Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live

Salah Ku....

$
0
0

Dalam buat kebaikan dan usaha berbuat baik memang Allah datangkan ujian... Untuk melihat teguhnya iman, cekalnya hati, ikhlaskan niat dalam terus istiqamah melakukan secebis kebaikan buat bekalan di akhir zaman...

Moga Allah pelihara aku untuk buat kebaikan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan... Insha Allah... Ameen...



Tak Sah Solat Tanpa Suara?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak Sah Solat Tanpa Suara? | Solat bukan sekadar buat kemudian selesai.. tapi perlu buat dengan tertib dan penuh syarat-syarat yang disepakati ulama' mengikut cara Nabi s.a.w yang ajar kepada kita melalui hadis-hadis sahih. Solat nampak mudah, tapi tak susah nak laksanakannya... Yang paling penting jaga 13 rukun solat untuk solat sempurna.

Pecahan 13 rukun solat ni, semua orang tahu tapi bila tanya terkial-kial juga nak bilang kan... 13 rukun ni dipecahkan kepada 3 bahagian, iaitu rukun perkataan, rukun perbuatan dan rukun hati...

Sumber: google images

Yang paling penting nak MF highlight ialah rukun perkataan... rukun perkataan wajib dibaca jahar yakni kuat.. sehingga didengari oleh telinga sendiri...tapi tak mengganggu orang lain.. maknanya kena la kawal suara.. denagr kat telinga kita tapi, tapi tak ganggu telinga orang lain... 

Pendapat Ustaz Azhar Idrus:
Sumber: google images

bolah juga rujuk video ni...


Jom sama-sama kita perbaiki solat kita agar lebih sempurna...


Cara Lupakan Orang Disayang Sebab Putus Cinta!!

$
0
0

Haha... Makanlah.. Dapat lupa kan ke tak... Hehe...

Tips MF:
Jika putus cinta... Bersyukurlah... Kerana pasti ada yang lebih baik Allah dah sediakan untuk kamu...

Hayatilah bait lirik lagu ini:

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Yang MF highlight tu itulah hikmah dan kebaikan bila putus cinta...


Doa Berlindung Dari Keburukan Hati dan Jiwa!

$
0
0

Jom amalkan... Agar dibersihkan hati dari penyakit hati dan jiwa yang buruk...

Amalkan secara berterusan dan penuh pengharapan agar doa kita Allah kabulkan.


Etika Berpurdah!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

No 1: Niat berpurdah.
Tepuk dada, tanya Iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur.
Kalau niat salah? 
Lebih baik betulkan dulu, sbb bila terpesong niat, apa yg kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yg bersih hatinya. 
Percayalah.
Walaupun niat dah lurus, kalau boleh, tiap Kali nak ikat purdah kat muka, cakap dgn diri sendiri, ini semua demi menuntut keredhaan Allah.
Dah lepas etika 1? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.

No 2: Purdah, perlu ke istiqamah?
Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada orang pakai purdah utk keselamatan. Jadi bila dia yakin tak diancam, tak salah dia buka.
Cuma,
Kenalah tahan sikit dgn persepsi masyarakat.
Kalau istiqamah? 
Lagi baik! 
Allah takkan kurang kan ganjaran utk orang yg sentiasa berusaha, kan?
Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dlm etika no 2.
Kalau mampu? 
Alhamdulillah!
Jom teruskan!


No 3: Bergambar dgn purdah, bagaimana?
Pertama, digalakkan bergambar beramai-ramai. Jangan difokus kat muka juga bila bergambar.
Kedua. Kalau nak bergambar seorang, biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabarruj (berhias lebih²) dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak.
Tak perlulah buat posing comel, posing yg orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat. 
Faham kan?
Kalau rasa ada gambar² berpurdah yg tak kena dgn etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing².
Kita dah lepas ketiga-tiga etika?


