بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
1. Apakah hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja atau Sabtu sahaja atau Ahad sahaja?
Jawapan:
Makruh puasa yang bukan wajib padaa hari Jumaat sahaja atau Sabtu sahaja atau Ahad sahaja. Tidak menjadi makruh jika didahului atau disambung dengan hari yang dahulu atau berikutnya.
Ia juga tidak makruh jika hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad itu terjatuh pada hari yang ia biasa berpuasa umpamanya ia berpuas berbilang-bilang sehari puasa dan sehari berbuka (seperti puasa Nabi Daud A.S).
Demikian juga kalau hari-hari tersebut jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti Hari Arafah, hari yang ke sembilan Muharam dan hari yang kesepuluhnya (Asyura).
Sumber: Jabatan Mufti Perak

2. Ada yang mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari Jumaat, hendaklah berpuasa pada hari Khamis atau Sabtu pada minggu yang sama.
Jawapan:
Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu jika puasa itu dimulai padaa hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.
Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.
Sumber: JAKIM
3. Ada yang mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari Jumaat, hendaklah berpuasa sunat pada hari Khamis atau Sabtu pada minggu yang sama. Adakah benar ianya terhad pada puasa sunat dan apakah hukumnya jika hanya berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja?
Jawapan:
Ya. Berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja tidak digalakkan kerana ia merupakan hari umat Islam memperbanyakkan dan mempelbagaikan ibadat.
Oleh itu, ada hari Jumaat dibolehkn seseorang itu berpuasa tetapi didahulukan dengan puasa pada hari Khamis dan disambung pada hari Sabtu.
Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu jika puasa dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.
Ini adalah untuk membezakan cara berpuasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.
Sumber: islamgrid.gov.my
Kesimpulannya, seelok-eloknya elakkan berpuasa pada hari Jumaat tanpa didahulukan dengan hari Khamis atau disertakan dengan berpuasa pada hari Sabtu. Kalau buat direct terus seminggu tak menjadi masalah... Kalau mula hari Jumaat, esok sabtu kena puasa juga... kena tu maksudnya bukan wajib, tapi supaya hukum puasa kita tak jadi makruh...