Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live

Homemade Heat Press Printing!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Homemade Heat Press Printing!  | Alhamdulillah, bisnes usaha sama suami isteri ini, bergerak selangkah lagi ke hadapan. Dari Homemade Sticker yang mengeluarkan sticker cutting, kini bertambah dan berkembang lagi dengan produk baru iaitu heat press printing.

Heat Press Printing adalah cabang produk terbaru keluaran Homemadesticker. Antara produk Heat Press Printing yang kami buat ialah:

Printing T-shirt (T-shirt Muslimah, Tshirt Cotton dan Jersi)
Ini contoh printing pada kain jersi sebagai cenderamata

Printing Puzzle

Printing Mouse Pad

Printing Label Sticker
Ini contoh printing sticker event untuk ditampal pada kereta.

Printing Mug

Button bagde

Ini antara produk terbaru kami.. tempahan telah dibuka... jika berminat boleh saja PM di Page Utama kami (Homemadesticker) atau whatsapp : 0192732794.

Moga bisnes terus maju dan diberkati Ilahi...


Persiapan Menjelang Ramadhan!

$
0
0
Sumber: google images

Syaaban: Pecutan persiapan Ramadhan🌙

1⃣ Persiapan iman.
🌸Segera bertaubat dari semua dosa.
🌸Memperbanyak doa agar diberi umur panjang sehingga bisa menjumpai bulan Ramadhan.
🌸Memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban agar terbiasa secara jasmani dan rohani.
🌸Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an.
🌸Meresapi kelezatan shalat malam.
🌸Meresapi kelezatan dzikir dengan menjaga dzikir setelah shalat, dzikir pagi dan petang, dan dzikir-dzikir rutin lainnya.
🌸 Mengulang hafalan alQur'an

2⃣ Persiapan Ilmu
🌸Mempelajari hukum-hukum fiqih puasa Ramadhan
🌸Mempelajari rahasia-rahasia, hikmah-hikmah, dan amalan-amalan yang dianjurkan atau harus dilaksanakan di bulan Ramadhan.
🌸Mempelajari tafsir ayat-ayat hukum yang berkenaan dengan puasa.
🌸Mempelajari buku-buku akhlak yang membantu menyiapkan jiwa untuk menyambut bulan Ramadhan.

3⃣ Persiapan dakwah, meliputi:
🌸Menyiapkan materi-materi untuk kultum, taushiyah, ceramah.
🌸Membuat serlebaran, brosur, pamflet, majalah dinding, buletin dakwah dan lembar-lembar dakwah yang mengingatkan kaum muslimin tentang tata cara menyambut Ramadhan.
🌸Mengadakan daurah pengisian tentang Ramadhan.

4⃣ Persiapan Keluarga.
🌸Menyiapkan keluarga untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan mengenalkan kepada mereka persiapan-persiapan yang telah disebutkan di atas.
🌸Membiasakan mereka untuk menjaga shalat lima waktu, shalat sunnah Rawatib, shalat dhuha, shalat malam (tahajud dan witir), dan membaca Al-Qur’an.
🌸Memberikan taushiyah /kultum harian jika memungkinkan.
🌸Meminimalkan hal-hal yang melalaikan mereka dari amal shalih seperti muzik dan lagu-lagu jahiliyah, menonton TV.

5⃣ Persiapan Harta
🌸Menyisihkan sebahagian harta untuk sedekah di bulan Ramadhan khasnya.

6⃣ Persiapan Mental
🌸Menyiapkan tekad yang kuat dan sungguh-sungguh untuk membuka lembaran hidup baru dengan Allah SWT, sebuah lembaran putih yang penuh dengan amal ketaatan dan berisi sedikit amal-amal keburukan
🌸Berazam membuat hari-hari kita di bulan Ramadhan tidak seperti hari-hari kebiasaan kita di bulan lain yang penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan
🌸Meramaikan masjid dengan ibadah2.
🌸Membersihkan puasa dari hal-hal yang merosak pahalanya dan perbuatan lagho.
🌸Menjaga dan membiasakan sikap lapang dada dan pemaaf.