No 4: Pemakaian berpurdah.
First, kita kena faham. 
Penerimaan purdah dan niqab dlm masyarakat Malaysia berbeza dgn masyarakat Arab.
"Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!"
Salah. 
Salah sangat.
Sebenarnya dgn purdah kita boleh dakwah. Dakwah melalui contoh kpd diri sendiri.
Mulakan dgn warna lembut. Pastikan warna tak menonjol/berwarna-warni. Bila hati dah kuat utk istiqamah, silalah pakai warna gelap. 
Hitam itu adalah sebaik-baik warna yg tak menarik perhatian. 
Islam itu kan menyenangkan?
Purdah tu, tak perlulah bermanik hias bagai. Pakai jelah biasa² punya dan tak aneh² sampai menarik perhatian orang.
Cukuplah ada macam² style tudung, sekarang purdah pula?


No 5: Kenapa nak harapkan purdah kalau aurat pun tak cukup sempurna??
Wahai adik², wahai teman² yg Ku sayang.. 
Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, sanggul tinggi, baju menonjol sgt dgn warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah?
Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam? 
Fahamilah konsep.
Menutup aurat dgn SEMPURNA itu WAJIB.
Allah swt sendiri berfirman mengenai menutup aurat dgn sempurna akan dilindunginya.
Berpurdah itu pakaian isteri² Rasulullah. Ianya mcm tambahan lepas tutup aurat dgn sempurna. 
Kalau tutup aurat dgn sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan purdah? 
Lain lah kalau dah tutup aurat dgn sempurna, tapi rasa lebih selamat dgn purdah. Itu barulah betul.
Tolong. 
Betulkan niat dan fahami konsep dgn teliti. 
Islam itu kan halus?


No 6: Purdah dan akhlak.
Nak berpurdah, tapi takut tak kena dgn perangai. Perangai macam mana tu?
Kalau mencarut-carut, alamak, memang perlu baiki dulu. 
Kalau ramah, apa salahnya?
Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap² je ke? 
Kena jadi pendiam gitu?
Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran.
Kita? 
Duduk diam²? 
Jadi bayang²?
Oh tidak. 
Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti.
TAPI! 
Kita kena tahu had limit kita. 
Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dgn segala kesedaran tu, kita buatlah mcm orang normal.
Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatic kita akan sentiasa jaga adab kita. 
Percayalah.


No 7: Pandai² la cari suami.
Tau tak wujud lelaki yg bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah?
Yup! 
Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yg mana nak istiqamah berpurdah, tanya bakal suami dulu redha atau tak bila kita pakai purdah.
No 8: Bila peraturan tak izinkan pakai purdah.
Ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yg tak boleh pakai purdah dilema dgn peraturan tu.
Ikut jelah peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah tapi benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.
Bayangkan kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah waktu kerja. Pekerja² lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap, 
"Eh, dia kat luar pakai purdah tau" 
Tapi tu ayat normal la.
Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja² pun ngomel. 
"Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun. Sibuk nak pakai."
Kemudian si purdah dilabel 'Si Degil' dan kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis utk ambil si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang?
Dan kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangam memberontak, ikut kepala kita sendiri.
Mudah²an bermanfaat, mudah²an si purdah dan bakal si purdah faham betul² ttg etika purdah ni. 
Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakailah. Biar kita pakai dgn ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yg merosakkan susu sebelanga. 
Kerana seorang si purdah yg cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yg ada depan mata.

Pegang erat² pernyataan ni, 
"Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang."


Sumber: Facebook


Nota: Insha Allah satu hari dalam hati ingin juga tutupi wajah ini, hanya dibenarkan lihat kepada yang halal bagiku... setakat ni, cuma sekat gambar dari dipertontonkan oleh orang lain.. Jadikan wajah kita mahal untuk dipertontonkan oleh orang lain.. 

PERINGATAN KETIKA BERHIAS!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

🎀🎀Boleh dikatakan hampir kesemua kaum wanita suka berhias. Kebanyakkan kaum wanita gemar berhias apabila hendak keluar rumah  dan hanya segelintir yang berhias ketika berada di rumah.

💌💌Alasan yang lazim didengari ialah supaya penampilan kelihatan lebih kemas, cantik dan menarik kerana itu melambangkan keperibadian seseorang wanita, tetapi jarang benar jika tujuan untuk menjaga kehormatan sebagai wanita muslimah.

Berhias supaya kelihatan cantik tidaklah dilarang kerana ibnu mas’ud r.a melaporkan,
Rasulullah SAW bersabda;
 “Sesungguhnya ALlah SWT itu indah dan mencintai keindahan.”

