Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4747 articles
Browse latest View live

Essential Oil Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Essential Oil Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung | Essential Oil atau dalam bahasa Melayunya EO tumbuhan sangat popular zaman sekarang. Essential Oil atau ringkasnya EO ini ada banyak jenis… Ada yang mahal dan ada yang murah. EO adalah bahan yang sangat pekat yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Baunya yang kuat, jadi ia adalah penting untuk menggunakan EO dengan berhati-hati terutamanya ketika mengandung. Pastikan anda membeli minyak yang berkualiti tinggi daripada penjual yang bereputasi.

EO digunakan dalam aromaterapi , yang merupakan terapi pelengkap. Ada sesetengah EO mengandungi campuran bahan kimia yang boleh diserap ke dalam badan anda. EO boleh dicairkan dengan asas atau dijadikan  minyak urut , atau dimasukkan ke dalam diffuser untuk diserap masuk melalui saluran penafasan.

Apabila EO ini diserap ke dalam badan, ia bekerja dengan cara yang sama seperti dadah atau ubat-ubatan. Kerana molekul EO adalah sangat kecil, ada kemungkinan ianya boleh mempengaruhi plasenta dan peredaran bayi dalam kandungan yang sedang membesar.

Setakat ini tiada kajian kesan  EO kepada bayi dijalankan. Kajian yang telah diuji hanya dijalankan  ke atas haiwan, dengan keputusan yang berbeza-beza.

Apa pun, sejak EO mula mendapat sokongan dari para pecinta kesihatan, termasuk mom to be juga tak terlepas gunakan EO untuk mengurangkan niggles kehamilan. Ini termasuk sakit belakang , rasa mual atau bengkak buku lali .

sumber: google images

Essential Oil Yang Selamat Untuk Ibu Mengandung

Apa pun berikut adalah panduan  jika nak guna minyak aromaterapi, ia adalah yang terbaik untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  • Hanya menggunakan satu penurunan EO pada satu masa.
  • Cuba untuk tidak menggunakan satu minyak tertentu untuk tempoh masa yang panjang, seperti setiap hari selama beberapa minggu.
  • Mencairkan EO dengan mencampurkan drop dengan sekurang-kurangnya satu sudu teh (5ml) daripada minyak asas sebelum menambah ia untuk mandi atau meratakan di atas permukaan kulit.  Grapeseed atau sweet almond sesuai dijadikan minyak asas.
  • Boleh menambah titik minyak untuk diffuser, tetapi jangan biarkan selama lebih daripada 10 minit atau 15 minit dalam setiap jam. Jika membiarkan ia terlalu lama, bau boleh menjadi terlampau dan membuat berasa loya .
  • Ia adalah yang terbaik untuk mula menggunakan EO sebaik sahaja melepasi tempoh trimester pertama. Jika menggunakan mereka pada trimester pertama, sentiasa berunding dengan aromatherapist yang dilatih dalam merawat mom-to-be.


Essential Oil  yang selamat untuk digunakan ketika hamil 

Jika kandungan berjalan dengan baik tanpa masalah, ia adalah baik untuk gunakan:

  • citrus oils, such as tangerine and neroli (minyak sitrus seperti limau dan neroli)
  • German camomile 
  • common lavender
  • frankincense
  • black pepper
  • peppermint
  • ylang ylang
  • eucalyptus
  • bergamot
  • cypress
  • tea tree oil (not in labour)
  • geranium
  • spearmint


Essential Oil yang tidak selamat untuk digunakan ketika hamil

Jangan gunakan EO berikut semasa hamil:


  • Buah pala, yang mungkin mempunyai kesan hallucinogenic dan bertindak balas dengan ubat melegakan kesakitan ketika sedang melahirkan.
  • Rosemary, yang dipercayai untuk meningkatkan tekanan darah , dan boleh menyebabkan kontraksi.
  • Basil, yang dipercayai untuk menyumbang kepada perkembangan sel abnormal.
  • Jasmine dan clary sage, yang boleh mencetuskan kontraksi.
  • Sage and rose, yang boleh menyebabkan pendarahan di dalam uterus (rahim).
  • Juniper berry, yang boleh menjejaskan buah pinggang.


Laurel, Angelica, thyme, jintan putih, jintan manis, citronella dan daun kayu manis juga perlu dielakkan kerana ia boleh merangsang kontraksi.

Terdapat banyak kekeliruan atas keselamatan EO lavender terhadap kehamilan. Ini kerana lavender boleh digunakan dalam tempoh tertentu. Yakinlah bahawa ini tidak bermakna menggunakannya semasa hamil meningkatkan risiko keguguran . Nak  mudah tunggu je sampai trimester kedua baru guan EO
EO clary sage boleh menjadi cara yang baik untuk mendapatkan rasa kontraksi semulajadi bagi ibu yang overdue . Apa pun jika berlebihan menjadikan kontraksi menjadi terlalu kuat.

Dalam sesetengah keadaan, ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan EO sama sekali. Jangan gunakan EO jika:

  • mempunyai sejarah keguguran
  • mempunyai sebarang pendarahan faraj semasa hamil ini
  • empunyai epilepsi
  • mempunyai masalah jantung
  • mempunyai diabetes , masalah pembekuan darah, atau mempunyai tiroid, hati atau penyakit buah pinggang


Adalah lebih baik untuk bercakap dengan doktor atau bidan sebelum menggunakan EO.

Sumber: Baby Center


sumber : google images

Jadi, walaupun Essential Oil dikatakan selamat sebagai rawatan alternatif selain ubat, ianya tetap perlu digunakan dengan penuh berhati-hati. Sebab tak semua sesuai untuk kita... Dapatkan panduan dari yang pakar sebelum menggunakannya.

Pengalaman MF, setakat ni hanya guna EO dari Young Living je... dan bau yang menyenangkan adalah bau lemon... Kalau lavender tu kurang suka sebab baunya kuat sangat... setitik pun rasa sesak hidung... Jenama lain tak pernah cuba lagi...sebab setakat ni yakin dengan Essential Oil Young Living je.. 

Sihat Tak Iman Hari Ini? Makin Baik Atau Sebaliknya?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa khabar iman hari ini? Sihatkah dia... Setiap hari kita nak badan kita sihat... Tapi pernah tak kita tengok kesihatan iman kita? Sihatkah dia? 

Jom check list iman kita... sihatkah dia... Di sini, MF kongsikan 20 tanda iman semakin lemah dan tak sihat... 

20 Tanda Iman Semakin Lemah



1) Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah

2) Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an

3) Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat

4) Meninggalkan sunnah

5) Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah

6) Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang khabar baik.

7) Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah

8) Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah

9) Menginginkan jabatan dan kekayaan. Fikir duit dan macam mana nak banyakkan duit aje. 

10) Kikir dan bakhil, tidak mau membagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah

11) Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya. Cakap tak serupa bikin... Kisahkan pasal aurat orang, tapi aurat sendiri tak dibetulkan.

12) Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan seperti sepatutnya. 

13) Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh

14) Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid

15) Tidak mau memperhatikan keadaan kaum muslimin

16) Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam. Buat tak kisah hal orang Islam sekarang.

17) Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan.

18) Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti

19) Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupan duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu kebendaan duniawi... Hilang telefon, dah macam ibu hilang anak. Duit hilang pun bukan main risau lagi... hati-hati... itu tanda iman makin lemah.

20) Merasa asyik (ujub) dan bangga pada diri sendiri. Bangga dengan rezeki yang dia dapat... sehingga sanggup memperlekehkan usaha orang lain... 


Sama-sama muhasabah diri... 

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya | Pisang, satu buah yang banyak khasiat. Kat Malaysia ni pisang popular sebab macam-macam resepi boleh buat dengan pisang. Dari batang hingga ke pucuk pisang sangat berguna.

Tapi pisang bukan satu jenis, ada banyak... tapi MF terus terang memang tak kenal pisang walaupun dah hidup 30 tahun dah ni... haha... Bahkan tak semua pisang tak sesuai untuk semua jenis resepi... Contohnya, pisang tanduk, tak sesuai nak dimasak gulai ataupun dimakan begitu je... Pisang emas pun tak sesuai dibuat goreng tapi sedap makan begitu saja...

Jadi, sebab tak kenal tu, jom kita kenali pisang yang ada kat Malaysia dan resepi yang sesuai untuk setiap jenis pisang yang ada.

12 Jenis Pisang dan Resepi Yang Bersesuaian Dengan Jenisnya


 1. Pisang Udang

Amat jarang dijumpai.Rasanya lemak manis.Ketika masih muda buah berwarna keunguan/kemerahan seolah-olah udang dibakar.Di situ ia mendapat nama.Akan tetapi dalam masyarakat Melayu kuno pokok pisang ini dikaitkan dengan kisah tahyul. MF pernah tengok juga kat pasar. Memang susah nak jumpa, tapi MF sendiri tak tau apa resepi yang sesuai dengan pisang ni.


 2. Pisang Tanduk


Buahnya besar dan panjang tetapi sikatnya tidak banyak.Tidak sesuai dimakan mentah. Ia sesuai digoreng bersalut tepung.Kerepek pisang tanduk amat laris di pasaran Malaysia walaupun harganya lebih mahal dari kerepek pisang lain.



 3. Pisang Bantan


Bila masak buahnya cepat luruh atau lerai dari sikatnya.Sesuai dijadikan buah pencuci mulut dan amat digemari oleh masayarakat Cina.Ia adalah salah satu jenis pokok pisang yang tumbuh tidak tinggi .


 4. Pisang Emas


Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja. Buahnya tidak mudah tanggal walaupun telah masak dan rasanya sangat manis. Buah yang muda boleh dibuat sayur gulai.Sesuai dimakan mentah apabila masak dan tidak sesuai digoreng.


5. Pisang Abu


Di Sabah pisang ini dipanggil pisang saba. Kononnya dari situlah Sabah mendapat nama.Sesuai digoreng dan jantungnya boleh dimasak sayur.Pokoknya lebih tinggi dari pisang biasa dan mempunyai batang dan tandan yang besar.Pisang yang muda selalunya dijadikan kerepek.

6. Pisang Rastali


Rasanya masam masam manis. Sesuai dijadikan pencuci mulut. Tidak banyak kegunaannya selain dimakan mentah apabila masak ranum.

7. Pisang Nangka


Ia sesuai digoreng mentah atau bersalut tepung. Masyarakat Jawa suka merebus pisang ini yang masih muda dan kemudian ditumbuk bercampur kelapa parut dan gula sebagai hidangan sarapan pagi.Mereka memanggilnya "getuk pisang". Makanan sebegini juga dijadikan bekalan semasa pergi bekerja di kebun suatu waktu dahulu.