7⃣ Persiapan Jihad
🌸melawan hawa nafsu dr kebiasaan-kebiasaan buruk.
🌸Membiasakan lisan untuk mengatakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat
🌸Mencegah hawa nafsu dari keinginan untuk melampiaskan kemarahan, kesombongan.
🌸Membiasakan diri untuk hidup sederhana.
🌸Melakukan muhasabah (introspeksi) harian.


Zikir Hari Isnin!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom amalkan.. moga Allah berikan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang...

Zikirlah sebanyak mungkin... tak terhad kepada 1000 kali sahaja... lagi banyak zkir lagi banyak manfaat dan kelebihannya.

5 Bahan Semula Jadi Untuk Tanggalkan Make Up!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Bagi yang suka make up, perlu tanggalkan make up sebelum berwuduk agar, wuduk rata pada kulit dan sah wuduk... Zaman sekarang ada beberapa jenama dan peoduk khas penanggal make up.. walaupun dikatakan selamat pada kulit, tapi mungkin ada kesan jangka panjang yang kita tak tahu sebab produk tersebut guna bahan kimia dan alkohol. Namun, ada alternatif lain yang lebih selamat untuk menanggalkan make up... Berikut ialah 5 bahan semula jadi untuk tanggalkan make up. 

Minyak Jojoba 
Titiskan minyak jojoba secukupnya pada wajah anda dan bersihkan dengan menggosok minyak ke seluruh wajah. Hindari kawasan mata dan bersihkan dengan kapas yang sudah dibasahi dengan air mawar atau air biasa. Bersihkan wajah dengan sabun pembersih wajah setelah mencuci solekan tersebut.   

Minyak zaitun 
dan kayu putih 
Campurkan minyak zaitun dan sedikit minyak kayu putih, gosokkan secara perlahan untuk membuang solekan. Gunakan bersama kapas yang sudah dibasahi air mawar. Anda boleh mengulangi langkah ini untuk memiliki wajah yang lebih bersih.   

Minyak kelapa 
Minyak kelapa yang mempunyai tekstur yang ringan dan mudah dibersihkan juga baik digunakan sebagai penanggal mekap. Ambil minyak kelapa secukupnya dan gosok pada wajah. Ulangi sekali lagi untuk kulit wajah lebih bersih daripada kotoran solekan dan bersihkan dengan uncang teh yang sudah digunakan untuk kulit yang mengalami masalah berminyak.   

Susu dan minyak 
kacang badam 
Campuran susu dengan minyak kacang badam boleh membersihkan solekan dengan cepat. Gosok secara perlahan dan berulang kali. Campuran ini juga akan melembabkan kulit secara semula jadi.   

Timun 
Timun memiliki kemampuan untuk membersihkan dan melembapkan kulit. Ambil sebatang timun dan potong secara nipis atau hancurkan, kemudian gosok pada wajah. Membersihkan wajah dengan timun juga akan memperbaiki kulit rosak dan mengurangkan iritasi akibat bahan kimia dalam produk kosmetik.

Sumber: Utusan Malaysia

Bahan yang mudah nak dapat... MF jarang make up tapi bahan yang paling cepat MF guna ialah tisu basah je la... hehe... 

Hilangnya Keberkatan Sebuah Majlis Perkahwinan!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Sekarang musim orang kahwin... Musim orang cuti sekolah la katakan. MF dapat juga undangan tapi tak dapat nak hadir...atas beberapa kekangan. Termasuklah undangan dari rakan sejawat yang merupakan Naib Juara Program Realiti TV di Astro tu... Tapi tak dapat hadir.. kurang sihat masa tu... 

