↧
WW | Senaman Untuk Perut Buncit
↧
Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya | Setiap orang, impiannya nak berjaya... Siapa tak nak berjaya kan...
Tapi... Apa guna kita berjaya di dunia tapi tak berjaya di akhirat. Bahkan sangat malang kalau kejayaan kita di dunia takde nilai pun di sisi Allah. Sia-sia je...
Siapa Orang Yang Berjaya Tu?
ORANG YANG BERJAYA itu kata Allah adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam Surah Ali Imran ayat ke 185.Firman Allah SWT :
فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ
Maksudnya : "..Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."(3:185)
Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya
Tetapi, apakah ciri ciri yang perlu seseorang itu ada dan lakukan untuk menjadi orang yang berjaya disisi Allah?Di dalam Surah Al Mukminoon telah Allah nyatakan beberapa ciri orang orang yang berjaya.
Syarat Untuk Berjaya
Syarat untuk berjaya yang paling utama di sisi Allah ialah... BERIMAN.Firman Allah SWT :
📌[23:1]
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Ayat yang pertama ini merupakan syarat utama yang wajib ada bagi mereka yang ingin berjaya disisi Allah iaitu Iman.
Sepakat ulama' mengatakan Iman itu adalah kepercayaan dan keyakinan kepada Allah dengan membenarkannya di dalam hati dengan sebenar benar keyakinan tanpa keraguan terhadap Allah dan Rasul.
Ciri ciri bagi orang yang berjaya adalah seperti berikut :
1. Khusyuk ketika solat
📌 [23:2]الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.2. Menjauhi perkara yang sia-sia
📌[23:3]وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;3. Menunaikan zakat
📌[23:4]وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);4. Menjaga kehormatan
📌[23:5-7]وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
5. Jaga amanah dan janji
📌[23:8]وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.6. Jaga solat
📌[23:9]وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Ganjaran kepada orang yang berjaya.
Dan apabila mereka itu telah berjaya disisi Allah SWT, maka ganjaran Allah kepada mereka adalah balasan Syurga.Firman Allah SWT :
📌[23:10-11]
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.Jadi, nak jadi orang yang berjaya... Syaratnya mesti beriman... Nak dapat iman... Mestilah penuhi 6 ciri di atas.
Tak susah pun sebenarnya. Ikut je apa Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Insha Allah... Mudah... Mudah sangat. Kita dapat ikut apa Allah kata dan suruh.. Kiranya kita orang yang berjaya dah sebab mampu dan berjaya lawan hawa nafsu kerana Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Dan penulis doakan semua pembaca Blog ini dan entry ini... Menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Olah sumber: Telegram channel
↧
↧
20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian
...............

Hasan al-Basri berjiran dengan orang Kristian. Dia tingkat atas rumah Hasan, orang Kristian itu memelihara haiwan ternakan. Kebetulan pada bahagian bumbung rumah Hasan al-Basri itu pula ada lubang.
Setiap kali haiwan diatas kencing, maka ia akan menitis ke dalam rumah Hasan al-Basri.
Hasan al-Basri tidak marah. Dia meletakkan bekas di bawah lubang itu untuk menadah air kencing yang mengalir dan apabila penuh, dia membuangnya di siang hari.
Tidak pernah sekali pun beliau mengadukan hal tersebut kepada jiran kristiannya. Dia bersabar dengan perkara itu selama 20 tahun!
Pada suatu hari, Hasan al-Basri jatuh sakit. Jiran Kristian itu datang ke rumah untuk melawatnya. Betapa terkejutnya mereka apabila melihat najis haiwan peliharaan mereka yang menitis keluar daripada bumbung rumah Hasan al-Basri.
“Wahai Hasan, sudah berapa lama engkau kesusahan kerana perbuatanku ini?” soal Kristian itu.
“Sejak 20 tahun yang lalu.” jawab Hasan ringkas.
Sebaik mendengar jawapan Hasan al-Basri, orang Kristian itu terus memotong tali pinggang yang menandakan agamanya lalu memeluk Islam di hadapan Hasan al-Basri. [al-Imta' wa al-Mu'anasah 1/297]
..........
