بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hari ini ramai ibu-ibu yang bergelar ibu susuan kepada anak orang lain. Anak susuan ialah bayi yang berusia kurang dua tahun dan telah disusukan oleh seseorang wanita yang bukan ibunya sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi tersebut kenyang.
Islam membenarkan seorang ibu untuk menyusukan bayi lain kerana dalam sesetengah situasi ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi tersebut meninggal dunia sewaktu kelahiran ataupun ibu itu menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak.
Islam menggalakkan perbuatan tersebut sebagai satu cara dalam melakukan kebajikan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Sa'diyah.
Anak sulung MF juga ada ibu susuan iaitu kakak ipar MF sendiri... Masa tu dia teringin nak anak perempuan, jadi memandangkan anak MF perempuan, sebab tu dia susukan supaya jadi anak susuan dia...
Nak susukan anak orang lain, bukan mudah sebab berkaitan dengan hukum hakam... Jadi, kalau nak cari ibu susuan untuk anak, atau kita sendiri nak jadi ibu susuan, wajib ambil tahu bab hukum hakam berkaitan ibu susuan/anak susuan.
Berikut ialah fakta tentang status ibu dengan anak susuan daripada Ustaz Mohd Fikri Che Hussain yang mesti difahami dengan betul oleh semua orang Islam.
- Jika seorang wanita itu menyusukan seorang bayi, maka bayi itu menjadi anak susuannya dan suaminya, malah dikira sebagai mahram. Tetapi mesti mematuhi dua syarat iaitu:
- Penyusuan dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah. Sekiranya penyusuan berlaku kepada bayi berusia lebih dua tahun, ia tidak dikira sebaga mahram dengan ibu dan ayah susuannya.
- Wanita itu telah menyusukan bayi berkenaan sebanyak lima kali susuan pada waktu yang terpisah-pisah. Penyusuan yang kurang daripada lima kali susuan tidak membabitkan persoalan mahram.
Siapakah yang akan menjadi mahram kepada anak susuan secara kekal??? Ini urutannya....
* Ibu yang menyusukannya.
* Suami ibu susuan.
* Ibu bapa kepada ibu susuan.
* Ibu bapa kepada suami ibu susuan.
* Adik-beradik kepada ibu susuan.
* Adik-beradik kepada bapa susuan.
* Anak-anak dan cucu kepada ibu dan bapa susuan.
* Anak-anak dan cucu kepada ibu susuan.
* Anak-anak dan cucu kepada bapa susuan.
Sumber: Karangkraf
Apa pun.. nak jadi ibu susuan atau nak cari anak susuan... kena dapat keizinan kedua belah pihak...