Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

Larangan Membujang

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Larangan Membujang | Zaman sekarang, nak kahwin fikir 100 kali. Kos segala kos tinggi... Tambah pula dengan gembar gembur hal rumahtangga kat Facebook dan Kisah Rumah Tangga, buatkan yang bujang jadi takut nak kahwin.

Tapi,

Jika ada niat nak membujang sebab takut nak kahwin, duit tak cukup... susah nak cari jodoh... baik hentikanlah niat tu... sebab Nabi s.a.w melarang perbuatan dan keinginan untuk membujang....


Larangan Membujang


Sa'ad bin Abu Waqqas berkata;

'Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang Utsman bin Mazh'un untuk membujang. Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengizinkan (membujang) baginya, maka kami akan mengebiri (kasi) diri kami sendiri'." - Sahih: Muttafaq 'alaih

Abu Isa berkata, "Hadith ini hasan sahih."

(Sahih Sunan at-Tirmidzi)

Matan Arab;

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لَاخْتَصَيْنَا

Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu


Maksud kasi ialah memandulkan ... 

Maksud Kasi menurut Kamus Dewan 
sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri: Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
sumber: google images

Jadi, yang lelaki ke, perempuan ke jangan ada niat nak membujang.

Teruskan usaha mencari Jodoh,... Jangan percaya sangat dengan kisah rumah tangga.

Banyak aje kisah manis dan indah rumah tangga yang tak digembar gemburkan...

Nak cari Jodoh, kena usaha.... Jangan terlalu memilih nak cari mr. atau mrs. perfect...

Baikkan diri kita sendiri, insha Allah yang dapat juga akan baik-baik...

Niatkan nak kahwin itu, kerana Allah... Nak dapat pahala lebih... Nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan meramaikan umat Islam untuk kemaslahatan umat... Insha ALlah, Allah akan permudahakn. 

10 Produk Paling Laris di Shopee

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Produk Paling Laris di Shopee | Shopee jadi satu shopping mall yang terbesar di Malaysia sekarang ni.

Sampaikan icon Shopee warna oren tu budak 2 tahun pun kenal. Siap nyanyi lagi lagu Shopee shark tu... Hehe..

Macam-macam ada jual kat Shopee.. Tapi bagi yang nak mula menjual... Apa barang yang boleh dijual di Shopee dan ramai orang cari?

Ini antaranya yang MF boleh kongsikan... Antara produk yang terlaris dan sentiasa dicari orang di Shopee.

10 Produk Paling Laris di Shopee

10 Produk Paling Laris di Shopee


1. Fesyen

Tak payah kata orang, tapi MF sendiri suka cari segala jenis pakaian kat Shopee.

Kadang tengok kat Facebook, malas nak PM2 cari aje kat Shopee... Pasti ada punya. Sebab dropship pun dah mula buka 'kedai' online kat Shopee.

Jadi, memang senang membeli pakaian, kasut, tudung, handbag serta pakaian anak-anak kat Shopee.

2. Gadget.

Gadget juga menjadi barang yang paling dicari di Shopee. Jika dulu orang takut nak beli handphone secara online.. Tapi sebab perkembangan teknologi dan juga polisi Shopee yang menjaga hak pembeli, menjadikan orang yakin nak beli online di Shopee.

3. Produk kecantikan.

Mungkin sebab kebanyakan pengguna Shopee adalah wanita, produk kecantikan menjadi salah satu barang yang paling banyak di minati dan di cari.

Produk penjagaan muka serta kedai seperti Watson dan Guardian mula buka cawangan di Shopee.. Itulah orang lagi suka membeli online tanpa penat tenaga nak pergi kedai lagi.

4. Produk rumah tangga.

Shopee juga menjadi tempat ibu-ibu rumah tangga mencari barang yang digunakan sehari-hari untuk mengurus masalah rumah dan keluarga.

Contoh barang yang banyak dicari di Shopee adalah peralatan dapur dan alat kebersihan.

MF sendiri pernah beli mop dan rak pinggan di Shopee.

5. Produk kesihatan

Walaupun di kempen oleh para doktor di Facebook. Tapi sebab dah terbiasa kan masyarakat kita dengan supplements menjadikan produk kesihatan tetap laris di Shopee.

6. Produk makanan.

Tak semua produk makanan di jual di kebanyakan pasaraya. Jadi, Shopee lah paling senang nak cari produk makanan yang kita nak.

Contoh mudah. MF sendiri cari makanan baby kat Shopee sebab kat kedai baby biasa tak de jual dan tak banyak pilihan.

7. Produk mainan anak.

Banyak pilihan dengan harga yang murah dari pasaran. Mainan Kanak-Kanak antara yang terlaris di Shopee.

Sebab kuasa membeli tu dalam kalangan Mak-mak, jadi barangan yang berkaitan dengan anak pasti laris kat Shopee.

8. Alat-alat elektronik.

Produk elektronik yang kadang susah kita nak dapatkan di kedai biasa. Jadi Shopee adalah pilihan terbaik untuk cari alatan elektrik dan elektronik.

9. Produk game dan komputer.

Jangan tak tahu, produk yang berkaitan teknologi dan komputer amat diminati dan dicari orang.

Macam baru-baru ni suami baru belikan kad game zaman dulu-dulu... Sebab minatnya nak main game Mario punya pasal. Haha...

10. Aksesori kereta

Orang lelaki pun dah pandai beli online sekarang. Suami MF antaranya.

Segala barang kereta dia beli kat Shopee je.. Dari segala barang spare part dan aksesori dia cari kat Shopee je.

Sebenarnya, banyak lagi produk lain dijual di Shopee... Tak mampu nak senaraikan.