Dakwah tidak mesti dengan lisan yang fasih atau ilmu yang menggunung. Adab mulia terkadang lebih meninggalkan bekas di hati.
Oleh: Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir
Jadi, sabar lah dengan jiran yang ada sekarang ni kan...
Nak buat camne... itu juga satu ujian dari Allah...
↧
Lebih 20 Senarai Kawasan Larangan Merokok
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
23 Senarai Kawasan Larangan Merokok | Senarai Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Yang DiKuatkuasakan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU
- Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
- Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
- Di dalam lif atau tandas awam
- Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
- Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
- Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22
- Di dalam mana-mana lapangan terbang
- Di dalam mana-mana premis kerajaan
- Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
- Di dalam mana-mana bas sekolah
- Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
- Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
- Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
- Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
- Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
- Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

Mana-mana orang yang didapati merokok di kawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
↧
4 Masalah Hidup dan Cara Menyelesaikannya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
4 Masalah Hidup dan Cara Menyelesaikannya
![]() |
sumber: google images |
1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah Solatmu.
Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]
إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}
2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibumu dan baktimu kepadanya.
Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]
إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}
3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka periksalah hubunganmu dengan Al-Qur'an.
Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]
إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianmu terhadap nasihat yang engkau dengar dari orang-orang yang menyampaikan Nasihat kepadamu.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]
إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }
Moga moga Allah memelihara kita Mencari KeredhaanNya...
Amin.
Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM
Kesimpulan dan ringkasan:
1. Masalah susah nak control nafsu:Penyelesaiannya: Check semula solat kita, sempurna ke tidak... tepat pada waktu ke tidak.
2. Masalah akhlak buruk, hati tak tenang dan sentiasa gelisah
Penyelesaiannya: Check balik hubungan kita dengan ibu bapa kita.
3. Masalah hidup tertekan dan sentiasa dalam kesempitan, tak kira la selalu ada masalah keluarga ke, masalah kewangan ke...
Jalan penyelesaiannya: Selalulah baca al-Quran.
4. Masalah, tak tetap pendiriaan dan sering rasa was-was
Penyelesaian: Lihat balik, dengan siapa kita bergaul dan rapat.
↧
↧
Dosa Perempuan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Dosa Perempuan | Rasulullah SAW. pernah diperlihatkan oleh Allah, gambaran di neraka semasa peristiwa Isra' Mikraj.
Dan dari peristiwa itu.. Rasulullah SAW bersabda...
“Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR. Bukhari, 3241 dan Muslim, 2737)
![]() |
Sumber : Google images |
Dosa Perempuan
Dalam hadis ni memang menunjukkan bahawa ramai di neraka adalah wanita.
Kenapa?
Sedangkan Nabi s.a.w juga kata, wanita sebenarnya senang masuk syurga.
“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.” (HR. Ahmad , Ibnu Hibban dan Thabrani)
Tapi kenapa ramai wanita dan perempuan berdosa dan masuk neraka?
Kerana inilah... Telemovie Dosa Perempuan ingin beri pengajarannya...
Telemovie Dosa Perempuan... Bagus untuk tontonan wanita... Sama ada yang belum berkahwin atau dah kahwin.
Banyak pengajarannya. Antaranya :
1. Nafsu wanita
Dikatakan wanita ini ada 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu.
Peranan lelaki membimbing wanita bukan mengikut dan mendorong wanita mengikut nafsu.
Wanita sanggup lakukan apa sahaja bila mula tergoda dan jatuh sayang.
Begitulah yang digambarkan dalam Telemovie ini...
Watak Tasha yang terlalu mengikut hawa nafsu... Tapi malangnya, hawa nafsunya dihimpit dan didorong oleh lelaki yang sepatutnya membimbing dia...bukan merosakkan dia.
Kerana nafsu juga dia sanggup membunuh... Kerana nafsu juga dia jadi pendendam dan penjenayah.
Lelaki seperti Daud sepatutnya membimbing Tasha. Bukan merosakkannya.