8. Pisang Jari Buaya


Setakat ini dikatakan pisang ini tidak banyak gunanya selain diberikan makan kepada ayam ketika masak kerana rasanya yang tidak sedap.

 9. Pisang Berangan


Jenis pisang ini hanya dimakan mentah ketika masak ranum.. Tidak banyak kegunaannya berbanding pisang lain. Ia sangat digemari ramai kerana rasanya yang enak dan sering dieksport keluar negara terutama Singapura. Sungguhpun demikian sekarang sukar mendapatkan pisang ini kerana varieti ini adalah yang pertama diserang penyakit . Pisang berangan masak sesuai dijadikan pencuci mulut termasuk di hotel hotel.

10. Pisang Awak


Pisang ini jarang orang makan mentah apabila masak ranum.Ia sangat popular untuk digoreng tepung dan dimakan panas-panas. Bagi pisang yang telah masak ranum , paling digemari dibuat cucur kodok.Selain itu boleh juga dijadikan serawa ,mertabak pisang ,lempeng pisang dan lepat pisang. Daun pisang awak banyak kegunaannya. Antaranya untuk membungkus tapai, lepat,lopis dan membungkus nasi lemak.nasi ambeng.Suatu masa dahulu, batang pisang ini dijadikan tali untuk mengikat barang yang dibeli di kedai-kedai runcit.

11. Pisang Toman


Pisang toman ini berukuran purata 20 cm panjang.Lebih besar daripada pisang berangan. Ia sesuai untuk digoreng atau dibuat kerepek kerana berukuran besar.Pisang toman agak gebu apabila digoreng.Bagaimana pun jenis pisang ini tidak popular untuk pasaran.Pokoknya tidak berapa tinggi dalam sekitar 2.5 meter. Pisang toman yang digoreng mempunyai rasa  kemasaman sedikit

12. Pisang Embun


Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter.

Sumber: http://pesara1957.blogspot.my/

Tapi sebenarnya ada 25 jenis pisang iaitu..
1) Pisang Abu
2) Pisang abu keling
3) Pisang awak
4) Pisang Berangan
5) Pisang Benggala (Galla)
6) Pisang Bunga
7) Pisang Embun
8) Pisang Kapas
9) Pisang Kari
10) Pisang Kelat Keling
11) Pisang Khaki
12) Pisang Lemak Manis
13) Pisang Lidi
14) Pisang Mas
15) Pisang Merah
16) Pisang Nangka
17) Pisang Nipah
18) Pisang Putar
19) Pisang Rastali
20) Pisang Serendah
21) Pisang Susu
22) Pisang Talang
23) Pisang Tanduk
24) Pisang Tanduk Raja
25) Pisang teratai

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Ini antara pisang yang ada kat Malaysia... Tapi kalau tengok pokok pisang tetap tak boleh nak kenal jenis pisang... hehe... orang lama-lama tau la itu pokok pisang apa kan...

Gambar: Google images

[Throwback] Kalkulator Habis Bateri Masa Jawapan Matematik SPM

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Throwback] Kalkulator Habis Bateri Masa Jawapan Matematik SPM | Hari ni mata pelajaran matematik bagi peperiksaan SPM 2017. Wajah-wajah kerisauan nampak jelas pada anak-anak didik hari ni. Risau jawapan yang diberikan salah... Walaupun MF tak ajar subjek tu... Tapi kerisauan tu sama macam apa yang MF sendiri alami masa ambil SPM dahulu...

Menggamit kenangan... Zaman MF matematik dah mula menggunakan Kalkulator saintifik.

Subjek matematik adalah subjek kegemaran MF selain subjek sains.. Maklumlah cita-cita tinggi nak jadi pelajar aliran sains kononnya.. Impian nak jadi seorang doktor tu tak pernah padam waktu tu... Tiada langsung hajat nak jadi cikgu apatah lagi ustazah ketika itu.

Sepanjang SPM berlangsung MF tinggal di asrama... Sebab utama takut terperangkap dalam banjir.. Maklumlah waktu tu musim hujan. Jadi, memang minta dengan warden nak dok asrama...

Jadi, sepanjang tu juga MF study di asrama dengan rakan-rakan... Malam sebelum peperiksaan kami gigih buat ulang kaji dan latihan...

Esoknya, sewaktu peperiksaan subjek matematik.. Semua kelengkapan termasuk Kalkulator dah siap sedia. Disebabkan waktu tu penggunaan Kalkulator masih baru, jadi buku sifir saintifik tu masih dibekalkan sebagai alternatif.

Sumber :Google image 

Namun, siapa sangka... Belum pun sampai 10 soalan kertas 1 matematik... Tetiba Kalkulator MF terpadam... Tekan-tekan tak berfungsi... Fuhh... Berpeluh.. Cuak... Dalam hati rasa nak menyumpah... Waktu nilah dia nak habis bateri dan buat hal... Sebelum ni ok je...


Tiada pilihan.. Tak boleh buang masa. Kena lah perah otak kira secara manual... Habis ruang kosong yang ada MF guna untuk buat kira-kira. Buku sifir yang dibekalkan digunakan sepenuhnya.

Tak toleh kiri kanan... Kira dengan tekun... Perah otak giler-giler... Sebab kena ingat formula...

Habis sahaja kertas matematik... Keluar dewan dengan pasrahnya..  Harapan nak dapat A, macam tipis sahaja... Jadi, redha aje dengan keputusan nanti...

Berlalu lah subjek matematik dengan kenangan pahit...

Hari ambil keputusan SPM, pastinya subjek matematik MF tengok dulu... Haha... Tak sangka... Rezeki memihak kepada MF... Dapat A matematik... Rasa Nak menangis pun ada waktu tu... Ye lah.. Dengan kira manual berbanding kawan lain yang guna Kalkulator waktu tu... Tak sangka mampu juga dapat A.

Itulah kenangan waktu SPM yang MF tak dapat lupakan walaupun dah lebih 10 tahun kenangan tu berlalu...

Apa pun results keseluruhan hanya sederhana... MF lanjutkan ke peringkat STPM untuk layakkan diri masuk universiti... Alhamdulillah.. Menebus kegagalan masa SPM, dengan STPM, akhirnya MF masuk universiti dengan kursus impian ibu bapa MF untuk melihat salah seorang anaknya jadi pendidik...

Doa dan impian itu MF telah laksanakan... Dan hari ini MF pula menjadi pendidik anak bangsa... Alhamdulillah...

Buat calon SPM 2017, buat yang terbaik... Jangan siakan harapan ibu ayah... Kerana itulah hadiah terindah dari anak buat ibu bapanya iaitu sebuah kejayaan yang tak ternilai dek wang ringgit... Semoga berjaya SPM 2017.

Esok subjek MF ajar... Redha dan tawakal aje dengan anak-anak didik ni... Moga keputusan tahun ni lebih baik... Moga diterangkan hati dan fikiran untuk jawab soalan esok... Insha Allah... Hanya pada Mu Ya Allah.. Aku berserah.. Dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan. 

Tahukah Anda Bilakah Berakhirnya Waktu Untuk Solat Isyak?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahukah Anda Bilakah Berakhirnya Waktu Untuk Solat Isyak? | Solat Isyak dikatakan solat terakhir dalam satu hari tu sebab solat di malam hari.. Tapi ikut Islam permulaan hari ialah bermula dengan solat maghrib...

Solat Isyak dikatakan waktu solat yang panjang tempohnya.. Kalau kita belajar zaman sekolah dulu, waktu solat Isyak bermula setelah terbenam matahari sepenuhnya hingga terbit fajar sadik... Itu yang kita belajar zaman sekolah.

Atas faktor itu kadangkala kita melengahkan waktu solat Isyak ni atas alasan waktunya yang panjang. Benarkah begitu? Apa pun, Jom rujuk hukum fiqh yang berdasarkan dalil dan perbincangan para ulama.


Bila Berakhir Waktu Isyak? 


Masuk waktu isyak ialah dengan hilangnya mega merah di ufuk barat (yang menandakan tamatnya waktu solat maghrib).

Berakhirnya pula ada dua pandangan di kalangan ulamak :-

Pandangan pertama : Sebelum berakhir sepertiga malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafi’e dan Imam Ahmad dan segolongan ulamak yang lain.

Berdalilkan hadis dari Buraidah r.a. yang menceritakan penjelasan amali (praktikal) Rasulullah s.a.w. tentang waktu solat. Mengenai solat Isyak, Buraidah r.a. menceritakan; “Pada malam pertama Rasulullah s.a.w. melakukan solat Isyak ketika hilang mega merah di ufuk Barat. Di malam kedua pula baginda melakukannya tatkala malam telah berlalu sepertiganya…Kemudian, baginda menjelaskan; “Waktu solat ialah antara dua waktu tersebut”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis ini hasan gharib soheh).

Pandangan kedua : Sebelum berakhir separuh malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah

Berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275

Waktu yang dimaksudkan di atas ialah waktu ikhtiyar (waktu pilihan), iaitu waktu diberi kelonggaran/ kelapangan kepada kita untuk memilih pada ketika mana kita ingin mengerjakan solat dalam jarak waktu tersebut walaupun yang afdhalnya ialah kita melakukannya di awal waktu

Selepas waktu ikhtiyar (waktu pilihan) tersebut, para ulamak berikhtilaf (berbeza pendapat) :-

Menurut mazhab Hanbali dan Maliki, selepas waktu ikhtiyar (waktu pilihan) itu ialah waktu darurat yang bermula dari sepertiga atau seperdua malam hinggalah terbitnya fajar (masuk waktu subuh).

Maksud waktu darurat ialah harus melakukan solat Isyak pada waktu tersebut (tanpa berdosa) bagi orang yang ada keuzuran. Solat Isyak yang ditunaikan dalam waktu darurat itu masih dianggap tunai (bukan qadha), cuma jika dengan keuzuran tidaklah berdosa dan sekiranya tanpa keuzuran akan berdosalah.

Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki, tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran.

Di antara bentuk keuzuran ialah :-

1. Wanita haid; selepas sepertiga/separuh malam barulah darah haidnya kering.
2. Orang kafir yang baru masuk Islam ketika itu
3. Kanak-kanak yang baru baligh ketika itu
4. Orang gila yang baru sedar dari gilanya ketika itu
5. Tertidur; selepas sepertiga atau separuh malam baru terjaga.
6. Sakit; sembuh selepas waktu tersebut.

