Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

AWAS! INI YANG SUAMI ISTERI WAJIB TAHU TENTANG MEROYAN!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan dan ini bukan kes pertama berlaku di Malaysia...



Sebenarnya ada 3 peringkat meroyan yang para suami dan isteri juga wajib tahu!  

Dari sudut dan istilah perubatan mental penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Istilah orang kita panggil meroyan.

1. Baby blues

Baby blues ni peringkat permulaan meroyan. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan hingga dua minggu paling lama.

Perkara ni agak biasa la untuk ibu yang baru bersalin anak pertama. Perubahan hidup dari tanggungjawab kepada diri dan suami berubah kepada tanggungjawab bertambah dengan ada anak... Tidur dulu lena sampai pagi.  Dah ada anak tidur tak tentu masa.... Kadang sejam sekali atau dua jam sekali bangun anak menangis nak susu.  Tambah tertekan kalau suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Ada suami jenis sekali ketuk sekali jalan tu yang payah tu...

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood yang berubah-ubah.
Sekejap marah, sekejap suka, sekejap merajuk pula. Ada yang istilahkan sebagai mood swing... Sebenarnya mood swing ni bukan meroyan je... Wanita ketika datang haid pun alami perkara ni sebab perubahan hormon...

+ mudah cemas
Risau dan cemas tak tentu pasal. Anak menangis sikit, dah kelam kelibut dibuatnya.

+ selalu menangis
Akibat tertekan dia akan menangis... Dengar anak menangis dia pun menangis sekali.

+ kurang selera makan
Kurang makan mungkin sebab perubahan menu...orang berpantang kena pantang banyak jenis makanan. Itu buatkan dia lagi stress.

+ susah tidur
Rehat yang tak cukup... Tidur kurang dan bila sekejap tidur sekejap bangun buatkan dirinya susah nak tidur.

Mohon suami alert dengan tanda-tanda ini...

2. Pospartum depression

Meroyan pada peringkat pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3.Pospartum Psychosis

Meroyan peringkat teruk. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan-bukan sila berhati hati. Dah tahap kena rasuk dah ni... Dan ada saudara MF pernah kena penyakit ni..  Dia letak anak dia atas alang rumah... Fuhh... Nasib ada orang nampak... Kalau tak.. Nauzubillah...

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri.. Sayang isteri bukan setakat nafkah seksual sahaja...  Bukan tahap tu... Tapi lebih daripada tu...

Nak jadi suami bukan senang... Bukan sekadar cinta sayang pastu buat anak... Banyak emosi, jiwa, raga nak kena jaga dan kawal...

Kenalilah tanda-tanda pelik pada isteri terutama selepas bersalin... Yang paling penting... Jangan bagi isteri stress ketika berpantang... Tu punca utama penyakit ni...



CARA MENCEGAH MEROYAN

Bagi para suami yang ada kelebihan... Simpan cuti tahunan anda... Dan ambillah cuti lebih bila isteri bersalin... Jaga dia... Jangan paksa isteri dijaga oleh orang yang dia tak suka... Contohnya, dia tak selesa balik rumah mak mentua... Jangan paksa dia.. Usahakan cari pembantu lepas bersalin jika tak mampu jaga sendiri... Ataupun tak reti...

Jangan kata susah... Sebab inilah hakikat bila dah kahwin... Kalau tak jangan kahwin dengan perempuan...  Jangan salahkan wanita... Kerana wanita itu makhluk beremosi...

Bagi isteri pula... Belajarlah kawal emosi dan tekanan... Sejak awal hamil... Doakan anak kita mudah dan mempermudahkan kita... Doakan yang baik-baik... Jaga hati suami dan adik beradik serta orang lain... Jangan sakitkan hati orang lain...

Banyakkan berzikir dan baca al-Qur’an. Berhadas besar tak bermakna kita tak boleh baca langsung al-Quran...  Bacalah ayat lazim yang memang dalam hafalan kita... Jangan terlalu nakkan kesempurnaan... Suami ni ada yang jenis ala kadar... Janji dia buat... Contohnya dia memasak di dapur... Dapur tak kemas... Tak payah kita fikirkan dapur kemas ke tidak... Rumah berhabuk sikit tak nak... Tak perlu fikirkan kesempurnaan...  Belajarlah jadi wanita yang sederhana...

Kukuhkan komunikasi suami isteri... Jangan biarkan isteri memendam rasa... Andai suami kita jenis payah berbincang... Carilah seseorang yang amanah untuk kita luahkan perasaan....

Perempuan ni memang tak boleh pendam perasaan dalam hati... Kalau simpan...camtulah... Untung kalau dapat bini mulut kasar... Sebab dia memang jujur.. Dia tak puas hati memang terus luahkan...

Jadi... Komunikasi tu penting juga dalam rumahtangga untuk menangani masalah meroyan...

Teruskan mencari ilmu rumahtangga walaupun berpuluh tahun pun dah hidup bersama... Kerana kita suami isteri diciptakan berbeza untuk saling melengkapi. 

WW | HAKIKAT REZEKI

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



7 TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK SEDAP!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




7 TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK YANG SEDAP😃👍

1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa..Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya..

