Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall | Shopping online dan MF tak dapat dipisahkan... haha... Jika MF seorang yang tak gemar beli secara online, kini shopping online macam satu rutin wajib setiap bulan.

Boleh dikatakan banyak aplikasi shopping online dan apps MF pernah cuba. Selain platform shopping online yang popular di Malaysia... 

Ni MF nak cerita apa yang best pasal PGMall ni... Stay tune sampai titik yang terakhir entry ni okay!

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

1. Platform Shopping Online Tempatan

Kalau korang nak tau la kan, platform shopping online yang popular di Malaysia kebanyakan ditubuhkan atau diasaskan oleh orang luar. 

Tapi, PGMall ni tak... PGMall diasaskan oleh orang tempatan, orang Malaysia. (fuhh...bangga jap jadi rakyat Malaysia kan)... 

PGMall ni antara e-Commerce platform nombor 1 di Malaysia yang terlah ditubuhkan tahun 2017. Satu-satunya platform shopping online diasaskan orang tempatan.

Yang best lagi, PGMall ni telah tersenarai dan menduduki tempat ketiga di Iprice insight report. Buktinya korang boleh rujuk link ni>>> https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Haaa... seiring dengan perkembangan teknologi, PGMall menerima semua jenis pembayaran e-wallet dan pembayaran online. Senang kan... 

2. MEGA 8.8. PRE SALE  

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

8.8 Tarikh yang cantik dan pastinya sana sini ada sale. Tak terkecuali di PGMall. 

Jualan Mega di PGMall bermula 3 hingga 7 Ogos 2020. Dengan promosi Flash Deals setiap hari serendah RM8. 

Dan best lagi boleh dapat diskaun banyak walaupun belanja sikit. Antara offer yang MF teruja, RM5 off dengan minimum pembelian RM38 untuk pengguna baru sahaja. Dan RM15 off dengan minimum pembelian RM88 untuk semua pengguna PGMall. 

Korang boleh rujuk website PGMall di link ni (bermula hari PRE SALE tersebut!!!) : https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign

3. MEGA 8.8

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

Selain offer sale 8.8, yang lebih best ada sale Mega 8.8 betul-betul pada tarikh 8 Ogos 2020 nanti!!!

Apa tu?

Sale ni lebih menarik sebab ada :
  • 8% Off 
  • Diskaun hingga RM88
  • Minimum purchase spending off RM 188
  • RM5 off dengan pembelian minimum RM38 (untuk pengguna baru sahaja) 
  • RM 15 Off dengan pembelian minimum RM88 (untuk pengguna sedia ada dan pengguna baru)

Maklumat lanjut boleh refer kat website PGMall : https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign

4. Maybank QRPay

4 Sebab Kenapa Seronok Shopping Online di PGMall

Shopping online lebih seronok jika ada online banking kan... Sebab senang dan tak payah bersusah payah nak pergi bank bayar. 

Tapi nak lagi best bila bayar tanpa pening nak login bagai. Dengan itu, PGMall ni buat satu kaedah pembayaran mudah dengan kerjasama dari Maybank. Iaitu pembayaran melalui Maybank QRPay.

Korang yang guna kaedah ni memang akan dapat penjimatan Eksklusif dengan Maybank QRPay. 

Korang boleh dapat RM5 OFF bila beli di PGMall atau MAE bermula hari ni hingga 31 Julai 2020. 
Apply promo code ni untuk lebih jimat : FLASH


Jadi, korang dah bacakan... kenapa MF kata seronok shopping online di PGMall kan... So, whats are you waiting for... 

Shop now!!!
 
Maklumat lanjut korang boleh follow media sosial PGMall


Sekian... semoga bermanfaat...


Cara Baca Tekanan Darah!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

Cara Baca Tekanan Darah!



Langkah 1

Cara Baca Tekanan Darah!

Cara Baca Tekanan Darah!

Beza bacaan atas dan bawah tekanan darah

Cara Baca Tekanan Darah!

Cara untuk tahu tekanan darah normal atau tidak

Cara Baca Tekanan Darah!

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 barang yang tak boleh dan perlu dielakkan guna tisu ketika lap barang ni... antaranya:

Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

1. Cermin mata

Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali  bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar.  

Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata. 

Sama juga dengan screen telefon ataupun laptop... elakkan dari guna tisu... Guna kain microfibre.

2. Perabot Kayu

Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. 

Lebih selamat  buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.

3. Skrin Televisyen, Komputer dan Telefon

Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.

4. Karpet

Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet  bertambah kotor dan nampak buruk. 

Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.

5. Baju Hitam

Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. 

Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!


Sumber: Karang kraf
Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!
Elak Guna Tisu Untuk Bersihkan 5 Benda Ini!

Sekarang ni MF banyak guna tisu basah. Jika dulu tahu tisu basah ni buat lap poo poo bayi je... Sekarang ni, baru tahu tisu basah ni serba guna. 

Dalam kereta ada tisu basah ni... Kadang makan, takde tempat nak basuh tangan lap dulu dengan tisu basah. Tisu basah tak macam tisu kering, sifatnya kenyal dan tak tinggalkan kesan. 

Jadi, memang ada je tisu basah ni. Nak tanggalkan kesan make up pun senang. Satu tisu tapi serba guna. Kalau kat dapur, guna tisu boleh basuh dari Cosway tu... Mudah dan jimat... Lap dan basuh... Tak payah guna kain buruk... 

Cara Menghilangkan Jerawat Mengunakan Putih Telur

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Menghilangkan Jerawat Mengunakan Putih Telur  |  Jerawat sesuatu yang normal bagi wanita dan lelaki. Jadi, sesekali naik itu satu yang normal, tapi bila acap kali jerawat berlaku mungkin ada masalah pada kulit dan badan kita.

Ada yang kata sebab toksin dalam badan dan darah. Tapi bagi wanita, jerawat yang muncul ketika datang bulan itu adalah sesuatu yang normal.

Walaupun normal, tapi rasa tak best tengok muka sendiri ada jerawat walaupun satu je. Tambah kalau ada yang tegur... Terasa malu kan....

Nak tunggu jewarat kecut satu hal, tapi tangan tu gatal juga nak picit kan.

Jadi, ni MF nak kongsi petua mudah nak kecutkan jerawat dan hilangkannya dengan cepat hanya guna putih telur saja.

Telur bukan hanya untuk dimakan, tapi banyak kelebihan dan kegunaan untuk kecantikan kulit. Namun, bagi yang ada alah pada telur jangan pula cuba-cuba buat petua ni... MF tak jamin jika apa-apa berlaku nanti.

Cara Menghilangkan Jerawat Mengunakan Putih Telur
Sumber: Google images

Cara Menghilangkan Jerawat Mengunakan Putih Telur 

Caranya, pertama sekali pisahkan kuning telur dengan putih telur, ambil putih telurnya sahaja.

Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah  selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah  yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Selepas itu cuci dengan air suam.

Hilangkan whitehead dan blackhead dengan putih telur

Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan cara rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung.

Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tu kena tahan sikitlah...