Adapun menurut mazhab Syafi’ie, selepas waktu ihktiyar itu ialah waktu jawaz (waktu harus), yakni waktu harus untuk melakukan solat walaupun tidak sebaik waktu ikhtiyar tadi. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; waktu ikhtiyar tadi bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak (atau secara keseluruhan) tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya (yakni waktu jawaz). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (yakni masuk waktu subuh).

Mazhab Syafi’ie ini berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud; “Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain” (Riwayat Imam Muslim).

Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa waktu solat tidak tamat selagi belum masuk waktu solat yang lain. Maka dinisbah kepada Isyak, waktunya berterusan selagi belum tiba waktu subuh.

4 Bahagian Waktu Solat

Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat :-

1. Waktu terbaik, iaitu di awal waktu.

2. Waktu ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.

3. Waktu jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamat waktu (yakni senbelum masuk waktu solat isyak yang lain kecuali subuh diman

a waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).

4. Waktu hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah 1/273-278.
2. Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 1/8-12.
3. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syurbini, 1/173.
4. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abdur-Rahman al-Jazairi, 1/168.
5. al-Wajiz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 66.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 100.
7. al-Kifayah Li Zawil-Inayah, Syeikh Abdul-Basit al-Fakhuri, hlm. 56.

Sumber: Telegram channel

Waaaa... Insaf... Lepas ni kena kuatkan semangat bangun solat Isyak dulu jika tertidur... Andai terjaga terus solat... Andai masuk waktu Isyak terus aje solat walaupun badan sebenarnya tak larat. Tiada lagi alasan melengahkan waktu solat walaupun waktu solat itu masih panjang sebenarnya... Waktu yang panjang itu hanya diberi kelonggaran kepada mereka yang betul-betul dalam keuzuran. 

"Asyik Aku Aje Kena Buat"

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Dialog yang sering kita dengar...

"Asyik-asyik aku je yang kena buatkan. Bukan ke ada orang lain yang boleh tolong buatkan."

"Kenapalah mak selalu minta tolong dengan saya, sedangkan anak mak yang lain ramai lagi."

"Malaslah aku nak tolong buangkan sampah, asyik-asyik aku je...biar je aku nak suruh orang lain buatkan pulak."

"Awak ni tak sudah-sudah nak bantu adik awak tu, biarlah dia belajar uruskan sendiri pulak."

"Ayah ni, asyik saya je kena tolong ayah, suruhlah adik pulak."

Ini biasa kita dengarkan. Dialog yang sering diluahkan dan kedengaran. Namun adakah kita pernah berfikir kenapa orang pilih kita dalam ramai-ramai orang yang lain.

Orang pilih kita kerana kita senang didekati, kita senang dibawa bicara, kita senang membuat kerja tanpa banyak soal dan kita tidak pernah berkata tidak. Sebenarnya kita ini istimewa. Ya istimewa kerana kita memudahkan urusan orang lain.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah ﷺ bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu kesusahan saudaranya maka Allah akan membantu kesusahannya. Siapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesulitan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat". [HR Sahih Bukhari, no. 2442]

Allah telah memilih kita dalam ramai-ramai hamba-Nya untuk memudahkan urusan dan kesulitan orang lain. Janganlah mengeluh dan janganlah membanding beza dengan orang lain. Kita tidak tahu mungkin dengan pertolongan yang kita hulurkan, Allah telah memudahkan urusan kita secara tidak sedar dan dari sudut yang tak terfikir oleh kita. Percayalah dengan memudahkan urusan orang, kita akan berasa bahagia. Sesungguhnya Islam ini indah. Sesungguhnya Islam ini mudah. Dan sesungguhnya Islam ini sempurna. Wallahua'lam.

kredit: #admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Kesimpulannya, bersangka baik dalam setiap urusan... Begitu juga bila terima tugasan baru... standby untuk tugasa tahun depan... Terima dengan redha... dan yakin boleh dengan diri sendiri...

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap! | Siapa suka makan kari? Kari ni sinonim dengan masakan mamak... Ingat kari, ingat mamak... Ada orang suka masak kari guna serbuk kari... Tapi ada juga yang masak kari buat rempah sendiri... Tapi MF kombinasikan kedua-dua kaedah ini...

Apa pun, cara masak kari berbeza antara masak kari ikan dan daging... Cara memasak ini menentukan sesuatu kari tu sedap atau sebaliknya...

Apa pun MF kongsikan tips berguna untuk masak kari yang sedap

Sumber : Google image 

15 Rahsia Masak Kari Yang Sedap!


15 Rahsia untuk menghasilkan "Kari daging/ ayam atau kari ikan yang sedap. Sesetengahnya mungkin ada yang sudah tahu. Tapi ada beberapa tip yang pasti akan menyenangkan anda.

Kari Ayam @ Daging

1. Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng selama 1- 2 minit masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.

2. Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau dging mengecut, barulah di tambah air.

3. Apabila sudah di masukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mendidih.

4. Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum dipanaskan dengan garam.

5. Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang , buah pelaga dan kulit kayu manis.

6. Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakkan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum di masak, daging akan menjadi lebih lembut, aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadinya kuah lebih sedap.

Kari Ikan

1. Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang di sangai dan di tumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.

2. Jika menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskanya bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.

3.ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam dan menggaringkan rempah dengan baik.

4. Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh patahkan 2-3 cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.

5. Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu di campur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang di masukkan dengan sedikot minyak dan garam( jangan terlalu lama). Ketika mahu menhidangkan kari,barulah di masukkan bendi.

6.sebelum anda masikkan ikan ke dalam kati, pastikan kuah sudah mengelegak. Jika tidak isi ikan akan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.

7. Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia keluar minyak dan tidak terlalu lama.

8.ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/ halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rase kari.

9. Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum di makan,rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya akan memekat. Apabila di panaskan rasanya lebih sedap.

Jom  praktikkan tip di atas. Sila share dekat kawan - kawan kita kot - kot lah ramai yang tidak tahu.

Kredit: Facebook Jauharatuddini Taib

Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan? | Selepas bersalin, pasti setiap ibu akan ditanya oleh doktor atau nurse kaedah merancang kehamilan seterusnya. Mulalah memikirkan apakah kaedah yang paling berkesan untuk rancang kehamilan...

Walau bagaimanapun kena tau juga apa alasan merancang kehamilan... Adakah perlu rancang kehamilan.. Hukum merancang di sisi agama Islam... Ada yang mengatakan dengan ekstrem bahawa merancang kehamilan boleh menyebabkan syirik... Atas alasan itu, setiap tahun mengandung aje... Betul ke macam tu...

Sebenarnya, ada dua hukum... Boleh merancang dengan alasan untuk menjaga kesihatan, tapi haram merancang kehamilan atas faktor takutkan kemiskinan.


Jadi, bagi yang nak merancang kehamilan ni, mesti fikir kaedah yang berkesan dan tak mendatangkan kesan sampingan. Kebanyakan kaedah yang dicadangkan oleh nurse atau doktor zaman sekarang ialah pil perancang, implan, suntikan dan masukkan alat dalam rahim. Namun, sejak akhir-akhir ni, ramai pula berkongsi kesannya dalam jangka masa panjang...



Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan?


Apa pun, setiap kaedah merancang kehamilan moden ada kesan sampingannya.

Kondom untuk lelaki

Pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang alah kepada getah atau lateks (cari kondom yang diperbuat daripada plastik atau membran haiwan)


Keberkesanan: 97 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Kondom untuk wanita

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang alah kepada getah (lateks) atau pembasmi sperma (walaupun kondom wanita diperbuat daripada poliurethina, bukannya lateks, anda mungkin mengalami reaksi alahan juga)


Keberkesanan: 95 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Diafragma atau penutup serviks

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks
  • Wanita yang alah kepada lateks atau pembasmi sperma (perlu untuk berkesan)
  • Wanita yang tidak suka menggunakan jeli atau krim pembasmi sperma (perlu untuk berkesan)


Keberkesanan: 80-90 peratus berkesan jika diguna dengan betul.

Pil

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami senggugut teruk ketika datang haid
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa pada badannya sebelum itu
  • Wanita yang bermasalah jerawat
  • Bukan perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Perokok yang berumur lebih 35 tahun
  • Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya
  • Wanita yang sering terlupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati
  • Wanita yang menghidap diabetes
  • Wanita yang mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks)
  • Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura
  • Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung
  • Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil)
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Pil mini

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil pada waktu yang sama setiap hari
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah sista ovari
  • Wanita yang pernah hamil di luar rahim (kehamilan ektopik)
  • Wanita yang pernah mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks)
  • Wanita yang tidak dapat menangani sebarang perubahan terhadap kitaran haid mereka


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Implan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang mahukan pencegahan kehamilan jangka panjang
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak dapat menangani perubahan pada kitaran haid mereka
  • Wanita yang pernah menghidap penyakit berkaitan hati
  • Wanita yang menghidap kanser payudara atau kanser pada mana-mana organ pembiakan
  • Wanita yang pernah hamil di luar rahim


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Tampalan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid
  • Wanita yang mengalami tekanan sebelum haid (premenstrual tension - PMT)
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Bukan perokok



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Perokok yang berumur lebih 35 tahun
  • Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya
  • Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung
  • Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura
  • Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil)
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing
  • Wanita yang mempunyai berat badan 90 kg atau lebih
  • Wanita yang mempunyai kulit sensitif


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Suntikan

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan. Walaupun sejumlah kecil hormon progestogen akan sampai kepada bayi, kajian telah menunjukkan bahawa ia tidak membahayakan.
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Wanita yang pasti bahawa mereka tidak mahu hamil dalam masa setahun lagi
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang tidak suka mengambil suntikan
  • Wanita yang mahu hamil lagi dalam masa setahun
  • Wanita yang mempunyai sejarah mengalami darah beku atau strok
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati


Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika anda mengambil suntikan tepat pada masanya.

Sistem intrauterin (IUS)

Ketika ini terdapat satu sahaja jenama IUS di UK iaitu Mirena. Ia membebaskan hormon progestogen secara berkala.