3. Jika inginkan nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari..

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar..

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, Cepat-cepat masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebiji atau seroi kata orang utara, letak marjerin sikit atau minyak masak..

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula/madu untuk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa

SELAMAT MENCUBA😋

Sumber: https://telegram.me/resepimalaysia

Tapi biasanya MF masak biasa je... Apa pun... Sambal nasi lemak juga berperanan untuk menjadikan nasi lemak jadi sedap... 

Iman itu bukan hanya diserlahkan dengan Pakaian!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Renungkan kata-kata Ustaz Don Daniyal ni:

"Kunci kepada meningkatnya iman adalah adab dan akhlak.
Hari ni, orang mengaji hukum halal dan haram tetapi tiada akhlak tiada apa-apa makna."

Mendalam maksudnya, realiti di akhir zaman kan... 
Ramai orang berlumba-lumba nak buat kebajikan, kebaikan tapi akhlak dan sekecil-kecil akhlak tak dijaga... 

Contoh mudah, saya bagi berdasarkan pengalaman sendiri.. 
Ialah dijalan raya dan kedai makan...

Situasi 1:
si pemandu yang keretanya mahal namun ada sticker Islamik dan juga ucapan kalimah, tapi langgar lampu merah, menghimpit, bawa laju... 

Situasi 2:
Seorang imam masjid, duduk di kedai makan berborak dan mengumpat bersama ahli-ahli masjid yang lain... 

Situasi 3:
Pemandu yang bertudung labuh bahkan berniqab, serta lelakinya berserban... dan ada pula situasi, ternampak seorang suami membaca al-Quran di dalam kereta semasa menunggu si isteri uruskan sesuatu hal.. Namun, ketika memandu, nauzubillah... 

Situasi bukan untuk buka aib orang...saya pun tak nyatakan siapa..cuma secara umumnya, pasti ada yang pernah jumpa kan... jadi, renungan apa persepsi atau apa orang kata bila lihat yang berpakaian islamik ni tak ada adab dan tak jaga adab yang dianggap remeh ni... 



Renungkanlah... kena seimbangkan... bila pakai tudung dan berserban atau bersongkok, maknanya kita bawa imej Islam... jadi janganlah rosakkan agama sendiri kerana sikap kita... 

5 PENYEBAB WANITA AKAN STRESS HINGGA KELUAR AIR MATA

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keadaan hidup hari ini memerlukan wanita tak kira yang belum berkahwin, berstatus isteri, ibu apa lagi ibu tunggal menjadi tabah. Tak boleh cepat stres dan beremosi.

Tapi sungguh pun anda termasuk dalam golongan wanita tabah ini, kajian menunjukkan kita takkan mampu mengelak dari berasa stres bila berdepan dengan lima masalah ini.



Konflik rumah tangga atau dengan insan tersayang
Lebih 70 peratus wanita yang mengalami masalah dalam rumah tangga, percintaan atau perhubungan mengalami masalah stres yang serius. Hingga ada yang mengalami keguguran rambut, haid tidak teratur akibat stres yang memang diketahui akan memberi kesan pada hormon dan kesihatan.

Wanita yang selalu menghabiskan waktu dengan insan yang dicintai dilihat lebih mudah merasai stres begini. Sifat terlalu prihatin atau sensitif turut membuatkan wanita mudah stres begitu juga bila dia berasa kurang kasih sayang atau perhatian.

Masalah dengan anak
Wanita yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu perlu menjaga hubungan dengan anak-anak. Ini kerana masalah dengan anak anak begitu cepat menyentuh hati ibu dan mudah menyebabkan seorang ibu itu stres. Itu bagi yang anak yang sudah dewasa.

Bagi yang memiliki anak kecil, masalah berkaitan kesihatan, penjagaan dan pengasuhan anak boleh menimbulkan kerisauan dan stres malah kadang-kadang melampau kepada seorang ibu. Ia boleh menyebabkan mereka tak mampu fokus dalam melakukan pekerjaan.

Kerja rumah yang tak habis
Sekuat apapun seorang wanita kalau sudah dihadapkan pada kerja rumah tangga yang tidak ada habisnya mampu membuatkan mereka tertekan. Apa lagi jika mereka langsung tak punya peluang untuk berehat.

Bebanan tugas dalam pekerjaan
Kerja keras boleh tapi jangan sampai lupa untuk berehat dan menenangkan fikiran. 80 peratus wanita bekerja yang menghabiskan waktu seharian di tempat kerja yang penuh tekanan sangat mudah mengalami tekanan yang serius berbanding mereka yang tahu berehat.

Tak cukup zat
Kekurangat zat atau nutsiri yang diperlukan oleh tubuh sebenarnya mampu menyebabkan seorang wanita ini mengalami stres.

Jadi pastikan dapat khasiat yang diperlukan supaya hormon juga seimbang dan tidak mudah emosi dan stres. Elakkan ambil makanan ringan bila berasa stres kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.
Sumber: karangkraf.com

JADI SEKUAT MANA PUN WANITA TU, JIKA DIUJI DENGAN 5 UJIAN NI, PASTI MENGELUARKAN AIR MATA... BUKAN AIR MATA SEDIH TAPI TERTEKAN... 