Manakala Ibnu Al-Handhalliyah melaporkan.
Rasulullah SAW bersabda;
“Kalian akan mendatangi saudara-saudara kalian, kerananya perbaikilah kenderaan kalian, dan pakailah pakaian yang bagus sehingga kalian menjadi seperti tahi lalat di tengah-tengah umat manusia. Sesungguhnya Allah tidak menyukai sesuatu yang buruk.” - Hadis Abu Dawud & Al-Hakim

📝📝Berpandukan kepada hadis tadi, Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berpenampilan elok. Manakala, tidak menjadi kesalahan apabila seseorang perempuan sentiasa berhias asalkan menjaga kehormatan, tidak menunjuk-nunjuk, dan berlebih-lebihan dalam berhias serta tidak melampaui batas yang disyaratkan.

📮📮Berhias bagi kaum wanita selagi tidak bertentangan dengan syarak yang dituntut dalam islam. Sebagai contoh, Allah SWT memerintahkan agar manusia memakai perhiasan setiap kali pergi ke masjid, sebagaimana ditegaskan dalam Al-Quran surah Al-A’araf ayat 31 yang bermaksud;“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”

💈💈Bagaimanapun, dalam Islam sudah ditetapkan garis panduan yang menentukan bahan-bahan perhiasan yang boleh dan yang tidak boleh digunakan, atau dipakai sama ada lelaki dan perempuan.
💍💍Berhias juga termasuk dalam kategori menhaga kebersihan badan dan sewajarnya seorang wanita menjaga kebersihan tubuhnya.

👤Daripada Abu Hurairah r.a menceritakan;

“Daripada Abu Rofi’, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW pada suatu malam berkeliling mengunjungi beberapa isterinya (untuk menunaikan hajatnya), maka beliau mandi setiap kali keluar rumah isteri-isterinya. Maka Abu Rofi’ bertanya, “Ya Rasulullah, tidakkah mandi sekali saja?” Maka jawab Rasulullah SAW, “Ini lebih suci dan lebih bersih.” - Hadis Ibnu Majah dan Abu Dawud.

📌📌Dalam erti kata lain berhias yang dimaksudkan ialah memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, berkhitan, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak serta menjaga kebersihan mulut seperti berkumur dan menggosok gigi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW berpesan, “Seandainya tak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan kepada mereka untuk bersiwak setiap kali akan solat.” - Hadis Bukhari & Muslim

💇Rambut merupakan mahkota bagi kaum wanita dan sebagai muslimah, menjaga keindahan dan kebersihan rambut sangat digalakkan sebagaimana pesanan Rasulullah SAW katanya; “Barang siapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” - Hadis Abu Dawud

💇Selain rambut, kebersihan pakaian perlu juga diutamakan kerana islam amat tidak menyukai orang yang berpakaian kotor sedangkan mereka mampu mencucinya. Ketika hendak bersolat, islam mensyaratkan supaya berpakaian bersih kerana kebersihan itu melambangkan kesucian hati💗 seseorang.

❄❄Dalam hal berhias, ada 3 kategori yang perlu diambil perhatian oleh kaum wanita iaitu;
1. Berhias untuk suami.
2. Berhias di hadapan wanita dan lelaki yang haram dinikahi.
3. Berhias di hadapan lelaki yang bukan muhrim.

Islam tidak melarang keinginan umatnya untuk berhias supaya kelihatan cantik dan kemas dipandang, bagaimanapun ini tidak bermakna mereka bebas berhias mengikut keinginan atau selera sendiri sedangkan Islam sudah menetapkan syarat-syarat berhias.

Syarat-syarat yang ditetapkan juga bukan bertujuan untuk menyekat tetapi untuk mengelakkan daripada terjebak dengan sifat sombong, bermegah-megah, pembaziran dan sebagainya.

Bagi kaum wanita yang suka berhias, mereka masih dibolehkan berhias asalkan tidak mengorbankan maruah sebagai wanita muslimah. Sebagai contoh apabila wanita memakai tudung, walaupun sudah menutup aurat tetapi tudung tidak harus dihiaskan dengan pelbagai hiasan yang dapat mengundang rasa riak dan sombong.