Memang selalu buat kaedah ni masa zaman anak dara sebab MF guna telur ayam kampung... Sekarang ni nak buat MF guna telur yang telur yang dipasteurisasi. Alah, telur ayam yang di pack atau telur omega tu... Yang lebih baik la...

Cara hilangkan hanyir telur

Cara nak hilangkan hanyir  telur perahkan air limau nipis sikit... jangan banyak sangat nanti gatal muka pula.. atau sekarang ni penggunaan Essential Oil memang meluas kan... jadi boleh letak setitik EO untuk hilangkan hanyir telur. Tapi kalau telur yang dipasteur tu memang tak hanyir sangat.

Cara Menghilangkan Jerawat Mengunakan Putih Telur
Contoh telur yang dipasteur.
Sumber: Google images

Korang cubalah... memang best...lepas tisu tu kering, tanggalkan perlahan... akan rasa perubahan..kulit rasa licin ibarat telur baru dikupas.. cubalah!

Senangkan... Tak perlu nak beli produk mahal untuk cantik... Guna apa yang ada ... sudah memadai...

Semoga bermanfaat. 

Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2 | Drama 7 Hari Mencintaiku 2 kini menjadi trending dan sebutan ramai. Dengan kejayaan semasa siri yang pertama… sekali lagi drama yang diadaptasi dari novel ini mencipta kejayaan kerana trending di media sosial.

MF dan suami bukanlah peminat drama Melayu, tapi jika ada drama-drama yang menjurus kepada tema kekeluargaan dan keinsafan MF akan tonton.

7 Hari Mencintaiku pernah MF tonton dulu… kini bila ditayangkan drama siri yang kedua, pastinya MF dan suami tak lepaskan peluang untuk kami tonton bersama suami isteri.

Walaupun ada yang kata, drama ni tak bagus…  ada unsur negatif (MF tak pasti kat mana negatif nya citer Ni). Tapi sebenarnya banyak benda kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini.

Mungkin ada yang tak berapa jelas apa mesej yang penulis drama ni nak sampaikan. Tapi sebenarnya, banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni.

Banyak benda boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Online

Ibu bapa jangan masuk campur hal rumahtangga anak yang dah berkahwin.

Isu ini bukan isu baru, tapi bila sesuatu perkahwinan ada percampuran tangan dengan mentua, mentua tak suka menantu perempuan memang satu cabaran.

Suami perlu tegas dan pertahanan isteri

Watak Khuzairi dalam citer ni menunjukkan suami Mia tak tegas mempertahankan isterinya bila dicaci dan dimaki oleh ibunya.

Memang wajib seorang anak menghormati ibu tetapi wajib juga bagi seorang suami melindungi isterinya.

Memang sesiapa akan tersepit melalui kisah begini… tersepit antara isteri dan ibu.

Helmi tunjuk cara nasihat seorang ibu

Dalam episod 28 kalau tak silap MF, ada satu babak memaparkan Sofi juga disindir Mak Leha kerana tiada anak.

Akibat terasa dengan mentua, dia turut meluahkan pada suaminya. Dan dengan penuh hikmah, Helmi menasihati ibunya. Penuh hikmah dan lemah lembut.

Jadi, sebagai anak tak salah kita nasihat ibu kalau kita tau benda ibu buat tu tak betul. Tak semua perkara anak perlu taat. Kalau benda yang salah dan dilarang agama tak wajib kita taat.

Kesetiaan Pak Andak melayan Mak Andak.

7 Hari Mencintaiku 2 Full Online

Walaupun watak Pak andak dan mak andak hanya watak pembantu, tapi mesej dari 2 watak ini sangat menyentuh hati.

Betapa hebat mereka diuji dengan kemiskinan… anak yang meninggal, mak andak yang sakit… tapi pak andak tetap tabah dan sabar menghadapi ujian dengan redha.

Redha dengan ujian Allah menjadikan kita orang yang tenang dan jiwa lapang walaupun tak mewah dan senang dengan harta.

Bila Syakila tersalah pilih suami

Pernah dulu satu kata-kata dari pakar motivasi… "Wanita yang malang, ialah wanita yang tersalah pilih suami".

Bagaimana Syakila yang kerana menurut nafsu, akhirnya terpaksa berkahwin dengan lelaki yang menodainya.

Bila dah kahwin… lelaki itu terus tak membela nasibnya sebagai isteri. Dan akibat tertekan, adik sendiri menjadi mangsa dera. Kesian Kenit.

Harta tak menjamin kebahagiaan

Point utama dalam drama ini . Ditonjolkan dalam watak ibu Mia Adriana dan juga bapa Sofi…

Kerana duit sanggup buat apa saja termasuk jual anak dan buang anak.

Dan akhirnya, baru sedar yang duit tak menjamin kebahagiaan.

Kenit semangat nak tuntut ilmu

Watak cilik yang ditonjolkan iaitu Kenit dalam drama ini menunjukkan betapa semangat dia untuk menuntut ilmu.

Walaupun kakaknya tak menyokong dia untuk bersekolah tapi semangat dia kuat.. usaha sendiri untuk kesekolah. Semangat Kenit ni sepatutnya jadi tauladan kepada pelajar dan remaja lain.

Kenit tahu nak senang kemudian hari kena ada ilmu. Jadi, watak ni sepatutnya kita belajar dari watak kenit ni.

Elakkan anak kecil lihat pergaduhan

Kalau perasan, walaupun Mia dan suami bergaduh, dan bila ada pergaduhan dalam rumah Pak Samad, sebolehnya Alisa akan dialihkan dari salah seorang ahli keluarga mereka untuk melihat pergaduhan orang dewasa.

Jadi, kita boleh belajar sesuatu dari drama 7 hari mencintaiku 2 ini… jika ada pergaduhan antara suami isteri jangan sesekali libatkan anak.

Manusia berpegang pada janji

Itu yang ditonjolkan dalam watak Mia. Ramai pertikai kenapa dia turut juga kata mak Leha… walaupun mak Leha dah berubah dan insaf… sebenarnya bukan Mia ego, tapi lebih kepada berpegang kepada janji.

Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Ini juga satu pengajaran buat watak Nurul yang ambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam rumahtangga Mia dan Khuzairi.

Restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga

Doa dan restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga dan kehidupan seorang anak.
Ini dapat dilihat dari watak Khuzairi dan Mia serta watak Nurul. Dan akhirnya mereka bahagia kerana Mak Leha terima dia sebagai menantu.

Sabar dan tabah menerima ujian tiada anak

Ujian tiada dikurniai cahaya mata sangat kuat bagi mereka yang melaluinya. Bukan sahaja menepis mulut orang, tapi juga kata-kata dari ahli keluarga sendiri.

Cukuplah itu yang MF senaraikan … sebenarnya banyak lagi yang boleh dipelajari dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni..

Tak salah pun nak tonton drama macam ni… boleh ambil pengajaran… dan apa yang dipaparkan dalam drama ini memang realitinya terjadi.

Penulis skrip a.k.a penulis novel 7 Hari Mencintaiku 2 ini bukan calang orang.. Siti Rosmizah ni merupakan seorang peguam yang berpengalaman. Jadi, semestinya novel yang beliau hasilkan lebih berhasilkan kekeluargaan daripada cinta biasa.