3 SYARAT YANG WANITA MUSLIM PERLU TAHU KALAU NAK PAKAI SHAWL!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 SYARAT KALAU NAK PAKAI SHAWL | Shawl atau selendang satu fesyen bertudung lama tapi dimodenkan semula oleh pereka fesyen sekarang...  

Jika dulu Shawl ni jarang dan kecil tapi zaman sekarang... Shawl dah jadi trend dan semua golongan boleh pakai termasuk mereka yang mementingkan bab aurat... Jadi muslimah yang inginkan gaya terkini juga boleh menggayakan Shawl dengan 3 syarat ini... 

#Syarat 1
KENALI JENIS POTONGAN SHAWL YANG DIBELI/DIBUAT.

Shawl biasa atau Basic berpotongan segi empat tepat (2m x 0.8m), potongan shawl ini sesuai untuk mendapatkan labuh cover perut dan bawah pinggang jika ketinggian pemakai 160cm ke bawah dan saiz badan sederhana. 

Tapi bagi wanita  berbadan tinggi atau memakai baju plus size, mungkin memerlukan shawl yang lebar lebih dari 0.8m untuk cover bahagian punggung.

Jika mahu yang lebih labuh, cutting halfmoon atau shawl separa bulat sangat sesuai.

Jadi potongan dan reka bentuk sesuatu Shawl sangat memainkan peranan penting dalam menentukan labuh shawl.

Kebiasaan biasaan potongan lebar 0.75m – 1m menjadi pilihan untuk muslimah yang suka memakai labuh.

Potongan shawl lain seperti butterfly atau rama-rama boleh menjadi labuh jika memiliki lebar 0.75m-1m.

Beza antara potongan halfmoon dan butterfly ialah butterfly mempunyai potongan lekuk/curve di bahu manakala halfmoon tiada lekuk.
Dan MF suka kedua-dua jenis Shawl ini... Shawl butterfly lebih suka sebab tak susah nak pakai dan belit... Sekali pusing dan pin... Terus jadi... Tambah pula kalau pakai kain satin. Lagilah mudah... Tak perlu masa yang lama nak gayakannya... 

#Syarat 2
Jenis Material mestilah TIDAK JARANG atau jika jarang perlu memakai inner labuh.

Kebanyakan material shawl jenis chiffon bersifat jarang, tetapi kebiasaannya jenis georgette diamond, crepe, bubble, aritachi dan beberapa material chiffon yang lain tidak jarang. Dan selalunya yang perlu pemakaian inner ialah yang berwarna lembut.

Material lain seperti satin, dull satin, moss crepe, lycra dan cotton biasanya tidak jarang dan tak memerlukan pemakaian inner.

Jika jarang, PEMAKAIAN INNER LABUH adalah disarankan untuk melindungi aurat supaya tidak nampak leher dan bentuk leher. Shawl labuh dah ok, tapi jika boleh nampak dalam takde makna bertudung labuh... 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Maksudnya:

“Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;….” (Surah an-Nur: 31)

#Syarat 3
TIDAK MELEKAP dan MENAMPAKKAN BENTUK BADAN/DADA serta WARNA KULIT

Kebanyakan fabrik atau material yang flowy atau jenis ringan tidak memberi kesan melekap yang menampakkan dada atau bentuk badan.

Jika memilih fabrik jenis berat seperti lycra atau moss crepe, disarankan supaya memilih design yang jenis “TWIST” atau SHAWL. kerana efek beralun di bahagian depan elak lekatan pada dada. Jika jenis tudung sarung atau express syria atau design sedemikian, di khuatiri akan nampak bentuk. MF memang elakkan material jenis cotton dan lycra... Kalau nak pakai juga kena jenia twist atau ada alunan pada bahagian dada.. 

Tudung kain jenis lycra dengan rekaan twist di bahagian dada...ready untuk solat.
Sumber:



Dengan pemilihan yang tak melekap, jadi tak memerlukan telekung, boleh pakai shawl yang dipakai untuk solat.

3 TIPS di atas ialah tips praktikal dalam memilih shawl yang labuh, kebanyakan di pasaran ialah shawl standard cutting. Jika muslimah berbadan “petite” atau kecil, ukuran standard pasaran cukup labuh, tetapi jika berbadan sederhana dan plus size disarankan cutting yang  dicadangkan di atas atau pun boleh ‘custom-made” dengan tailor untuk mendapatkan yang bersesuaian ataupun boleh beli kain dan buat sendiri... 

Dan sebenarnya tak susah buat Shawl... Cuma perlukan pola dan sekali buat pasti nak buat lagi...

5 helai shawl Butterfly yang MF telah hasilkan sendiri.


MF mula buat Shawl butterfly... Mula buat 1 je... Sekarang dah ada 5 dan semuanya Shawl labuh... Saiz XL dan XXL... kita boleh adjust bentuk dan labuhnya sendiri... Mudah bukan... Sebenarnya jimat banyak kalau buat sendiri... 

Shawl di pasaran yang jadi mahal sebab jenama dan jenis kain... Sebab kalau kita nak Shawl yang sama guna material yang lebih murah... Lagi jimat... Semua orang boleh buat Shawl sendiri... 