Tapi apa sahaja yang terlintas korang rasa nak cari dan beli... Cubalah cari di Shopee. Sebab kebanyakan apa yang kita rasa nak beli. Akan ada jual.

Apa pun.. Moga entry ni beri peluang rezeki untuk yang nak mula menjual di Shopee.

Jom la support sikit kedai Shopee kami.. Follow sini:

https://shopee.com.my/abi_firdzaus

Terima kasih atas support korang.. Moga Allah memberkati.

Hayati Lirik Lagu Yang Terindah - Achey

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hayati Lirik Lagu Yang Terindah - Achey | Dah lama tak dengar lagu-lagu baru ni... Sekali terdengar lagu yang menusuk qalbu...

Liriknya memang penuh makna...

Sekali dengar rupanya Achey nnyanyi... haha.. ketinggalan betul daku...

Kalau lagu zaman 80-an 90-an tahulah... lagu baru ni jarang ikuti.. tambah pula dah lama tak dengar radio kan...

Hayati Lirik Lagu Yang Terindah - Achey


Lirik Lagu Yang Terindah - Achey

Lihat Diriku
Aku Merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
Ia Cukup bermakna sebelum ku terlena
Lena Untuk selamanya

Yang Terindah
Engkau Tetap didalam ingatan
Yang Terindah manis mengatasi kepahitan

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Lihat Diriku
Aku Merayu secebis kasihmu
Ia bermakna sebelum lena
Lena selamanya

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah..


Lagu ni berunsurkan ketuhanan sebenarnya... 
Yang Terindah ialah Allah... 
Yang Terindah dalam hidup kita jika kita dapat capai cinta Allah. 

Tiada yang lebih indah melainkan Yang Terindah ialah Allah Yang Maha Esa.

Kacang Bendi Berkhasiat Cegah Kencing Manis

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kacang Bendi Berkhasiat Cegah Kencing Manis | Kacang bendi... Satu kacang yang berlendir tapi penuh khasiat.

MF suka kacang bendi tapi dah lama tak makan sebab dalam rumah, MF sorang je makan. Yang lain tak makan.

Sedap kacang bendi goreng cili atau dicampur dengan kari kepala ikan... Memang ummppp...

Walaupun biasa-biasa je kacang ni.. Tapi kacang ni sangat bagus untuk cegah kencing manis ataupun diabetics.

Kacang Bendi Berkhasiat Cegah Kencing Manis

Kacang Bendi Berkhasiat Cegah Kencing Manis


Biji kacang bendi telah lama digunakan di Turki untuk membantu masalah diabetis

Ini kerana;

a. Biji kacang bendi kaya bahan 'procyanidin' (bahan antidiabetis)


b. Kacang bendi juga kaya fiber larut air (fiber larut air akan kawal gula dalam darah)


c. Kacang bendi bantu kawal aktiviti enzim 'amylase' dan 'glucosidase' (bantu kawal pemecahan kanji kepada gula)


Fiber larut air dalam dalam kacang bendi juga bantu kawal kolesterol darah

Mengurangkan rasa letih 

Makan kacang bendi juga boleh kurangkan rasa letih. Ia bertindak dengan kurangkan 'asid laktik ' dan tingkatkan antioksidan darah

Kredit: #DrSuriRoowi 

Jadi, bagi yang susah nak control manis dan makanan bergula, bagus juga amalkan makan kacang bendi ni.

Tapi, nak bagus kurangkan gula. Terutamanya gula putih dan gula yang tersembunyi dalam air minuman atau kuih muih.

MF pun sedang usaha untuk latih diri kurangkan manis ni.

Kena lah jaga makan bila usia meningkat ni.. Sebab penyakit senang nak lekat kan...

Moh lerr Kita jaga kesihatan supaya sihat hingga ke tua... Mudah untuk beribadah... Insha Allah..                                                                  

Paksa Diri Dengar Nasihat Orang Walaupun Tak Suka!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Hidup kita perlukan nasihat. Ibarat ikan perlukan air untuk hidup. 

Orang yang menolak nasihat orang lain, ialah orang yang sombong. Bongkak dan angkuh... 

Al-Quran adalah satu nasihat yang lengkap untuk kita semua. 

Paksa Diri Dengar Nasihat Orang Walaupun Tak Suka! 

Paksa Diri Dengar Nasihat Orang Walaupun Tak Suka!


Al Quran itu berisi kandungan yang sarat dengan peringatan peringatan dan sebahagian yang lainnya adalah khabar gembira bagi orang orang yang beriman.

Lalu, sebagai seorang muslim dan beriman kepada ayat ayat suci Al Quran, sudah pastilah wajib keatas kita mengimani keseluruhan isi kandungannya "regardless" hati kita suka atau pun tidak terhadap isinya.

Mana boleh kita hanya ingin mendengar perihal syurga sahaja lalu mengenepikan perihal azab neraka yang terkandung didalam Al Quran.

Umpama kita berusaha keras untuk mendapatkan syurga, tetapi pada masa yang sama membiarkan sahaja dosa dan azab yang mengancam diri dibiarkan tidak dibersihkan!

Begitulah juga halnya ketika kita diberi nasihat yang baik, lebih lebih lagi berkaitan hukum hakam agama. Adakalanya nasihat yang kita dengari adalah berkenaan hukum hakam yang kita tidak gemar untuk mendengarnya. Pantas kita pun menolak dan "buat buat pekak" terhadap nasihat tersebut.

Sebagai seorang muslim, nasihat yang baik yang kita dengari sama ada ianya kita gemari ataupun tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka.