Berkahwin bukan untuk sehari dua, tapi kalau boleh selamaanya kan... hingga ke syurga... tapi sebelum mencapai syurga cinta yang abadi perlu dapat keredhaan dan keberkatan dari Ilahi... Tapi aspek ni jarang orang titik beratkan. Beberapa perkara yang boleh menghilangkan keberkatan sesebuah majlis perkahwinan. Walaupun malamnya ada majlis khatam, ada berzanji, ada selawat, siangnya ada bacaan doa... tapi majlis tu ada campuran ibadat dan maksiat di dalamnya.

1. Hiburan yang melalaikan
Seringkali kita hadir ke majlis kenduri kahwin dan kita dihidangkan bukan sahaja dengan makanan yang lazat tetapi jugak dengan hiburan-hiburan yang tidak sepatutnya ada dalam satu majlis yg mulia itu, contohnya karaoke, tarian/joget dan lain2.

2. Tidak Tutup aurat
Sepatutnya tuan kenduri, pengantin dan juga tetamu yang hadir itu menutup aurat masing-masing. Kita dah hadir banyak kenduri kahwin, jadi kita tahu bagaimana keadaan masyarakat kita kan...

3. Bersanding
Upacara bersanding ini tiada dalam budaya Islam, ia datangnya daripada unsur yang lain. Hukum mempertontonkan isteri kita dikhalayak ramai adalah berdosa apatah lagi jika tidak menutup aurat. Kalau nak dilakukan juga, bersandinglah diwaktu malam yang hanya dihadiri oleh sanak saudara untuk ambil gambar sebagai kenangan sahaja.

4. Makanan dari sumber yang tidak halal
Makanan yang dijamu kepada tetamu yang datang mestilah dari sumber yang halal. Jika dari sumber yang syubhah, rasuah dan sebagainya... dah camne nak datang berkatnya tu... 

5. Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Biasanya bersalam ini dilakukan selepas kita menetung tawar. Kalau saudara kita tak per, tapi kalau orang lain yang tiada pertalian dengan kita (pengantin) dan tentu haram untuk bersalam.

6. Percampuran Lelaki dan Perempuan
Sepatutnya, perlu ada pengasingan tetamu lelaki dan perempuan... walaupun makan di meja.. tapi ada perbezaan... bukan campur aduk... kecuali yang berkeluarga.

7. Lalai Waktu Solat.
Bila hari bersanding, seringkali waktu solat dilupakan. Terutama solat Zuhur la kan. Walaupun waktu bersanding jam 2.30 petang, tapi biasanya pengantin disolek awal oleh mak andam... jadi, kalau dah bersolek dan berdandan awal tak kan nak tanggalkan make up... sayang katanya. dari mana nak datang berkat jika waktu solat diabaikan... bukan hanya pengantin tetapi termasuk orang yang uruskan majlis dan tetamu yang hadir. 

Itulah antara yang sempat dikongsikan. Mungkin kita rasa KEBERKATAN itu tidak penting dalam majlis walimatulurus ini, tetapi apabila majlis kahwin itu diberkati, pengantin itu Insyaallah dapat hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang baik.Begitu juga sebaliknya.

Moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan...

Moga kita dapat ubah tradisi ini pada masa akan datang.. kadang yang sederhana dan ikut syariat itu lebih indah dan barakah. insha Allah...


Renungkanlah... berapa ramai yang bercerai diusia muda sedangkan masa kahwinnya gah dan meriah.. mungkin Allah murka dengan kita..dan tiada redha Allah..



P/S: Fenomena yang diperhatikan di laman sosial.. bila sambut ulang tahun perkahwinan, terus tukar gambar profile..publish gambar masa kahwin dulu... hmm... sebelum post, tengok dulu gambar tu sempurna tak tutup aurat... kalau tak, cukuplah sebagai simpanan kita... Jangan biarkan suami kita dayus lagi..cukuplah kesilapan kita masa kahwin dulu... renungkan bersama... 

