mengikut kataNya..

(Dipetik daripada facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani)

WAHAI YANG BERGELAR BAPA! Bacalah Pesanan Hati Ini...

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

#PapaTips

Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah..

Para ayah tahu ke tak?. Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya. Inilah hakikat. Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya. Maka...

+ Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan.. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.

+ Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.

"Ayah..jangan marah sangat..."

Para ayah tahu tak?, dasarnya anak-anak memang rapat dengan ibu berbanding bapa.

+ Bila ibu memarahi anak, bapa akan dicarinya. Bila bapa memarahi anak, ibu pulak yang akan dicarinya

+ Namun. Anak-anak lebih terkesan bila dimarahi bapa berbanding ibu. 

+ Kesan marah ibu sekejap saje. Lepas tu anak-anak akan cepat lega. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kenapa? Sebab ibu melahirkan anak. Naluri anak dan ibu saling berkait langsung dan lebih memahami. Anak tahu walau ibu marah, hakikatnya mereka bukan marah sebenar-benar marah. Sebab tu hati ibu paling cepat terasa lepas mereka marah pada anak.

+ Berbanding dengan bapa, ia akan melekat dalam minda dan hati, sampai bila pun kita tak tahu. Bergantung pada kepandaian bapa untuk memujuk. Sebabnya anak tidak tahu bapanya macamana. Tak seperti ibu yang melahirkan.

+ Sebab itu juga anak lebih takutkan amarah bapa daripada ibu

+ Sebab itu juga anak lebih mendengar arahan bapa berbanding ibu

+ Dan sebab itu juga bapa JANGAN marahkan anak (yang belum mummayiz) dengan sebenar-benarnya marah

+ Jangan memaki hamun anak.

+ Jangan berkasar dengan anak

+ Marah anak jangan suruh pergi pada ibunya. Bapa marah bapalah pujuk ye dak?

+ Ada anak makan hati dengan ayah sampai tua. Sampai besar dia ingat

 + Ingat, anak-anak cenderung ikut bapa berbanding ibu.

Kredit : Ibu Bapa Prihatin


Bila anak semakin dewasa memang MF nampak kebenarannya....  terutama anak perempuan... biarlah dia rapat lebih dengan bapanya..  ini juga salah satu cara untuk elak dia terlibat dengan istilah couple di usia muda... cinta monyet dan sebagainya.... MF memang tak kisah anak-anak rapat dengan abi dia... memang itu yang MF mahukan... biar dia dapat kasih seorang bapa sebaiknya... sebab rapat macam mana pun bila sakit akan cari ibu juga si anak ni kan... jarang la anak cari bapa bila sakit... Jadi ini pesanan berguna untuk bapa dan bakal bapa.... Kerana kita perlu betulkan mindset kita. Bahawa tugas mendidik anak bukan tugas ibu semata-mata... Tapi tugas bapa sebagai ketua keluarga..  
Viewing all 4746 articles
Browse latest View live