🌷Kerana bidadari tempatnya di syurga🌷

Sumber: Facebook

Husband and Wife Story | Why Dont You Answer My Calls???

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Husband and Wife 👫👫💑
**************************
Husband: Have you prayed Asr?

Wife: No.

Husband: Why?!

Wife: I got back from work tired a bit so I took me a nap.

Husband: Ok... Go pray Asr and Maghrib before its time for Isha.

The next day... the husband leaves town on a business trip... But a few hours after his flight was scheduled to arrive he didn't call or even text her like he usually does to let her know that he had arrived safely..!!

The wife calls to check up on her husband but he doesn't pick up.. she calls again; the phone rings but no reply what so ever..!!

She was starting to get worried after many attempts of calling her beloved husband and no reply at all... She thinks to herself something must have went wrong he never does that. He always calls as soon as he lands..!!

A few hours pass by... and suddenly the phone rings and its the husband.

Wife all worried says: have you arrived safely..!!??

Husband: Yes, Alhamdulillah.

Wife: When?

Husband: About 4 hours ago.

Wife in an angered tone: 4 hours ago? And you don't call?

Husband: I was tired so decided to take a nap.

Wife: A few minutes wouldn't have hurt you if you were to call me and let me know you'v arrived..!! Plus haven't you heard the phone ringing over and over again as I was calling you..!!??

Husband: Yes, I heardx it..

Wife: And you don't pick up..!!?? What are my calls not important enough for you..!!??

Husband: You're calls are important to me, but yesterday you didn't seem to mind not answering the calls of Athan.. Allah's call...

Wife with watery eyes and after a short silence says: Yes, you have a point.. I'm sorry..

Husband: Why are you apologizing to me? You should seek Allah's and don't repeat the same mistake twice. All what I want out of this world is that Allah unites us both in a palace in Jannah where in it we can start our eternal life together..

Ever since that day the wife never delayed any of her prayers.
.......................................................
The one who truly loves you is the one who pushes you forward on your path to Allah and gets in your way and stops you from going backwards in life.

Source: Faceboook

My Choice, My Right!!!


Harum Manis | Rezeki Dikongsi Bersama

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Rezeki Allah dikongsi bersama... 

Kisah semalam... Rezeki kami... MF ada juga teringin nak makan mangga harum manis yang pernah popular bulan lalu... Sana sini orang update pasal harum manis... Pernah juga hampir nak order... Tapi tak jadi... Sebab suami suka mangga masam kan... 

Jadi.. Keinginan tu berlalu begitu sahaja... Anggap je bukan rezeki nak merasa... Tapi rupanya doa tu mungkin Allah simpan kan.. Allah tunaikan juga... Semalam dapat rasa mangga harum manis ni secara percuma..

Kawan suami yang juga merupakan salah seorang pelanggan tetap Homemadestickers... Yang beberapa kali tempah baju heat press dari kami... Alhamdulillah... Dia tolong kami... Kami tolong dia... Allah permudahkan urusan kami... Dan Allah berikan rezeki untuk dia dan dia kongsikan dengan kami... 

Alhamdulillah.. Moga lapang rezeki sahabat... Kawan suami juga kami pernah pergi kenduri kahwinnya beberapa bulan lalu... Isterinya tengah hamil anak sulung lagi... Alhamdulillah... Dari kawan alam maya... Jadi kawan realiti... Dan insha Allah jadi kawan sejati buat suami... 

Diorang ni jadi kawan pun sebab berkongsi minat yang sama itu, Rim BBS... Alhamdulillah... Group yang suami tubuhkan atas minat dia... Dia dapat ramai kawan dari seluruh Malaysia... Senang nak jenjalan... Jika ada masalah terutama bab kereta... Setiap negeri ada kawan... Insha Allah.... Itulah pentingnya kawan... 

Alhamdulillah... Moga Allah berkati dia... Rezeki Allah kan.. Wajib dikongsi bersama.. Moga Allah lapangkan lagi rezeki kita... Alhamdulillah... Lepas lah keinginan nak merasa harum manis... Alhamdulillah... 

Cara Bezakan Telur Asli dan Telur Palsu!

$
0
0

Semalam ada rakan dari GMBM isukan pasal telur palsu kat group kami....