2. Patuh Perintah Suami
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Patuh kepada suami satu kewajipan seorang isteri selagi perintah itu tak bertentangan dengan ajaran Islam.
Inilah dosa yang telah dilakukan oleh isteri Nik.
Kerana tak patuh kepada perintah suami, bahaya menimpa dia dan anaknya.
Selain tu, dosa isteri menipu suami dan tidak minta izin suami ketika keluar rumah.
3. Cara beri nasihat kepada perempuan
Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berilah nasihat kepada perempuan wasiat yang baik-baik. Sesungguhnya mereka itu diciptakan dari tulang rusuk (sesungguhnya tulang rusuk itu bengkok di bahagian atasnya), jika engkau cuba untuk meluruskannya maka dia akan patah namun jika engkau biarkan maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan. (HR Bukhari No: 3084)
Nik sepatutnya menasihati isterinya dengan hikmah. Bukan dengan marah.
Seperti yang dinasihatkan oleh kawan sekerja Nik. Tegur isteri baik-baik. Mesti dia dengar... Bukan marah.
Itu antara 3 intipati penting dalam Telemovie Dosa Perempuan.
Banyak pengajaran lain boleh diambil juga. Macam... Jangan cuai... Jangan biarkan anak keluar dari rumah waktu malam. Jangan mudah percaya dengan orang baru dikenali.
Dan antara pengajaran penting juga.. Ibu bapa jangan terlalu memaksa anak bab jodoh...
Tengok lah apa yang terjadi pada Tasha...
Dalam pada cerita ni buatkan MF seram juga.. Mencabar betul nak didik anak perempuan sebab perempuan ni penuh emosinya.
Jadi, cara MF.. MF biarkan anak perempuan MF rapat dengan bapak dia.. Dan MF cuba jadi kawan rapat dengan anak dara MF...
Semoga kita beroleh manfaat dari Telemovie ini... Kita ambil yang bermanfaat... Insha Allah...
↧
Bahayanya Kalau Anak Tak Cukup Tidur
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bahayanya Kalau Anak Tak Cukup Tidur | Anak kecil... Jiwanya bermain... Kadang kerana main hingga tak makan dan tak tidur.
Anak MF pun macam tu tak reti nak tidur kalau dah main.
Kena paksa la kalau nak bagi tidur..
Tempoh tidur ikut umur
0-1 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 15-16 jam1-4 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
4-12 bulan: jumlah masa tidur (setiap hari) = 14-15 jam
1-3 tahun : jumlah masa tidur (setiap hari) = 12-14 jam
3-6 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-12 jam
7-12 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 10-11 jam
12-18 tahun: jumlah masa tidur (setiap hari) = 8-9 jam
![]() |
sumber: google images |
6 Kesan Bahaya Jika Anak Tak Cukup
1. KURANG TUMPUAN
MF perhatikan anak-anak murid MF di sekolah... Memang nampak layu dan lemah dalam kelas. Bila tanya sebab tidur lambat...Lepas jam 12 tak tidur lagi... tu yang buatkan otak pun jadi penat.
Dalam sebuah jurnal American Pediatrics, dijelaskan bahawa kurangnya tidur boleh menyebabkan masalah kognitif dan perlakuan anak dalam jangka masa panjang. Pada usia 7 tahun, mereka mendapati anak-anak yang tidak mendapat cukup waktu tidur memiliki skor yang lebih rendah dalam hal melibatkan ujian penumpuan dan kemahiran logika.
Rutin tidur yang tidak tetap pada anak-anak juga boleh mengganggu jam biologikal pada anak. Seperti sebuah timekeeper, jam biologikal ini adalah sebuah sistem internal tubuh yang sensitif terhadap waktu bangun dan waktu tidur dalam tempoh 24 jam. Apabila isyaratnya kucar-kacir, ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan serta memberi kesan kepada otak untuk mengingat dan belajar sesuatu yang baru.
2. SUKAR MENGAWAL EMOSI
Ini sungguh la... Anak MF kalau tidur lambat, dia punya tantrum... berganda-ganda dahsyatnya...