Tiada Mu Ditangisi!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadilah baik kan... bila tiada rasa kehilangan... bila ada rasa tenang... 

MOMMY'SIGNATURES 1ST GIVEAWAY BY EYRASAHA

Speghati Ayam Selera Melayu!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cuti sekolah... Biasa lah.. Terima tempahan ikhlas dari anak solehah... Bosan makan nasi agaknya... Padahal ada je nasi lemak dengan telur dadar... Tapi nak juga speghati... Ikutkan saja selera anak... Asalkan nak makan... 

Speghati walaupun makanan barat, MF suka masak cara masakan Melayu dan style sendiri... 

Kali ni MF masak Speghati Ayam Selera Melayu... Bahannya mudah je..

Speghati yang telah direbus empuk... Rebus speghati dengan air mendidih yang dimasukkan garam. Tips ni MF dapat masak tengok rancangan masakan kat tv. Katanya, sebab speghati ni susah nak mesra garam walaupun lembut... Jadi, kita rebus dan masukkan garam sikit dalam air rebusan. 

Bahan-bahan lain:
Bawang putih yang diketuk
Isi ayam
Lobak merah
Sos tiram pedas (MF guna jenama Adabi...senang masak guna sos tiram ni... Tak perlu dah guna cili sebab dah tersedia pedas)
Garam
Gula/Madu
Sedikit air
Serbuk sup
Minyak zaitun/planta untuk menumis

Cara memasak:
Tumiskan bawang putih...
Dah garing, masukkan sos tiram pedas... Kacau sebati.. Masukkan ayam dan serbuk sup serta sedikt air...
Gaul hingga ayam masak... 
Dah agak masak atau pecah minyak dan naik bau... Masukkan speghati, lobak merah, garam dan sedikit gula atau madu... 
Gaul hingga sebati semuanya... 
Dan sedia untuk dihidang...


Memang kejap je masaknya ni... 
Tak sampai 10 minit... Cuma nak rebus speghati tu la lama sikit... 

Memang tak pernah masak speghati rasa barat. Kecuali beli je... Baru lah makan original resepi nya... Kalau masak speghati memang selera melayu je... 

Resepi ni sesuai untuk anak setahun ke atas... Cuma garam tu boleh ganti dengan bahan lain yang lebih sihat... Bagi yang pentingkan kesihatannya la kan... MF bagi je... Sebab tak terasa masin sangat pun... Lagi pun guna garam halal gel.. Tak rasa masin sangat.... Terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing.


Kisah Madu Ku!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah madu ku... Ye ini memang kisah pasal madu... Dah banyak kali dah madu ni.... Manis... Anak-anak suka dengan madu ni... 

Inilah Madu Za'faran... Madu ni madu lebah tapi dah diproses dan dicampur dengan Za'faran... Jadi, manis dan baunya kurang... 

Biasa MF buat masak je... Campur dalam masakan... Satu sudu.. Kengkadang si kakak suka minum... Bau madu lebah tu masih ada... 

Madu baik untuk kesihatan.. Antara makanan sunnah yang terdapat dalam al-Quran...
Penambah tenaga semula jadi, penawar batuk dan selesema... serta merawat bayi batuk berkahak... 

Tamar: Buah Popular di Bulan Ramadhan!

$
0
0

Buah yang femes bila datangnya Ramadhan... Tapi kat umah memang sentiasa ada buah ni...

Buah kurma buah yang banyak dijual bila dekat Ramadhan.. Tapi bulan tak puasa susah pula nak dapat kan...

Paling sedap kurma Ajwa... Tapi mahal kot... Pernah la makan dan amal dulu... Sekarang susah nak dapat yang fresh...kecuali kat kedai Arab de la jual...

Kurma atau tamar banyak khasiatnya... Kalau lapar... Makan je tiga biji... Insha Allah mampu bertahan perut tu.. Sesuai betul untuk diet kan.. Amalkanlah... Niat ikut sunnah... Berkat pahala sihat pun dapat..