Sekali MF terjumpa post ni kat facebook... Memang ada isu rupanya pasal telur palsu ni... MF tak pernah jumpa atau tak perasan.. Tawakal je la kan...

Bila jumpa post ni... Terasa nak kongsi untuk panduan kita bersama...

Ada baik kalau beli telur yang tak diproses atau tak dipackingkan tu... Kalau nak beli yang siap packing pastikan ada cop halal JAKIM dan jenama yang dipercayai seperti Nutri Plus dan lain-lain jenama yang tak meragukan..  Yang takde jenama atau cop jangan beli... Takut-takut telur palsu ni la...


Kategori Blog | Terpilih Sebagai Blog Motivasi!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Kategori blog atau dikenali juga dengan niche blog penting untuk mudahkan orang kenal blog kita... Baru-baru ni blogger atau Pakar SEO Blogspot Malaysia yang tak asing lagi.. brother HH, ada menyenaraikan beberapa kategori blog yang ada.. Lihat di Entry NI... MF 

30+ Kategori Blog Harus Diketahui Mari lihat senarai kategori blog atau blogger yang harus diketahui ini, dan mungkin memberikan blogger Malaysia inspirasi untuk tentukan sendiri niche blog mereka.
  1. Investment and Financial - Abang Ensem, Zamri Abd Wahab,  
  2. Tourism - Karlisa Latisha, Rosmaria, Mawardi Yunus,   
  3. Food Review- Ina Ainaa, Ishak Ismail, Isaac Tan, Nannie Isa, Hazman Fadzil
  4. Computer and Web - Rizky Mahrizal,
  5. Motoring - Melastik Bintang, Adi Arena,
  6. Food Cuisine - Nina Azerin, Mat Gebu, Eny Yusnizar,  
  7. Health and Beauty - Liyana Madrus, Hariri Ibnumustapha, Lina Ed E, Anie AdinieAzeni Ahmad
  8. Photography - Mia Kassim, Potia De Casadelarossa,
  9. Entertainment and Film - Jai Montana (Tamil Film), Lekat Lekit (Horror Film)
  10. Entertainment and Music -
  11. Beauty - Ayue Idris, Has Nieda, Shamiera Osment, Iena ElienaMieza Everdeen
  12. Motivational - Maria Firdz,
  13. Youth - Amir Nawawi,
  14. Current Issue - Putra Nubhan, Bantai Info,
  15. Knowledge and Blogging Tips - Muh Aram, Khaty R'Bain, Adzril Maizan
  16. Sharing Opinion - Amal Esparanza,
  17. Wedding - Zinnirah,
  18. Islamic - WM Asma Dinie, Najiah,
  19. Craft - Nazifa
  20. Parenting - Fiza Rahman, Zarina Tazari, Aryn Fadz, Julia Johari, Sherry Go, Yana Yassin
  21. Lifestyle - Irna Nurasikin, Nur'Aliah, Mohd Shakir, Illya Leya, Nooraini Zubir
  22. Personal - Nor Ilyana, Nor Hidayah, Fahmi Zuruugambar, Wah Bo Lui , Munirah Izzan
  23. Travel - Faizal Fredley, Khairuddin Lim, Ainul Malik, Husein Ryder, Alia Lisa
  24. Gadget - 
  25. Fashion - 
  26. Information - Hajar Shikin
  27. Sports - 
  28. School and Education - Nur Idayu,
  29. Gossip -
  30. Technology -
  31. Celebrity - 
  32. Small Business - Shahril Sidek (Car Rental) , Fazlina Huzairy,
  33. Marketing - Sunny Yunus,
  34. Careers - iKerjaya Graduan, Zeo Unic,
  35. Financial Planner - Najib Mohamed,
  36. Comical - 
  37. Social and Event -
  38. Politics - 
  39. Novelist - Nilam Himawari ,
  40. ....

Kategori ni diberi oleh blogger Hasrul Hassan.. Bila dia berikan kategori tu baru rasa macam ada hala tuju sikit nak up entry... Kalau tak memang caca merba je blog ni... 

Tapi MF rasa pun... Ok kot blog ni sebagai blog motivasi sebab banyak berkisar bab ilmu, kehidupan... Semangat dan hal-hal kemanusiaan... 