Sekiranya hati kita memberontak serta membenci nasihat yang baik yang kita dengari, maka periksalah hati itu. Barangkali telah lama ia "sakit" dan perlu diubati.

"Tak perlu sembanglah" nak berusaha memperbaiki diri sekiranya kita hanya memilih untuk mendengar dan menerima nasihat yang kita gemari sahaja dan menolak nasihat yang lainnya dek kerana kita tidak menggemarinya.

Seseorang yang tidak mahu mendengar dan menerima nasihat selain daripada nasihat yang digemarinya ada beberapa faktor dan antaranya adalah ;

⚫️ Kerana nasihat tersebut akan menyebabkan dia terpaksa meninggalkan sesuatu perbuatan yang disukainya setelah mengetahui perbuatannya itu menyanggahi syarak.

⚫️ Kerana nasihat tersebut akan memaksa dia melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya sedangkan kebaikan nasihatnya itu hanya akan diperolahi setelah susah payahnya.

⚫️ Kerana hatinya yang masih dipenuhi dengan sifat sifat mazmumah seperti sombong dan membangga diri.

Ini sebenarnya berlaku ekoran daripada kurangnya penghayatan terhadap ilmu ilmu agama yang akhirnya menyebabkan kelesuan iman. Jangan kita terus begitu!

Paksalah diri untuk mendengar dan menghayati nasihat nasihat yang kita terima sama ada ianya kita gemari ataupun sebaliknya. Usahakan juga untuk melazimi majlis majlis ilmu yang boleh meningkatkn iman dan melapangkan dada kita.

Jangan biarkan syaitan bersorak kegembiraan melihat kita yang terus menerus berada dilembah kejahilan dan terus begik untuk mendengar nasihat nasihat yang baik. Kelak kita sendiri yang akan menyesal.

Nabi kata "Agama itu adalah nasihat". Maka nasihat nasihat kebaikan adalah sebahagian daripada juzuk agama kita ini. Oleh kerana itu janganlah kita lelah untuk mendengarinya.

Tulisan ini juga merupakan satu nasihat. Maka, diharapkan juga ia memberi kefahaman bagi diri ini dan semua. Wallahu'alam.

Kredit: #AkhiAdifGorment

15 Perasa Semulajadi Ini Boleh Gantikan Garam dalam Masakan

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Perasa Semulajadi Ini Boleh Gantikan Garam dalam Masakan | Masakan tanpa garam, tak sedap rasanya.

Macam petikan dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "Ahmad Albab".

Marah bapak mentua Syawal bila dia makan kuah capati yang tidak bergaram... Begitulah pentingnya garam dalam masakan.

Tapi terlalu banyak garam atau istilah moden sodium boleh mengundang penyakit.

Biasanya penyakit darah tinggi lah yang dikaitkan dengan pengambilan garam berlebihan.

Tapi, jangan risau, ada perisa atau bahan lain untuk menjadikan masakan kita tetap sedap walaupun menggunakan garam yang minimum.

15 Perasa Semulajadi Ini Boleh Gantikan Garam dalam Masakan
15 Perasa Semulajadi Ini Boleh Gantikan Garam dalam Masakan

15 Perasa Semulajadi Ini Boleh Gantikan Garam dalam Masakan

Pengambilan garam secara berlebihan adalah tabiat yang sukar untuk dihentikan, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.
Daripada bergantung kepada sodium sebagai perisa utama makanan, anda boleh menggunakan kaedah berikut sebagai perisa makanan supaya tidak menyumbang kepada tekanan darah tinggi :
  1. Bawang putih dapat menambahkan satu lagi dimensi rasa dalam kebanyakan jenis masakan.
  2. Kunyit sesuai digunakan sebagai perasa, aroma dan pewarna bagi makanan seperti nasi, ikan, daging dan ayam.
  3. Halia, serai, lengkuas, daun sup, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut juga dapat memberi rasa yang berbeza dan aroma yang harum dalam kebanyakan masakan.
  4. Serbuk kari, lada hitam dan lada putih memberikan rasa luar biasa pada daging tanpa lemak terutamanya kambing serta masakan-masakan berkuah.
  5. Jintan dapat memberikan rasa pedas kepada roti, mi dan sayuran seperti kobis .
  6. Jus lemon meningkatkan rasa salad, sayur-sayuran dan ikan.
  7. Daun kucai menambah kerangupan untuk salad dan sayur-sayuran.
  8. Kayu manis sedap dicampur ke dalam kebanyakan buah-buahan.
  9. Cuka epal dapat memantapkan rasa sos dan sayur-sayuran.
  10. Peppermint dan ekstrak lain dapat memberikan rasa tambahan untuk buah-buahan dan puding.
  11. Basil (segar atau kering ) boleh digunakan pada ikan, daging tanpa lemak , dalam sup dan sos.
  12. Thyme menambahkan perisa untuk sos dan sup.
  13. Rosemary berfungsi dengan baik dalam hidangan enak seperti daging cincang, kentang dan kacang.
  14. Daun Bay sesuai digunakan dalam sup dan stew.
  15. Paprika memberikan rasa pedas untuk daging panggang dan sayur-sayuran.
    Cuba ELAKKAN penggunaan :
    • Monosodium glutamate (MSG)
    • Serbuk/kiub perasa
    • Perencah yang mengandungi MSG.
    Kaedah memasak yang menggunakan bahan mentah, sos, atau perasa yang tinggi garam (natrium) perlu dikurangkan dan digantikan dengan perisa dan perasa semula jadi seperti yang disebutkan di atas.