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari
  • Perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Wanita yang menghidap penyakit kelamin yang tidak dirawat
  • Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid atau masalah serviks
  • Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati


  • Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal
  • Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati


Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Alat intrauterin (IUD)

Pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang alah kepada kuprum (gangsa)
  • Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid
  • Wanita yang berdarah dengan banyak atau mengalami senggugut yang teruk ketika haid
  • Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal
  • Wanita yang mempunyai injap jantung palsu atau yang berpenyakit



Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Pemandulan lelaki (Vasektomi)

Pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang 100 peratus pasti mereka tidak mahu mendapat anak lagi
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Pasangan yang mahu bebas bersama tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi



BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang mahukan anak lagi
  • Lelaki yang tidak mahu menjalani pembedahan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon


Keberkesanan: 99 peratus berkesan. Terdapat 1 dalam 1,000 kemungkinan seorang lelaki yang telah menjalani vasektomi membuat seorang wanita hamil.

Pemandulan wanita (oklusi tiub)

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang 100 peratus yakin mereka tidak mahukan anak lagi
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Pasangan yang mahukan anak lagi
  • Wanita yang tidak mahu menjalani pembedahan
  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon


Keberkesanan: Kira-kira satu dalam 400 wanita akan hamil dalam masa 10 tahun selepas tiub mereka diikat.

Kaedah perancang keluarga semula jadi (NF)

Kaedah ini mengenal pasti hari-hari subur anda.

Pilihan yang baik untuk:

  • Wanita yang tidak selesa mengambil hormon
  • Ibu-ibu yang memberi susu badan
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap dan boleh dijangka
  • Wanita yang sanggup meluangkan masa dan tenaga membuat carta kitaran haid mereka
  • Wanita yang mahu bebas beresama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu


BUKAN pilihan yang baik untuk:

  • Ibu-ibu baru yang sibuk dan tidak mempunyai masa dan tenaga untuk membuat carta
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap
  • Mereka yang mencari kaedah pengawalan kehamilan yang sangat berkesan


Keberkesanan: Bergantung kepada kaedah yang anda pilih dan disiplin anda, anda boleh mengelak kehamilan sehingga 98 peratus. Jika anda serius mengenai NFP, anda perlu belajar mengenainya daripada seseorang yang berkelayakan.

Kaedah Azal

Kaedah azal atau pengeluaran (ejakulasi) air mani di luar tubuh dikenali juga sebagai coitus interuptus, memerlukan pasangan suami menarik atau menolak keluar zakarnya dari faraj wanita. Aspek utama kaedah ini adalah supaya air mani pasangan tidak memasuki faraj wanita atau bersentuhan dengan kemaluan luar, supaya sperma tidak dapat mensenyawakan telur.

Kelemahan
Pasangan kita perlu mempunyai kawalan diri yang sangat baik dan harus sedar bila tiba masanya yang tepat untuk dia bertindak semasa berada betul-betul pada puncak orgasma.
Terdapat juga kemungkinan bahawa cecair praejakulasi, yang boleh bocor keluar sebelum mereka menarik keluar zakar, mungkin mengandungi sperma. J
Jika pasangan terdedah kepada ejakulasi pramatang, kaedah ini mungkin tidak akan berkesan sama sekali kerana pasangan kita tidak dapat mengawal ejakulasi.
Suami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika merancang untuk mengadakan hubungan seks sekali lagi dalam tempoh masa yang singkat.
Suami harus membuang air kecil dan membersihkan hujung zakarnya, ini dapat membantu bagi mengeluarkan sebarang baki daripada ejakulasi sebelumnya.

Keberkesanan
Dijangkakan sebanyak 73 peratus daripada kaedah pengeluaran ini berkesan jika diikuti dengan betul. Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh suami. Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat menarik zakar kerana cecair praejakulasi juga mengandungi sedikit sperma. Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks. Peratus kegagalan ialah 20 peratus.

Kaedah Menyusu Badan

Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah “lactational amenorrhoea” (LAM).

Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:
bayi anda berusia kurang daripada enam bulan;
anda masih belum datang haid sejak bersalin;
anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.

Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam. Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam. Dan jangan beri minuman lain atau makanan pejal kepada bayi anda.

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Keberkesanan
Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.

Sumber: Baby Center

Jadi, pilihan adalah hasil perbincangan bersama... Pendapat MF, wajib merancang kehamilan demi kesihatan isteri... suami jangan pentingkan diri sendiri... Bukan sebab takut miskin, tapi wanita ni badannya bukan mesin..untuk beranak je... Kena fikirkan kesihatan fizikal, emosi isteri bila anak ramai... Tak kira lah bagi isteri yang bekerja atau suri rumah sepenuhnya. Apa pun, jika dah merancang dengan salah satu kaedah di atas tapi Allah nak bagi juga... terimalah seadanya... itulah dikatakan betul-betul rezeki... Tapi kalau tak rancang, bukan rezekilah... agaknya itu saja cari penyakit... lepas bersalin 2 bulan mengandung lagi... bukan rezeki bagi MF, itu memang sengaja menguji sunnatullah...


Life is Not Prefect

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hidup ini tak selalunya indah...
Sesekali akan datang dugaan
Akan datang masalah...

Tapi sebenarnya masalah datang bukan untuk menyusahkan...

Tapi untuk memberi pengajaran dan pembelajaran yang baru...

Fikir positif dengan masalah yang datang...
Hadapi dengan tenang...
Mohon bantuan Allah, moga dapat diselesaikan dengan aman...
Moga semuanya untuk memberi makna dalam kehidupan... 

11 GAMBAR CADAR KATIL INSPIRASI DARI MENU PILIHAN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 GAMBAR CADAR KATIL INSPIRASI DARI MENU PILIHAN | Nak tidur ke nak makan nih... Kalau tidur lapar la pulak...

Zaman sekarang, makanan bukan lagi untuk dihormati... Tapi menjadi inspirasi untuk diolah ke dalam bentuk gambar yang pelbagai... termasuk dijadikan pertunjukan fesyen..

Kali ni, makanan dijadikan gambar cadar katil... Gambar makanan dalam bentuk 3D, dijadikan cadar katil menyebabkan rasa terliur... Cadar yang siap dengan sarung bantal juga dengan gambar makanan... Jom tengok gambar-gambar ni...

11 GAMBAR CADAR KATIL 

INSPIRASI DARI MENU PILIHAN













Amacam... Nak makan ke nak tidur? Sanggup tak nak tidur nih??? Menarik... Tapi sanggup ke nak tidur atas makanan???

Kadangkala kita fikir kreatif ni bagus... Tapi ada kalanya kreatif juga perlu kena pada tempatnya... Cuma bagi MF kreativiti ini tak seteruk hipster makanan, seperti makan dalam lubang tandas, rupakan makanan dalam bentuk yang jijik dan menggelikan... itu memang sah-sah lah menghina makanan...

Tapi kalau yang ni, dikirakan sebagai hiasan la... cuma kalau MF tak sanggup nak pakai katil tu kot... sebab cadar ni jelas 3D tu... memang nampak real... Jadi, rasa macam tak patut sangat nak tidur... kalau bentuk 2D ok lagi kot...

Anda pula macam mana?



Sumber gambar: Says.com

Takut Nak Bersalin di Hospital Kerajaan??? Ini Senarai Hospital Kerajaan Terbaik di Malaysia

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Takut Nak Bersalin di Hospital Kerajaan??? Ini Senarai Hospital Kerajaan Terbaik dan Selesa Untuk Ibu Hamil | Masih ada bunyi dan ura-ura negatif mengenai hospital kerajaan... Doktor garang, nurse suka maki orang... Tak mesra pelanggan dan lain-lain.

Tapi, alhamdulillah... Ketiga-tiga anak MF bersalin di hospital kerajaan... Dan alhamdulillah... Semuanya sangat tip top layanan... Setanding dan sama selesa dengan hospital swasta... Dan bestnya boleh request nak doktor perempuan... Dulu kita fikir kat swasta je boleh... Sekarang kat hospital kerajaan pun boleh dah.. Cuma kena sabar.

Ada 5 hospital kerajaan yang terbaik di Malaysia...  Terbaik tu maksudnya dari segi layanan, keselesaan, kemudahan dan juga doktor pakar.

Antara hospital tersebut ialah:

Hospital Kuala Lumpur, KL


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Hospital Kuala Lumpur merupakan di antara hospital kerajaan yang terbaik di Malaysia. Hospital bersalin HKL merupakan hospital utama yang menjadi rujukan hospital-hospital lain bagi kes bersalin berisiko... Hospital swasta yang terdekat pun, kalau ada masalah terus akan hantar ke HKL. Ia mempunyai ramai pakar O&G dan turut melahirkan pakar-pakar O&G bagi hospital lain.

Memang tak dinafikan ramai pakar di sini dan menjadi tempat rujuk utama di sini... Selain itu, Apa yang menarik perhatian adalah doktor-doktor di sini menyatakan bahawa mereka tidak akan sesekali menolak pesakit - semuanya akan cuba diterima dan dilayan dengan baik.

Tapi rata-rata rakan MF sendiri mengatakan layanan di HKL bagus... Tapi bahagian  O&G la... Tapi bahagian kecemasan dan pesakit luar kurang memuaskan. Lagipun memang ramai pakar di HKL dalam pelbagai bidang dan cabang perubatan.

Sumber: google images

Senarai Hospital Kerajaan Terbaik di Malaysia

Hospital Selayang, Selangor


Lagi satu hospital yang terbaik untuk ibu hamil adalah Hospital Selayang. Ramai para ibu yang telah bersalin di hospital ini dan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan kepakaran doktor di sini. Yang menariknya tentang Hospital Selayang adalah ia turut menyediakan program Full-Paying Patient (FPP).

Dengan skim ini, pesakit diberikan kemudahan untuk memilih doktor pakar yang mereka inginkan dan menikmati kemudahan kelas pertama. Lagi satu yang membuatkan hospital ini mesra ibu hamil adalah para suami turut dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin untuk menemani isteri mereka.

MF pernah sekali pergi ke Hospital Selayang... Tapi bukan bahagian O&G, bahagian kecemasan.. Terlalu ramai orang... Masa tu anak MF demam panas cecah suhu 41... Terus cancel dan bergegas ke Pusat Perubatan HUKM... Alhamdulillah... Apa pun dari segi layanan Hospital Selayang ok sahaja...

Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan


Walaupun sebelum ini hanya ada dua hospital sahaja yang berstatus FPP, kini terdapat beberapa hospital kerajaan di seluruh Malaysia yang menyediakan skim ini, antaranya Hospital Tuanku Ja’afar di Negeri Sembilan.

Rata-rata mereka yang telah bersalin disini memuji keselesaan wad dan bilik bersalinnya – serba baru katanya! Layanannya pun baik-baik belaka.

MF tiada pengalaman kat semua hospital yang tersenarai ni.... Tapi ramai juga Review positif melalui pengalaman kawan-kawan dan pembacaan MF di internet dan facebook juga.