Terima kasih buat blogger Hasrul Hassan atas panduan mengkategorikan blog ni... Insha Allah.. Lepas ni kandungan blog akan diperbaiki supaya selaras dengan kategori nya.... Insha Allah... 


Nota: Entry ni dah lama tersimpan kat draft sebenarnya... Baru de masa dan peluang nak publish hari ni... 

Blogger: Berkumpulan Tapi Jangan Sampai Berpuak!

$
0
0
Blog tumbuh bagai cendawan lepas hujan... Setiap hari ada je blog baru... Sebab mudah je nak buat blog... Free of charges je...

Bila blog link dengan facebook mula muncul group... Group blogger di facebook pun bukan main banyak... Ada yang ditubuhkan oleh blogger popular... Ada yang biasa-biasa sahaja... Ada yang aktif dan dipantau admin... Ada yang ditinggal admin...

MF pun ada join beberapa group blogger... Niat asal untuk ping entry... Tapi semakin erat menjadi sahabat maya...

Group yang MF aktif di facebook tak de sangat... Tapi satu group blogger yang MF join di whatsapp hanyalah group GMBM... Group yang hanya dipelopori oleh kaum ibu je..tiada percampuran lelaki dan perempuan dalam group ni... Itu yang buatkan group ni istimewa... Tiada masalah ikhtilat kat sini.

Walaupun berkumpulan... Kami tetap bergaul dengan semua blogger lain... Tak kira blogger baru atau lama... Group kami hanya group berkongsi minat yang sama iaitu BERBLOG...dan status diri kami yang sama iaitu seorang IBU...

Walaupun berkumpulan... Kami tak berpuak... Tetap bergaul dengan yang lain... Sama seperti blogger lain... Tagline kami... Tiada newbie tiada retis... Jadi...kami semuanya sama...

Berblog berkumpulan... Tapi jangan sampai timbulkan puak... Owh.. Ini blogger group ni... Owh...ini blogger group ni... Kita sama sahaja... Tetap seorang blogger... Kita semua bermula dari bawah... Bermula dari zero pasal blog...hingga kita tahu macam-macam tentang blog... Jadi, tidak perlu timbul puak dalam berblog walaupun ada kumpulan yang tertentu...

Entry ni MF tak mention kat mana-mana group atau blogger ye... MF nyatakan pendapat secara umum... Peringatan bersama kita sebagai blogger... Tak seronok berblog jika ada puak sebab kita berjuang dan menulis dalam medan yang sama kan...

Alhamdulillah... Setakat ni pun tiada pun berlaku puak dalam berblog... Cuma entry sebagai ingatan la kita... Terutama yang ada group atau kumpulan tertentu dalam berblog..termasuk diri MF sendiri juga...

Semoga...persahabatan di alam maya melalui medan blog ni dirahmati Allah.. Sama-samalah kita jaga nama baik blogger ye... Tulis yang baik-baik... Insha Allah... Yang datang juga baik-baik je kat kita nanti...

Pentingnya Faham | Jahat Dibalas Baik!

$
0
0

Doa orang teraniaya memang Allah makbulkan... Tapi Allah tak minta kita doakan yang buruk-buruk kepada orang yang zalim kepada kita... Sebaliknya... Doalah moga Allah beri hidayah kepada Nya... Itulah sebaik-baik doa dan balasan untuk orang berbuat zalim kepada kita...

Sebagaimana kisah Nabi s.a.w yang doakan kebaikan dan hidayah kepada penduduk Taif yang melemparkan batu dan menolak dakwah Rasulullah s.a.w... Begitulah juga yang patut kita teladani.... Doakan kebaikan kebaikan bagi orang yang berbuat kejahatan kepada kita.. Agar sama-sama beroleh pahala... Insha Allah..


Jadikan Beg Dari T-Shirt Lama

Back To Routine!!!

$
0
0

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Alhamdulillah.. tamat sudah cuti sekolah dua minggu.. hari ni bermula sesi persekolahan penggal kedua...

Dan tak lama lagi nak sambut Ramadhan pula... Insha Allah... Dalam minggu pertama persekolahan penggal kedua tahun 2015...