    Wordless | 5 Kelebihan Tidur Iring Ke Kanan

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    5 Kelebihan Tidur Pada bahagian kanan badan


    1. Rehatkan otak kiri
    2. Rehatkan kaki kiri
    3. Ringankan beban jantung
    4. Jaga kesihatan paru-paru
    5. Rehatkan pundi kencing

    Simple sunnah Nabi s.a.w yang sangat baik untuk kesihatan.

    Apa yang Nabi buat tu, mesti ada manfaat dan hikmahnya kan. 

    Jom amalkan sunnah walaupun sedikit asalkan  berterusan... 😊

    10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah | Dulu masa dok kat KL, dok kat pinggir bandar... Rumah masih ada pokok.. Suasana kampung.. Jadi kurang habuk dalam rumah.

    Tapi sekarang, dok rumah taman... Hampir dengan jalan besar. Banyak lori lalu lalang... Memang tak dapat elak dari habuk.

    Setiap hari kena sapu rumah.. Dan kena mop juga...

    Walaupun camtu, tetap usaha untuk kurangkan habuk dan tambah habuk lagi dalam rumah.

    10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah
    10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah

    10 Cara Menghapuskan Habuk di dalam Rumah


    1. Elakkan menggunakan tilam dan bantal dari kapas. 

    Tilam memang tak lah.. Tapi bantal jenis kekabu.. Memang agak berhabuk la..

    Tapi itulah bantal yang selesa.. Nampaknya kena beli bantal hotel la lepas ni.


    2 Gunakan perabot yang diperbuat daripada kayu atau plastik. 

    Selain pembersihan mudah, bahan kayu dan plastik juga tidak membuat habuk terperangkap.

    3. Lap habuk dengan kain lembap. 

    Keluarkan habuk dengan kain lembap, supaya tidak terbang dan cepat bersih.
    Elak menggunakan penyapu.

    4. Vakum permaidani. 

    Bersihkan permaidani sekali seminggu dengan pembersih vakum dan basuh di dobi.
    Jika ia bersih dan tidak digunakan, sebaiknya menggulung permaidani dan bungkusnya dengan plastik supaya habuk tidak melekat.

    5. Kurangkan hiasan gambar di dinding. 

    Kurangkan pemasangan lukisan, gambar dan gambar yang dibingkai di dinding.
    Debu akan dilekatkan di tempat-tempat kecil macam ni. Kita pun kadang lupa nak bersihkan.

    6. Sebelum bilik dibersihkan, jangan menghidupkan kipas. 

    Kerana habuk akan terbang ke tempat lain.

    7. Letakkan buku dalam almari bertutup

    Jangan memaparkan buku di luar.
    Letakkannya di dalam almari bercermin.


    8. Tanam pokok di luar rumah. 

    Rumput tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan kecil yang lain di halaman rumah.
    Dengan cara itu, habuk jalan boleh dihalang dan tidak memasuki rumah.

    9. Tutup pintu pada siang hari. 

    Tanpa sedar, itulah debu yang sering masuk, terutama ketika matahari sangat panas.

    10. Jangan letak barang atas almari. 

    Tempat ini sering dimanfaatkan untuk menyimpan benda-benda yang jarang terpakai. Sebab jarang guna itulah, barang jadi dihinggapi debu.

    Itu yang mengakibatkan atas lemari sering menjadi sarang debu.

    Habuk boleh cetuskan penyakit. Antaranya asma.

    Jadi, pastikan habuk dapat diminimumkan sehabis mungkin.


    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging | Daging, jarang orang alah tapi kadang boleh jadi alahan tertentu sebab tindak balas badan yang berlainan.

    MF sendiri takde alahan apa makan daging. Tapi kadang jadi pening kepala lepas makan daging.

    Sebab apa jadi macam tu?

    Sebab Tyramine akibat daging beku yang lama.
    Kalau daging fresh jarang nak rasa pening ni.

    Tapi jangan risau... Ada cara untuk hilangkan pening kepala akibat makan daging ni.

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    1# Minum Air Asam Gelugor

    Caranya:
    Rendam asam keping (asam gelugor) 2-3 keping dalam air panas dan ditutup supaya wap tak keluar.
    Selepas dah suam-suam air tersebut…..kita minum air tersebut sampai habis.
    Mula-mula memang masam sangat……selepas 30-40 minit …rasa pening kepala akan mula hilang.

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    Kalau tak lalu nak telan air asam gelugor, boleh cuba cara kedua.

    2# Minum Teh O Panas

    Teh O panas membantu melarutkan kandungan zat besi yang terdapat di dalam daging terutama daging kambing.

    Minumlah teh O panas selepas makan daging.

    Lagipun, teh ni berfungsi sejukkan badan... Bagus lah kalau minum teh lepas makan daging.

    Tapi, ada orang jadi berangin badan pula bila minum teh.

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    Jadi, boleh cuba cara ketiga.


    3# Minum Air Limau Kasturi

    Perah limau kasturi di dalam air suam dan minum. atau;
    Makan sebiji limau kasturi sekali dengan kulitnya.
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    4# Minum Air Halia Bakar

    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging
    4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

    • Ambil halia segar dan bersihkan.
    • Bakar menggunakan arang/dapur sekali dengan kulit-kulit tu, tapi jangan sampai rentung.
    • Kemudian, kupas kulit halia yang dibakar tadi.
    • Bersihkan dan masukkan di dalam gelas.
    • Tuang air panas. Tunggu lebih kurang 5 minit supaya pati halia larut.
    • Selepas satu jam, insyaallah pening kepala akan hilang, dengan izinNya.


    4 petua semulajadi ini bolehlah diamalkan sekiranya pening atau sakit kepala akibat makan daging. Bahan-bahan pun mudah  je. sebab guna bahan yang ada kat dapur.