Hospital Sultanah Aminah, Johor


Antara sebab utama yang menyebabkan Hospital Sultanah Aminah menjadi hospital kerajaan terbaik untuk ibu hamil adalah kepakaran doktornya serta keselesaan bilik bersalin. Memang ramai doktor pakar yang sedia untuk berkhidmat di hospital ini.

Selain tu, memang setiap pesakit akan mendapat satu bilik bersalin. Setiap biliknya juga turut dilengkapi dengan penyaman udara. Memang selesalah untuk bakal-bakal ibu. Jadi terlindung dan tak terdedah...

Pengalaman MF sendiri bersalinkan anak ketiga di sini... Memang terbaik... Dapat doktor perempuan yang jaga dan memang tunggu MF kat Laboor Room hingga selesai bersalin...

Lepas bersalin... Suami boleh tunggu isteri hingga selesai semuanya... Sebelum bersalin pun suami boleh masuk juga sebenarnya...  Tapi sebab suami MF ada urusan di luar... Jadi tak sempat juga nak teman... Takpe la kan.. Janji semuanya selamat.

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak


Hospital Raja Permaisuri Bainin di Ipoh, Perak juga merupakan antara hospital kerajaan yang terbaik buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan Ipoh. Hospital ini mengamalkan konsep “Husband Friendly” di mana para suami dibenarkan untuk menemani isteri ketika melahirkan anak. Sebagai hospital utama di Perak, sudah tentu ia juga mempunyai ramai pakar. Malah, ia turut menempatkan pakar fertiliti dan IVF. Bermula 2017 juga, anda turut boleh menyertai skim FPP di hospital ini jika terasa ingin memilih doktor sendiri!

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia


Lagi satu hospital terbaik di Malaysia buat ibu hamil adalah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merupakan lagi satu hospital mesra suami yang membenarkan mereka masuk ke dewan bersalin ketika proses kelahiran. Hospital ini merupakan hospital kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Maka, tidak mustahillah jika di sini terdapat ramai doktor pakar yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada anda! Cumanya, jika anda ingin menggunakan khidmat bersalin di sini, anda memerlukan surat rujukan terlebih dahulu.

Hospital Lain Yang Boleh Anda Pilih Ketika Hamil

5 hospital tu kira hospital besar di Malaysia...  Ada juga hospital lain yang selesa buat ibu bersalin... Antaranya:

Hospital Serdang, Selangor 

– Ramai doktor terlatih, kemudahan perubatan yang lengkap, suami boleh masuk ke dewan bersalin

Hospital Putrajaya, WP 

– Skim FPP, kemudahan lengkap, wad yang selesa, suami boleh masuk ke dewan bersalin

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 

– Skim FPP, layanan mesra

Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah 

– Doktor pakar, wad luas dan selesa, layanan doktor dan jururawat yang mesra.

Hospital Raja Permaisuri Perempuan Zainab II, Kota Bharu 

– Skim FPP, mesra suami (boleh menemani isteri ketika bersalin)

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu 

– Kemudahan doktor pakar, boleh memilih doktor, peralatan bersalin yang canggih, Skim FPP, suami dibenarkan masuk ke bilik bersalin

Hospital Ampang, Selangor 

- hospital yang mesra pelanggan... Boleh request doktor perempuan juga... Suami boleh menemani isteri dan cuma kena banyak sabar sebab terlalu ramai pesakit di hospital ini... Ye.. memang padat, tapi layanan nurse dan doktor yang mesra dan sentiasa senyum walaupun ramai pesakit. Masa bersalinkan anak kedua, MF dapatkan perkhidmatan di sini...

Hospital Kulai

Hospital daerah yang memang Best... Layanan tip top... Nurse dan doktor yang sentiasa senyum...  Dan memang mesra pelanggan... Memang best... lembut dan penuh mesra... tapi MF tak bersalin di sini, sebab ada masalah kena transfer ke Hospital Sultanah Aminah... Tapi layanan memang best... cuma ini hospital daerah... jadi, kekurangan doktor pakar di sini... bagi yang takde masalah, boleh plan bersalin di sini.


Kemudahan doktor pakar berserta kelengkapan perubatan lengkap dan canggih yang ada di hospital-hospital ini buatkan kita yakin dengan kualiti perubatan di sini. Dari segi layanan pula, sudah tentu, pengalaman kita semuanya berbeza. Tidak ada benda yang sempurna. Dan semua itu atas rezeki diri sendiri juga... MF yakin semua itu ada kaitan dengan amalan kita semasa mengandung lagi...Jika dapat yang baik dan dipermudahkan... Alhamdulillah... Jika sebaliknya maka muhasabah diri...

Moga entry ini dapat buka minda kita supaya ubah persepsi negatif terhadap hospital kerajaan..

Cuma satu je... Kalau dah ke hospital kerajaan jangan minta layanan macam tinggal kat hotel 5 bintang dengan layanan VVIP kan... Bagi saya jika orang layan kita baik... Tak tengking kita kira ok dah tu.  Setakat muka tak senyum dan tak layan sangat tu biasa la... Sebab bukan nurse dan doktor nak layan kita seorang kan... kepenatan mereka melayan pelbagai karenah manusia... buatkan kesabaran mereka teruji... Jadi, konsepnya, kita buat baik dengan orang, orang juga akan buat baik dengan kita...

62 Koleksi Nama Anak Perempuan Dalam Bahasa Arab Yang Indah Lagi Bermakna

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



62 Koleksi Nama Anak Perempuan Dalam Bahasa Arab Yang Indah Lagi Bermakna | Sedang mencari nama ANAK PEREMPUAN? Bukan senang nak dapat makna yang tepat dalam bahasa arab & transliterasi yang betul bila dirumikan. Yang ni 100% trusted source. Jadi kepada sahabat-sahabat dan sedara mara yang tengah mencari nama untuk bakal anak tu boleh ambik dari sini.   



  1. `AADILA SYAFEEQA (عادلة شفيقة) - ORANG YANG ADIL YANG PENYAYANG (sebut 'aa di la + sya fii qo) 
  2. `AQLA DALEELI NAYIFA - AKAL PEMIKIRAN PEMIMPIN YANG TINGGI (sebut 'aq la + da lii li + na yi fa) 
  3. `ARSHIY MUNAARA - SINGGAHSANA YANG BERCAHAYA (sebut'ar shiy + mu naa ra) 
  4. ADHALIYYA LAYYINA (أضاليا لَيّنَة) - DAHLIA YANG LEMBUT (sebut a dho liy ya + lai yi na) 
  5. ARSAA HARIKA - YG TEGUH YANG CERDAS YANG RAJIN (sebut ar saa + ha ri ka) 
  6. AYDINA QAFIYYA - KEKUATAN KAMI YANG MEMULIAKAN (sebut ai di na + qo fiy ya) 
  7. AYSAARA `ILMA - KEKAYAAN ILMU PENGETAHUAN (sebut ai saa ra + 'il ma) 
  8. AZRA NUHAA (أزر نهى) - KEKUATAN AKAL (sebut az ra + nu haa) 
  9. BISYRA HAADIFA - KHABAR GEMBIRA YANG BERWAWASAN (sebut bish ra + haa di fa) 
  10. DURRA TAHAANIY - MUTIARA TAHNIAH (sebut dur ra + ta haa niy) 
  11. DZURWAH HAYYINA - YANG TERBAIK YANG MUDAH (sebut dzur wah + hai yi na) 
  12. FAHEEMA `AREEFA (فهيمة عريفة) - ORANG YANG FAHAM YANG TAHU (sebut fa hii ma + 'a rii fa) 
  13. FAKHMA ZIHHEEDA - YANG CANTIK YANG ZUHUD (sebut fakh ma + zih hii da) 
  14. FAQEEHA MUUSIRA - ORANG YANG BIJAK YANG KAYA (sebut fa qii ha + muu si ra) 
  15. FIKRA `AQEELA (فكرعقيلة) - PEMIKIRAN YANG BIJAK (sebut fik ra + 'a qii la) 
  16. FIKRA SYAARIHA - PEMIKIRAN YANG MENJELASKAN SESUATU (sebut fik ra + syaa ri ha) 
  17. FIRRAH MUZZHIRA - SENYUMAN YANG CANTIK YANG BERCAHAYA (sebut fir rah + muzz hi ra) 
  18. FITHRAH NAUWARA - FITRAH YANG BERCAHAYA (sebut fith rah + nau wa ra) 
  19. GHANIYYA HAAJIDA - ORANG YANG KAYA YANG BERTAHAJUD (sebut gho niy ya + haa ji da) 
  20. HAANIY ZUFARA - ORANG YANG CERIA YANG BERANI (sebut haa niy + zu fa ra) 
  21. HANAA NAYYIRA (هنا نيرة) - KEBAHAGIAAN YANG BERCAHAYA (sebut ha naa + nai yi ra) 
  22. HAYNA SYAEEQA - KELEMBUTAN YANG MEMPESONA (sebut hai na + sya ee qo) 
  23. HILYA 'AYSHINA - PERMATA KEHIDUPAN KAMI (sebut hil ya + 'ai shi na) 
  24. ILFA FUDHLAA - KASIH SAYANG YANG TERBAIK (sebut il fa + fudh laa) 
  25. IZZDIHARA `AREEQA - PERKEMBANGAN YANG MULIA KETURUNANNYA (sebut izz di ha ra + 'a rii qo) K
  26. AISA DARIYA - KECERDIKAN YANG MENGETAHUI (sebut kai sa + da ri ya) 
  27. KARISA MAADIHA - ORANG YANG PENUH ILMU DI DADA YANG MEMUJI (sebut ka ri sa + maa di ha) 
  28. KIISA `ULYAA - YANG CERDIK YANG TINGGI (sebut kii sa + 'ul yaa) 
  29. LAYNA KHAALISA - KELEMBUTAN YANG SUCI (sebut lai na + khoo li so) 
  30. LEENIY MASYKURA- KELEMBUTANKU YANG DISYUKURI (sebut lii niy + mash ku ra) 
  31. LIYANAH ZUHAYRA - KELEMBUTAN KUNTUMAN BUNGA (sebut li ya nah + zu hai ra) 
  32. MAAHIYRA SYAFEEQA (ماهرة شفيقة) - ORANG YANG MAHIR YANG PENYAYANG (sebut maa hiy ra + sya fii qo) 
  33. MAYAASIRA DARWEESHA - KESENANGAN YANG WARAK (sebut ma yaa si ra + dar wii sha) 
  34. MEEZAH KAMILA - KEISTIMEWAAN YANG SEMPURNA (sebut mii zah + ka mi la) 
  35. MULAYKA ANEESA - PERMAISURI KECIL YANG SOPAN (sebut mu lai ka + a nii sa) 
  36. MUNAA 'ALYAANA - IMPIAN YANG MULIA (sebut mu naa + 'al yaa na) 
  37. MUNAA NAQIYYA - IMPIAN YANG SUCI (sebut mu naa + na qiy ya) 
  38. MUNAA ZAHRAANIYYA - IMPIAN YANG BERCAHAYA (sebut mu naa + zah raa niy ya) 
  39. NAZHLIYYA SAHLAH - YG CANTIK YANG MUDAH (sebut nazh liy ya + sah lah) 
  40. NISREEN NAJIHA - BUNGA MAWAR YG BERJAYA (sebut nis riin + na ji ha) 
  41. QAREENA `ADANIYYA - TEMAN YANG MULIA AKHLAKNYA (sebut qo rii na + 'a da niy ya) 
  42. QAYLA SHAFINA (قيلة شفنة) - PEMIMPIN YANG BIJAK (sebut qoi la + sha fi na) 
  43. QISTHIY DAARISA - KEADILAN ORANG YANG BELAJAR (sebut qis thiy + daa ri sa) 
  44. RASANAH MALEEHA - KETENANGAN YANG CANTIK (sebut ra sa nah + ma lii ha) 
  45. RAYYISA SHIYARA - KETUA YANG CANTIK (sebut rai yi sa + shi ya ra) 
  46. RAZANA MUKRIMA - KETENANGAN YANG MEMULIAKAN (sebut ra za na + muk ri ma) 
  47. RIFAH ZAREERA (رفة زريرة) - YANG BERKILAUAN YANG CERDIK (sebut ri fah + za rii ra) 
  48. SYARAFANA NAZHEEFA - KEMULIAAN KAMI YG SUCI BERSIH (sebut sya ra fa na + na zhii fa) 
  49. SYARWA ZAREERA - MADU YANG BIJAK (sebut shar wa + za rii ra) 
  50. UHAYLA NIHREERA (أحيلى نحريرة) - ALANGKAH MANISNYA ORANG YANG MAHIR (sebut u hai la + nih rii ra) 
  51. UMAYRA FAATINA (أميرة فاتن) - PUTERI KECIL YANG CANTIK (sebut u mai ra + fa ti na 
  52. USWAH QADDURA - CONTOH YANG KUAT (sebut us wah + qod du ra) 
  53. WILFA SYAKURA - TEMAN YANG BANYAK BERSYUKUR (sebut wil fa + sya ku ra) 
  54. WUDDA DURRIYYA (ود دري) - KASIH SAYANG YANG BERSINAR-SINAR (sebut wud da + dur riy ya) 
  55. WUDDA QAREEHA (ود قريحة) - KASIH SAYANG YANG BIJAKSANA/YG BIJAK (sebut wud da + qo rii ha) 
  56. WUDDA QAREESHA - KASIH SAYANG YANG BERANI (sebut wud da + qo rii sha) 
  57. YASAMEEN SAHHARA - BUNGA MELUR YANG MEMBUAT ORANG TERPANA (sebut ya sa miin + sah ha ra) 
  58. YASHMI BAHEERA - PERMATA YANG PEMURAH (sebut yash mi + ba hii ra) 
  59. YASHMI FU'ADINA - PERMATA HATI KAMI (sebut yash mi + fu 'a dina) 
  60. ZAHRA RIFAH (زهرة رفة) - BUNGA YANG BERSERI-SERI (sebut zah ra + ri fah) 
  61. ZAHRA SYAWILA - BUNGA YANG RAJIN (sebut zah ra + sya wi la) 
  62. ZAHRIYYA FAWZANA - BUNGA KEJAYAAN KAMI (sebut zah riy ya + fau za na) 
NOTA KAKI