Moga penggal kedua lebih bersemangat untuk mencari sesuap rezeki...

Moga diberi kekuatan dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan...

Maka, hari back to routine la kan... Kelam kabut siapkan apa yang patut di pagi hari... Dan kembali sibuk di tempat kerja... Bergelumang dengan kerja dan melayan karenah anak orang pula kan...

Mesti banyak cerita si anak didik nih... Get ready je lah diorang bersembang banyak hari ni... Takpe.. Hari pertama... Layan kan aje dulu... Hari kedua harap kembali macam biasa...

Buat rakan guru Dan pelajar.. Selamat kembali ke sekolah... Moga lebih bersemangat untuk penggal kedua ni...



5 Tabiat Makan Yang Sihat

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang)


Diet yang berjaya juga berpunca daripada pengambilan makanan yang sihat. Nilaikan makanan yang anda ambil itu sama ada boleh membantu diet anda dan sekaligus untuk meningkatkan kesihatan anda
.anda

1. Fikir semula cara anda makan – Fikirkan panduan pemakanan sihat yang mudah dan jangan mengambil kira keenakan makanan semata-mata (mahal tetapi tidak sihat).

2. Hitung Sarapan– Ambil kira jenis sarapan yang anda sediakan itu boleh membantu membakar lemak sepanjang hari.

3. Elakkan Makanan Yang Diproses– Hidangan dari bahan-bahan yang segar adalah lebih berkhasiat dan rendah garam, gula serta lemak.

4. Makan Setiap 3-4 jam – Cara ini membolehkan gula darah dan paras insulin menjadi stabil. Ia juga menghalang anda untuk makan secara berlebihan pada waktu lain.

5. Pastikan Warna Warni – Cubalah untuk menikmati buah-buahan dan sayuran baru setiap hari untuk menambahkan nutrien penting dalam badan.

Dah nak puasa... Insha Allah... The best diet untuk umat Islam... Bagi perut kita rehat setelah hampir setahun dia bekerja...

Sumber: Karangkraf...

5 Perkara Suami Isteri Patut Tahu Selepas Ada Anak!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1. Bercanggah pendapat
Begitu mudah untuk mendapat info soal keluarga, anak dan rumah tangga di laman sosial hari ini. Berkongsi gambar dan cerita tentang anak juga cukup mudah dan macam-macam cara tersendiri. Namun pendapat orang ramai juga pasti berbeza-beza. Sesetengah akan kagum dengan apa yang anda lakukan dari sudut penjagaan anak, dan mungkin ada yang terkejut dengan 'apa yang anda lakukan untuk anak'.

Contoh mudah: Ada ibu bapa apabila keluar makan, rela bagi gajet untuk keselesaan anak makan. Ada yang mula berkongsi di media sosial dan mula menghentam kehidupan orang lain dengan pandangan yang dirasakan cukup sempurna. Sebenarnya cara ini salah, perlu diingat putaran hidup dan mungkin kita juga akan bertindak sedemikian jika terpaksa.

Jadi perlu diingat bahawa cara ibu bapa membesarkan anak tidak sama, elak daripada menghentam atau komen dengan pandangan negatif. Bagi kita buruk, tetapi pasti ada sebab jika ibu bapa bertindak dan guna cara nampak lebih tegas dan kejam pada si anak. Boleh baca di artikel Hentikan Budaya Hentam Ibu Bapa Lain!!!


2. Rumah berselerak
Bukan malas kemas tetapi belum sampai 5 minit tinggalkan si anak, sekelip mata barang mainan mula memenuhi ruang tamu. Atau mungkin makanan di atas meja yang tersusun hanya tinggal untuk di makan, tumpah di lantai kerana si kecil terlalu aktif. Jangan sesekali mengeluh dan stres kerana itu adalah 'kenangan bergaduh' dengan si anak paling indah untuk dinikmati. Bebel juga, tapi nak buat macam mana, layankan saja...kerana mungkin begini juga masa kecik kita kan... tapi mak kita layankan juga kita kan...