Drama ni 13 tahun ke atas… jadi takde unsur terpengaruh sebab penonton mestilah yang lebih matang untuk nilaikan baik buruk. Tapi kalau mudah terpengaruh dengan unsur negatif, takpe lah… Tak payah tonton.

Apa pun… MF dan suami memang tonton bersama drama ni… dan kami sama-sama ulas untuk ambil pengajaran bersama.

Teguran 

Apa pun, kurang gemar aksi-aksi romantik keterlaluan dalam drama ini… sebab status pelakon suami dan isteri orang. Sebaiknya perlu juga ada batas tertentu…  Mungkin untuk nampakkan romantik… tapi tak semestinya romantik tu aksi di dalam bilik dan atas katil sahaja kan…  Kat sini peranan drama atau filem untuk tunjukkan romantik tu luas konsepnya sebenarnya….

Sekian, ulasan dari penonton 7 Hari Mencintaiku 2… MUngkin ada yang setuju, ada juga yang tak setujukan dengan apa yang disenaraikan penulis di sini… apa pun terpulang kepada pandangan masing-masing… Jangan gaduh-gaduh ya… #staysafe

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia| Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang. Dari usia kanak-kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes.

Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerjaya yang utama ataupun bisnes part-time menambah pendapatan.

MF sendiri pernah berbisnes secara part-time, dan suami MF pula menjadikan bisnes sebagai satu kerjaya utama sekarang setelah tamat sebagai tentera tahun 2016.

Namun, sejak berlakunya PKP akibat Covid-19, ramai yang ambil serius dengan bisnes online. Ada yang mula berjinak-jinak dengan bisnes yang kecilan, ada juga mula mencipta nama dan brand.

MF sendiri melihat bisnes e-Commerce ni satu bisnes online yang boleh berkembang jauh.

EH! Apa beza e-Commerce dan bisnes online?

Bisnes online ni bisnes atau perniagaan atas talian. Tapi bisnes e-Commerce ni more than that… Bukan setakat berniaga atas talian, tapi mula memasarkan produk secara meluas.

Jadi, jika ada yang bercita-cita nak berniaga secara serius dan bercadang nak serius dalam berniaga, ini MF nak kongsikan beberapa panduan dan tips bagi yang baru nak mula bisnes e-Commerce di Malaysia.

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

#1 Pilih produk yang sesuai

Bila niat nak bisnes online secara serius atau baru nak mula bisnes e-Commerce, kena ada produk. Kena survey dan study apa produk yang boleh bertahan lama dalam bisnes system e-Commerce ni.

Jadi, pilih produk yang sesuai… Antara produk yang biasa orang buat bisnes e-Commerce yang tak lapuk dek musim ialah produk-produk berkaitan dengan keperluan asas manusia, iaitu pakaian, makanan dan teknologi.

Produk seperti tudung, baju, fesyen, makanan ringan, jajan, aksesosi teknologi dan gadjet pasti akan mendapat tempat dihati pembeli.

#2 Pilih platform e-Commerce yang betul

Platform e-Commerce ni ibarat tapak kedai kita lah. Kalau kedai offline, kita pasti akan cari tapak kedai yang strategik… Kedai online pun sama juga macam tu.

Jadi, perlu pilih tapak e-Commerce yang strategik.


Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah sistem/platform e-commerce?

(i) Boleh masukkan gambar-gambar produk

Ini ciri yang sangat penting. Kebiasaannya dalam mana-mana sistem e-commerce, kita memang boleh masukkan gambar-gambar produk. Sebaik-baiknya boleh masukkan banyak gambar, dimana kita berikan gambar produk dari sudut yang berbeza.

Umpama seperti kita nak beli barang di kedai, kita akan belek-belek produk yang kita nak beli kan, macam tu juga sistem di e-Commerce kita boleh masukkan gambar tanpa had. Jadi, orang boleh belek sampai puas dan buat pilihan dengan tepat sebelum membeli.


(ii) Boleh masukkan video berkaitan dengan produk yang nak dijual
Sekarang ini, video mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet. Terutama jika produk kita berkaitan dengan teknologi kan. Mesti orang nak tengok cara guna dan sebagainya.

Jadi, bila ada video, orang akan luangkan sikit masa untuk tonton video berbanding sebelum ini kita cuma boleh baca keterangan yang panjang berjela. Kalau yang jenis tak suka membaca, boleh tonton sahaja video.


(iii) Ada fungsi sistem review atau feedback dari pelanggan
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

Ini juga merupakan satu fungsi yang sangat penting. Bila sesuatu produk tu ada banyak feedback dari pelanggan, kita jadi lebih yakin untuk beli. Kalau semua feedback yang kita dapat tu adalah feedback yang positif, pelanggan tidak akan teragak-agak untuk beli.

Macam kita beli online kan, memang akan cari dan baca review sebelum beli. Kalau takde review macam teragak-agak nak beli kan.

(iv) Pelawat boleh tanya soalan secara public untuk dijawab oleh penjual atau lain-lain pengguna

Tak banyak platform e-Commerce ada sistem macam ni… Tapi kalau ada, ianya satu kelebihan. Memang orang suka baca review dan feedback bagi pengguna atau pembeli yang sedia ada.


(v) Ada sistem pembayaran
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

Sistem pembayaran yang bagus dan mudah, buatkan kedai online kita lebih menarik pengguna datang.

Kaedah pembayaran yang pelbagai seperti online banking, MEPS, Credit Card, Debit Card dan e-Wallet menjadi pilihan ramai pengguna masa kini. Zaman sekarang, semua benda nak cepat kan…

(vi) Sistem inventori


Sistem inventori ini dapat memudahkan kedua-dua belah pihak. Automatik sistem kira berapa yang telah terjual dan berapa yang ready stock. Jadi, ia memudahkan kedua-dua pihak. Penjual dan pembeli.

(vii) Sistem live chat


Sistem live chat ini bukanlah sistem yang wajib ada, tapi kalau kita perhatikan sekarang ini ada banyak juga laman web ecommerce yang dah mula memasang sistem live chat.

Sebab ada orang suka tanya itu ini sebelum membeli. Jadi live chat ni boleh dikatakan ciri yang penting dalam sistem e-Commerce.


Ciri-ciri platform yang kita tak boleh abaikan ialah mesra SEO dan menjamin keselamatan pengguna (pembeli) dan juga penjual. Dengan zaman scammer sekarang ni, memang aspek ni paling utama.

Dan sememangnya salah satu komponen platform e-Commerce di Malaysia ialah hosting. Hosting ni adalah server untuk sesebuah website yang berfungsi menjadi “orang” tengah di internet.

How to choose the best hosting for e-Commerce business?

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

Hosting for e-Commerce business is a lot now… Among the popular, Wordpress Hosting, Shared Hosting, Cloud Hosting. And among the latest to be the choice of many e-Commerce business owners is VPS Malaysia by Go Get Space.