Tu buatkan kita pun sukar kawal emosi gak...
Malah, hanya selepas 2 hari mengalami kekurangan tidur dan waktu tidur anak yang tidak tetap, mereka dilihat kurang bersemangat walaupun terhadap perkara yang mereka suka. Bukan itu saja, anak ini juga semakin sukar mengingat memori serta pengalaman dari sudut yang positif.
3. MELAMBATKAN PERKEMBANGAN MINDA
Sebuah eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji di London, di mana mereka meninjau pola tidur dengan kebolehan akademik. Mereka ditanya tentang kemahiran asas berkaitan huruf dan nombor.Hasil penelitian didapati anak-anak berusia 3, 5, dan 7 tahun yang kurang tidur mempunyai skor yang lebih rendah berbanding mereka yang mendapat waktu tidur secukupnya.
Ye lah kan... otak penat sebab tak cukup tidur macam mana nak berfikir dengan baik. Kita yang dewasa ni pun kan... kalau penat... tak boleh fikir apa dah kan...
4. MUDAH AGRESIF
Selain itu, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak biasa turut cenderung mengalami simptom ini sekiranya waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.Sekiranya anda mempunyai anak hiperaktif atau ADHD, kekurangan tidur mampu menggandakan sikap agresif, moody, dan emosional pada mereka.
Ni pun ye... Memang aktifnya boleh jadi hyper kalau tak cukup tidur... tak terkawal kadang-kadang.
5. TIDAK BERSEMANGAT
Candice Alfano, seorang ahli psikologi berpendapat bahawa waktu tidur anak yang secukupnya adalah mustahak seperti mana ibu bapa menjaga nutrisi, kesihatan, dan kebersihan diri anak mereka.Sekiranya anak-anak anda bermasalah untuk bangun pagi setiap hari dan asyik kelihatan mengantuk dan tidak bersemangat di siang hari, kemungkinan ia adalah berpunca daripada waktu tidur anak.
Yang pernah berlaku kat anak MF, dia punya lemah tu buatkan kita risau je...
Asyik tidur tak tentu masa... sampailah dia cukup tidur terus elok semula... haih.. buat orang risau je.
6. RISIKO OBESITI
Salah satu hasil penelitian Journal of Pediatrics melaporkan bahawa anak kecil yang tidur lewat dari pukul 8 malam mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti pada usia remaja.Di samping itu, tabiat tidur lewat juga mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak elok seperti snek tidak berkhasiat pada lewat malam. Hal ini tentunya akan menjadi faktor kegemukan bagi anak-anak mahupun dewasa.
Betul la yang... kita pun kalau tidur lewat lapar je kan... tu yang gemuk tu...
Sumber rujukan: https://siraplimau.com/waktu-tidur-anak-berapa-jam-normal/
↧
Sebab Parking Je Pun
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sebab Parking Je Pun | Parking kereta pun jadi masalah di Malaysia.

Isu parking kenderaan terutama kereta sering menimbulkan pergaduhan.
Ada kereta suka parking di belakang kereta orang sehingga orang yang hendak keluar terpaksa menunggu lama di dalam kereta.
Ada kereta yang suka ambil parking terlebih sehinggakan kereta lain tidak boleh parking.
Ada kereta yang menunggu lama untuk parking tup-tup ada kereta lain tiba-tiba menjelma entah dari mana ambil parking.
Ada kereta yang dah tau orang menunggu lama untuk parking, dia buat lambat-lambat masukkan barang dan berjalan hantar troli pun relax-relax aje seolah-olah kereta yang menunggu itu tidak wujud.
Begitu juga dengan motorsikal, boleh menyelit-yelit parking di antara kereta. Dan yang paling "kesian" apabila motorsikal parking di kawasan parking kereta sedangkan parking motorsikal sudah tersedia.
Namun ada juga insan-insan yang baik.
Apabila dia hendak keluar dari parking, dia bagi insyarat kepada pemandu yang lain menandakan itu kereta dia dan jika mahu silakan.