Kisah Luqman, Anaknya dan Keldai Jadi Realiti Zaman Sekarang!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Zaman kebebasan bersuara kini... Disalahgunakan...
Apa sahaja kita buat ada saja yang tak kena dimata orang lain... 

Gambar diatas memang menunjukkan realiti berlaku zaman sekarang... Kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya yang menunggang keldai dah jadi realiti zaman sekarang.

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.


Sumber: google images

Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:
1. KUNYIT–Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.

2. MADU –Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).

3. HALIA –Satu inci halia boleh dimasukkan ke makanan atau minuman.

4. BAWANG PUTIH–bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.

5. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA – Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.

6. AIR – Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.

7. LEMON—Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 L sehari untuk mendapat jumpa Vit C yang diperlukan.


Jika selsema dan batuk tidak berkurangan dalam masa beberapa hari, ubat antihistamin dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit yang mengalami demam dan selsema.

Sumber: Facebook

11 PENYAKIT BERBAHAYA INI MAMPU BERJANGKIT PADA SEMUA ORANG!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang ni Macam-macam penyakit ada. Tapi 11 penyakit ni boleh menjangkiti sesiapa sahaja kecuali orang-orang yang beriman dan bersih hatinya... 




1. Penyakit bicara adalah bohong
2. Penyakit ilmu adalah lupa
3. Penyakit ibadah adalah riak
4. Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
5. Penyakit berani adalah takut
6. Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
7. Penyakit cantik adalah sombong
8. Penyakit bangsawan adalah membangga diri
9. Penyakit malu adalah lemah
10. Penyakit mulia adalah kedekut
11. Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Sama-sama lah kita muhasabah diri dan bersih kan hati selalu untuk elakkan dan cegah dari 11 penyakit ini...

Ubat 11 penyakit ini tiada jual di mana-mana farmasi... Tiada pula boleh dirawat dihospital terkemuka... Namun, 11 penyakit ini boleh diubati dengan iman, amal dan taqwa kepada Allah. Jadikan al-Quran sebagai sahabat karib, zikirlah peneman di bibir... Dan solat sebagai senaman yang utama...  InshaAllah 11 penyakit dapat kita elak dari diri kita...

'Paid Review' YANG HARAM DI SISI ISLAM

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebenarnya dah lama juga hasrat MF nak tulis benda ni... tapi risau tu tetap ada takut blogger Malaysia melatah pula bila isu ni dibangkitkan... Tapi bila terjumpa post Dae'i Wan tulis pasal ni... MF kongsikan disini... supaya kita sama-sama fikir... 

Memang berat hakikat ni kita nak terima kan... Tapi hukum tetap hukum... 
Mohon baca dari Hati yang fitrah... sama-sama kita muhasabah diri... 


Bismillahirahmanirahim.
Assalammu'alaikum.
Nampaknya saya perlu sampaikan ini.
Hukum menggunakan perkhidmatan 'Paid review' untuk barang perniagaan awak sendiri dari seorang tukang promosi yang tidak tutup auratnya, meskipun Followers dia beratus ribu atau berjuta. Hukumnya ialah haram. Awak dikira berdosa paling banyak nak dicompare daripada 'Public Figure' itu sendiri. Awak yang bayar dia. Awak yang minta dia. Awak yang arah dia. Dia pula promosikan barang awak dengan 'Gambar' dia yang 'Free hair', pakaian dia yang nampak pusat sedangkan dia perempuan, kain dia yang ada belahan peha saat dia bergambar dengan produk awak. 
Ini belum dikira dengan 'Selfie video' dia bersama produk awak dalam keadaan dia menggoda pembeli, menggedik manja, dan mengacah Cantik / Flawless sedangkan realitinya ia sebuah 'Penipuan' dibelakang tabir. Produk awak baru shj bagi semalam, hari ini dia dah bagi review. Berpadalah kalian, berpadalah dengan perlakuan dosa yang telah dilakukan, kemudian awk tambah lagi permintaan dosa untuk diri awak sendiri dengan namanya 'Dosa menipu' pula. 
Maaf, saya kena tegur ni. Saya nampak ramai sangat peniaga Islam tak kisah pun pasal ni. Yang penting biar 'Public Figure' tu buat promo, sbb Followers dia ramai, awak mesti nak buat 'Paid review' dari dia. Awak rasa awak akan untung banyak kesan dari tarikan Followers dari Public 'Figure' tu sendiri. 
Tetapikan:
Pada saya, awak telah pilih jalan untuk jadi bankrupt di hari akhirat sebenarnya. Awak mungkin boleh dapat 'Duit' dari reach yang tinggi bila 'Public Figure' tu promo barang awak didunia, tapi awak pasti dapat 'Reach' dosa yang tinggi juga dihari akhirat jika duit yang awak dapat rupanya dari jalan2 yang' Haram' rupanya selama ini, dan bukannya 'Halal' ataupun 'Bersih', atau pun higher level sikit dan jauh 'Suci' itu sendiri. 
Hati-hati dalam mengejar untung yang tidak berkat, hidup awak bukan makin hebat, tapi saban hari semakin melarat, sehingga terkadang nak bernafas selalu rasa tersekat, akibat diri mencari dan cari tidak pernah cukup rehat, sedangkan dah usaha sepatutnya memang dapat, tetapi ujian itu ini tak pernah berhenti seolah tak kenal penat. Macam sengaja Tuhan nak tinggalkan amanat. Yang dunia memang kita bukan Tuan bukan pemilik tempat. 
Soft reminder dari saya:
Saya secara khususnya tidak benarkan peniaga2 Islam untuk buat 'Paid review' pada King Coco atau 'Public Figure' atau 'Celebrities' yang sama waktu dengannya, atau persis sepertinya. Maaf. Saya cuma sampaikan nota pengetahuan saya, lantas patut sekali saya tak benarkan. Ia boleh dilakukan secara umum. Terlampau banyak dosa tercipta dalam satu kelipan mata dari dalam sesaat 'Paid review' yang dibuat oleh 'Public Figure' yang telah saya sebut memiliki ciri-ciri yang diatas. 
Harap maklum kepada siapa-siapa yang terlibat secara tidak lansung atau secara lansung dalam hal seperti ini. 
Sebarkan, saya perlukan setiap orang Islam yang berniaga hari ini, tidak terlibat dengan 'Paid review' yang haram. 
Ikhlas, Da'i Wan

