Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4743 articles
Browse latest View live

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia | 2 April setiap tahun merupakan hari ulang tahun sambutan Kesedaran kepada penyakit Autisme seluruh dunia. Dengan adanya sambutan di sekolah pada tahun ni, baru MF tahu pasal ni...

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

Pelancaran Sambutan Autisme Awareness Peringkat Sekolah

Alhamdulillah, di sekolah MF mengajar dah buat sambutan ini satu hari awal. Kempen gelombang biru di sambut sederhana di sekolah... Guru-guru memakai pakaian berwarna biru sebagai tanda menyambut dan menyokong kempen kesedaran ini.

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia


Di sekolah MF mengajar memang ada Unit Pendidikan Khas dan terdapat seorang pelajar Autisme yang kami gelarkan dia "Adan". Adan ni ceria orangnya... katanya dia jadi begitu kerana berpunca kekurangan oksigen semasa lahir akibat terbelit tali pusat. Dunia dia ceria sahaja... sekali pandang kesian kat dia... tapi seronok tengok dia... Kes terbesar dia pernah buat tahun lepas, tak pasti punca bagaimana, tapi kerana dia, rumah dia hangus terbakar... mujur ahli keluarganya selamat. Kuat dan kental jiwa mak dia...

2 April : Hari Sambutan Autisme Awareness Sedunia

Apa itu Autisme?

Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan.

Autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas dan menyebabkan pengidap autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu masalah tidak mampu bersosial, kesukaran untuk berkomunikasi dan masalah dalam tingkah laku dan pemikiran.


Sekarang ni, semua anak-anak akan menjalani ujian awal untuk mengesan penyakit Autisme ini. Anak MF dah lepas fasa pertama ujian pada usia 1 tahun 6 bulan. Nanti fasa kedua pada usia 3 tahun.

Autisme ini, bukan penyakit yang mudharat tapi boleh parah jika tak dirawat. kesian kat anak la... Jadi, kerana itu adanya kempen kesedaran ni, supaya ibu bapa yang ada anak Autisme tidak malu dan berani untuk hadapi masyarakat luar jika ada anak Autisme seperti yang dilakukan oleh Selebriti Zarina Zainuddin yang mempunyai dua anak kembar mengidap Autisme.


Jadi, jom pakai biru sebagai tanda sokongan, tapi MF dah pakai baju hijau la pula... hehe... Jadi, hijau pun boleh la.. Lagipun dah sambut hari Ahad kira ok la kan... 

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme | Membuat kempen dan sambutan hari tertentu untuk anak istimewa Autisme itu satu acara rutin setiap tahun. Namun, atas kesedaran beberapa pihak, mereka membuat filem dan movie untuk menggambarkan kehidupan dan cabaran anak Autisme ini...

Terdapat beberapa movie berkisar tentang Autisme yang perlu kita tonton untuk beroleh lebih kesedaran.

17 Filem Yang Berkaitan Dengan Autisme

1. Miracle In Cell No 7 (2013)



Seorang ayah bernama Lee Yong Gu yang merancang membelikan anak perempuan tersayangnya beg sekolah Sailormoon. Malangnya, ketika menuju ke tempat beg itu dijual, satu tragedi terjadi dan mengakibatkan anak perempuan seorang pesuruhjaya polis meninggal dunia. Dan kerana Lee Yong Gu adalah seorang penghidap autisma, maka dia tak mampu membela dirinya dan tak memiliki alibi. Di atas kematian anak perempuan pesuruhjaya polis tersebut, Lee Yong Gu kemudian dimasukkan ke penjara dengan tuduhan pencabulan kanak-kanak sekaligus tuduhan membunuh.

2. My Name Is Khan (2010)


Filem "My Name Is Khan" mengisahkan Rizwan Khan (Shahrukh Khan) seorang India Muslim yang menderita Sindrom Asperger. Dia tidak seperti kebanyakan orang lain, sikapnya yang sedikit aneh seperti sentiasa membongkok, berjalan separuh melompat, matanya tidak fokus ketika bercakap, menggumam menirukan suara-suara orang lain, takut pada tempat-tempat yang baru, warna kuning, dan kebisingan, dia juga tidak mampu mengekspresikan perasaannya, dan selalu menggenggam tiga butir batu.

Meskipun demikian dia sangat genius, dan mahir dalam kerja-kerja teknikal dan permesinan. Setelah ibunya meninggal dunia, Rizwan diajak tinggal bersama adik lelakinya yang sudah menetap di Amerika (San Fransisco). Di San Fransisco, Rizwan bekerja dengan syarikat adiknya, sebagai jurujual kosmetik.

Kemudian dia bertemu dengan Mandira (Kajol), pendandan rambut beragama Hindu, Rizwan jatuh cinta kepada Mandira pada pandang pertama. Rizwan akhirnya berkahwin dengan Mandira yang merupakan janda anak satu, anaknya bernama Sameer. Perkahwinan mereka sangat bahagia, sehinggalah akhirnya terjadi sebuah tragedi dari peristiwa 9/11 iaitu peristiwa pengeboman World Trade Center (WTC) di Amerika.

3. Redha (2016)


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

4. What's Eating Gilbert Grape (1993)


Gilbert (Johnny Depp),adalah seorang abang yang sangat menyayangi dan selalu menjaga adiknya, Arnie (Leonardo DiCaprio) adalah penderita ASD (Autism Spectrum Disorder). Meskipun adiknya, Arnie kerap melakukan pelbagai kelakuan yang menyusahkan seperti memanjat menara air di sehingga mengundang perhatian penduduk setempat dan polis, Gilbert tidak pernah penat untuk menjaga adiknya tersebut. 

Mulai dari menemani Arnie bermain hingga memandikannya, semua dilakukan oleh Gilbert. Semua itu dilakukannya dalam kondisi keluarga yang tidak terlalu baik. Ayahnya telah meninggal dunia dengan menggantung dirinya beberapa tahun yang lalu dan kejadian tersebut membuatkan ibunya (Darlene Cates) trauma dan hanya menghabiskan waktunya untuk makan dan duduk menonton tv di tempat yang sama selama bertahun-tahun yang menyebabkan dirinya menjadi obesiti. Adik perempuannya, Ellen (Mary Schellhardt) tidak mengambil peduli terhadap Arnie dan lebih mengurusi dirinya sendiri. Hanya kakaknya, Amy (Laura Harrington) yang agak matang dan seolah-olah menjadi seperti ibu bagi mereka semua.

5. Marathon (2005)


Cho-Won berusia 20-an (Cho Seung-Woo) adalah pemuda dengan autisma. Dia tinggal dengan ibunya yang sangat protektif Kyung-Sook (Kim Mi-Sook) dan adik lelaki (Baek Sung-Hyun), yang kadang-kadang membenci perhatian yang diterima abangnya dari ibunya. Melalui sekolah khas dan mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal, Cho-Won telah menyesuaikan diri dengan baik dalam masyarakat.

Cho-Won juga memiliki kemampuan untuk berlari. Setelah menempatkan posisi ketiga dalam sebuah perlumbaan, ibunya memutuskan untuk mengupah jurulatih yang tepat untuk melatih anaknya. Cho-Won kemudian memutuskan untuk mengambil bahagian dalam marathon. Cho-Won mengharap mampu memecahkan rekod 3 jam terpantas dalam marathon.


6. Forrest Gump (1994)


Filem ini menceritakan tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Forrest Gump yang dibesarkan oleh ibunya. Forrest sering diejek dan dijauhi oleh kawan-kawannya kerana kemampuan mentalnya yang menghidapi autisma. Namun di luar ketidakmampuannya itu, ia memiliki kemampuan berlari dengan cepat.

7. Days With You (2009)

Natsuki menjaga adik lelakinya yang autistik. Dia kemudian bertemu dengan rakan masa kecilnya dan jatuh cinta, sayangnya dia menderita penyakit serius.

8. I Am Sam (2001)


Sam Dawson (Sean Penn), seorang penghidap autisma mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Lucy (Dakota Fanning). Mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah bagi mendapatkan hak penjagaan anak kesayangannya. 

Bollywood dan filem Tamil ada buat remake filem ini, Main Aisa Hi Hoon (2002) lakonan Ajay Devgan. Manakala filem Tamil, Deiva Thirumagal (2011) lakonan Vikram.


9. Adam (2009)

Adam, seorang lelaki kesunyian dengan Sindrom Asperger, menjalinkan hubungan dengan jiran di tingkat atas rumahnya, Beth.