VPS Hosting or Virtual Private Server Hosting by Go Get Space provides most of the benefits of a dedicated server at a low cost. All VPS servers are located in Kuala Lumpur, Malaysia. The resources are completely dedicated to the server that includes CPU, RAM and Disk Space which are upgradable at the click of a button on your demand. On the order side, VPS Server provides fast setup, root access, install almost any operating system or applications and change/modify any file on your server.

VPS Malaysia Hosting is suitable for both small and high-end websites. Our powerful and cheap VPS are highly scalable web, email and application hosting solution for businesses, developers and web hosting resellers. VPS is also the perfect solution if you want to try a virtual server for the first time or to look to switch from shared web hosting to a bigger virtualized server.


#3 Hebahan Produk

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e-Commerce di Malaysia

Nak bina sesuatu bisnes e-Commerce tak susah, tapi yang agak mencabar ialah mencipta jenama.

Jenama produk boleh tercipta dengan strategi promosi produk yang berkesan.

Zaman teknologi ini, tak susah nak promosi produk baru. Gunakan semua saluran media sosial yang ada. Bina jenama di media sosial seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan Blog.

Bila jenama telah tercipta, orang dah kenal… tak susah dah nak bangunkan dan majukan bisnes e-Commerce anda.

Contoh antara bisnes e-Commerce yang berjaya antaranya kalau fesyen muslimah la, macam Hijab Galeria, Mawar Cotton, Zalora. Kalau bisnes buku Bookcafe antara sistem yang terkenal.

Itulah serba sedikit panduan atau tips yang boleh MF kongsikan. MF pun dalam plan ni bisnes e-Commerce untuk bisnes sticker suami MF… Memang masih study lagi ni. Sebab nak kena ada ilmu juga kan kalau nak buat. 

Dan antara yang MF tengah survey sekarang ni tentang VPS Malaysia tu la... Sebab tengah cari tapak kan... Penting tu sebab melibatkan modal... dan VPS pula melibatkan keselamatan online... dan kesan jangka panjang.

Semoga bermanfaat buat para bisnes online nak yang kembangkan bisnes jadi satu bisnes e-Commerce di Malaysia yang berjaya dan terkenal satu hari nanti. 

7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, Saya dah rasai perubahannya!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, Saya dah rasai perubahannya! | Resdung satu masalah MF dan suami sejak sekian lama… Letih tau ada resdung ni…

Salah satu cara korang nak tau korang ada resdung ke tak… bangun pagi ada tak alami gatal hidung ke… bersin atau berkahak pada tekak…

Kalau ada tanda tu.. maknanya resdung la tu… Bahasa perubatan panggil Sinus… resdung tu bahasa kampung la….

Cara nak kurangkan resdung dengan berpantang… bab pantang makan ok lagi lah… tapi kalau pantang habuk, pantang cuaca camne nak berpantang nya kan…

Jadi, nak tak nak MF mencari supplemen yang sesuai. Ada juga terbaca, kalau penghidap resdung ni kena banyak ambil vitamin C…

Banyak produk vitamin C ada kat Malaysia ni… tablet, pil dan jenis rendam dalam air pun ada…

Cuma, MF tertarik dengan satu produk ni… vitamin C dia dalam bentuk serbuk dan dikatakan boleh bantu redakan resdung.

MF memang teruja la nak cuba… Jadi, MF cari di mana boleh dapatkan produk ni.

Dah terima produk ni, MF terus cuba… sebab senang sangat nak amalkan produk ni…

Eh… produk ni tu produk apa?

Haaa… ini MF nak cerita ni… produk ni nama dia Hello Bong… keluaran Joymix.

Nama macam pelik kan… tapi sebenarnya tak pelik… Hello Bong tu adalah sempena nama bahan utama produk ni… iaitu buah oren yang terbaik di Jeju Island. Nama dia Hallabong. Buah dia memang spesis buah oren dan buah-buah citrus lain… tapi buah ni rasa manis dan segar.

Korang boleh Google … buah ni memang popular di Korea… kalau siapa pernah pergi Korea tau lah kan…

Jadi, buah ni dijadikan ekstrak utama untuk produk Hello Bong ni…

Produk ni dalam bentuk sachet kecil… kecik je sekali makan… dijual sekotak… ada 30 sachet… ngam la sekali sehari.

Ok… satu lagi.. produk ni ada perakuan halal .. tu buatkan MF yakin dengan produk ni… mencari yang halal tu kan fardhu…


Kandungan

Selain buah Hallabong tu, ada sedikit campuran bahan-bahan lain untuk menjadikan produk ni lebih berkualiti dan bekesan untuk kesihatan badan. Antaranya Erythritol, Serbuk oren, Estrak curcuma longa dan Asid askorbik.

7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong



7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

Khasiat
Antara khasiat Hello Bong dari Joymix adalah untuk :

#1 Menghilangkan bau mulut

Serbuk dari Joymix Hello Bong ni sangat kuat bau dia.. bau oren yang segar. Jadi, memang buatkan mulut kita berbau wangi... Jadi, yang suka makan petai kan... boleh consume Joymix Hello Bong selepas makan... Hilang bau mulut dan buatkan kita bercakap dengan yakin!.


#2 Mengurangkan sakit sendi

Yang ni juga MF rasa perubahannya sejak amalkan Joymix Hello Bong ni. Sebelum ni MF mudah sangat sakit lutut dan betis sejak berat badan mudah naik. Tapi sejak amalkan Hello Bong ni, Alhamdulillah...dengan izin Allah dah reda rasa sakit tu walaupun banyak berjalan dan naik turun tangga setiap hari.


#3 Mengurangkan sakit otot

Sejak amalkan Hello Bong, MF terasa lain pada badan. Biasa mudah rasa lenguh dan sengal badan kalau over lasak waktu kerja… Tapi Alhamdulillah… rasa segar bertenaga bila amalkan Joymix Hello Bong ni…(dengan izin Allah la ye).


#4 Meningkatkan imunisasi badan

Oren Halla-bong dan Estrak Kunyit dikatakan mampu menyahkan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran udara,  pemakanan yang tak sihat atau asap rokok yang boleh menyebabkan kerosakan tisu dalam badan.


#5 Joymix Hello Bong mampu memulihkan penyakit dengan pantas.

Insha Allah dengan izin Allah… setiap penyakit ada penawarnya. Penawar dari alam semulajadi, inshaAllah ada kelebihanya dalam menyembuhkan sakit.


#6 Membantu mengurangkan resdung.

Yang ni memang MF sendiri dah rasainya… memang dah tak bersin dan berkahak bila bangun pagi sejak amalkan Hello Bong ni setiap hari. Nampak keberkesanannya walaupun baru consume 3 Hari. Nampak tak betapa excited nya MF nak kongsikan dengan korang kebaikan produk ni.


#7 Menyejukkan badan. 