MF juga baca komen dipost asal Dai'e Wan ni... Memang dahsyat la kena hentam...

Sebenarnya bukan saja-saja dia dok jatuhkan hukum haram.  Tapi sendiri boleh fikir hukum mendedahkan aurat itu apa kan... Dan hukum menipu dalam perniagaan itu apa... Jelas kan hukumnya...

Hukum tu bukan dari dia tapi dari Allah Yang dah tetapkan... Kalau tak faham boleh tanya ustaz yang lebih arif.. Mentang-mentang dia hanya ustaz dari realiti tv kan...

Apa-apa pun... Sama-sama muhasabah diri... Elakkan kita menggalakkan aktiviti maksiat... Renungkanlah... Kalau boleh kita nak anak-anak dan pasangan hidup kita dapat rezeki yang berkat...

Bab Review ni... MF sendiri pernah dapat Job review pakaian dari satu syarikat Online terkenal... Dia ada nyatakan gambar yang perlu dimasukkan dalam entry... Tapi MF ada prisip tak kan gunakan model yang seksi dalam entry MF... Jadi MF mohon nak guna gambar lain.. Dia izinkan asalkan dari website dia... Sebenarnya, boleh saja... Jangan takut rezeki itu ada je... Insha Allah selagi kita berpegang pada hukum Allah... Ikut... Jaga Allah... Allah akan jaga kita...

P/s: Maaf kalau ada terasa... Cuma ingin sampai keberarannya.... Walaupun berat..tapi kena bagitau juga sebenarnya.. 

[3 + 5] SYARAT MUDAH NAK BANGUN QIYAMULLAIL

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

QIYAMULLAIL
Ibn Qudamah menyebut di dalam kitabnya Mukhtasar Minhaj al-Qasidin: Ketahuilah bahawa qiamullail amat sukar untuk dilaksanakan kecuali siapa yang diberi taufik dengan syarat-syarat yang memudahkannya. 


Sumber: google images

Terdapat dua syarat iaitu zahir dan batin. Antara sebab-sebab zahir ialah:

  1. Tidak makan terlalu banyak. Justeru, mereka berkata: Hai golongan sufi, jangan makan banyak, nescaya kamu minum banyak, kamu tidur banyak dan sesal banyak.
  2. Jangan berpenat disiang hari dengan kerja-kerja yang membebankan.
  3. Jangan meninggalkan qailullah disiang hari kerana ia menolong untuk bangkit di malam hari.

Antara sebab-sebab batin pula ialah:
  1. Menjauhkan dosa. Dengan sebab itu al-Thauri berkata: Aku dihalang untuk qiamulail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan.
  2. Selamatnya hati dari prasangka dan perasaan tidak baik kepada orang Islam.
  3. Menjauhkan daripada bid`ah.
  4. Berpaling daripada lebihan dunia.
  5. Mengetahui kelebihan qiamullail.

Sebab yang paling kuat mendorong seseorang melakukan qiamullail ialah cintakan Allah, kekuatan iman, kerana ia bermunajat kepada Tuhannya dalam keadaan musyahadah.

Berusahalah kita mencapai nikmatnya qiamullail... Ustaz MF pernah berpesan.. dalam diri kita kena ada azam dan niat untuk buat qiamullail... tak dapat setiap malam, seminggu sekali, tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tak dapat sebulan sekali, setahun sekali, tak dapat setahun sekali, buatlah sekali seumur hidup... Teruk sangat lah kalau sekali seumur hidup tu rasanya... sebab kita sanggup berjaga malam untuk tonton movie, tengok bola dan macam-macam hal dunia... tak kan nak qiam untuk Allah paling kurang tahajjud 2 rakaat tak mampu... Insha Allah mampu.. kuatkan hati dan iman.. sekali buat pasti akan rasa manis dan rasa nak buat lagi dan lagi.. insha Allah..

KEHIDUPAN KITA MACAM AIR KOPI!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HIKMAH AIR KOPI

Dalam minuman kopi pada dasarnya terdiri dari 4 unsur, iaitu:

1. Kopi
2. Gula
3. Air
4. Rasa 

Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.