10. The Accountant (2016)


Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Christian Wolff (Ben Affleck) seorang penghidap autisma yang berkerja sebagai seorang akauntan. Di samping bekerja sebagai seorang akauntan, Christian Wolff juga bekerja dengan beberapa organisasi jenayah dunia yang sangat berbahaya sebagai pembunuh upahan.

11. Life, Animated (2016)


Owen Suskind dilahirkan sihat, sehinggalah dia disahkan autisme ketika berusia tiga tahun. Owen mula berkomunikasi dengan dunia luar melalui filem-filem animasi terutama terbitan Walt Disney Pictures, yang memberi Owen satu cara untuk memahami dunia. Filem ini menceritakan kehidupan Owen dan bagaimana dia hidup dengan bantuan Disney dan keluarganya. Walau bagaimanapun, Owen kemudiannya mula belajar bahawa kehidupan sebenar tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh Disney melalui animasi.


12. Barefoot Ki Bong (2006)


Ki Bong (Shin Hyun-joon) seorang lelaki berusia 40 tahun yang menghidapi autistik yang bertingkah laku seperti kanak-kanak, mempunyai hobi berlari dengan kaki ayam. Dia tinggal bersama ibunya Kim Doong Soon (Kim Soo-mi) yang sudah tidak punya gigi, sehingga mengalami masalah dengan pencernaannya.

Ki Bong yang begitu mencintai ibunya ingin sekali membelikan ibunya gigi palsu, tapi harganya mahal. Dibawah bimbingan ketua kampung, Tuan Baek (Im Ha-ryong), Ki Bong berlatih untuk mampu menyertau dalam lumba lari marathon dengan impian menjadi juara agar dapat membelikan ibu tersayangnya gigi palsu.

13. Ocean Heaven (2010)


Filem mengenai seorang ayah yang memiliki anak autisma. Ayah, Wang (Jet Li) diceritakan menderita kanser dan jangka hayatnya tidak panjang. Sementara itu anaknya, Dafu (Wen Zhang) menghidap autisma. Sejak isterinya meninggal dunia, Wang selalu menguruskan dan memenuhi keperluan Dafu. Dia selalu membawa Dafu kemanapun dia pergi malahan ketika bekerja sekalipun.


14. Split (2016)


Chul-Jong (Yoo Ji-Tae) pernah menjadi pemain bowling profesional legenda, namun sebuah kemalangan menghancurkan kerjaya profesionalnya. Sejak itu, dia telah mengasingkan diri. Hee-Jin (Lee Jung-Hyun) memiliki pusat bowling yang mempunyai banyak hutang. Dia membuat pertandingan untuk Chul-Jong, dengan harapan mampu menghasilkan banyak wang untuk melunaskan hutangnya. Kehidupan Chul-Jong dan Hee-Jin berubah ketika Chul-Jong melihat seorang pemuda autistik bernama Young-Hoon (David Lee). Young-Hoon memiliki potensi yang hebat sebagai pemain bowling.

15. Taare Zameen Par (2009)


Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) seorang guru pendidikan seni yang kepada sebuah sekolah pendidikan kanak-kanak lewat perkembangan. Dia berjaya menyedarkan sepasang suami isteri tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka dan memberi harapan baru pada keluarga tersebut.

16. Chocolate (2008)


Seorang gadis autistik, Zen mempunyai kelebihan iaitu mempunyai ketangkasan yang luar biasa sehingga Zen mampu menangkap semua benda yang dilemparkan kepadanya. Selain itu kerana sering melihat dan menirukan latihan seni bela diri, Zen menjadi sangat hebat dalam aksi seni beladiri. Kehebatan Zen dalam aksi seni bela diri dimanfaatkannya untuk mencari wang.

17. Koi Mil Gaya (2003)

Hrithik Roshan yang memegang watak sebagai Rohit anak kepada seorang saintis, Sanjay Mehra (Rakesh Roshan) Setelah dilahirkan dengan masalah perkembangan intelektual serta tingkah lakunya yang kebudak-budakan. Watak alien yang diberi nama Jadoo sering membantu Rohit dengan menggunakan 'kuasa istimewanya' nya untuk meningkatkan daya pemikiran Rohit agar tidak mudah dibuli oleh masyarakat sekeliling.

Sumber: Kakimuvee

Banyak lagi tak tonton lagi rupanya. Banyak dari filem ini adalah filem korea... MF mula jatuh cinta dengan movie korea sebab banyak moral dalam filemnya. dan kebanyakannya filemnya berkisar tentang kehidupan dan kemanusiaan. 

Jom sediakan GB internet untuk tonton movie ini... boleh cari di telegram kalau nak download dan tonton... moga bermanfaat untuk kita semua dan lebih faham tentang penghidap Autisme.

Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries | MF memang suka makan roti. Waktu takde selera nak makan nasi, rotilah penyelamatnya. Dalam banyak-banyak jenis roti, hanya roti Gardenia yang menepati selera MF. Tak pernah pantang makan roti. Dalam pantang pun, makan roti gardenia ni...

Dari zaman roti Gardenia harga RM0.50 hinggalah sekarang RM0.90, masih makan sebab rasa dan taste roti yang sama. Dari situ tau, Gardenia masih menjaga kualiti rotinya seperti dulu.

Ntah macam mana, sambil makan belek bungkusan pada roti Gardenia dan ternampak website Gardenia... Saja je la jelajah Website tu... banyak info menarik pasal roti... Dan terlebih menarik bila terpandang, gambar buku resepi. Terus la klik dan isi info yang dikehendaki. Dah submit... biar je la... tunggu je la bila nak sampaikan.

Akhirnya, setelah beberapa bulan, MF pun tak ingat, sampai juga buku ni semalam. Seronok gaya macam dapat hadiah gayanya.. hehe...

Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries


Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries

Bestnya buku resepi ni, sebab semuanya berasaskan roti... Memang resepi yang sesuai untuk orang diet dan satu lagi resepi khas untuk kanak-kanak. Bagi yang suka berbento, memang sesuai dapatkan buku ni sebagai pencetus idea.


Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries

Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries

Buku ni juga best sebab ada tulis tentang tips dan nutrisi pemakanan sihat. Jadi, banyak info kesihatan kita boleh dapat. Jadi, makan roti boleh jadi sihat... Asalkan tahu cara pengambilannya yang betul.

Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries

Buku Resepi Pecuma dari Gardenia Bakeries


Bagi yang dapatkan buku percuma ni, boleh isi borang  >>> DI SINI<<< . Percuma sahaja. Lepas tu tunggu je la bila nak sampai...

Info lanjut boleh rujuk laman web Gardenia Bakeries: http://www.gardenia.com.my


Bagi

JAMBATAN YANG MENGERIKAN YANG SEMUA ORANG AKAN LALUINYA!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


JAMBATAN YANG MENGERIKAN YANG SEMUA ORANG AKAN LALUINYA!


Jambatan Paling Ngeri
Royal Gorge Bridge (Colorado)
Ini Jambatan dunia yang kita rasa ngeri dah ni... baru di dunia... Tapi jambatan akhirat lebih ngeri daripada itu...
Sumber: Google images

Mengerikan! Sungguh aku katakan, ia adalah saat yang sangat mengerikan. Berjayamu ke Syurga, tetapi jatuhmu akan ke Neraka Jahannam.

Terbentang di atas Neraka Jahannam, lalu terdapat pula besi besi pengait serta pokok pokok berduri yang akan menarik mangsanya jatuh ke dalam Neraka Jahannam. Itulah Shirath.

Agak berat sebenarnya tulisan ini kerana mengisahkan sesuatu perkara yang ghaib. Tetapi hadith hadith yang dikumpulkan oleh para ulama' untuk menceritakan serta menggambarkan keadaan ketika di Shirath sudah cukup membuatkanku terasa amat takut sekali. Semoga Allah melindungi kita semua daripada api nerakaNya.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Hudzaifah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

"Kemudian direntangkanlan jambatan di atas neraka jahannam dan diperbolehkan memberi syafaat, maka para nabi pun berdoa 'Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah'."

Rasulullah SAW ditanya, "bagaimanakah jambatan itu?"

Jawab Rasulullah SAW ;

"jalan licin menggelincirkan. Padanya terdapat besi besi penyambar, besi besi pengait dan tumbuhan berduri seperti di Najed, yang disebut Sa'dam. 