3. Kurang bergaya
Cukup selekeh orang melihat penampilan selepas bersalin. Setiap kali mahu bergaya dengan fesyen tudung terkini, pasti ada 'corak' hasil kreativiti anak melekat. Dan baru sahaja pin tudung gaya ala-ala anak dara, terus ditarik dan akhirnya anda lebih memilih untuk memakai tudung sarung yang mungkin nampak ringkas pada mata orang lain. Abaikan, jika kita lebih selesa cara itu. Hanya kita je akan memahami situasi dan lalui setiap perkara bersama anak. Tapi MF tak melupakan gaya walaupun ada anak... suami membantu dan luangkan masa siapkan anak sementara MF bersiap diri sendiri... Nak isteri cantik suami kena lah bagi kerjasama kan... jangan tengok isteri orang lawa nak bini sendiri lawa tapi tak nak membantu bagi jadi lawa kan...

4. Curi masa memasak
Kira baik la tu kalau ada peluang untuk ke dapur. Tetapi jika diuji dapat anak yang suka melekat dengan ibu, kena pandai uruskan masa. Boleh sebenarnya, cuma perlu pandai curi peluang dan bahagikan masa. Namun demi menjaga hati pasangan, si isteri harus berterus terang dengan suami dan saling membantu uruskan hal rumah. Walau pun isteri hanya suri rumah. Sebab memang wujud sesetengah yang serah kerja rumah 'bulat-bulat' pada isteri. Kena faham...dan apa salahnya kalau masa kita minta air kat isteri, anak merengek...kita sendiri bangun dan buatkan... Tapi tak dinafikan, isteri nak layan sama rata... masa nilah rasa macam nak pinjam je kuasa 3 Boboiboy tu kan... hehe...


5. Beralih arah
Isu ini agak normal tetapi wajib faham 'dunia berdua-duaan' mula hilang, yang mana pasangan akan lebihkan fokus pada si kecil. Elak berkecil hati kerana kadang jika kita lalui perkara ini, itu kerana kasih sayang baru bercambah dan mula mengalir pada 'benih sendiri' yang sangat perlukan perhatian. Tetapi jangan sampai abaikan pasangan, kena juga tahu ambil hati si dia. Paling senang kena belajar meluah, bukan menyimpan perasaan. Kena bijak curi masa untuk bahagi masa dan kasih seadilnya... Tambah kalau anak menyusu badan, karenahnya over manja bila dah makin besar... tapi bukan nak kata anak yang tak susu badan tu tak manja... tapi sesiapa yang ada anak menyusu badan usia setahun ke ats, pasti setuju kan dengan apa yang artikel ni katakan.

Apa-apa pun... kenangan indah ada anak.. syukur jika dikurniakan anak...sebab tak semua orang kahwin Allah bagi amak... jika dah ada jangan merungut walaupun kadangkala diuji begitu dan bgini... itulah resam orang ada anak... bagaimana ibu bapa kita lalui semasa besarkan kita,begitulah yang kita akan hadapi... sabar dan lalui dengan syukur detik indah semasa membesarkan anak...

Sumber rujukan: karangkraf

Anak Ke Berapa???

$
0
0

Santai petang...
Anda anak ke berapa???

Betul atau hanya kebetulan... Hehe...
Tak kisah anak ke berapa, tapi sebenarnya atas didikan kan... Kan???


Pentingnya Faham | Cara Salah Dedahkan Kebenaran!

$
0
0
Sumber: fb

Realitinya kan... Macam SIARAN X tu la... Ramai orang tak suka dan dah tahu beritanya macam apa... Tapi ramai gak tengok lagi... Lepas tu kutuk-kutuk...

Sama juga dengan akhbar Nama Z tu kan... Dah tahu selalu buat berita copy paste dari facebook tapi orang baca juga... Lepas tu tak betul...kutuk-kutuk pula...

Normally ni geng keyboard worrior.... Bukan begitu nak tegak kebenaran... Pentingnya faham cara nak buktikan kebenaran...


30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN!!!

$
0
0

Menu lazat ni adalah pasti dan pasti lazat yang abadi...

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebihan maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan dan dpt berjumpa dgn Lailatul Qadar. Aamiin

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya... Dan dapat jalankan ibadah puasa dengan sempurna dan lebih berkualiti serta diterima Allah...

Sumber: Whatsapp Group


Viewing all 4744 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>