    MF pun tadi, kena kat sekolah.... rasa lain macam peningnya.. mana nak cari limau dan segala benda tu kan... terus la minum je air banyak-banyak... Alhamdulillah..

    Agaknya tindak balas daging dengan badan, menjadikan badan panas dan kepala pusing.

    Nasib makan tak banyak mana pun tadi... kalau tak pengsan... 

    Wordless Jumaat | Menu Istimewa di Kafeteria Mukmin

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    Indahnya kalau dapat nikmati semua menu ni kan... 

    Memang betul dinamakan kafeteria mukmin... Tapi tak semua orang mampu masuk dalam kafeteria ni. 

    Namun, kita tetap boleh amalkan mana yang kita boleh buat. 

    Tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 

    72 Perkara MENARIK Dalam Bajet 2019

    $
    0
    0
    71 Perkara MENARIK Dalam Bajet 2019 | Semalam pembentangan bajet 2019.
    Ntah kenapa, MF perhatikan tahun ni orang tak teruja mana dengan bajet berbanding tahun sebelum ni.

    Apa pun, MF tengok juga sekejap...

    Tapi, yang syok tu mf boleh pula lupa..

    Eh, kenapa bukan PM yang bentang.. Sekali teringat...

    Oh, PM dulu merangkap menteri Kewangan sebab tu PM bentang.

    Kali ni jawatan tu asing-asing dah.. Haha.. Boleh plak lupa.. 😅😅😅

    Dalam Bajet 2019
    sumber: google images

    71 Perkara MENARIK Dalam Bajet 2019

    Bajet 2019 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng

    BERIKUT ialah intipati Belanjawan 2019.

    1. Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera'.
    2. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
    3. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
    4. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018.
    5. Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.
    6. Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion
    7. Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019
    8. Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021
    9. Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan
    10. Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021
    11. Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu
    12. Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021
    13. Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3
    14. Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaa
    15. Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka.
    16. 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46 bilion yang telah dibayar
    17. Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017
    18. Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019
    19. Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018
    20. Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
    21. Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus
    22. Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan
    23. Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia
    24. Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Jan, 2019
    25. Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019
    26. Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Jan, 2019
    27. Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020
    28. Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
    29. Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
    30. Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan
    31. Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas
    32. Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus
    33. CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000
    34. Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus
    35. Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
    36. Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
    37. Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar
    38. Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun
    39. Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
    40. Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
    41. Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
    42. Dana-dana modal teroka yang diurus agensi kerajaan akan diselaraskan bagi memastikan dana disalurkan kepada syarikat berpotensi tinggi sahaja
    43. Dana Pelaburan Berkaitan Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM2 bilion untuk melabur dalam dana ekuiti swasta dan dana modal teroka
    44. Kerajaan bercadang menubuhkan Dana Pelaburan Bersama berjumlah RM50 juta untuk melabur bersama pihak swasta melalui platform pembiayaan alternatif
    45. Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan bagi memperkenalkan rangka kerja baharu untuk meluluskan dan memantau aktiviti jual beli mata wang digital dan pasaran token, akan diwartakan pada awal 2019
    46. Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion
    47. Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
    48. Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
    49. Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
    50. Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
    51. Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
    52. Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd
    53. Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
    54. Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
    55. Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
    56. Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
    57. Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
    58. Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
    59. Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api
    60. Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
    61. Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang
    62. Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019
    63. Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
    64. Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat
    65. Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
    66. Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani
    67. Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer
    68. Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama
    69. Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018
    70. Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
    71. Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
    72. Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.

    Sumber: Astro Awani


    Untuk lebih jelas, boleh download penuh ucapan dan belanjawan 2019:

    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda! | Kemurungan satu penyakit. Dan ianya adalah penyakit mental yang berbahaya jika dibiarkan dan tidak dirawat.

    Kemurungan ni tak nampak.
    Orang perempuan mudah alami penyakit ni.

    Tapi kadang kita sendiri tak sedar kita ada penyakit kemurungan ni.

    Kemurungan ni adalah disebabkan tekanan yang tidak terkawal.

    Ada masalah pendam sendiri.

    Akhirnya memakan diri.

    Betul Ke mental kita sihat?
    Jom buat ujian saringan kemurungan ni.

    Jawab beberapa soalan mudah dengan JUJUR.

    Dan anda akan terus dapat jawapannya nanti.

    Jika tidak normal, boleh bawa keputusan ujian ni kepada klinik kesihatan terdekat untuk rawatan dan kaunseling.

    Jangan biarkan...

    Sayang diri dan keluarga kita.

    Sedihkan kalau biarkan.
    Kesannya, itulah yang berlaku...

    Mak kelar anak, gantung diri, mak tinggalkan anak dan macam-macam kes tak masuk akal.

    Jadi, jom buat ujian ringkas ini..

    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda!

    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda!

    Panduan ringkas ujian saringan kesihatan minda oleh Public Health Malaysia.

    1⃣ Lakukan ujian saringan kesihatan minda yang disediakan secara atas talian oleh Public Health Malaysia di pautan www.tinyurl.com/phmdass2.


    2⃣ Bawa keputusan saringan ke klinik kesihatan atau klinik swasta yang berdekatan. Nyatakan gejala yang dihadapi.

    3⃣ Jika perlu, doktor akan merujuk anda ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang terdekat.

    4⃣ Bawa surat tersebut untuk membuat temujanji bersama doktor di hospital berkenaan.

    Harus diingat
    1⃣ Ujian DASS merupakan satu saringan, BUKAN DIAGNOSIS

    2⃣ TIDAK semua pesakit kemurungan perlu memakan ubat.

    3⃣ Mendapatkan RAWATAN dan mengadakan pertemuan berkala BUKAN bererti anda kurang siuman atau gila.