Orang mukmin melalui sekejap mata. Ada pula seperti kilat, ada yang seperti angin, ada yang seperti burung, ada yang seperti kuda yang tangkas dan kenderaan yang lainnya. 

Maka dari itu ada yang selamat sentosa, ada yang terkait lalu lepas dan ada pula yang terpelanting ke dalam neraka jahannam."[Sahih Muslim]

Allah! Selamatkah kita ini nanti?

Kata Imam al-Qurtubhi dalam kitabnya At-Tazkirah ;

"Maka fikirkanlah sekarang, betapa gentar hatimu kelak jika kamu melihat Shirath begitu kecilnya, lalu tampak di matamu hitamnya neraka jahannam da bawah sana, dan terdengar ditelingamu gemuruh api. Sementara kamu dipaksa berjalan di atas Shirath dalam keadaanmu yang lemah. Hatimu bergetar, kakimu goyah dan punggungmu dibebani dosa dosa.

Gambaran titian sirat yang bakal kita semua lalui nanti di akhirat selepas berlaku proses hitungan al-Hisab dan neraca timbangan amal.

Lebih Halus Daripada Rambut, Lebih Tajam Daripada Pedang

Bayangkan penderitaan yang akan kamu alami saat kamu menapakkan salah satu telapak kakimu, ternyata kamu rasakan betapa tajamnya Shirath itu, tapi bagaimana pun kamu harus menapakkan pula telapak kaki yang kedua.

Sementara orang orang lain di dihadapanmu jatuh dan tergelincir, lalu disambut oleh para malaikat yang menyiksa.

Saat itu kamu melihat ramainya manusia jatuh ke dalam neraka di mana kepala mereka terbalik ke bawah, kaki mereka di atas lalu jatuh ke neraka. Na'uzubillah!

Betapa mengerikan pemandangan seperti itu, betapa sulit pendakian yang harus ditempuh dan betapa sempit jalan yang harus dilalui"

Manakala kata Ibnul Mubarak ;"Pada hari kiamat nanti manusia akan melintasi Shirath sesuai dengan iman dan amal masing masing".

Teringat beberapa tahun dahulu ketika makan tengah hari bersama seorang sahabat, dia mengatakan ;

"ketika manusia melalui Shirath nanti, pohon pohon berduri yang ada di sekitar Shirath akan menyambar manusia yang mana pada badannya terdapat benda benda yang haram. Contohnya makan makanan yang haram atau pun makan makanan daripada sumber yang haram".  (seram baca part ni... halalkah rezeki kita selama ini??? 😱

Ya! Begitulah sedikit gambaran kengerian saat di Shirath nanti. Jangan kita lepaskan peluang untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah ketika di dunia ini.

Jangan kita leka! Sudah sudahlah menjadi pelahap terhadap nikmat dunia. Bukan tidak boleh diambil tetapi ambillah dunia sekadar keperluan untuk kebahagiaan akhirat.

Sumber: Telegram Channel (Tazkirah Ringkas)

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream | Dapur, letih kalau nampak kotor... Jadi, hilang mood nak memasak pun ye juga.

Hari minggu yang lepas, operasi kilatkan dapur yang berkarat... Berbulan tak cuci... Haha... Tu yang dah tebal kotor kat celah tu...

Tapi tak hairan sangat sebab dapur Mugen ni senang nak cuci... Tanggalkan tunggu dia, dan boleh cuci macam biasa. Tapi sebab MF ni dah lama tak cuci jadi, kotoran tu dah melekat kuat dan agak degil nak hilangkan..

Tapi dengan bantuan Soda bikarbonat dan pencuci serbaguna Cif Cream ni.. senang aje nak tanggalkan.

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream


Mula-mula taburkan soda bikarbonat disekeliling dapur yang kotor tu... Biarkan dalam 10 ke 15 minit.
Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Lepas tu, ambil berus dapur atau kain kasar, tuangkan cif cream atas kain tu dan gosok je sekeliling tu hingga hilang...

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream


Lapkan dengan kain lembab dan ting! Siap... Dah berkilat...

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Mudah je... Tak perlu modal yang besar pun nak pastikan dapur sentiasa berkilat. Nak bagus setiap kali masak cuci... Tapi biasalah.  #makanak4 ni... Dapat memasak satu dua lauk dah rasa sujud syukur dah kot. Haha... Ni pun dapat buat sebab anak tidur..  kalau tak jangan mimpi nak berlama-lama di dapur.

Tapi serius, dapur Mugen yang MF beli di CjWowShop ni senang nak cuci..


Info tambahan:
Kilatkan Dapur Dengan Soda bikarbonat dan Pencuci Cif Cream

Ramai tanya berkenaan hos wayar dapur ni.. guna wayar biasa je cuma beli skru untuk ketatkan hos tu... Nak lagi ketat lapik dengan kertas suratkhabar.

20 Jenis Hati Manusia Menurut Al-Quran, Kita Jenis Hati Yang Mana?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BERBAGAI JENIS HATI MANUSIA DIDALAM AL-QUR'AN.......YANG MANA SATU KAH HATI KITA???

SETIAP MANUSIA PUNYA HATI...

DAN HATI ITULAH YANG MEMERINTAH MANUSIA DALAM SEMUA GERAK TINDAKANNYA...

INGATLAH BAHWA ADA 20 (DUA PULUH) MACAM SIFAT HATI MANUSIA YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN AL KARIM

20 Jenis Hati Manusia Menurut Al-Quran, Kita Jenis Hati Yang Mana?


1. Hati Yang SALIM Yang Suci...

❝Yaitu hati yang ikhlas dan kosong dari sifat kufur, munafik, dan kotoran.❞
(Asy-Syuara: 89)

2. Hati Yang MUNIB Yang Selalu Inabah...

❝Yaitu hati yang selalu kembali dan tazkiyah taubat kepada Allah Azza wa Jalla dengan selalu mengerjakan perintah-Nya.❞
(Qaff: 33)

3. Hati Yang MUKHBIT Yang Tunduk...

❝Yaitu hati yang selalu patuh merendah yang tenang dan lapang Sakinah.❞
(Al-Hajj: 54)

4. Hati Yang WAJAL Yang Bergetar...

❝Yaitu hati yang selalu takut kalau tidak mengerjakan perintah dan tidak selamat dari azab.❞
(Al-Mukminun: 60)

5. Hati Yang TAQIY Yang Bertakwa... 

❝Yaitu hati yang selalu mengagungkan syiar Allah Azza wa Jalla.❞
(Al-Hajj: 32)

6. Hati Yang MAHDIY Yang Diberi Hidayah...

❝Yaitu hati yang selalu ridho dengan takdir Allah Azza wa Jalla dan berserah atas perkara-Nya.❞
(At-Taghabun: 11)

7. Hati Yang MUTHMAINNAH  Yang Tenang...

❝Yaitu hati yang selalu mantap dengan ke Esaan Allah Azza wa Jalla dan terus berdzikir.❞
(Ar-Ra'ad: 28)

8. Hati Yang HAYYU Yang Hidup...

❝Yaitu hati yang kasyaf dari seluruh kejadian yang dialami oleh manusia.❞
(Qaaff: 37)

9. Hati Yang MARIDH Yang Sakit...

❝Yaitu hati yang kena penyakit seperti ragu, munafik, yang didalamnya ada ilham fujur mendorong kepada syahwat haram.❞
(Al-Ahzab: 32)

10. Hati Yang A'MAA Yang Buta...

❝Yaitu hati yang tidak bisa melihat kebenaran dan ibrah dari bashirahnya.❞
(Al-Hajj: 46)

11. Hati Yang LAHIY Yang Lalai...

❝Yaitu hati yg selalu lena dari Al-Quran. Selalu sibuk dgn kebatilan dunia dan syahwatnya.❞
(Al-Anbiya: 3)

12. Hati Yang ATSIM Yang Berdosa...

❝Yaitu hati yang menyembunyikan kesaksian terhadap kebenaran.❞
(Al-Baqarah: 283)

13. Hati Yang MUTAKABBIR Yang Sombong...

❝Yaitu hati yang tidak mau mentauhidkan Allah Azza wa Jalla dan ketaatan-Nya. Banyak melakukan kezaliman dan permusuhan.❞
(Ghafir: 35)

14. Hati Yang GHALIDH Yang Kasar...

❝Yaitu hati yang dicabut rasa empati dan kasihan kepada sesama.❞
(Ali-Imran: 159)