Oleh sebab badan panas yang dipercayai akibat daripada makan makanan pedas, akan menyebabkan badan kita panas dan menjurus kepada sakit tekak dan ulcer mulut yang juga dikenali juga sebagai mata ikan. Jadi, amalkan Joymix Hello Bong ni dah cukup membantu menyejukkan badan. Tak perlu nak cari cincau dan buah-buah sejuk lain untuk redakan panas badan. Macam MF suka minum kopi, jadi Joymix ni boleh bantu redakan panas selepas minum kopi… Cuma MF tak lah ambil kopi dan joymix ni berturutan. Kalau pagi minum kopi, petang atau malam baru MF akan ambil Hello Bong ni.
7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

Khasiat lain:
• Mengurangkan rasa mabuk akibat minum alkohol
• Melindungi hati daripada rosak
• Mengelakkan penyakit kronik


Siapa yang dicadangkan untuk amalkan Joymix Hello Bong ni?

Hello Bong elok diamalkan oleh :

  1. Pesakit Arthritis. Arthritis ni terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
  • Osteoarthritis yang biasanya dialami oleh orang tua iaitu sendi yang telah haus
  • Rheumatoid arthritis yang biasa dialami wanita kerana tindakan daya tahan yang bercelaru yang menyebabkan kekejangan di waktu pagi
  • Arthritis yang disebabkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan pesakit demam dan menggigil
  • Gout
  • Mereka yang aktif terutamanya yang bersukan
  • Mereka yang mementingkan kesihatan untuk meningkatkan imunisasi badan dan kekal sihat


  • Cara pengambilan Joymix Hello Bong

    7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

    MF amalkan setiap malam sebelum tidur. Sehari satu sachet… cukup dah untuk mencukupkan keperluan vitamin C pada badan setiap hari.

    Caranya cukup mudah… tak payah bancuh ke apa… Koyak je sachet tu, dah terus tuang je dalam mulut… Kemam sampai habis serbuk tu larut dan telan… Lepas tu minum air.

    Bagi MF, Joymix Hello BOng ni didatangkan dalam bentuk serbuk macam tu yang menyebabkan khasiatnya lebih mudah diserap oleh badan. Tu sebab khasiat tu kejap kita boleh rasa kat badan kita sendiri.


    7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

    Sangat disyorkan

    MF memang dah fall in love dengan Joymix Hello Bong ni… Alhamdulillah… suami MF juga dah amalkan… kami kongsi bersama… Next time kena beli 2 kotak la ni… Suami MF suka Joymix Hello Bong ni… Rasa oren manis-manis masam … dan suami MF sendiri teruja bila baru sekali je dia ambil Hello Bong ni, terus dia rasa kurang rasa bersin dan kahak waktu pagi… Tu yang buatkan dia teruja.

    Mudah bawa travel

    Dan lagi satu, sebab dia bentuk sachet kecil tu kan… senang nak bawa travel… Jadi, takde alasan tak ambil vitamin C setiap hari kan… Cerita lebih pun tak best kalau korang sendiri tak cuba… Memang MF syorkan sangat dan nak korang cuba terutama mereka yang ada masalah kesihatan yang sama macam MF.

    Pada yang berminat nak dapatkan Hello Bong dari Joymix ini boleh ke website atau sosial media diorang.

    Website :
    www.joypremix.com

    Instagram :
    Joymixsb

    5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog)

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



    5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog) | Salah satu kemestian untuk blogger ialah blogwalking.... Salah satu yang mempengaruhi blogwalking ialah faktor masa loading sesebuah blog. 

    MF selalu blogwalking... Tapi bila hujung-hujung bulan...kouta internet dah tenat... Mulalah kurang blogwalking... Tapi MF tetap buat... Cuma pada blog yang terpilih... Blog yang terpilih tu termasuklah blog yang dapat loading dengan cepat walaupun hakikatnya internet lambat... Eh... Ada ke camtu??? Ye ada... Beberapa blog yang dapat loading cepat walaupun internet MF tenat sebab kouta habis atau hampir habis... 

    Dari pemerhatian MF, ada beberapa sebab dan faktor yang menjadikan sesuatu blog tu cepat loading dan tak memakan masa yang lama untuk dipaparkan... Sama ada buka guna tablet, pc ataupun mobile... 

    Ada beberapa tips MF ingin kongsikan cara meringankan blog dan menjadikan blog kita cepat loading... 

    5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog)
    5 Tips Cepatkan Loading Blog (Ringankan Blog)

    1. Kecilkan Gambar

    Kecilkan gambar sebelum upload ke blog... gambar yang terbaik ialah gunakan resolusi yang rendah... Biasa gambar yang kita guna dan diambil dari kamera...besar saiznya... Jadi, kecilkan dulu... Resize dulu... Untuk mobile biasa MF edit gambar guna aplikasi Pixlr... Dan aplikasi ni free je.. Boleh download kat Play Store...bestnya boleh letak watermark sekali untuk edit gambar... Format gambar yang ringan dan sesuai untuk blog ialah PNG, JPEG dan GIF... Elakkan guna format TIFF dan BMP.



    2. Kurangkan Widget Yang Tidak Penting

    Elakkan pasang widget yang tidak penting dan kurang perlu... Seperti musik, logo tertentu, jam, widget bergerak dan animated widget... Ini kerana widget sebegini buatkan blog lambat loading.



    3. Gunakan background blog berwarna plain

    Background blog bergambar mempengaruhi berat blog... Elakkan guna background blog bergambar yang besar dan berulang... Selain tak sesuai untuk visual pembaca, ia juga mempengaruhi loading blog.



    4. Ringkaskan Blog Post Pada Paparan "Home"

    Ringkaskan entry blog post... kalau tengok kebanyakan template SEO menyediakan kemudahan 'read more'... tujuannya untuk meringankan blog... Dan lagi satu settingkan setiap paparan 3-6 post dalam satu satu masa... Terlalu banyak blog post pun boleh jadikan loading blog lambat.



    5. Kurangkan Banner Iklan

    Banner iklan antara penyebab blog kita lambat loading... Jika guna code html... Compress kan bagi jadi dalam satu widget sahaja... Elakkan iklan yang terapung atau jenis popup... Kecilkan pixel iklan dan susun dengan teratur.... Pilih iklan yang tak terlalu banyak gerak (animated advertise)..

    Itulah antara tips yang boleh MF kongsikan berdasarkan pembacaan dan pengalaman MF sendiri... Blog MF tu pun dah mula gemuk juga tu... Nak mula buang dah iklan yang over besar dan susun layout semula...

    Blog yang ringan antara blog yang menjadi tarikan pembaca... Jadi, jika blog kita kurang pengunjung...boleh semak semula... Layout dan template blog kita...

    Semoga bermanfaat dan happy blogging... 

    Rahsia Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    Rahsia Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake! | Kehidupan di zaman moden ni serba serbi nak cepat dan pantas. Jadi, kita kena hidup cergas bertenaga setiap hari.

    MF dengan kerja, lepas tu uruskan anak-anak pula lepas kerja, memang struggle dan perlukan extra tenaga.

    Kadang tu, nak tambah tenaga, terpaksa la ambil minuman bergula... sebab gula boleh bekalkan tenaga, tapi gula ni juga ada kesan jangka panjang juga kalau semua gula yang kita ambil tak bertukar kepada tenaga kan.

    Mengenangkan kesan jangka panjang gula putih pada badan tu, MF mencari-cari solusi untuk bagi tenaga berpanjangan setiap hari.