    Namun,
    1⃣ DASS merupakan saringan kesihatan mental, dan kesihatan mental sama penting untuk dibuat ‘medical check-up’ setiap 6 bulan sekali

    2⃣ Jika anda perlu memakan ubat, teruskan dengan saranan doktor untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

    3⃣ Tidak mengapa untuk mendapatkan rawatan psikiatri kerana kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal.

    Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang sejahtera dari aspek mental ataupun fizikal.

    MF sendiri dah buat ujian saringan ni... Alhamdulillah... Ada sedikit la tahap kemurungan tu...

    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda!
    Ujian Saringan Mental Online - Uji Tahap Kemurungan Anda!



    Masih boleh dikawal...

    Alhamdulillah tiada penyakit mental dan semuanya normal.

    Korang cubalah buat ujian ni...
    Periksa sendiri..

    KLIK URL INI:
    www.tinyurl.com/phmdass2.


    Jika tak normal jangan panik dan jangan rasa korang ni gila.

    Cuma korang perlu kawal..

    Amalkan zikir dan al-Quran.. Insha Allah... Penyakit mental dapat dicegah dan dikawal. 

    Cuba Untuk Sabar

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    SABAR ITU SENANG DIUCAP NAMUN BERAT UNTUK DILAKUKAN.

    Allah berfirman :

    وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

    Bermaksub:
    “Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. [Ali Imran : 146]

    Bahagia hidup kita jika kita termasuk dalam golongan orang-orang yang Allah cintai. Namun adakah senang untuk menjadi seorang yang sabar?

    Sifat semulajadi manusia ingin semua berlaku dengan kehendaknya dan cepat dan pasti.

    Sedangkan dalam kehidupan sebenar, tidak semua berlaku di atas kemahuan kita, tidak semua berlaku mengikut perancangan kita dan tidak semua berlaku atas kehendak kita.

    Jadi disini konflik akan berlaku dimana apa yang kita mahu tidak berlaku malah ia jauh terpesong dari apa yang kita jangkakan.

    Disinilah berlaku ujian sabar dan taqwa.


    Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 177:

    وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

    Bermaksub:
    “Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”.

    Ujian yang Allah "hadiahkan" kepada kita merupakan titik hala tuju kita sebenarnya. 

    Adakah kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa berburuk sangka terhadap segala ujian atau kita akan menjadi hamba-Nya yang terus menerus bersabar malah sentiasa bertaubat kerana percaya ujian yang diterima itu sebagai "pembersih" dosa.

    Ujian yang Allah timpakan kepada kita boleh jadi kafarah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, oleh itu kita digalakkan sentiasa bertaubat memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.

    Atau untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah Yang Maha Agung. Kita sebenarnya tidak tahu. Maka kita digalakkan bersabar dan seterusnya jangan berhenti bertaubat memohon keampunan dari Allah Yang Maha Esa.

    Ingatlah!!! Allah Azza wa Jalla berfirman:

    أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ

    Maksudnya :

    "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami Telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?" [Al-Ankabut/29:2]

    Oleh itu, bersabarlah wahai hati. Wallahua'lam.

    Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung | Ada orang kata. . Susah la jaga rambut kalau bertudung. MF pernah statement macam ni orang seorang yang bertudung kemudian dah tak bertudung.. Moga dia kembali bertudung.

    Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran.

    Melakukan 20 rutin ni lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

    1. Cuci rambut secara berkala. 

    Disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa... Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa fuhh..  Me Time dalam bilik mandi gitu..


    2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul

    Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut.. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita.


    3. Elakkan cuci rambut dengan air hangat/suam

    kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.


    4. Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. 

    Pastikan rambut betul-betulkering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

    MF tak kan basahkan rambut kalau nak pergi kerja. Balik kerja baru basahkan rambut.


    5. Sikat rambut sebelum cuci rambut.

    Lepas buka tudung dan nak cuci rambut tu, sikat dahulu rambut dengan sikat bergigi lebar. Teknik ni bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak ketika mandi.



    6. Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung.

    Lepas balik rumah... Penat-penat tu.. jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



    7. Pilih anak tudung yang betul

    Sebaiknya anak tudung yang diperbuat daripada kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.


    8. Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. 

    Ye lah.. Kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu... Tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


    9. Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal.

    Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.



    10. Ambil supplemen.

    Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung
    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung


    11. Lepaskan rambut bila tidak bertudung.

    Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.



    12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. 

    Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.


    13. Trim hujung rambut sebulan sekali.

    Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.


    14. Gunakan pewangi rambut.

    Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.


    15. Serum rambut.

    Guna lah serum rambut, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.


    16. Beri ruang dan peluang untuk rambut bernafas.

    Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


    17. Rawatan di salon rambut.

    Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.


    18. Pilih tudung yang berwarna cerah.

    Tahu tak, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap.

    20 Tips Jaga Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

    19. Buat scrub rambut.

    Seperti juga kulit wajah, kulit kepala pun perlu sentalan atau eksfoliasi untuk singkirkan sel kulit mati.

    Cara mudah, campurkan beberapa camca gula bersama syampu dan gosokkan ke kulit kepala. Gosok dengan hujung jari dengan lembut. Lakukannya seminggu sekali.


    20. Pakai perapi selepas syampu.

    Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


    Nak cantik kena lah usaha ye dak... Harap anak kecik dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni...

    DAh berusia kena bertambah cantik... bukan untuk siapa.. untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.. 

    4 Ciri Orang Yang Negatif

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    4 Ciri Orang Yang Negatif | Orang yang negatif akan mempengaruhi orang lain menjadi negatif dalam tak sedap.

    Dalam hidup kita yang bersosial dengan orang lain ni, tak terkecuali kita akan jumpa dengan orang negatif ni sama ada di dunia nyata atau di media sosial.