15. Hati Yang MAKHTUM Yang Terkunci...

❝Yaitu hati yang mendengar nasehat tapi tidak melaksanakan nasehat.❞
(Al-Jatsiyah: 23)

16. Hati Yang QAASIY Yakni Hati Yang Keras...

❝Yaitu hati ugal tidak memiliki kelembutan untuk iman dan tidak pernah berbekas ancaman dan berpaling dari zikir kepada Allah Azza wa Jalla.❞
(Al-Maidah: 13)

17. Hati Yang GHAAFIL Yang Lalai...

❝Yaitu hati yang tidak dzikir memilih Hawanya dari pada taat-Nya.❞
(Al-Kahfi: 28)

18. Hati Yang AGHLAF Yang Terhijab...

❝Yaitu hati yang tertutup tidak mau menerima nasehat dari Al Quran dan Al Sunnah -Hadits Rasulullah ShallAllahu Alaihi Wasallam-.❞
(Al-Baqarah 88)

19. Hati Yang ZAA-IGH Yang Condong...

❝Yaitu hati yang selalu condong kepada selain kebenaran.❞
(Ali imran: 7)

20. Hati yang MURIIB yang selalu ragu...

❝Yaitu hati yang tidak ada kepastian selalu goyang.❞
(Attaubah: 45)
kredit: Telegram group

KITA HATI JENIS YANG MANA?

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme | Anak autisme dah pernah kongsikan pada entry sebelum ni... Sempena dengan minggu gelombang biru iaitu kempen kesedaran Autisme Dunia, sebenarnya langkah kerajaan Malaysia sangat pro aktif mengesan anak Autisme ini seawal mungkin.

Sekarang ni, setiap anak-anak kita yang kita bawa check up setiap bulan tu, ikut umur yang sememangnya untuk pantau perkembangan anak. Ini termasuk ujian saringan Autisme.

MF ni, lepas anak ketiga baru tau... Anak pertama kedua guna buku biasa je... Takde jalani ujian tu semua. Namun, Allhamduillah anak kedua MF normal walaupun lambat bercakap...

Anak ketiga MF telah pun jalani ujian Autisme ni masa umur 1 tahun 6 bulan di KKIA. Dan ujian kedua masa umur dia 3 tahun nanti.

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

Soalan ini dinamakan soalan ujian M-Chat. Ibu bapa yang kena jawab soalan ini secara spontan bila nurse tanya... Sebab jawapannya Ya atau Tidak je.

Kalau ada KKIA yang terlepas pandang, ibu bapa boleh cuba jawab soalan ni secara online. Nanti ada keputusan yang akan diterima melalui email. 

Berikut MF kongsikan 23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme.

23 Soalan Ujian Saringan Anak Autisme

Lampiran Soalan MCHAT. Soalan yang diboldkan adalah soalan kritikal

1. Adakah anak anda seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki/paha dan sebagainya?

2. Adakah anak anda menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain? (contohnya bergaul, bermain, berkawan)

3. Adakah anak anda suka memanjat, contohnya tangga, kerusi, meja dan lain-lain?

4. Adakah anak anda seronok bermain “cak-cak” atau main sorok-sorok?

5. Adakah anak anda pernah bermain olok-olok/ berlakon, contohnya menelefon, bermain anak patung atau bermain masak-masak dan sebagainya?

6. Adakah anak anda pernah menunjuk/ menggunakan jari telunjuk untuk meminta sesuatu?

7. Adakah anak anda pernah menunjuk menggunakan jari telunjuk terhadap sesuatu yang menarik minatnya?

8. Bolehkah anak anda bermain dengan alat permainan yang kecil dengan betul, selain dari memasukkannya ke dalam mulut, membelek-belek atau menjatuhkan permainan itu?(contohnya kiub, kereta kecil, dll)

9. Pernahkah anak anda membawa objek/benda dan menunjukkannya kepada anda?

10. Adakah anak anda bertentang mata dengan anda lebih daripada dua saat?

11. Pernahkah anak anda kelihatan seperti tersangat sensitif/terganggu terhadap bunyi bising?(contohnya: menutup telinga)

12. Adakah anak anda senyum bila melihat anda atau membalas senyuman anda?

13. Adakah anak anda meniru perlakuan anda (contohnya meniru mimik muka anda dan sebagainya)?

14. Adakah anak anda bertindak balas apabila namanya dipanggil?

15. Sekiranya anda menunjuk pada alat permainan yang jauh dari anda, adakah anak anda akan melihat kepada alat permainan tersebut?

16. Bolehkah anak anda berjalan?

17. Adakah anak anda akan melihat pada benda yang sedang anda lihat?

18. Adakah anak anda membuat pergerakan jari yang ganjil/pelik dekat mukanya?

19. Adakah anak anda cuba menarik perhatian anda terhadap aktiviti yang dilakukannya?

20. Pernahkah anda terfikir anak anda ada masalah pendengaran?

21. Adakah anak anda dapat memahami percakapan orang?

22. Adakah anak anda kadang-kala kelihatan termenung atau merayau/berjalan tanpa tujuan?

23. Adakah anak anda memandang ke muka anda untuk melihat reaksi/tindakbalas anda apabila ia menghadapi sesuatu yang baru atau tidak biasa?

Nota:
1. Enam soalan yang digelapkan adalah soalan kritikal (soalan 2,7, 9, 13,14 dan 15).
2. Kanak-kanak memerlukan penilaian lanjut oleh pegawai perubatan sekiranya markah jawapan
i. Dua atau lebih soalan kritikal ATAU
ii. Tiga atau lebih mana-mana soalan


Untuk soalan secara online boleh >>>KLIK SINI<<<

Sebenarnya, buku check up anak kita sekarang ni lengkap dengan pelbagai info keibubapaan. Tak perlu nak google atau beli buku lain. Cukup lengkap dah MF rasa.. cuma kita la kadang tak buka dan baca kan... Tapi dah cukup bagus buku tu... Dan buku tu kira dokumen rasmi.. penting kalau anak nak daftar sekolah...

Bagus ada soalan begini..  kita boleh tau la anak kita normal ke tidak dengan lebih awal.

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy | Rendang ayam crispy satu resepi baru yang mencetuskan fenomena di media sosial... Sana sini kecoh pasal rendang ayam crispy ni...

Tadi, MF saja dok sembang isu ni dengan suami... Dia layankan aje bini dia bercerita isu tular terkini... Kat wall dia takde isu begini sebab semuanya pasal kereta je... hehe...

Lepas MF cerita pasal chef UK yang komen pasal rendang ayam yang tak crispy dalam resepi rendang ayam tu... suami senyum je...

Tapi, dalam senyum tu suami MF beri idea macam mana nak hasilkan rendang ayam crispy... Mudah je katanya...

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy


Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Goreng ayam tu rangup-rangup... se"crispy" yang boleh... Kemudian, masak kuah rendang tu asing... Bila nak makan... taruk la kuah rendang atas ayam tu... jadilah rendang ayam crispy... 


Ha...a... MF pun tak terfikir idea masak macam tu... kalau macam tu memang boleh hasilkan rendang ayam crispy pun... haha... Itulah bab masak ni suami MF lebih kreatif sebenarnya.

Cara Mudah Masak Rendang Ayam Crispy

Tapi kalau ikut resepi asal rendang ni... ianya ibarat rendam ayam dalam rempah ratus dimasak sehingga sebati semuanya... Jadi mustahil nak jadi crispy kan... Tapi kalau dah si Masterchef UK tu nak resepi Rendang Ayam Crispy... Boleh la cuba masak macam cadangan suami MF tu... Masak kuah rendang ayam... kemudian tuang kuah atas ayam goreng crispy... Jadilah rendang ayam Crispy... Mudah kan... haha...

Siapa nak cuba idea resepi ni dipersilakan... MF, next time MF cuba ya... kalau menjadi ayam rendang crispy ... boleh lah kita komersialkan sampai ke UK sana... hehe... 