    Letih weyhh... Balik kerja, urus anak... bukan nak merungut... tapi itu tanggungjawab kan... Jadi, kena ada pembantu untuk kasi extra tenaga...

    Dalam mencari tu, terjumpa JoyMix Awake... Baca dia punya review dan kelebihan tu macam menarik kan... Sebab dia ala-ala macam jus buah tapi dah diekstrak jadi serbuk...

    Menarik!!!

    Apa lagi, MF terus lah cuba...

    Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

    Apa itu JoyMix Awake?

    JoyMix Awake adalah minuman serbuk semula jadi yang di pack dengan kebaikan anggur keseluruhannya. Ia mengandungi ekstrak kulit anggur, isi anggur, dan biji. Anggur adalah buah berkhasiat yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan.

    Buah anggur ni boleh membantu meningkatkan imuniti, mengurangkan radikal bebas, dan membuat kita tetap sihat bertenaga.. Insha Allah....


    5 Kebaikan JoyMix Awake


    1. Menambah tenaga dan menjadikan kita aktif

    JoyMix Awake adalah minuman serbuk tenaga semula jadi yang membuat kita ada tenaga 5 jam ekstra... Power kan... Kira macam Boost kita punya tenaga... Tak mudah letih.. dan kekal cergas sepanjang hari walaupun kita sibuk dan bergerak aktif ke sana sini sepanjang hari. Mak-mak mesti perlukan sangat la jus sihat macam ni....




    2. Meningkatkan Aliran Darah

    JoyMix Awake meningkatkan aliran darah dengan melebarkan saluran darah. Ia berpotensi meningkatkan pengangkutan nutrien dan oksigen oleh darah. Bagi yang kurang darah, disyorkan juga nih... Mungkin boleh membantu...



    3. Bebas Dari Kafein

    JoyMix Awake bebas dari kafein. Ia tidak meningkatkan kadar pengepaman jantung manusia, tidak seperti kopi atau minuman tenaga yang mengandungi kafein.

    Pengambilan kafein dalam jumlah yang tinggi dapat mengurangkan kadar aliran darah. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan dalam jangka masa panjang. Kerana bebas kafein, JoyMix Awake lebih selamat dan sihat daripada kopi atau minuman tenaga berkafein.

    MF dah boleh beralih arah dah lepas ni... Tak perlu bergantung dengan kopi lagi untuk stay up berjaga dengan Faheem lepas ni.



    4. Tanpa Gula Tambahan

    Ia tidak mengandung gula tambahan dan dapat dimakan dengan selamat oleh orang-orang yang
    berolahraga, peka terhadap kesihatan, atau menjalani diet yang ketat.

    Rasa manis JoyMix ni original rasa anggur... rasa masam-masam manis... siap rasa original kulit anggur yang macam tajam dan nyeri berasid sikit kan ... macam anggur sebenar.



    5. Kaya dengan Vitamin C

    Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

    Setiap hidangan JoyMix Awake mempunyai 200mg Vitamin C. Ia lebih daripada jumlah harian yang disyorkan untuk orang dewasa (90mg) dan wanita yang menyusui (120g). JoyMix Awake meningkatkan imuniti  dan menjadikan kita sihat. Insha Allah... Jadi, tak perlu ambil lagi supplemen vitamin C yang lain lagi... Cukup dah dengan makan JoyMix Awake ni aje...


    Siapa yang digalakkan ambil JoyMix Awake?


    Individu Aktif 

    JoyMix Awake bermanfaat bagi orang yang perlu bekerja berjam-jam lamanya atau melakukan aktiviti fizikal yang padat. Individu ini mungkin pemandu, pekerja pejabat, anggota polis, anggota bomba, doktor, dan penyedia perkhidmatan kesihatan. Juga sesuai sangat untuk cikgu macam MF juga... Sebab ingat cikgu dok diam??? Cikgu banyak bergerak ok... Tak dok diam..


    Ahli Sukan

    Ahli sukan dan atlet yang mengambil bahagian dalam maraton, berbasikal jarak jauh , atau aktiviti lain yang menuntut secara fizikal akan mendapati JoyMix Awake menjadi pengganti minuman kafein yang lebih sihat .


    Cara pengambilan JoyMix Awake


    Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

    JoyMix Awake senang dibawa dan senang diminum sebabnya ianya didatangkan dalam bentuk sachet kecil je... Senang bawa travel dan boleh diambil bila-bila masa dan dimana jua.

    Cara nak minum mudah je...

    • Koyak je plastik sachet tu dan tuang serbuk tu dalam mulut. 
    • Biar larut dalam mulut... kemam dan telan perlahan-lahan... 


    Kalau MF, terus minum air la sebab rasa masam-masam anggur tu kan... Memang terasa la macam kita makan anggur tu...

    MF biasa ambil waktu pagi... sebab waktu malam MF ambil JoyMix HelloBong sebelum tidur.

    Jadi, memang terbaiklah... dah dapat kurangkan ambil gula dan minum kopi... Menjadikan rutin hidup tu lebih cergas bertenaga sepanjang hari dengan JoyMix Awake.

    Kalau korang nak tahu lebih bab JoyMix Awake ni... boleh rujuk website dan media sosial JoyMix.

    Website :
    www.joypremix.com

    Instagram :
    Joymixsb

    USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI?

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI? | MF tak rasa ini soalan sensitif, tapi satu pengetahuan sains yang berkaitan dengan aqidah Islam. 

    Soalan ni pernah MF dapat masa ajar mata pelajaran agama. Nak jawab tak reti tapi MF minta diorang refer guru sains mereka. Persoalan juga? Macam mana susu ibu terjadi??? Bukan ada kilang susu pun.. kalau belah dada pun bukan ada susu, tapi darah... tapi bila bayi isap keluar susu, hebatkan Allah... 

    Ini ceritanya macam mana susu ibu terjadi.

    USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI?

    Bagaimana susu ibu terhasil?


    Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Kelenjar susu jugak terdapat tugas masing masing dalam penghasilan susu.

    Alveoli adalah tempat untuk menghasilkan susu, Alveoli merupakan kelompok kelompok kantung kecil seperti buah anggur. 

    Alveoli juga dikelilingi otot otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

    Duktul ialah salur salur kecil yang mengalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

    Duktus Susu adalah jaringan rumit salur salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Duktus susu sebagai penyedut-penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting payudara dan mengalirkan susu ke dalam mulut bayi.

    Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa hamil. Kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa mula menyusukan.


    Ketika ibu sedang hamil, sesetengah ibu mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Pada trimester kedua lagi sistem pembuatan susu ibu telah bersedia. Disebabkan itulah ibu boleh menyusukan bayi walaupun bayi lahir pramatang.

    Selepas bayi dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

    Hormon prolaktin pula memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin lah yang memberi ibu rasa lebih sifat keibuan dan sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan.
    Diolah dari: BeautyHealth4U

    Proses ini bukan sahaja terjadi pada manusia, tetapi haiwan mamalia yang lain. Hebat sungguh Allah ciptakan sesuatu kejadian tu kan... Sebab itulah setitis air susu ibu itu berharga dan tak mampu dibalas oleh si anak. Kerana itu, layaklah syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

    TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA! | Surah al-Baqarah adalah surah yang paling panjang dalam Al-Quran... Mengandungi 286 ayat dan surah kedua dalam Al-Quran. Dalam Surah ni terkandung doa-doa yang Ma'thur... 