    Sebaiknya, hindarilah diri dari berkawan rapat dengan orang negatif sebab dia akan pengaruhi kita dalam senyap untuk jadi negatif.

    Ada 4 Ciri Orang Yang Negatif orang mudah untuk kita ketahui.

    4 Ciri Orang Yang Negatif

    4 Ciri Orang Yang Negatif
    sumber: google images

    Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.

    1. Manipulator. 

    4 Ciri Orang Yang Negatif


    Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia etc. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.

    2. Gossiper. 

    4 Ciri Orang Yang Negatif

    Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.

    3. Blammer. 

    4 Ciri Orang Yang Negatif

    Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.

    4. Complainer. 

    4 Ciri Orang Yang Negatif

    Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.

    Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.

    Jangan berfikiran negatif. Maafkan semua orang.

    Kredit: #DrZubaidiHjAhmad

    Mengelak dari orang yang negatif bukanlah bermakna kita ni baik dan orang positif sangat. Tapi kita tak kuat nak dakwah orang negatif menjadi positif, jadi lebih baik kita elakkan dan jauhkan. 

    Kita tak positif, jadi lebih baik kita elakkan dari orang negatif supaya kita tak jadi lebih negatif... 

    Ada orang marah saya dan sangka buruk dengan saya... kononnya saya menyuruh orang boikot orang negatif... saya tak suruh orang boikot... Tapi kalau rasa kita ni negatif, berubahlah jadi positif... Bukannya mempengaruhi orang menjadi negatif seperti dia. 

    Moga kita sentiasa positif untuk membina hati yang positif dan bahagia.

    Sumber gamabr: google images

    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP | Aplikasi Whatsapp adalah Aplikasi yang paling popular selain Aplikasi Facebook dan Instagram.

    Rata-rata smartphone mesti ada aplikasi Whatsapp.

    Kini, Whatsapp ada satu tambahan baru.

    Iaitu sticker mesej.

    Jika di telegram, sticker mesej dah memang tersedia.

    Tapi di whatsapp kena install dan update aplikasi untuk dapatkan kelebihan ni.

    Tapi tak susah mana pun...

    Jom ikuti tutorial bergambar ni... sangat mudah.


    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


    1. Klik pada 3 titik sebelah kanan whatsapp. Kemudian, klik "Setting"


    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP


    2. Kemudian, klik pada "Help"

    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
     3. Klik pada "FAQ", kemudian, dia akan terus ke browser yang ada pada phone kita lah.
    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP
    4. Scroll hingga ke bawah... Sampai jumpa macam gambar kat bawah ni.

    Kemudian, klik lah pada jenis phone korang. Kalau pakai android klik android, kalau iPhone, klik pada iPhone.

    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    5. Kemudian, akan terbuka satu lagi Tab pada browser. Dan klik download.
    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    6. Tunggulah apps tu download hingga habis.

    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    7. Dah habis, klik install.
    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    8. Dah siap install. Buka WhatsApp semula dan test untuk hantar mesej kepada seseorang.

    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    9. Kat bawah keyboard tu akan ada 3 icon.
    Ada emoji, Gif dan simbol sticker. Klik pada sticker.

    Untuk sticker pengenalan, satu sticker sudah diberi. . Iaitu sticker cawan. Kalau nak download yang lain, klik pada simbol + macam yang MF tunjuk dalam gambar kat atas.


    [TUTORIAL] CARA INSTALL STICKER MESEJ PADA WHATSAPP

    10. Bolehlah pilih dan guna sticker yang disukai.

    Senang Je...

    Cuma, kalau nak lebih download lah kat Playstore. Lagi banyak sticker.

    Ni salah satu fungsi WhatsApp.

    Sebab dia tak nak ketinggalan dengan Telegram yang lebih banyak fungsi yang canggih.

    Tapi WhatsApp susah orang nak tinggalkan... Sebab bisnes banyak guna WhatsApp.

    Telegram masing-masing ada kelebihan. Seronok ada keduanya.

    Semoga bermanfaat . 

    5 Cara Atasi Malas!

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

    5 Cara Atasi Malas! | Malas ni satu penyakit sebenarnya... Jangan biasakan dan selesa dengan penyakit ni.

    Malas ni biasa, salah satu sifat manusia...

    Tapi jika dibiarkan tanpa dirawat... akan menjadi sifat ni.

    Sifat malas ni ada doa untuk merawatnya. Tapi perlu juga rawatan ni untuk mengubatinya.

    Ada 5 ubat untuk penyakit malas ni.


    5 Cara Atasi Malas!

    1. Jadikan mati sebagai motivasi.

    Ingat mati, bahawa mati tak tahu bila. 

    2. Jadikan syurga sebagai motivasi

    Letakkan matlamat utama nak capai syurga. Orang yang malas tak dapat masuk syurga.

    3. Amalkan doa

    Allahumma inni a’uudzubika minal hammi wal hazan.
    Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

    Wa a’uudzubika minal ‘ajzi wal kasal.
    Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

    Wa a’uudzubika minal jubni wal bukhl.
    Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

    Wa a’uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
    Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

    4. Bergaul dengan orang yang rajin

    Bila kita kawan dengan orang rajin, insha Allah kita jadi rajin juga. Kalau kawan dengan orang malas, maka malas lah jadinya kita. 

    5. Mujahadah paksa diri kalahkan malas.

    Ingat! Malas satu penyakit. Jadi, kena lawan. 

    Malas ni kalau dilayan, makin menjadi... Jadi, kena lawan juga. Banyakkan doa dan jadikan sesuatu yang indah untuk motivasi diri.