Orang Kaya Tapi Sebenarnya Miskin

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat


عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْتُ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي وَحْدَهُ وَلَيْسَ مَعَهُ إِنْسَانٌ قَالَ فَظَنَنْتُ أَنَّهُ يَكْرَهُ أَنْ يَمْشِيَ مَعَهُ أَحَدٌ قَالَ فَجَعَلْتُ أَمْشِي فِي ظِلِّ الْقَمَرِ فَالْتَفَتَ فَرَآنِي فَقَالَ مَنْ هَذَا قُلْتُ أَبُو ذَرٍّ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ تَعَالَهْ قَالَ فَمَشَيْتُ مَعَهُ سَاعَةً فَقَالَ إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمْ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا 

Dari Abu Dzar RA dia berkata; "Pada suatu malam, aku pernah keluar rumah, tiba-tiba aku melihat Rasulullah SAW berjalan sendirian tanpa ditemani oleh seorang pun, aku menyangka mungkin baginda ingin berjalan tanpa ditemani oleh orang lain, maka aku pun berjalan di bawah bayangan rembulan, ternyata baginda menoleh dan melihatku, baginda bersabda: 'Siapakah itu? ' Aku menjawab; 'Saya... Abu Dzar. Demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusanmu.' Baginda bersabda: 'Wahai Abu Dzar, kemarilah.' Abu Dzar melanjutkan; 'Lalu aku berjalan bersama baginda beberapa ketika, lantas baginda bersabda: 'Sungguh orang-orang yang banyak harta (mengumpulkan harta) akan menjadi sedikit (melarat) pada hari kiamat, kecuali yang diberikan kebaikan oleh Allah padanya dengan harta tersebut lalu ia memberikannya serta membuat kebajikan dengan harta tersebut ke kirinya, kanannya, hadapannya serta belakangnya (dia menggunakan harta tersebut) dengan baik.' (HR Bukhari No: 5962) Status: Hadis Sahih

Kaya tapi miskin


Pengajaran:

1.  Orang yang banyak harta di dunia tidak semestinya akan berterusan kaya di akhirat. Orang yang miskin di dunia tidak semestinya akan juga miskin di akhirat.

2.  Orang yang kaya di dunia, di akhirat akan jadi miskin dan melarat apabila harta yang dihimpun bukan dari jalan yang halal dan harta itu tidak digunakan untuk menambah pahala kebaikan. Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ 

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (34). (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah: 34-35)

3.  Orang yang kaya di dunia akan juga kaya di akhirat apabila ia menggunakan harta tersebut untuk kebajikan dan kebaikan sepanjang masa pada keluarga, masyarakat dan Negara melalui zakat, wakaf, sedekah, derma, infak kebajikan dan amalan kebaikan yang lain.

4.  Kita dilarang mengumpulkan harta di dunia tanpa dibelanjakan pada jalan Allah yang mendatangkan ganjaran pahala yang berterusan buat kita.

Jangan sekali-kali kita menjadi kaya di dunia namun miskin di akhirat kerana tamak, bakhil, bermegah dan takabur dengan harta kekayaan semasa di dunia.

Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

Ramai orang bila belum kaya macam-macam impian nak dilaksanakan... Nak bantu orang miskin, nak tolong anak yatim nak bangunkan agama.. Tapi bila kaya, lupa semua yang diniatkan...

Kaya tapi miskin

Nak sedekah dan nak buat baik atau nak bantu orang lain tak perlu tunggu kaya... Bantu sekadar kemampuan kita asalkan berterusan. 
Renungkan...


Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online | Beli online dah sebati dengan diri ini... Jadi, bila ada sale memang tak kan lepaskan peluang.

Baru-baru ni Lazada buat sale sempena Baby Fair... Kebetulan pula masa tu Diapers anak hampir habis dan kat kedai yang selalu dok beli tu pun kehabisan stok. Ntah bila dia nak restock pun tak tau. Jadi, suami kata beli online la.. Laju je buka Lazada sebab tau ada Sale barangan baby..

Mencari lah Diapers jenama Genki..  Sebab Diapers tu hampir setanding dengan diapers jenama Mamypoko...

Shopping barang baby online


Alhamdulillah... Saiz yang dikehendaki ada sale... 3 bungkus pek besar saiz L50 baru RM89.90. Harga biasa dok beli kat kedai pun RM30.90.. Kalau darab 3 dah RM90 lebih dah. Jadi, harga tu murah sangat dah.

Nak lebih murah MF cari lagi kod diskaun di Google untuk dapatkan lebih penjimatan. Cari-cari, dapat satu kod diskaun RM10. Dapat lagi potongan harga RM10. Jumlah bayar hanya RM79.90. Murah sangat dah tu dari harga biasa.

Memang jimat banyak beli online bila ada sale begini... Cari yang free postage lagi jimat. Kalau Lazada memang biasa MF akan cari kod diskaun. Cuba satu persatu sampai dapat...

Susu anak pun MF beli kat Lazada juga. Yang ni beli sebab dapat kod diskaun dari Anmun Club. Rugi kalau tak guna... Sebab dapat jimat banyak juga. Biasa harga susu Anmum 1 tin besar 1.6kg harganya dalam lingkungan harga RM86 hingga RM90. dapat kod diskaun tu dapat la harga bawah RM80.

Cuma kecewa sikit bila tin tu kemek teruk bila sampai... Ni semua angkara pos laju Johor atau Kulai la punya kerja.  Ntah dia pijak ke apa barang tu... Sebab seller siap wrap tin susu tu dan buh plastik angin lagi dalam kotak... Nasib tak pecah je tin tu.

Beli online


Apa pun, isu ni akan dipanjangkan kat Lazada nanti... MF nak cadangkan kepada online seller ni... Buat macam nile.com. Pembeli boleh pilih jenis courier yang di orang nak guna... Asalkan courier tu dekat dengan pembeli dan pengguna... Kiranya dua-dua pihak senang nak pos dan nak terima barang. Jadi mudah.. Tak kan berlaku isu macam ni lagi kan.

Apa pun, MF memang suka beli online... Perkara macam tu tak menjadikan MF serik nak beli online pun... Sebab lebih jimat dan tak perlu nak penat buang tenaga cari barang. Tapi kalau barang tu ada je kat tempat tinggal MF ni, beli je la terus.. MF beli barang yang susah nak dapat dan harganya mahal dari biasa...

Kalau nak beli barang baby murah, boleh terjah Lazada dan Shopee yang memang tengah sale sekarang ni...

Sekian, 

Semua Orang Boleh Dapat Istana Ini!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semua orang mengimpikan rumah yang indah dan besar... Tahu tak.. Kita boleh dapat rumah yang lebih besar iaitu sebuah istana... Mudah sangat nak dapatkannya.. Semua orang boleh dapat dengan mudah...

Caranya... Jom, ikuti kisah ini...

Semua Orang Boleh Dapat Istana Ini! 


Istana untuk si pemaaf
Sumber: Google images 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya...
Di tengah perbincangan dengan para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah saw. tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya.

Umar r.a. yang berada di di situ, bertanya, :
"Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab,:
" Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah."

" Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata,:

‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku kerana dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku’".

Allah SWT berkata,:
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, kerana tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun?"

Orang itu berkata,:
" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan airmatanya.

Beliau menangis...

Lalu, beliau Rasulullah berkata,:
"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."

Ganjaran kepada orang yang memaafkan orang lain... 


Rasulullah SAW  melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi,:

" Sekarang angkat kepalamu.."

Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata,:

" Ya Rabb, aku melihat di depan ku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian..! "

" Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb?"

" Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb?

"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb?"

Allah berkata,:
" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."

Orang itu berkata,:

"Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?"

Allah berkata,:

" Engkau mampu membayar harganya."

Orang itu terheran-heran, sambil berkata,:

" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?"

Allah berkata,:

‘CARAnya engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.

Orang itu berkata,:

"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."

Allah berkata,:

'Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata,:

"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin."

( Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.)

*******
Ganjaran kepada orang yang memaafkan
Sumber:Google images 


Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...

Semoga hati kita semua menjadi manfaat dihari perhitungan nanti...

Aamiin Yaa Allah..

Maafkan diriku ini duhai sahabat2ku sekiranya pernah menyakitimu..& semoga kita sama" masuk syurga ...آمين

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit : Ustaz Iqbal Zain

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran | Stesen minyak satu tempat yang merbahaya jika kita tak peka dengan ciri keselamatan yang ada...

Banyak kes letupan berlaku di stesen minyak. Selain kes merokok dan telefon bimbit ketika mengisi minyak, ada juga kes tetiba sahaja berlaku letupan. Letupan secara tiba-tiba ini adalah akibat berlakunya elektrostatik.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran


Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

Jom kita baca fakta ini...


1. Dari 150 kes, yang lebih banyak terjadi adalah wanita berbanding lelaki, kerana kebiasaan mereka masuk dan keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk ke dalam tangki.