p/s : NAK COPY, PASTE AND SHARE BOLEH  TAK PAYAH MINTA IZIN TAPI AWAS : JANGAN DI UBAH EJAAN KERANA DI KHUATIRI MEMBAWA MAKSUD YANG TIDAK BAIK ATAU TIADA MAKSUD. TQ
    - ejaan double ee, ii, aa tu baca 2 harakat macam kita mengaji tu. Nama yang ada tanda ` maknanya kene sebut dengan huruf ain.
     - Jangan screenshot / Jangan letak nama group
     - Kredit: #NNIYB - Dengan kredit kepada NNIYB bukan nama group penuh ye. Just short form.

7 Tanda Kolestrol Tinggi dalam Badan

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Tanda Kolestrol Tinggi dalam Badan | Kolestrol? Tahu ke apa itu kolestrol? Kolestrol ni kalau kita orang kampung, panggil lemak la.. Tapi apa maksud sebenar kolestrol.


Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Apakah kolesterol ‘buruk’?

Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

Jenis lipoprotein :


Low density lipoprotein (LDL)
Trigliseride merupakan komponen utama
Very low density lipoprotein (VLDL)
High density lipoprotein (HDL)
Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)

Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Kolesterol Baik

High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]



7 Tanda Kolestrol Tinggi dalam Badan

1. Kaki sering berasa kebas

Ini terjadi sebab darah jadi pekat  dan bergumpal...

2. Mudah letih dan cepat mengantuk

Ini terjadi sebab aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang dan menyebabkan mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri

Tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

4. Sering sakit kepala, rasa berat  dan tegang urat belakang leher

Arteri semakin sempit membuatkan aliran darah ke otak semakin berkurangan.

5. Kaki membengkak

Pembuluh darah sempit dan kaki adalah bahagian yang paling kurang mendapat bekalan darah.

6. Timbul bintik-bintik (kutil)

Kutil biasanya tumbuh di bahagian bawah mata, wajah  dan sekitar bawah leher.

7. Tanda kuning muda

Akan timbul beberapa tanda kuning seperti di tengah atau hujung kelopak mata. Ada juga sedikit benjolan padat pada siku, tumit atau lutut.


Jadi, kalau ada 7 tanda ini, baik buat check up cepat... untuk elak dan cegah penyakit yang tak diingini.

4 Tips Memilih Foundation Yang Betul

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Tips Memilih Foundation Yang Betul | Foundation sekarang ni dah jadi satu keperluan yang penting untuk wanita moden dan yang mementingkan gaya serta kecantikan.

MF sendiri pernah memakai beberapa jenis foundation... Dulu tahu pakai bedak kompak je... Pakai krim muka atau pelembap, lepas tu terus calit bedak aje.

Bila dah berusia... Berkawan dengan orang ramai... Mula kenal foundation... Cuba juga pakai... Ada yang dapat percuma untuk reviews...

Tapi memang best la pakai foundation sebab tak perlu lagi nak pakai bedak dah...

Apa pun, dalam nak membeli foundation kena tau cara dan tips yang betul supaya tak membazir dan tak menjadikan wajah lagi teruk. Elok nak jadikan lebih cantik makin buruk pula nanti...


4 Tips Memilih Foundation Yang Betul

1. Cuba foundation di tempat yang terang

Kalau beli foundation di kedai kosmetik atau pasaraya... Cubalah foundation di tempat yang terang bukan tempat yang tak cukup cahaya.

2. Cuba pakai foundation di rahang pipi, bukan di pergelangan tangan.

Biasanya kita kalau nak cuba bedak ke foundation ke, mesti kita calit kat belakang tangan. Tapi sebenarnya teknik tu salah... Nak cuba kena calit di tulang rahang.

3. Pilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit.

Untuk kulit kering, seeloknya pilih yang berasaskan liquid dan bagi kulit berminyak sebaliknya. Tapi foundation jenis liquid lebih mudah nak apply pada kulit. MF suka jenis liquid... Kalau kering ni agak sukar nak apply pada kulit. Tapi kalau kulit berminyak takde masalah kalau jenis kering.

4. Pilih ikut tone kulit.

Pilih foundation yang seakan warna kulit. Bukan lagi putih atau gelap. Kena tau la warna kulit light, medium atau dark...

Itulah 4 tips untuk beli dan pilih foundation yang betul. Jangan salah pilih nanti buruk rupanya. Dan akan membazir aje..

Tapi sekarang ni MF lebih selesa guna BB Cream dari foundation sebab, fungsi BB CREAM ni lengkap dah dengan krim + foundation + rawat kulit... Jadi, tak perlu bazir kan banyak duit dan buang masa nak kelihatan cantik. 

Ada 7 Tanda Rabun Ini, Maknanya Korang Dah Kena Pakai Cermin Mata

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada 7 Tanda Rabun Ini, Maknanya Korang Dah Kena Pakai Cermin Mata | Mata adalah aset dan harta tak ternilai anugerah Allah kepada kita. Tanpa penglihatan, dunia memang rasa kelam... Bagi yang memang tersedia dilahirkan tanpa anugerah ini, mungkin satu kelebihan... Tapi bagi yang celik tetiba jadi gelap... rasa itu satu ujian...

Salah satu ujian mata ialah rabun... Rabun tak sampai tahap buta, tapi ianya cukup membuatkan penglihatan tu terhad...

Bagi yang celik, tetiba rasa macam pelik aje.. ada 5 tanda yang menandakan korang dah mula kena pakai cermin mata dah...

sumber: google images

7 Tanda Rabun

1. Susah melihat sesuatu benda baik dengan satu mata atau kedua mata

Tak dapat tengok sesuatu benda tu dengan jelas.

2. Kecilkan mata

Harus mengecilkan mata untuk melihat benda-benda pada jarak wajar yang seharusnya dapat dilihat dengan mata normal

3. Pandangan kabur atau berbayang

Sering mengeluh pandangan kabur atau berbayang ketika melihat dalam objek dalam jarak dekat atau jauh

4. Sakit kepala

Sering mengeluh sakit kepala. Ianya terjadi sebab urat mata dipaksa untuk melihat dengan lebih jelas. Menyebabkan sakit kepala.

5. Mata Letih

Kemerahan pada mata atau keletihan pada mata terutama setelah membaca sesuatu sama ada dekat atau  jauh.

6. Perlu tengok dengan jarak yang dekat. 

Memerlukan jarak pandang dekat dengan objek agar terlihat lebih jelas

7. Menggagau

Jalan sering kesandung, jatuh dan suka meraba-raba kerana tidak boleh fokus lihat objek.