    Sebenarnya, selain surah-surah yang biasa kita dengar tentang kelebihannya seperti surah Yassin, al-Waqiah, 3 Qul dan lain-lain surah, surah al-Baqarah menjadi terapi yang hebat dalam mencapai ketenangan dalam rumahtangga. 

    Sebelum MF kongsikan pengalaman MF mengamalkan surah ini, Mf nak kongsi dulu hadis Nabi s.a.w tentang kelebihan surah al-Baqarah. 

    TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA!

    Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:

    1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan


    Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasai meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :

    “ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
    sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih

    Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.

    Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

    “ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
     Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah

    Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;

    -        Surah Al baqarah ayat 1-5
    -        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
    -        Surah Al Baqarah ayat 284-286

    Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.

    Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

    2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah


    Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :

    “Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.

    Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

    “Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”

    “Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.

    Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

    3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.


    Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:

    “ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “

    4. Mengelak dari terkena sihir


    Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.

    Sumber: hadith2u

    Yakin dengan hadis Nabi s.a.w yang bersifat al-Amin... Jadi, MF buat terapi surah al-Baqarah dalam rumah dan dalam perjalanan ketika musafir. 

    Seperti yang kita maklum, bila berjalan-jalan dengan anak-anak dalam kereta travel memang agak mencabar anak-anak nak behave kan... Diorang mudah bosan walaupun sediakan kartun dan sebagainya... Jadi, sepanjang perjalanan ke KL baru-baru ni.. MF pasang je surah al-Baqarah mp3 di telefon... Biasanya MF akan pasang zikir je, tapi kali ni MF pasang al-Baqarah.. 

    Tak nampak sangat perubahan cuma MF perasan, anak tak mudah nak mengamuk dan MF tak mudah naik angin... Kalau tak MF memang akan jadi Tarzan dan anak-anak pun meragam lain macam.. tapi kali ni tak..

    Masa perjalanan balik pun sama... Dan MF teruskan terapi pasang surah al-Baqarah ni dalam rumah sepanjang masa.

    Betul... Terapi yang berkesan untuk elakkan marah... Seperti mana hadis mengatakan surah ni halaukan syaitan... nak bagus kita baca... Tapi semasa pasang tu dalam tak sedar kita ikut sekali baca... Jadi setiap hari dengar boleh ingat je kan nanti... 

    Jadi, drama marah-marah anak-anak dan anak tantrum secara ekstrem tak berlaku lagi.. kurang dah suara Tarzan MF ni sejak terapi guna surah al-Baqarah ni... Hubungan suami isteri pun insha Allah baik je... Takde nak gaduh ke apa... Merajuk manja tu biasa la kan... Hehe... 

    Jadi,bagi mak bapak yang ada masalah dengan anak tantrum, marah anak-anak dan selalu gaduh dengan suami... Cubalah terapi al-Baqarah ni... Berkat kalam Allah.. insha Allah... Nak bagus lagi amalkan membacanya sekerap yang mungkin.. 

    4 Cara Mudah Buat Serbuk Roti Sendiri!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 4 Cara Buat Serbuk Roti Sendiri | Ada dua plastik roti Gardenia tak termakan.. petang ni cadangnya nak buat projek roti la Ni... Selain buat biskut jejari jelup coklat ... Terfikir nak buat serbuk roti sebagai simpanan... Mana tau boleh guna untuk goreng apa-apa nanti..boleh salut dengan serbuk

    Rabun Silau

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Rabun Silau | Masalah betul bila nak kena drive waktu pagi ni, mata silau sebab kena panah dengan lampu.. dah la sekarang ni jalan nak pergi kerja memang gelap sebab kawasan luar bandar kan... Lepas tu, lori pula besar-besar.. haishhh mencabar drive waktu pagi..  Tambah pula dengan pemilik

    Hati-hati Masak Guna Aluminium Foil!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Hati-hati Masak Guna Aluminium Foil! | Siapa kat sini suka masak panggang dan rajin menggunakan aluminium foil???  MF jarang anak panggang.. kalau panggang​ pun guna pemanggang ajaib je.. tapi memang jarang guna walaupun ada...  Tapi ada satu fakta mengatakan perlu berhati-hati menggunakan

    Cara Semak Hadis Sahih atau Hadis Palsu

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Cara Semak Hadis Sahih atau Hadis Palsu | Akhir zaman ni banyak pula hadis palsu yang tersebar... Sampaikan orang takut nak sebarkan.. sebab tak tahu hadis tu sahih ke palsu... Secara asasnya... Bagi yang tak pernah belajar bab ilmu hadis... Ini cara mudah nak pastikan hadis tu palsu atau sahih...

    Rasa Relax Lepas Makan Coklat, Kenapa Eh?

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Rasa Relax Lepas Makan Coklat, Kenapa Eh? | Coklat, ada orang suka tapi ada juga orang tak suka... MF tak suka sangat tapi suami MF dan anak-anak memang suka sangat dengan coklat ... Cuma anak-anak dah dikuarantin dari coklat sebab batuk...  Tapi mula makan coklat atas dua sebab... Pertama

    15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan! | Buah naga sejenis buah tempatan yang diimport dari luar negara. Digelar buah naga sebab bentuknya seakan-akan naga. Tapi betul ke naga macam tu rupanya??? 😂😂😂.

    Apa pun, buah ni ada khasiat tersendiri... Rasa yang manis dan berlemak lembut dan sedap ketika dimakan sejuk. 

    Asal Usul buah naga:

    Buah naga (Inggris: pitaya) adalah buah dari beberapa jenis kaktus dari marga Hylocereus dan Selenicereus. Buah ini berasal dari Meksiko, Amerika Tengah dan Amerika Selatan namun sekarang juga dibudidayakan di negara-negara Asia seperti Taiwan, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia. 

    Buah ini juga dapat ditemui di Okinawa, Israel, Australia utara dan Tiongkok selatan. Hylocereus hanya mekar pada malam hari.

    Pada tahun 1870 tanaman ini dibawa orang Perancis dari Guyana ke Vietnam sebagai tanaman hias. Oleh orang Vietnam dan orang Cina buahnya dianggap membawa berkah. 

    Oleh sebab itu, buah ini selalu diletakkan di antara dua ekor patung naga berwarna hijau di atas meja altar. Warna merah buah terlihat mencolok di antara warna naga-naga yang hijau. 

    Dari kebiasaan inilah buah itu di kalangan orang Vietnam yang sangat terpengaruh budaya Cina dikenal sebagai thang loy (buah naga). Istilah Thang loy kemudian diterjemahkan di Eropa dan negara lain yang berbahasa Inggris sebagai dragon fruit (buah naga). [Wikipedia Indonesia]

    15 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan!


    Khasiat buah naga untuk kesihatan tubuh badan manusia. 

    1. Sumber Vitamin C

    Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

    2. Sumber Vitamin B1 (tiamin)

    Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

    3. Sumber Vitamin B3 (niacin)

    Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulakadi dari dalam.