2. Sebahagian besar kes terjadi adalah orang yang tengah mengisi minyak masuk kembali ke dalam kereta ketika hos masih di lubang tangki (muncung pam boleh menjadi pencetus kebakaran). Apabila mereka selesai mengisi bahan bakar dan keluar untuk menanggalkan pam,  percikan api akan bermula, itu adalah di sebabkan dari akibat elektrik statik.

3. Majoriti berlaku kepada mereka yang terkena adalah yang  memakai kasut bertapak getah  dan memakai pakaian dari serat sintetik.

4. Jangan gunakan telefon ketika sedang mengisi bahan bakar.

5. Wap yang berasal dari petrol akan meyebabkan kebakaran ketika tersentuh dengan elektrik statik.

6. Dari 29 kes dianalisis ianya terdiri dari mereka yang kembali memasuki kenderaan mereka dan kemudian menyentuh pistol pam petrol semasa proses pengisian petrol. Hal ini terjadi pada kereta yang  berlainan jenama dan model.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran


7. Cas elektrik statik mungkin berlaku  ketika penumpang masuk ke dalam kereta semula dan pergeseran berlaku antara pekaian dan tempat duduk ketika keluar dan masuk dari kenderaan. Untuk mengelakkannya adalah disarnakan supaya TIDAK boleh masuk atau keluar dari kenderaan sementara petrol sedang mengalir masuk. Gerakan masuk atau keluar hanya perlu dilakukan SEBELUM memulakan, atau setelah selesai mengisi minyak.

8. Apabila  petrol tumpah atau terpercik ke atas lantai pembersihan haruslah di lakukan dengan segera, kerana wap yang terhasil adalah sangat mudah terbakar yang boleh dihidupkan oleh percikan elektrik statik ketika menghidupkan peralatan elektronik (seperti telefon bimbit, remote kawalan, dll) atau dengan  geseran kunci  kenderaan itu sendiri. Oleh itu SEBELUM menghidupkan enjin, petrol tumpah harus dikumpulkan dan bersihkan oleh kakitangan stesyen minyak.

Keluar Masuk Kereta Ketika Isi Minyak Boleh Sebabkan Kebakaran

TIPS KETIKA MENGISI MINYAK

Berhentikan kenderaan, tarik hand break, mematikan enjin, radio dan lampu

JANGAN : Jangan sesekali kembali ke kenderaan anda apabila anda menuangkan bahan bakar.

SEBAGAI PENCEGAHAN : Biasakan  menutup pintu kereta selepas keluar atau masuk ke dalam kenderaan dan dengan cara ini elektrik statik akan habis ketika  bersentuhan dengan sesuatu bahan metalik.

Setelah menutup pintu sentuh BAHAGIAN DARI LOGAM  sebelum menyentuh pistol pam petrol. Dengan melakukan hal ini elektrik statik dalam tubuh anda akan dibuang pada logam dan bukan pada pistol pam minyak tersebut.
Sumber: Facebook

Tips mudah yang ramai dari kita tak tau... Info yang berguna... Badan kita ada cas elektrik sebenarnya... Sebab tu bahaya kalau kita tak tau... Jadi masa isi minyak jangan keluar masuk kereta. Kalau nak keluar, sebelum atau selepas isi minyak...

Nampak remeh tapi ada bahaya nya...

Moga bermanfaat...

Happy Holiday Sis Hawa

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Jom join contest Sis Hawa jom
Syaratnya mudah je, . Like and follow je.
Hadiah diimport dari Korea... 5 Pemenang dicari
contest tamat 05.05.18
Nak join klik je banner atas tu ye 

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi | Pernah jadi pelanggan Astro untuk dua tahun. Tu pun rasa tak sabar nak terminate... seksa tunggu dua tahun... bukan apa... sebab semakin hari semakin naik bayaran bilnya. Dari mula melanggan hanya bayar RM40 sebulan untuk basic package. Naik hingga ke RM60 sebulan. Dah la siaran ulangan je banyak. Rasa macam membazir je melanggan. Jadi cukup dua tahun terus terminate.



Bila pindah Johor, mulanya nak pakai arial tv je.. selepas puas mencari siaran tak juga dapat. Akhirnya pasrah beli dekoder Njoi. Nak melanggan Astro memang tak lah..

Ok la beli Njoi, sekali pasang je.. tiada yuran bulanan.. cuma siarannya agak terhad... Bila anak dah besar, kadang depa boring sebab takde siaran menarik... Jadi, masa cuti sekolah baru ni, ternampak iklan kat siaran 100 Njoi.. dan terus ke Channel 200 untuk lihat cara melanggan dan topup Njoi. Mudah je..


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Minta suami belikan kad topup Njoi di 7E...  beli RM10 je.. untuk percubaan kan... Nak buat online pun boleh tapi MF tak try lagi.. guna manual je... beli kat kedai.


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Cara Topup Njoi


Pergi ke Siaran 200 nanti akan terpapar seperti bawah ni.. kena tunggu kejap sebab dia loading lama sikit kengkadang.

Guna remote, pergi ke My Account.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi



Pilih Top Up via Prepaid Voucher, kemudian ikut je arahan dia iaitu:

Taip: 111 <jarak> No IC <jarak> Nombor PIN 16 Digit dan SMS ke 33310.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Bila dah berjaya topup akan dapat SMS baki terkini.. Dah ada kredit baru boleh langgan Njoi... 

Cara Langgan Siaran Njoi


Pergi ke Channel 200, Pilih Puechase

Kemudian, pilih la menu yang nak, sama ada nak tengok by Channels atau Package.

Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi


Boleh tengok senarai Harga dan Package ikut Genre di

Lepas dah pilih jenis nak langgan yang mana, teruskan untuk membeli... 

Ikut je step yang terpapar kat tv tu... ada kod yang perlu di SMS untuk membeli... Biasanya lepas beli terus dapat tengok... 


Cara Topup dan Langgan Siaran Njoi

Channel yang biasa MF beli untuk anak-anak je la.. TViQ selama seminggu... tu pun bosan sebab berulang je.. nasib seminggu je langgan.

Lepas tu beli Channel Package Kartun... ada banyak la Channel... RM15 untuk 30 hari... boleh la.. anak suka layan channel Disney tu... ok la..walaupun berulang, tapi banyak pilihan...

Ok juga la pakai Njoi ni... kita langgan yang mana kita nak je.. takdelah membazir bayar bulanan tapi tak tengok kan... Ada pun dah tak tertengok juga.. layan online movie atau download movie je... sekarang ni dah naik kerja, nak tengok TV pun tak sempat... apatah nak layan drama... sadis kot... orang tengok drama best-best malam, MF dah masuk tidur...sebab tidur tu lagi nikmat sekarang ni... hehe... 

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan | Rumahtangga dan perkahwinan, bukan sesuatu yang sentiasa indah. Banyak duri ranjau yang perlu ditempuh. Setiap pasangan yang kahwin, mesti anggap itulah perkahwinan pertama dan terakhir. Jadi, sebolehnya akan jaga perkahwinan tu sedaya mungkin. Namun, bukan mudah nak mengekalkan kerukunan rumahtangga.

Banyak cabaran dalam berumahtangga ni... Baik isteri atau suami pasti akan diuji dengan kesetiaan, sikap, kesabaran dan kekuatan kasih sayang. Sesekali bergaduh tu biasa... Tapi bahaya jika selalu bergaduh...

Perhatikan rumahtangga kita, andai ada 5 tanda ini, kita harus berwaspada kerana itu petanda awal kemusnahan rumahtangga.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan 

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#1 Kurangnya Sentuhan Suami Isteri

Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

#2 Kurang Komunikasi Antara Suami Isteri

Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.

#3 Banyak Kritikan Negatif

Suami asyik kritik isteri sahaja. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

5 Tanda Bahaya, Rumahtangga Di Ambang Kemusnahan

#4 Kerap Berlaku Pertengkaran

Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

#5 Suasana Rumahtangga Yang Suram

Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Komunikasi dah out. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.

Jika tiada Alhamdulillah..tetapi jika ada, baikilah secepatnya perhubungan suami isteri sedaya mungkin. Letakkan AGAMA di tangga TERATAS...InsyaaAllah segalanya akan bertambah baik dengan izin-Nya. Kembali kepada Allah, insya Allah segalanya indah....