Jika ada gejala atau tanda-tanda tersebut sebaiknya rujuk dengan segera atau pergi cuba check kat kedai cermin mata. Supaya dapat saranan yang tepat, tahap kerabunan dan jenis cermin mata yang sesuai dengan tahap rabun. 

Setelah diperiksa biasanya akan dapat kesan la jenis rabun sama ada rabun dekat atau rabun jauh.

1. Rabun jauh (Myopia)

Keadaan  ini terjadi jika seseorang tidak boleh melihat benda dalam jarak tertentu atau jauh, sehingga ia kena mendekatkan ke benda tu supaya nampak jelas. Orang dengan rabun jauh akan dibantu dengan kacamata minus.

2. Rabun dekat (Presbiopia)

Gangguan mata yang membuat seseorang tidak boleh melihat objek atau membaca dalam jarak dekat, kerananya ia akan menjauhkan objek supaya nampak jelas. Keadaan ini biasanya terjadi pada orang tua dan dimulai ketika usia 40-an. Orang dengan rabun dekat akan dibantu dengan kacamata plus.

3. Silinder (Astigmatisma)

Keadaan ini terjadi ketika lensa mata atau korena tidak simetris (berbentuk lonjong) sehingga cahaya yang masuk ke mata tidak bertemu di satu titik retina. Hal ini biasanya dibantu dengan menggunakan kacamata lensa silinder.

Jadi, jika ada tanda rabun jangan tunggu lama-lama nanti makin teruk rabun... 

Peluang Ini Datang Hari Jumaat Sahaja!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Diampunkan Dosa Antara Jumaat Ke Jumaat

عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman Al Farsi berkata, "Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu bersuci dengan sempurna, memakai wangian miliknya atau minyak wangi keluarganya, lalu keluar rumah menuju Masjid, ia tidak memisahkan dua orang pada tempat duduknya lalu dia solat yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, kecuali dia akan diampuni dosa-dosanya yang ada antara Jumaatnya itu dan Jumaat yang lainnya." (HR Bukhari No: 834) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Lelaki yang diampunkan dosa antara jumaat ke jumaat dengan syarat:

a.  Mandi sunat Jumaat dan membersihkan badan dengan sempurna

b.  Memakai wangian miliknya atau minyak wangi keluarganya

c.  Berada di masjid dengan memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk

d.  Melaksanakan solat yang dianjurkan baginya antaranya solat sunat tahyatul masjid

e.  Diam ketika mendengar khutbah Jumaat

2.  Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya yang ada antara Jumaat  sehingga bertemu Jumaat yang lain.

Moga kita dapat merebut peluang mingguan ini.

Orang perempuan pun boleh dapat pahala tu dengan mengingatkan lelaki lain dan lelaki dalam ahli keluarganya untuk merebut peluang antara Jumaat ini...

Jom berwangian di hari Jumaat... Bersemangat untuk ke masjid di hari Jumaat dan bekerja dengan lebih gigih di hari Jumaat...  Moga ianya mendapat berkat dan rahmat... Insha Allah... 

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung? | Persoalan ini timbul dalam benak diri sendiri... selepas terbaca beberapa artikel yang berkaitan dan juga melihat beberapa video yang berkaitan dengan solat.

Mengandung, biasa masuk trimester ketiga, perut mula memboyot ke depan... Mula rasa mengah yang amat bila solat... langkah setiap nak bangun untuk rakaat seterusnya tu, rasa senak yang teramat.. Ini terjadi bila masuk usia kandungan 8 ke 9 bulan. Bertambah parah bila, kaki pula membengkak akibat banyak berjalan dan bergerak.

Jadi, sebab terhadnya pergerakan ini, mungkin ada yang rasa was-was.. boleh ke solat duduk masa sarat mengandung... sedangkan rukhsah solat ini diberikan hanya kepada orang sakit...

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?

Bolehkah Solat Duduk Ketika Mengandung?


Solat duduk ada 3 cara...

  1. Solat duduk dalam keadaan meluruskan kaki ke arah kiblat dan badan menghadap kiblat...
  2. Dengan cara duduk seperti duduk antara dua sujud, dan untuk rukun rukuk dibongkokkan sedikit badan ke hadapan, dan untuk sujud pula boleh sujud seperti biasa. 
  3. Solat duduk di atas kerusi.
Antara ketiga-tiga ini, ada kelonggaran dan juga ada kaedahnya ikut kemampuan kita.. Tak boleh suka-suka.. 

Bagi ibu mengandung, kebanyakannya boleh berjalan dan berdiri, cuma yang jadi kesukaran ialah nak bangun selepas sujud kedua untuk pertambahan rakaat tu sahaja. Jadi, di sini kaedah solat duduk yang lebih baik ialah duduk dengan cara yang kedua... iaitu selepas sujud kedua rakaat pertama, terus duduk seperti duduk antara dua sujud... dan ketika rukuk, bongkokkan sedikit badan ke hadapan, dan untuk sujud, sujudlah seperti biasa... Tapi untuk permulaan solat WAJIB berdiri betul, kerana ibu mengandung berkemampuan untuk berdiri. Hanya boleh duduk untuk rakaat seterusnya.

Jika ibu mengandung tak mampu nak membengkokkan kaki... dibolehkan solat duduk dengan cara pertama dan cara ketiga.. Tapi cara ketiga lebih baik...kerana permulaan solat berdiri dan untuk rukun seterusnya duduk di atas kerusi. 

Kalau tonton video Ustaz Azhar Idrus, tak sah solat duduk untuk ibu mengandung... KIta tak boleh kata salah sebab UAI ada pandangan dan dalil tersendiri... 

Apa pun, ini syarat yang diperakui JAKIM dalam mengharuskan rukhsah solat duduk ketika hamil:



KERINGANAN UNTUK SOLAT DUDUK DAN BERBARING


Dalam semua keadaan ini, kita sebagai Muslim masih lagi diwajibkan untuk menunaikan solat. Namun, ia diberi keringanan untuk disempurnakan mengikut keupayaan kita pada ketika itu.

Menurut laman web JAKIM, orang yang uzur boleh solat secara duduk. Seperti dalam hadis berikut:
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk.

CARA SOLAT DUDUK BAGI PESAKIT DAN IBU HAMIL


1. PERLU MEMENUHI SEMUA RUKUN & SYARAT SAH SOLAT

Walaupun solat duduk atau berbaring, solat yang dilakukan perlu memenuhi semua rukun dan syarat sah seperti dalam solat biasa, kecuali bagi yang tidak mampu dilakukan.

Contohnya, perlu menghadap kiblat, suci daripada hadas, dan menutup aurat sepenuhnya.

2. HANYA DIPRAKTIKKAN SEMASA MENGHADAPI KESULITAN

Pesakit boleh memilih untuk mengikut mana-mana pandangan mazhab fiqh yang sah dan tersohor, termasuklah pandangan yang lebih memudahkannya.

Namun, perlulah dipraktikkan hanya semasa menghadapi kesulitan.

Contohnya, pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat dan mampu solat berdiri hendaklah solat berdiri dan tidak boleh solat duduk menurut mazhab Syafi’e.

Namun menurut mazhab Hanafi pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat gugur daripadanya kewajipan berdiri dan boleh melakukan solat dalam keadaan duduk.

3. MULAKAN SOLAT DALAM KEADAAN BERDIRI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang mampu berdiri untuk solat fardhu (solat wajib) hendaklah memulakan solat dalam keadaan berdiri.

Contohnya, mungkin ada yang sakit lutut dan tidak boleh melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Tetapi, orang ini masih boleh berdiri dengan sempurna. Maka, perlu menggunakan kerusi dan mulakan solat dalam keadaan berdiri.

Jika langsung tidak mampu berdiri untuk solat, baru boleh duduk. Justeru itu, kita tidak boleh memulakan solat dalam keadaan duduk bagi yang mampu berdiri.

4. TIDAK BOLEH BERTERUSAN SOLAT DUDUK (JIKA MAMPU)

Jika kita mula solat dalam keadaan duduk, tetapi berasa mampu setelah itu (ketika masih di dalam solat), hendaklah kembali solat berdiri dan tidak boleh berterusan solat duduk.

Pesakit yang solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.

5. HENDAKLAH SUJUD DI LANTAI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang solat duduk sama ada di atas kerusi atau lantai perlu sujud di lantai sekiranya mampu.

 

6. SEKIRANYA TIDAK MAMPU SOLAT DUDUK, MENGIRING ATAU BERBARING

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri boleh solat duduk. Jika tidak mampu solat duduk boleh solat mengiring. Jika tidak mampu solat mengiring boleh solat menelentang.

Rukun pergerakan solat yang tidak mampu dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat badan seperti menundukkan badan untuk ruku’ dan sujud.

Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat badan boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat kepala boleh dilakukan dengan isyarat mata. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat mata boleh dilakukan solat di dalam hati.

7. HANYA SOLAT SUNAT BOLEH DILAKUKAN SECARA DUDUK BAGI YANG MAMPU BERDIRI

Solat sunat boleh dilakukan secara duduk walaupun bagi yang mampu berdiri, namun pahalanya hanya separuh daripada pahala solat berdiri.


RINGKASAN CARA SOLAT DUDUK UNTUK PESAKIT

Berikut adalah 4 keadaan solat yang biasa dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu berdiri:


Selain itu.. Nak lebih jelas... Boleh baca sendiri di e-Book ini... Panduan solat bagi pesakit... siap ada gambar dan cara yang lebih jelas untuk lakukan solat secara duduk.

>>> KLIK SINI<<<

Jadi, tiada alasan untuk tidak solat... Solatlah kerana solat banyak manfaatnya terutama kepada ibu mengandung... 

Pakar ‘Fetal Positioning’ & Bidan Profesional mengiktiraf kedudukan Forward Leaning Inversion (FLI) iaitu bersujud adalah bagus diamalkan ibu mengandung. Antara sebabnya:
  • Objektif kekerapan FLI setiap hari untuk membebaskan urat tersimpul, ketat dan memaksimumkan kapasiti janin di dalam rahim. Ia turut memberi ruang untuk bayi memasukkan kepalanya dalam rongga saluran pelahiran bila sudah tiba masanya bayi dilahirkan.
  • Teknik solusi untuk bayi songsang, lebih efektif dilakukan awal sebelum bayi melebihi tiga puluh enam minggu ke atas. Namun, jangan putus asa, masih ada ruang dan peluang kedudukan janin songsang berubah.
  • Kedudukan ini juga telah memperlihatkan kesan dramatik untuk janin berkedudukan melintang dalam rahim berubah.
Sumber: http://iluvislam.my

Sebab tu, sebaiknya ibu hamil kalau nak solat duduk, duduk terus dibawah jangan guna kerusi.. sebab waktu sujud tu boleh sujud seperti biasa.. dan sujud yang lama boleh membantu baby masuk ke laluan dengan mudah dan mengelakkan bayi songsang... 