Segmen Bloglist June-July irrayyan.com

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

Mini Giveaway by Syira Lokman

Bosan dan Malu Baca Blog Yang Terlalu Peribadi!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry sekadar luahan hati kot.. Tapi MF tak mention kat mana-mana blogger.. cuma dalam blogwalking MF terjumpa beberapa personal blog..

Sebenarnya, personal blog atau kategori blog peribadi ni terlalu banyak... terutama dari blogger perempuan yang bergelar isteri... 

Entry ni bukan nak kutuk atau kata.. tapi secara positifnya MF nak tegur... terutama blog yang terlalu peribadi...

Blog yang terlalu peribadi... Maknanya semua hal peribadi dia, luar dalam kain dia orang boleh tahu... Hal dia dan suami pun orang boleh baca.. Kisah peribadi yang terlalu peribadi untuk dibaca..

Tak tahu nak kata camne... Nanti diluah sungguh kata kita ni dengki iri hati la pula.. tapi memang bosan jumpa blog macam ni.. pasti ada yang jawab.. dah bosan jangan baca.. memang tak baca pun...sebab malu nak baca.. citer habis.. dah macam takde privasi lagi dah.. tapi hati MF ni meluap-luap nak tegur blogger camtu.. cuma iman tak kuat nak tegur direct... tu yang luah sini.. tegur, nasihat orang lain dan muhasabah diri MF sendiri juga..

Tapi sebenarnya, blog camni paling orang minat baca.. dulu kisah rumahtangga orang kena g ketuk pintu dapur kalau nak dengar gosip.. sekarang tak susah... ketuk je keyboard.. cari kat google.... klik je hujung jari... nah.. terpampang kisah dia... bukan orang buka kisah rumagtangga dia.. tapi dia sendiri yang dok cerita...

HMMMMMMMM
Ingatlah wahai wanita akhir zaman... jangan biarkan diri mu lalai di depan keyboard..tanpa sedar kau buka aib kau, aib suami kau, aib keluarga kau sendiri... 

Ingatlah, berkatkah rezeki kau berblog jika dalam blog kau penuh aib???

MF bukan nak kata blog MF ni suci murni.. tapi... kita SAMA-SAMA perbaiki entry kita ni... supaya setiap huruf yang kita taip dihitung amal kebaikan.

Jom LIKE Homemade Design and Printing!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom LIKE!!! | Alhamdulillah... akhirnya hampir siap juga setup page baru khas untuk printing dari Homemadestickers.. Bukan mudah nak buat... kena edit itu ini.. setup memacam baru la nampak complete bila ada cover photo page...


Perah idea juga nak buat camne... Sehabis simple dah cover photo untuk page baru kami ni...

Jadi, MF nak ajak kengkawan blog dan pembaca, LIKE & SHARE page kami... Moga dengan usaha anda yang murni dan mulia tu... Allah limpah ruahkan rezeki anda semua juga...

Moga kita sama-sama dapat berkongsi rezeki Allah Yang Maha Luas di muka bumi ni kan..

Jom like page kami yang baru ni...KLIK LINK DI BAWAH 
(MF tak letak auto button like, sebab nak kengkawan jengah sendiri page kami... dah tengok sendiri Page nya baru lah like ya... Terima kasih... :)


WW | Pendidikan Yang Salah Terhadap Anak-anak!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sumber: Captured from Majalah SOLUSI

WW | Tips Nak Pandai Cepat!!!

WW | KAWAN KE BINI???

$
0
0
Kawan ke bini???
Khas buat lelaki yang selalu lepak dengan kengkawan sampai ke tengah malam... Nak lepak bawa la bini sekali... Kalau bini tak nak ikut...tak payah keluar lepak lah!!!

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

Viewing all 4744 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>