Jika kopi terlalu manis
Siapa pula yang disalahkan?

Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.

Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya sedap.

Siapa yang dipuji ?

Tentu semua akan berkata,
Kopi TERBAIKK!!!

Kemana gula? 
Yang membuat "rasa" kopi menjadi SEDAP?

Kemana AIR menjadi pengadun kepada semuanya?



BEGITULAH HIDUP INI.

Orang jarang pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahanmu.

Walau demikian, tetaplah menjadi baik sampai ke akhir

Kebaikan tidak memerlukan pengakuan.

Seperti juga barangan bermutu tinggi tidak perlukan kata kata indah seperti IKLAN 
Orang baik tidak perlu membuktikan apa-apa.

Orang baik itu berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu.
Sebab orang yang memahami kamu, tidak perlu itu.

Sedangkan orang yang hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya itu apa yang telah kamu buat

Tetaplah menjadi baik sampai akhir. Cukup dengan  ALLAH Dia yang mencukupkan segalanya.

Sama-sama kita renungkan... 

Mulai 2017 | Semak Keputusan Peperiksaan UPKK Secara Online dan MySMS

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudah sungguh zaman sekarang..  Semua dihujung jari...

Sekarang ni... Nak semak keputusan peperiksaan anak tak susah jumpa guru kelas dah... Hujung jari je...

Kalau di sekolah harian biasa boleh guna SAPS Online...

Kini..



Untuk peperiksaan kelas KAFA atau kelas agama juga semak Online dah mulai tahun ni...

Bagi anak-anak yang ambil peperiksaan UPKK, kini boleh buat semakan keputusan melalui sistem Online atau pun pesanan ringkas SMS...

Jadi, dapat tahu keputusan awal sebelum dapat slip peperiksaan lagi...

Mudah dah kan la ni... Hujung jari je... 

9 Perkara Yang Ibu Patut Tahu Sebelum Beli Produk Banyakkan Susu Ibu!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Perkara Yang Ibu Patut Tahu Sebelum Beli Produk Banyakkan Susu Ibu! | Zaman sekarang bersepah dah produk banyakkan susu ibu... Pelbagai... Dari bentuk serbuk, tablet, cecair dan yang terbaru bentuk gula-gula pun ada... Memang Dasyat... Dan semestinya masing-masing akan mengatakan produk mereka yang terhebat... Dengan menggunakan testimonial yang hebat dalam promosi produk mereka yang belum kita pasti kesahihannya...

Baik... MF nak kongsikan sedikit pengalaman dan ilmu mengenai produk untuk banyakkan susu ibu yang ada... Segalanya jadi satu pengalaman berharga bila MF melahirkan anak ketiga...

Kedua-dua anak MF yang sebelum ni alhamdulillah... Meriah susu badannya..  Memang tak risau langsung pasal stok susu... Tapi Allah uji dengan susu yang tak semeriah anak pertama dan anak kedua...

Namun, masa dalam pantang MF dah mula simpan susu kerana dalam pantang susu banyak tapi baby masih kecil dan tak minum banyak... Jadi, sempatlah buat stok sikit...

Tapi, serius MF cakap... Susu kali ni betul-betul menguji... Tak pernah lagi masa anak pertama kedua dulu pam dapat 1 atau  2oz je... Tapi anak ketiga ni nak dapat 1 atau 2oz sangat mencabar... Sangat stress.... Serius memang tertekan juga... Tapi MF cuba kawal... Jangan fikirkan susu sikit... Fikirkan susu itu memang ada je untuk anak... Cuba kawal... Sebab kalau stress lagi susu tak de kan.. Takpe... MF teruskan juga pump walaupun dapat 1 atau 2oz tu..

Bila masuk kerja... Anak MF kuat menyusu bahkan dia lebih sukakan botol dari direct... Sebab 5 hari kerja kan.. Jadi mestilah banyak minum botol dari df... Itu buatkan ianya menambah ujian yang ada... Huhu...

Tapi MF cuba tenangkan diri sendiri... Tetapkan pump dalam waktu yang tak berapa nak konsisten...

Untuk makan, MF hanya amalkan kurma ajwa... Tapi masih sama... Susu tak meriah mana... Akhirnya cari resepi yang natural.. Try pula longan kering..  Cuba buat... Cuma ada peningkatan sedikit sahaja...

Dan mula mencari dan terpikat nak banyakkan susu badan dengan produk yang dipasarkan..  Mula gigih mencari di Internet...  MF cuba lah beli satu produk untuk tambahkan susu badan ni... Katanya diorang memang pakar la bab ni kan... Cuba beli yang murah je dari banyak-banyak produk depa tu... Nak cuba dulu kan.. Adakah benar selepas 10 minit susu terus meriah...

MF cuba makan... Dan akhirnya MF dapat jawapan... Dan MF juga pernah tanya kawan-kawan MF yang susunya tak meriah... Pernah ambil beberapa jenis produk susu badan dan kesannya....