Kesian kepada anak-anak jika rumahtangga musnah. Banyak sangat kes pasal anak terabai akibat penceraian di akhir zaman ni.. Penceraian bukan trend.... Jangan biarkan syaitan bergolek suka kerana kemusnahan rumahtangga kita. Peliharalah rumahtangga, terima kelemahan diri masing-masing dan kenang kembali waktu zaman bercinta dulu... Insha Allah, segalanya pasti boleh diselamatkan. 

Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Misi Mencari Mr. and Mrs. Perfect

Seorang anak murid yang bernama Ahmad menemui gurunya lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin.

Kemudian Ahmad bertanya kepada gurunya "Ciri ciri perempuan bagaimanakah yang boleh aku jadikan isteri?"

Gurunya menjawab "Beginilah, engkau masuk ke dalam hutan ini, kemudian engkau cari satu tumbuhan yang baik akarnya, sihat pokok dan daunya serta bau bunganya yang harum. Pilihlah yang terbaik dan engkau bawalah pulang. Tetapi ingat! Hanya satu tumbuhan sahaja yang engkau perlu bawa pulang"

Setelah mengangguk faham akan arahan tersebut, Ahmad pun mula menelusuri hutan yang tebal untuk mencari cari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya.

Maka banyaklah tumbuhan yang ditemui oleh Ahmad sepanjang perjalananya di dalam hutan itu.

Ada tumbuhan yang kalau pun elok daun dan bunganya, tetapi buruk pula akarnya. Begitu juga ada yang ditemui harum bau bunga dan elok akarnya tetapi daun pula rosak telah dimakan ulat.

Ahmad terus berusaha mencari sehinggalah dia menemui tumbuhan yang elok sekali akarnya, bersih dan sihat pula pokok serta daunya. Tetapi amat malang kerana bunganya tidak berbau harum.

Ahmad menyukai tumbuhan tersebut tetapi terdetik pula dalam fikirannya, "Ah! Nantilah dulu. Lebih baik aku cari yang lain. Barangkali dihadapan sana nanti ada tumbuhan yang sama seperti ini dan bunganya pula harum"

Ahmad terus berjalan sehingga lelah tetapi masih juga tidak menemui tumbuhan yang lain sama seperti yang dia sukai tadi.

Oleh kerana Ahmad tidak menemui tumbuhan yang lebih baik, dia nekad untuk kembali dan mencari tumbuhan yang dia sukai tadi untuk dibawa pulang.

Tetapi amat malang sekali kerana dia tidak menemuinya. Puas dia mencari, tetapi tetap hampa.

Akhirnya Ahmad terpaksa pulang. Lalu diambilnya tumbuhan yang dirasainya okay yang ditemuinya dalam perjalanan pulang  untuk dipersembahkan kepada gurunya.

Dengan badan yang lelah ditambah sedikit kecewa, terpaksa juga Ahmad menemui gurunya untuk mempersembahkan hasil tumbuhan yang ditemuinya.

Ahmad tidak menunggu lama, lalu menceritakan segala galanya tentang misi pencarian serta penat lelah mencari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya itu.

Tidak Akan Engkau Temui Kesempurnaan Pada Pasanganmu

Lalu gurunya berkata "Begitulah dalam kita mencari pasangan hidup. Jika engkau mencari kesempurnaan pada pasanganmu, maka engkau tidak akan sama sekali menemuinya. Hidup sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yang lengkap melengkapi. Apa yang kurang pada isteri, suamilah yang akan melengkapinya. Begitu juga sekiranya suami mempunyai kekurangan, isterilah yang akan melengkapinya. "

Wujudkah Mr. and Mrs. Perfect? 


Mungkin cerita ini seringkali kita telah baca dan dengar. Walaupun berbeza watak mahupun jalan cerita, tetapi mesejnya amat jelas sekali. "Tidak akan engkau temui kesempurnaan pada pasanganmu"

Mana mungkin ada manusia yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi SAW.

Oleh kerana itu, yang belum punya pasangan, carilah pasangan menurut garis panduan yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Yang telah berumahtangga, jaga dan pertahankanlah hubungan kekeluargaanmu itu.

Kita ini manusia biasa dan pasti banyak sekali kekurangan ketika kita hidup bersama pasangan kita.

Akuilah diri kita ini penuh kekurangan. Lalu biarlah kita menjadi pelengkap kepada hidup pasangan kita dan pasangan kita melengkapi hidup kita.

Suburkanlah Iman dan Taqwa dalam diri kita dan pasangan. Demi Allah! dengan kerana ini sahaja, tidak ada yang lain lagi akan menjadi penguat hubungan kita dengan pasangan.

Maka Allah akan campakkan pula sakinah (ketenangan) dan kasih sayang ke dalam dada kita dan pasangan yang mana akhirnya kita akan merasai kebahagiaannya hidup sebagai suami isteri. Wallahu a'lam.

Peringantan bagi diri!

Kredit : #AkhiAdifGorment via Telegram Channel

Tak kan ada Mr. dan Mrs. Perfect dalam perkahwinan... Yang menjadikan perfect sesebuah perkahwinan ialah saling melengkapi antara pasangan. 

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan | Bila bosan, rasa nak makan kudapan... Nak membeli jajan bukan kegemaran... Lagipun tak baik untuk kesihatan.

Kena masuk dapur buat kudapan mudah untuk keluarga. Projek dapur laki bini bermula...

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
250 gram butter

Untuk hiasan
Coklat cip atau coklat urai

Cara membuatnya :


  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum, dan serbuk koko.
Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati semua.
  3. Gaulkan/pukul hingga agak-agak boleh dikepal.
  4. Bentukkan ikut suka.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 175 darjah Celsius api atas bawah selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. 

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan.

MF bentukkan bulat dan tekan guna garpu je... Lepas tu hias dengan coklat rice. Buat dengan anak-anak suka aje depa ni...

Resepi Biskut Butter Coklat Mudah, Hanya Guna 5 Bahan




Mudah kan... Memang sedap kudapan ni... Biskut ni dah masuk list untuk menu kuih raya tahun ni... Hehe...

Selamat mencuba... 

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak | Tengah terasa bahang rasa bahang raya.. Cuma belum mula perang bendera sebab belum ada pengumuman penamaan calon. Tapi sana sini orang dah sebut pasal mengundi dan merancang untuk balik kampung mengundi.

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak

Penting sangat ke mengundi ni? 

Mengundi penting untuk menentukan pemimpin untuk memimpin rakyat dan negara.


Nak pilih siapa dalam pilihan  raya nanti? 

Nak pilih siapa tu, ini MF nak kongsi kan 11 Panduan Untuk memilih calon pemimpin yang bijak supaya kita tak tersilap undi.

11 Panduan Untuk Menjadi Pengundi Yang Bijak


1) Ada orang berkhutbah dan berceramah menggesa agar kita keluar mengundi atas hujah menunaikan tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Tetapi adakah kita cuba meneliti apakah dalil daripada al-Quran yang mewajibkan kita mengundi?

2) Tiada dalil al-Quran yang spesifik mewajibkan kita melantik wakil rakyat, apatah lagi menggesa kita keluar mengundi. Ini kerana tanpa wahyu pun, manusia beragama dan berbangsa apapun memang akan sentiasa ada ketua atau melantik ketua. Tetapi dalil yang amat jelas, nyaring dan berulang kali dalam al-Quran ialah arahan agar kita memerintah dengan al-Quran, dengan syariat Allah, bukan dengan hawa nafsu. Memang sifat syariat ini, tidak menggesa manusia melakukan perkara yang mereka suka lakukan, sebaliknya akan menggesa manusia melakukan perkara yang mereka malas, culas atau tidak gemar melakukannya, sedangkan pada perkara itu terdapat kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat.

3) Sila rujuk Surah an-Nisa' ayat 58, 59, 60 dan 65, Surah al-Maidah ayat 48, 49 dan 50, Surah al-An'am ayat 114, 115 dan 116, Surah al-Hadid ayat 25 dan lain-lain banyak lagi tidak dapat disenaraikan dalam ruangan terhad ini. Sesiapa yang rajin mentadabbur al-Quran nescaya perkara ini bukan satu kejahilan baginya.

4) Arahan agar memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, ditujukan ke atas setiap individu muslim. Dari segi realiti, kita kena perintah diri kita sendiri dan keluarga kita, yang dalam capaian kuasa dan kemampuan kita, menurut perintah Allah Taala yang terkandung dalam al-Quran. Patuh pada Sunnah Rasul juga terkandung dalam al-Quran.