Solatlah kerana itulah waktu 'rehat' yang Allah beri untuk kita muhasabah dan meditasi serta senaman yang baik untuk jiwa, rohani, emosi dan fizikal kita... Solat untuk Allah, tapi kebaikanya kembali juga kepada kita sebenarnya. 

Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya | Tepung beras ada banyak jenis tau... dan setiap jenis ni ada kegunaan yang berlainan... Sebab tu kadang bila orang bagi resepi yang guna tepung beras kena nyatakan atau tanya balik tepung beras cap apa yang diguna... sebab tak semua tepung beras sesuai dengan semua jenis resepi atau kuih.

Jom kita kenal jenis tepung beras.

Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara Thailand...

Kenali 4 Jenis Tepung Beras dan Kegunaannya


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH



  • Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan untuk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
  • tepung ini sangat ranggup
  • sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau atau dhall


TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH



  • sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
  • ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat


TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH



  • sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
  • sebab ia lebih kental


TEPUNG BERAS CAP TERATAI



  • Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
  • kalau buat apam rasa tepungnya kurang
  • jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup

Sumber: Facebook Viral Media Johor via FB Giler Kentang
Sumber gambar: google images

Jadi, kenal dah kan.. lepas ni pastikan beli tepung yang betul untuk jenis resepi yang betul.. kalau tak jangan tanya kenapa resepi tak menjadi... 

Kek Coklat Viral 2 Bahan

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kek Coklat Viral 2 Bahan | Alahai... Terjebak juga akhirnya... Sebab utama, bila kek coklat ni tunjuk aje resepi kat suami, confirm la menjadi sebab suami den peminat setia coklat dari dulu.

Memang senang sungguh la resepi kek ni.. Guna biskut Oreo dan susu kotak Dutch Lady saiz kecil tu je...

Jadi, bila en.somi belikan bahan terus lah buat sebab tak sampai setengah jam pun nak siapkan. MF gunakan biskut Cream-O sebab tak gemar biskut Oreo.


Sebelum diletakkan topping

Resepi Kek Coklat 2 Bahan

Kek Coklat Viral 2 Bahan
Beli susu kotak besar, dan sukat bagi cukup 200ml untuk 2 bungkus biskut

Bahan-bahan :


  • 2 bungkus Cream-O  (beli kat kedai RM2.12 je)
  • Susu kotak Dutch Lady perisa coklat.

Cara membuatnya :


  • Blender biskut dan 200ml susu coklat Dutch Lady iaitu sama dengan 1 kotak kecil susu coklat Dutch Lady. Blend je sampai halus dan sebati.
  • Tuang adunan dalam bekas dan kukus dalam periuk pengukus selama 20-25 minit. MF kukus guna periuk nasi Tefal je.. Sebab  takde periuk pengukus pun...
  • Lepas 20 ke 25 minit, cuba cucuk dengan garpu.. Kalau tak melekat tu maknanya dah masak la tu...
  • Lepas dah masak terpulang nak letak topping apa...
MF letak topping keju Cheddar sebab memang ada stok tu aje kat rumah.. Coklat masakan takde pula nak buat topping coklat.



Dah siap Topping, makan aje la... Hehe... Memang sedap... Moist dan cukup rasa.

Kek Coklat Viral 2 Bahan

Tambah sedap dengan topping cheese tu... Kalau coklat mungkin muak la pula.. Tapi ikut citarasa masing-masing.

Untuk dua bungkus biskut tu boleh dapat satu bekas kecil... Jadi, kalau nak buat banyak gandakan sahaja bahan asas tu.

Modal untuk sebekas kecil tu.. MF kira-kira...
Biskut Cream-O x 2 = RM4.40
Susu Dutch Lady 200ml = RM1.80
TOTAL MODAL = RM5.20

Kira ok lah tu sebab boleh buat desert dan minum petang yang ringkas tanpa modal yang besar dan tenaga yang banyak.

Anak-anak yang muda remaja.. Baru nak belajar masuk dapur pun  boleh buat kek ni.. Mudah dan ringkas... Cubalah! 

Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1 | Tahun 2018, tahun debaran untuk #ibumuda macam MF sebab anak sulung bakal bersekolah rendah. Sebelum ni sekolah tadika PASTI dan Pra-Sekolah saja. Tahun depan si kakak bakal menghadapi cabaran dan menghadapi suasana sekolah yang sebenar.

Risau, debar dan macam-macam perkara mula dah bermain kat fikiran ni sebenarnya.. Tambah pula dengan persediaan fizikal, wang dan mental serta emosi kita sebagai ibu bapa. Tanya si anak, memang tahu seronok aje dia... Kita sebagai ibu bapa nilah kena fikir segala keperluan dia.

Apa pun, MF cuba buat senarai semak seawal mungkin sebagai persediaan awal untuk anak MF hadapi alam persekolah Darjah 1 tahun 2018.


Senarai Keperluan dan Kos untuk Persediaan Masuk Darjah 1

1. Pendaftaran Online

  • Pendaftaran online boleh dilakukan seawal 5 tahun. Masa umur 5 tahun, belum ada pendaftaran online, jadi kami buat secara manual di sekolah yang kami nak sekolahkan si kakak ni. Bawa surat beranak dan dapatkan cop pengesahan di sekolah tersebut.
  • Pendaftaran online di public.moe.gov.my. Masa umur 6 tahun baru buat pendaftaran online ni... sebab tahun ni baru pendaftaran ini diwar-warkan secara meluas. Jadi, bagi yang ada anak umur 5 tahun dah boleh mula mendaftar.
  • Kos : Kurang RM10 sebab kena fotostat dokumen penting seperti surat beranak, surat nikah, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji, pengesahan alamat dengan kemukankan salinan bil air/bil elektrik/bil astro.

2. Yuran/Sumbangan


  • Bergantung kepada sekolah.
  • Sumbangan PIBG, Bayaran sukan, tanda nama, buku dan lain-lain keperluan mengikut sekolah.
  • Kos: RM50 hingga RM250


3. Baju sekolah


  • Minimum 2 pasang baju sekolah
  • Kos: RM30 hingga RM100 sepasang bagi anak lelaki.
  • Kos: RM40 hingga RM100 sepasang termasuk tudung bagi anak perempuan. Bagi anak perempuan sebaiknya beli tudung sarung siap jenis selapis ..bukan tudung kain licin tu... 
  • Tips jimat: Beli saiz yang lebih besar dari saiz badan... biar nampak tak comel sebab anak ni cepat membesar dan meninggi.
  • Beli di kedai borong seperti di GM Klang untuk dapatkan harga murah.
  • Tips mudah: Beli 5 pasang terus untuk ibu bapa yang bekerja, sehari pakai sepasang. 
  • Jenama yang dipercayai dan selesa: Black Cat dan Canggih. Tapi bab ni MF tak kisah sangat bab jenama, asalkan murah dan selesa.


4. Kasut Sekolah, Stokin dan Kapur Kasut


  • Kasut sekolah ada pelbagai pilihan. jenis Kanvas atau kanvas + PVC. Rujuk sekolah ye, sebab ada sekolah ada peraturan tersendiri bab kasut sekolah ni.
  • Kelebihan kanvas lebih cepat kering.
  • Kelebihan kanvas dan PVC lebih mudah dicuci.
  • Beli kasut ikut kemampuan... MF biasanya akan sediakan 2 pasang kasut, dan 5 pasang stokin. 


5 Baju sukan


  • Rujuk guru atau pihak sekolah sama ada baju putih atau baju sukan yang sekolah sediakan untuk dibeli di koperasi sekolah.
  • Seluar sukan track bottom, beli saiz yang sesuai dan selesa. Dan hanya dua warna dibenarkan iaitu hitam atau biru gelap.


6. Beg 


  • Beli beg yang berkualiti dan tahan lasak sebab beg ni gunanya setiap hari.
  • Kos: RM25 hingga RM300 mengikut jenama.
  • Tips jimat: Beli waktu jualan murah cuti sekolah di pasaraya.
  • Tips mudah: Beli beg beroda...tapi ada kekurangannya, ianya sedikit berat. 


7. Alat Tulis


  • Beli barang yang perlu dan asas sahaja seperti pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensil, kotak pensil dan pensil warna.
  • Alat tulis tak perlu beli yang berjenama mahal sebab nanti hilang je...sebab masih dalam proses nak belajar jaga barang peribadi.
  • Tips mudah dan jimat: Beli borong macam beli kat Mydin dan simpan stok kat rumah. MF beli kat kedai RM2.12 je... 


8. Buku


  • Buku teks diberikan percuma jika bersekolah kerajaan. Dah dapat buku, ajar anak balut dan jaga buku dengan baik.
  • Buku latihan perlu dibeli awal dan biasanya sekolah dah senaraikan keperluan buku yang mesti dibeli ikut darjah/tingkatan.
  • Tips mudah: Beli lah awal untuk elak sekolah kehabisan stok... Tapi ianya jarang berlaku sebab sekolah dah buat peruntukan ikut bilangan pelajar yang mendaftar.


9. Botol air dan bekal


  • Beli botol air yang biasa sahaja serta mudah dibawa. 
  • Tak perlu botol air yang besar.
  • Sebaiknya botol air jenis ada penyedut (straw) lebih mudah untuk diminum.
  • Beli bekas seperti lunch box kecil untuk letak bekal ringkas.
  • Galakkan anak minum air kosong dan bawa bekal sedari awal untuk jimat dan sihat.

10. Tips Tambahan


  • Sticker label nama. MF rasa tak buat kot sebab kami memang buat sticker sendiri... 
  • Cop nama: MF rasa tak perlu sebab nama anak pun tak panjang mana, dan lebih puas menulis ataupun taip dan labelkan aje guna pita pelekat dan balut dengan plastik supaya lebih kemas. 


Setakat ni, ini sahaja barang keperluan yang penting untuk anak masuk Darjah 1. Banyak juga kan.. Jika ada lagi keperluan, mohon ibu yang berpengalaman tinggalkan tips dan keperluan tu di bahagian komen entry ni... untuk rujukan MF dan ibu bapa yang lain...

Semoga bermanfaat.

Viewing all 4747 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>