Akhirnya..  MF dapat simpulkan... Bahawa... Sebenarnya jangan mudah tertipu dengan produk banyakkan susu badan sebab untuk banyakkan susu badan tak perlukan produk yang mahal pun...




Apa yang perlu ialah:

1. Mind set dan minda yang sentiasa positif. Jangan sesekali fikir susu tak cukup atau nak bagi susu apa kepada anak selain susu ibu.

2. Jangan stress. Stress buatkan susu pun stress nak keluar.

3. Banyakkan minum air paling kurang 3 liter satu hari.

4. Disiplin yang tinggi. Konsisten dalan jadual mengepam. Yang ni memang mencabar... Anak ketiga ni. Hanya 2 waktu MF konsisten pam.. Iaitu di tempat kerja.. Kat rumah.  Memang df dan kosongkan setiap 2 atau 3 jam.

5. Sabar dan semangat. Kena sabar... Nak berjaya kena kuatkan semangat... Kenapa nak sangat bagi susu badan.. Kena ada matlamat tu.. Tapi memang rasa sangat bahagia dan satu kepuasan bila kita dapat susukan anak dengan susu badan secukupnya.

6. Yakin susu itu benar-benar cukup untuk anak kita. Tawakal kepada Allah sebab susu badan tu dari Allah juga... Tak kira anak lelaki atau perempuan... Sama saja keperluan ikut anak tu sendiri...

7. Doa supaya susu untuk anak tu cukup... Amalkan zikir dan doa yang berterusan.

8. Sokongan suami... Suami berperanan penting bab ni... Sokonglah isteri... Bantu dia buat kerja rumah dan berikan isteri lebih rehat... Tak lama pun... 2 tahun je...


9. Makanan yang sihat dan seimbang. Boleh juga ditambah dengan mengurut dan mandi herba untuk lancarkan peredaran darah.

Insha Allah...  Cuba buat 9 perkara ni sebelum mencuba mana-mana produk banyakkan susu badan.... Saya tahu penerima produk pada setiap orang tu berlainan... Tapi 9 perkara ni kalau anda buat... Kita dapat jimat banyak dah kan...

Entry ni bukan nak merendahkan mana-mana produk pun... Tapi sebagai peniaga produk... Perkara ini patut anda kongsikan dengan customer sebelum mereka membeli...

Akhirnya MF dah tak beli mana-mana produk untuk banyakkan susu badan.. MF cuma amalkan minum air banyak dan suami pula berperanan HAPPY kan isteri untuk menjayakan sesi breastfeeding ni..

Tapi MF cuma nak kongsi...  MF jenis payah sikit nak istiqamah minum air banyak setiap hari... Tapi Ephyra buatkan MF mampu minum air yang banyak sebab produk ni buatkan kita rasa nak minum air aje..  Jadi secara tak langsung kita minum banyak air kan... Tapi MF tak kata ephyra ni boleh banyakkan susu badan ye... Bukan nak Promo produk ni... Cuma kongsikan pengalaman.

KALAU DAH USAHA 9 PERKARA NI, TAPI TAK MERIAH DAN TAK BERHASIL JUGA, BELILAH PRODUK YANG BAIK LAGI HALAL, DAN SETERUSNYA TAWAKAL KEPADA ALLAH SEPENUHNYA.. 

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN USAHA KITA UNTUK SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN... AMEEN...

Bila Suami Pandai Shopping Online

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila Suami Pandai Shopping Online | Satu kisah di mana si suami yang dari tak pernah kenal dunia Online... Akhirnya terjebak dengan shopping online....

Kisah bermula apabila si isteri yang mula Shopping Online sejak aktifkan perbankan Internet... Kemudian Si suami mula mengikuti jejak langkah isteri apabila melihat isterinya mudah uruskan kewangan dan pembayaran bil bulanan.

Minat Shopping online si suami ini semakin bertambah bila dia juga buat perniagaan sampingan secara Online...

Bila semakin bertambah ahli keluarga membuatkan si suami ni lagi asyik Shopping Online.. Hinggakan setiap minggu ada sahaja barang Online yang dibelinya...

Tapi minat itu masih dalam kawalan... Si isterinya tidak pula menghalang minat kerana ada sahaja barang kejutan yang si suami belikan kepada si isteri...


Terbaru.... Si isteri menerima set beg galas 3 in 1 dari Lazada.... Ini sebab si isteri pernah merungut penat galas beg tangan kerana Macam-macam barang dibawa selepas beranak 3...

Begitulah kisah hidup suami isteri dan keluarga yang suka Shopping Online ini..

Moralnya... Shopping online itu tak salah.  Malah memudahkan... Asalkan tahu batas dan kemampuan yang ada... Beli ikut keperluan bukan kehendak...


P/s: Kisah dan watak dalam cerita ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu...  Hehe...  Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati...

BUKAN MUDAH BILA ADA JAWATAN!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada orang bekerja keras semata-mata nak kejar pangkat dan jawatan... tak salah, tapi perlu ingat, bahawa setiap jawatan itu merupakan amanah... jawatan itu adalah pemimpin, dan setiap apa yang kita pimpin akan dipersoalkan di akhirat nanti.



Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status Hadis: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita

2.  Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit, sama ada besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..

3.  Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.

4.  Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.

Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin.