    WW | 9 Foods You Should Eat Everyday

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    Boleh tahan RM juga la kalau nak beli 9 jenis sayur dan buah ni kan..

    Tapi kalau nak sihat... No excuse..
     Dan sebenarnya, inilah yang terbaik dari ambil supplements yang telah diproses kan... 

    Hukum Berjaga Malam

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    Hukum Berjaga Malam | Korang pernah berjaga hingga lewat malam?

    Semestinya pernah kan...

    MF sendiri pernah tak tidur langsung satu malam...

    Kalau zaman universiti sebab study, layan citer Korea dengan kengkawan kolej.. Tak pun saja berjaga sebab main game.. Ahaks..

    Dah kahwin ada anak, of course lah berjaga Sebab anak berjaga sekali.

    Dan MF juga pernah berjaga malam tak tidur langsung sebab buat blog... Haha... Mujurlah blog ni mendatangkan hasil lumayan sekarang ni.. Berbaloi juga berjaga malam dulu kan..

    Tapi, rupanya dalam Islam ada hukum berjaga malam..

    MF sendiri tak tau pun ada hukum ni...

    Cuma yang pasti... Memanglah berjaga malam dan tidur siang hari adalah melanggar fitrah yang Allah dah tentu kan...

    Tapi tak tau lah pula hukum secara detail.

    Tapi lepas baca penjelasan hukum dari Mufti Wilayah, rasa insaf nak berjaga malam dah kecuali sebab anak.

    MF tak ambil detail... Tapi cut off part tertentu tentang penjelasan hukum berjaga malam.

    Hukum Berjaga Malam

    Hukum Berjaga Malam


    Persoalan berkaitan isu ini hendaklah dilihat kepada faktor yang membawa kepada berjaga malam tersebut.

    Ini kerana terdapat beberapa riwayat yang menyatakan berkenaan hal ini, dan ia berkait rapat dengan aktiviti atau perbuatan apakah yang dilakukan pada masa itu.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

     لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

    Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.

    Riwayat Al-Tirmizi (2730)

    Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata: Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam. Lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).

    Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir.

    Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

    جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ

    Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’.

    Riwayat Ibn Majah (703)

    Imam Ibn Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جَدَبَ beliau berkata: ‘’Iaitu memberi amaran dan melarang kami’’.

    Namun larangan di dalam beberapa riwayat di atas ini tidaklah datang dalam bentuk yang mutlak. Ini kerana terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat.

    Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:

    كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا

    Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua.

    Riwayat Al-Tirmizi (169)

    Imam Al-Syaukani Rahimahullah menukilkan sebuah pandangan yang amat baik dari Imam Al-Tirmizi dalam mengulas isu ini dengan katanya: Para ahli ilmu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, para tabiin, dan golongan selepas mereka telah berbeza pendapat berkenaan perbuatan al-samar (berjaga malam untuk berbual-bual) selepas dari solat isya’.

    Sebahagian mereka menghukum makruh akan perbuatan tersebut, manakala sebahagian lainnya memberikan keringanan sekiranya pada perkara membincangkan ilmu, dan perkara-perkara lain yang ada keperluan padanya.

    Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut). Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus.

    Manakala hadis daripada Abi Barzakh dan Ibnu Mas’ud menunjukkan kepada kemakruhan.

    Cara untuk dihimpunkan antara keduanya (hadis yang menunjukkan kepada makruh dan hadis yang menunjukkan kepada keharusan) adalah dengan mentaujihkan hadis-hadis yang melarang, merujuk kepada ucapan-ucapan yang harus namun tidak ada faedah padanya.

    Manakala hadis-hadis yang membenarkan merujuk kepada ucapan yang terdapat padanya faedah. Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani (2/19).

    Kesimpulan

    Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa berjaga malam dengan tujuan untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan.

    Sebaliknya, berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya.

    Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.



    Jadi jelaslah...

    Lepas ni back to niat kita lah.. Nak berjaga malam sebab apa.

    Bagi Mak-mak yang berjaga malam jangan risau.. Tak jatuh haram pun.. Bahkan berpahala lagi sebab berjaga untuk anak kan. Dan ajak suami jaga anak sekali untuk raih pahala bersama... 😁😁😁

    Bagi bapa-bapa yang berjaga sebab lepak Kat kedai mamak malam minggu, harap insaf lah lepas ni. Walaupun tak haram tapi makruh yang sebaiknya kita elakkan. 

    3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

    $
    0
    0
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
    (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


    3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain | Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

    Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

    3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

    3 rahsia
    Sumber: Google images

    Pertama : Rahsiakan Umurmu. 

    Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

    Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. 

    Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

    Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. 

    Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.

    Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.

    ‎لكل نعمة حسود

    Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

    Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama strategi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.

    Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.

    Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.

    Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari

    (Dipetik daripada facebook Mohammad Yaakub Yusra)

    Itulah bencana media sosial zaman sekarang.

    Bila orang tegur macam ni, dikatakan kita ni dengki dengan dia.

    Sebenarnya sikap suka menunjuk dengan riak tu nipis sangat border nya.

    Asalnya kita publish bukan niat menunjuk tapi bila ada yang komen, like, puji, share... Niat asal tu dah boleh tergelincir sebab syaitan ni akan sentiasa usaha untuk gelincir kan hati kita.

    Bagi blogger... Boleh nak kongsi dengan niat itu memang kerja kita... Tapi jika bukan berkaitan hal review lebih baik tak usah berlebihan dalam berkongsi.

    Peringatan untuk diri sendiri.

    Masing-masing jaga hati... Insha Allah akan beroleh keberkatan dan ketenangan serta kebahagiaan. 
    Viewing all 4745 articles
    Browse latest View live


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>