    4. Sumber Vitamin B12

    Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

    5. Kaya Serat

    Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

    6. Kaya Mineral

    Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

    7. Kandungan Antioksida

    Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

    8. Kandungan Protein

    Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan secara teratur buah.

    9. Rendah lemak

    Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

    10. Mengawal gula dalam darah

    Bagi pengidap lencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

    11. Menurunkan tekanan darah

    Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

    12. Meneutralkan toxin

    Racun/toxin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesehatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

    13. Baik untuk kesihatan mata

    Mengandung karoten yang membantu menjaga kesehatan mata dan memperbaiki penglihatan.

    14. Menurunkan berat badan

    Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

    15. Mengubati asma

    Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya menagna amalan buah naga.
    sumber: facebook

    MF tak makan buah naga... masa awal-awal kenal buah naga ni, macam pelik je... siap cium dulu bau... tapi MF mula makan masa kat Universiti... bapa kawan MF mengusahakan ladang buah naga.. jadi, dari situ MF rasa dan makan... sekali makan sedap la pula.. dari situ MF suka buah naga.. Buah naga ada warna purple dan warna putih... rasa keduanya hampir sama... tapi MF lebih suka yang warna purple...sebab manis... warna putih baunya kuat sikit dan kadang rasa masam sikit... Memang banyak khasiat buah naga ni rupanya... patutlah susah nak jumpa... Pokok naga pun tak susah mana nak tanam... cuma dia perlukan tempat yang tinggi... dari 'belalai' tu nanti akan keluar bunga dan buahnya... cantik juga pokok buah naga ni jika dijadikan hiasan. 

    LARANGAN WARNA BAJU BAGI LELAKi MENURUT HADIS NABI S.A.W

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    LARANGAN WARNA BAGI LELAKI.

    Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk lelaki.

    LARANGAN WARNA BAJU BAGI LELAKi MENURUT HADIS NABI S.A.W

    Warna: 
    1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
    2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
    3. Meroh (HR Sunan Nasaie 5185)

    Dr Rozaimi menjawab:

    Waalaikumussalam.

    Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Saya memilih pandangan berikut:

    1. Merah mmg dilarang jika merah sahaja tanpa campur warna lain. Kalau campur tak dilarang.

    2. Kuning dan oren dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau warna tu bukan dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang.

    Larangan ni khas utk lelaki



    Kesimpulan... 
    Hukumnya makruh yang dilarang jika merah keseluruhan.... 

    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju | Lipat baju merupakan perkara paling renyah dan leceh majoriti orang perempuan malas nak buat. Sebab kerja ni tak pernah habis...

    MF sendiri masa sekolah rendah dah diajar lipat dan kemas baju sendiri tapi hakikatnya, dah kahwin tak datang juga mood dan rajin melipat baju itu selalu.

    Sebab utama takde mood, sebab takde masa nak lipat baju. Ye lah baju ni kita pakai hari-hari. Lepas tu melipat baju merupakan aktiviti yang memerlukan kita duduk dan hadap kain dan lipatlah sehingga selesai.

    Jadi, disebabkan itu, untuk datangkan mood tu kena melipat baju dengan cara yang pantas dan jimat masa.

    10 tips atau cara yang pernah MF buat untuk jimat masa ketika melipat kain.

    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

    1. Sediakan penyangkut baju

    Penyangkut baju memang banyak beli... Semua baju yang boleh disangkut MF akan sangkut. Antaranya, semua baju anak perempuan MF, memang sangkut, baju t-shirt suami dan baju untuk keluar berjalan atau baju kerja.

    2. Ajak anak lipat sekali.

    Selalu ajak MF anak lipat baju terutama yang kecil-kecil tu. Jadi, jimat sikit masa mengadap baju yang menimbun.

    3. Asingkan baju

    Ni dah lama MF buat. Sediakan bakul besar untuk asingkan baju. Satu bakul untuk baju besar macam seluar, tuala, kain batik atau pakaian harian MF. Dan satu bakul lagi, baju kecil dan baju baby.

    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

    4. Lipat baju sambil tonton TV

    Lipat baju sambil tonton TV untuk elakkan rasa jemu dan letih. Buatlah sambil tonton rancangan kegemaran... insya-Allah tak kan rasa lama sangat lipat baju.

    5. Ajak suami lipat sekali

    Sesekali ajak suami lipat sekali sebab pakaian tu bukan baju kita sorang kan. Biasa MF lipat yang kecil-kecil, suami lipat baju atau pakaian yang besar-besar saja.

    6. Jangan terlalu kerap lipat baju

    Ini tips dari rakan sekerja MF dulu. Jangan lipat baju setiap hari nanti bosan. Sebaliknya set time bila kita dapat ambil masa untuk lipat baju. MF biasanya seminggu sekali je lipat baju. Jadi, sekali lipat je untuk seminggu... Sebab tu kena sediakan bakul besar punya.


    7. Simpan handphone

    Waktu nak lipat baju, silent handphone dan handphone letak jauh. Jangan tengok handphone atau layan internet nanti lambat siap.

    8. Pastikan anak kecil tidur

    Bagi yang ada anak kecil, kalau dah set time tu nak lipat baju, tidur kan dia dulu... Memang takde makna lipat baju kalau anak kecil tak tidur. Malah melambatkan lagi kerja melipat baju.

    9. Guna alat lipat baju

    10 Cara Jimat Masa Melipat Baju
    Sumber: Google images

    Sekarang ada alat untuk lipat baju. Boleh gunakan... Tapi MF lebih suka lipat biasa je tanpa guna alat bantuan.

    10. Lipat dan asingkan

    Lepas dah lipat, terus asingkan siap-siap... Ini tuala, seluar, baju anak dan baju anak yang sepasang siapkan pasangannya. Tapi biasanya MF nak lebih cepat, MF lipat semua dulu, nanti masa nak masukkan dalam almari baru pasangkan baju tu... MF dah cuba kedua cara tu, dan cara melipat dulu baru pasangkan itu lebih jimat masa berbanding, masa tu lipat dan masa tu nak asingkan... Ni khas untuk baju anak-anak la. Sebab kecil-kecil semua kan.

    Ok.. itu antara 10 tips atau cara yang MF buat untuk jimat masa melipat baju. Mungkin lain orang lain caranya kan.

    Semoga bermanfaat. 

    7 Sunnah Hebat!

    $
    0
    0
    7 Sunnah Hebat! | Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 

    Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. 

    Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

    7 Sunnah Hebat!!!


    1. Tahajjud

    kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

    2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari

    alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

    3. Solat Subuh Berjemaah

    Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

    4. Solat sunat Dhuha

    Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

    5. Sedekah

    Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

    6. Wuduk

    Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, 
    “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

    7. Istighfar

    Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

    Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

    Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling berkhasiat untuk menjauhkan diri dan hati kita dari kejahatan dan nafsu jahat.


    Jom amalkan dan mulakan sekrang... tak boleh banyak, amalkan sikit-sikit asalkan istiqamah dan berterusan... 
    Viewing all 4745 articles
    Browse latest View live


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>