Jadi, jika nak kejar juga pangkat dan jawatan, pastikan diri itu betul-betul bersedia untuk memimpin.. bukan kejar pangkat untuk menindas ataupun sebab wang dan ganjaran yang tinggi semata-mata... 

[MOTIVASI JUTAWAN] 10 SEBAB KENAPA ORANG BERJAYA ITU AKAN TERUS BERJAYA!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[ KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA ]

#1  Sikap dia berbeza
Orang berjaya dia tak suka merungut. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada makan?"" Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia tak cari kerja.

#2 Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

#3 Investment 
Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.

#4 Bina Networking
Mereka bina networking yang bagus.
Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. 
Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

#5 Buat Keputusan Awal
Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya. Tak percaya? Cuba tanya mereka yang berjaya.



#6 Pilih Kawan Yang Betul
Mereka berkawan dengan orang yang betul. Nak jadi jutawan kena la berkawan dengan orang yang dah jadi jutawan. 

#7 Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan.
Kalau sikap owner ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?

#8 Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang. Kutukan itu kalau membina takpe.  Untuk kita perbaiki diri..  Tapi kalau kutukan yang menjatuhkan tak payah ambil tahu . Biarkan sahaja. 

#9 Fokus
Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan kita jutawan. Nak kembangkan boleh tapi jangan lari konsep... Contoh.. Buat bisnes jual pakaian...pastu jual kerepek pula.. Pastu alat make up... Nampak tak.. Takde fokus kat situ...

Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang.

Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.

#10 Mereka konsisten dan persisten.
Persistent, tak mudah putus asa. Dia nak, doa nak jugak. Kalau mentaliti biasa mesti tak dapat le.

Untuk insan-insan HEBAT!!
Semoga kalian kaya dan berjaya dunia akhirat!!!!

Amiin ya rabbal'alamin.

Diolah dari Facebook 

NAFKAH UNTUK ISTERI

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nafkah untuk Isteri



Kisah pedoman buat suami dan juga isteri. 

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Adila  melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.  
"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.  
"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri".  
Kena belajar ilmu kehidupan & kewajipan.
"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la...". 
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada  yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada jugak LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.  
Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak memberi nafkah buat isteri itu WAJIB sebab BUAT TAK TAHU. 
Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan BERDOSA. 
Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM500, berilah RM400. Jika tak mampu juga, berilah RM300. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.  
"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?" 
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.  
"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.  
Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK AMBIL TAHU  mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.  
Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK AMBIK TAHU  mengenai perkara ini. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.  
Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.  
Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula AMBIL TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.  
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?  
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.  
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.  
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.  
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...) 
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.  
Semoga kita semua beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.
#DrMahyuddin
Sumber: Facebook 

Apa pun sebagai isteri tetap kena ingat..  Walaupun rezeki isteri itu memang hak mutlak isteri tapi jangan lupa bahawa...tanpa keizinan suami haram kita bekerja dan mencari rezeki... 

MF pernah dapat satu kes suami isteri... Dimana isterinya sangat berkira bab ini.. Dah suami bagi keizinan untuk bekerja dengan harapan dapat bantu perbelanjaan keluarga tapi sebaliknya... Semua perbelanjaan diletakkan atas bahu suaminya 100% duit gajinya disimpan semuanya dan hanya untuk dia... Tak boleh la camtu...  dia lupa yang beri izin dia kerja itu suami dia juga... Jadi kena la bantu mana yang perlu. 

Itulah.. Dalam rumahtangga kena ada toleransi barulah boleh aman rumahtangga.. Kalau masing-masing ego dah camne kan... Kesian juga dengan kes ini... 


P/s: Jadi ustazah ni itulah... Hal rumahtangga orang pun jadi tempat rujukan dan pertanyaan bab hukum... Walaupun masih muda dalam hal rumahtangga ni... Nak tak nak kena la cari ilmu berkaitan supaya dapat lebih pengetahuan untuk bantu orang lain... Bukan senang pegang title ustaz ustazah ni...

Uji Minda | Buka Ke Tutup???

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tolong Jawabkan...

Sunnah Lebihkan Kuah Ketika Memasak

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lebihkan Kuah Ketika Memasak

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا طَبَخْتَ مَرَقَةً فَأَكْثِرْ مَاءَهَا وَتَعَاهَدْ جِيرَانَكَ

Dari Abu Dzar dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abu Dzar, Apabila kamu memasak kuah sayur, maka perbanyaklah airnya, dan berikanlah sebahagiannya kepada tetanggamu." (HR Muslim No: 4758) Status: Sahih

Sumber: google images


Pengajaran:

1.  Jiran kita adalah tanggung jawab kita.

2.  Berusahalah menjaga hubungan ukhuwah bersama jiran tetangga.

3.  Satu cara mengikat hubungan ukhuwah sesama jiran adalah dengan cara melebihkan makanan yang dimasak  untuk diagihkan sedikit kepada jiran.

Tujuan utama untuk kita berikan dan bertukar juadah dengan jiran tetangga... biar isi sikit... asalkan kuah banyak... contoh buat sup ketam... berikan seekor ketam dengan kuah penuh... Berikan pada jiran.. nanti isinya mereka boleh tambah sendiri.
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>