5) Tetapi apabila mahu memerintah masyarakat dan negara dengan al-Quran, dengan syariat, maka kita kena lantik wakil, bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu bagi pihak kita. Analoginya ialah apabila kita memangkah undi untuk seseorang, maka ia seperti kita menyerahkan al-Quran ke tangannya untuk dia memerintah dengan al-Quran itu.

6) Oleh kerana asal tugas dan tanggungjawab memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, diletakkan oleh Allah Taala atas bahu setiap individu kita sebagai muslim, maka jika wakil rakyat yang kita lantik itu tidak melaksanakan tugas tersebut bagi pihak kita, maka kita terpaksa bertanggungjawab di depan Allah Taala. Adalah silap dan salah anggapan orang ramai yang mengira itu tanggungjawab wakil rakyat dan dia kena jawab di depan Allah atas kecuaiannya, manakala kita sudah terlepas tanggungjawab kerana sudah melantiknya. Silap. Jika dia tidak buat, maka tugas dan tanggungjawab itu berbalik pada kita.

7) Justeru, pastikan undi anda berikan kepada yang boleh menjalankan tugas memerintah dengan al-Quran, dengan syariat, bagi pihak diri anda sendiri. Apakah cara untuk mengenali orang yang boleh menggantikan diri anda untuk melaksanakan syariat Allah? Senang saja.

8) Petanda pertama ialah dia melaksanakan syariat Allah Taala dalam kehidupan peribadi dan keluarganya. Macam mana nak tahu? Syariat dah ajar kita, iaitu lihat pada petanda zahir. Salah satunya ialah solat berjamaah. Ada orang kata macam kita nak tahu benar-benarkah dia komited solat fardhu atau dia berpura-pura? Senang saja. Islam sudah bagi jawapan. Solat paling berat bagi munafiqin ialah solat Subuh berjamaah. Adakah dia seorang yang komited solat Subuh berjamaah? Kena tanya orang yang rapat dengannya. Cuma yang dibimbangi ialah anda sendiri sebagai pengundi pun culas solat Subuh berjamaah, maka macam mana diri anda begitulah pemimpin yang anda pilih. Petanda zahir kedua ialah adakah isteri dan anak-anak perempuannya menutup aurat? Orang yang tidak boleh memerintah isteri dan anak-anak agar patuh pada syariat memang tidaklah boleh diharap untuk memerintah negara dengan syariah. Jangan bagi hujah tentang kisah isteri Nabi Nuh dan Lut ya, nanti terdedahlah keaiban kenaifan dan kejahilan anda dalam memahami nas al-Quran.

9) Petanda ketiga ialah cita-cita dan aspirasinya. Adakah dia menyatakan keazaman untuk memperkasakan kedudukan Islam, undang-undang Syariah serta kuasa orang Melayu, selaku muslim majoriti, di negara ini? Apakah yang kita boleh harapkan pada orang yang bersungguh-sungguh memenangi hati orang kafir berbanding hati orang Islam yang rindukan cara hidup bersyariat dipersadakan dalam sistem pemerintahan negara?

10) Petanda keempat ialah dia sendiri tidak beriman, atau mudah bahasanya ialah kafir. Adakah anda hendak menyerahkan al-Quran ke tangan sikafir lalu berpesan padanya "tolong jalankan tugas bagi pihakku untuk memerintah dengan al-Quran, dengan syariat Islam"? Bahkan, baru-baru ini semua ahli politik kafir bersepakat membantah kehendak umat Islam yang mahu memperkasa undang-undang Syariah yang tiada kena mengena dengan diri orang kafir pun. Apakah kita mahu serah juga al-Quran ke tangannya untuk dilemparkan ke tong sampah? Kalau sekadar untuk minta tolong dia pasang lampu isyarat, buat jambatan, bina lebuh raya dan lain-lain urusan dunia tak perlu kita beri undi padanya pun akan tetap ada orang yang menguruskan perkara dunia itu.

11) Kesimpulannya, asal-asal tugas dan tanggungjawab memerintah dengan al-Quran, dengan syariat itu, di atas bahu setiap individu muslim. Laksanakan tanggungjawab itu dalam lingkungan capaian pengaruh dan kuasa kita; peribadi, keluarga, jiran tetangga. Dalam lingkungan yang kita tiada mampu melaksanakannya, maka jangan serahkan tugas ini kepada orang yang kita sudah nampak dia akan khianati amanah itu. Lebih baik tidak memangkah undi daripada terpaksa menjawab di depan Allah "kenapa kamu wakilkan tugas memerintah dengan hukum Allah itu kepada orang yang kamu sudah pasti tidak melaksanakannya?"

Sumber: group telegram


Jadi, sebagai pengundi kena kenal calon yang dipilih supaya membuat pilihan yang bijak untuk masa depan masyarakat, agama dan negara. pastikan pilih pemimpin yang betul... Yang terbaik.. Supaya kita tak dipersoalkan di akhirat nanti...

Entry ni bukan entry sokong mana-mana pihak tapi sekadar perkongsian ilmu untuk renungan kita bersama. Kita penentu masa depan negara kita.

Ada orang kata, kita undi betul pun nanti ada penyelewengan... Takpe... Asalkan bab kita dah lepas dari penyoalan hadapan Allah nanti... ☺️

Sumber : Google image 

Cara Paling Berkesan Hilangkan Stress

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Paling Berkesan Hilangkan Stress | Stress betul minggu lepas... Kerja banyak sangat... Sampai balik rumah dan tidur fikirkan kerja... Teruk sangat rasanya tahap stress ni...

Puas fikir... Camne nak hilangkan stress yang melanda... Puas juga berzikir... Tapi tak reda sangat....

Tertiba teringatkan zikir yang MF selalu pasang dan dengar kat rumah... Biasa anak-anak MF dengar hingga diorang pun hafal dah...


Zikir terapi stress ini MF dapat dari YouTube je...

Ini alunan zikirnya...

Cara Paling Berkesan Hilangkan Stress



Sedapkan... Rasa relax sebab ada background music yang mendamaikan... Rasa tenang dan damai je... MF pasang dalam kereta ketika memandu... Alhamdulillah... Tenang rasa dan cepat reda stress...

Zikir penawar mujarab untuk hilang stress tapi kena tau gunanya zikir tu tepat pada tempatnya... Insya Allah lebih berkesan...

Selain terapi zikir Hasbi Rabbi ni... Ada juga cara lain untuk redakan stress dengan berkesan.

Cara Paling Berkesan Hilangkan Stress

TIP SEHARIAN MENANGANI STRESS

1. Belajar menangani stress 

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan

Apa yang harus anda lakukan apabila marah?
• Menyedari yang anda sedang marah.. katakan“ Saya sedang marah!”
• Bertenang..kira hingga sepuluh tarik nafas panjang dan mengucap.
• Kenal pasti kenapa anda marah.
• Cuba dengar penjelasan orang lain.
• Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
• Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
• Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
• Membiasakan  diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa  manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
• Berfikir secara positif.
• Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
• Belajar menyukai diri sendiri
• Belajar bertenang
• Adakan hobi
• Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Dapatkan  teman yang sesuai untuk meluahkan masalah.
• Bersifat tegas/ asertif.
• Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM

Marah menyebabkan stress... Cara nak hilangkan marah mengikut Islam ialah...
Jika kita marah dalam keadaan berdiri, kita duduk... Jika marah duduk, kita kena berbaring... Jika tak hilang juga... Ambil wuduk dan baca Ta'awuz, iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم.

Moga dipermudahkan urusan kita seharian agar kita bebas stress setiap hari... Bangun pagi happy happy insha Allah... Sepanjang hari akan happy.... 

LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapaknya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Subhanallah....

Begitu indahnya syariat islam, sehingga apapun yang dilarang adalah tanda cinta ALLAH untuk manusia.

Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)

Sumber: Facebook
Dera anak
Sumber: Google images 

Anak bawah setahun pukul... Memang takde akal orang yang pukul tu... Lagipun anak bawah setahun, apalah yang dia tahu melainkan main je... Memang dia dengan dunia je la... Mak pernah bagi tau, pukul anak bawah setahun ni ibarat pukul kepala lutut sendiri... Takde akan memberi kesan apa melainkan rasa sakit je. 

Pengajaran untuk diri sendiri juga ni... Banyak lagi khilaf walaupun dah anak 4... Huhu... Masih dalam proses belajar menjadi ibu bapa yang baik...

Ada anak memang seronok... Tapi tanggungjawab berat... Tanggung kat dunia... Jawab kat akhirat.... 
Viewing all 4743 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>