Ada juga yang yang memberi isyarat dia tak nak keluar lagi apabila dia tengok pemandu lain sedang "aim" parking dia.
Ada juga yang sengaja membukakan "lock" kereta memberi isyarat bahawa dia nak keluar apabila dia tertengok pemandu-pemandu lain berpusu-pusu mencari tempat parking.
Inilah isu parking yang boleh mengundang amarah jika di salah lakukan. Sebagai seorang yang di beri oleh tuhan akal fikiran yang waras, kita perlu menggambil cakna isu hati orang lain.
Jangan pandang remeh isu yang kecil kerana isu yang kecil ini boleh membawa kepada pergaduhan.
Parkinglah dengan berhemah.
Parking di kawasan yang di sediakan. Letakkan kenderaan kita di kawasan yang sepatutnya.
Jangan kita parking di tempat OKU jika kita bukan OKU.
Jangan kita parking di tempat keluarga jika kita hanya datang berdua dan semua yang ada di dalam kenderaan kita itu dewasa.
Jangan parking di kawasan ruang perempuan jika anda lelaki.
Jangan parking di belakang kereta orang sehingga orang sukar untuk keluar.
Jika hendak keluar parking, andai ketika itu kita lihat ada pemandu yang sedang mencari tempat parking, bagilah mereka isyarat menandakan kita hendak keluar.
Ingatlah Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)
Kepada pemandu yang melihat kebaikan kawan kita memberi kita ruang untuk parking jangan lupa ucapkan terima kasih atau bagi isyarat hon sebagai ucapan terima kasih.
Senangkan? Untuk menjadikan negara kita negara yang maju selari dengan negara-negara maju yang lain, kita perlu "majukan" akhlak kita dahulu.
Kemajuan negara selari dengan budi pekerti yang baik, itulah yang TERBAIK.
Peringatan mesra ini adalah dari Page Jalan-jalan Cari Ilmu.
Jaga akhlak dan jangan pentingkan diri sendiri...
Parking biar masuk petak parking... Parking di tempat disediakan.
Kalau pergi masjid... Jangan menyusahkan orang lain sebab Parking di tempat tak sepatutnya. Elok nak dapat pahala... Nanti jadi dosa...
Sama-sama kita beringat...
Bagi isteri... Ingatkan suami yang memandu... Didik diri...
Ingat... Perkara yang baik satu sedekah.. Mungkin kita nampak remeh... Tapi pahalanya mungkin membantu memasukkan kita ke syurga Allah... 😊
Ok.. Happy working semua... 😊
↧
Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a | Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Amalkan Tips Ini Kalau Nak Dapatkan Kulit Cantik Macam Saidatina Aisyah r.a
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak- ambil air segelas
- baca al-Fatihah sekali
- Ayatul Qursi sekali
- Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
- Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
- Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
- Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
- Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Selamat Mencuba…
2 Bahan Natural Yang Para Isteri Nabi Guna Untuk Menjaga Kecantikan Mereka
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya macam mana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?Maka, artikel kali ini menampilkan rahsia kecantikan para isteri Rasulullah SAW yang kita kenali seperti Saidatina Aisyah R.A.
Tiada Rahsia – Guna Timun & Kurma Basah
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aiyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.Kurma nabi
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”- HR Ibnu MajahTips kreatif untuk amalkan supaya meraih kecantikan dalaman adalah makan timun Jepun segar dan minum air atau jus kurma yang dikisar setiap pagi atau sebelum tidur.
Untuk kecantikan luaran pula, kita juga boleh letakkan hirisan timun yang pada kelopak mata saat terpejam bagi menghilangkan noda hitam pada kantung mata akibat kurang tidur.
Selain itu, timun dan kurma yang dikisar bersama dapat dijadikan sebagai masker wajah. Ia merupakan ramuan alami untuk meremajakan sel-sel kulit wajah agar tetap awet muda. Bagi mereka yang mahu langsingkan tubuh, hanya amalkan minum jus timun 1 gelas setiap hari kerana timun sangat rendah kalori dan kaya serat.
Dengan mineral air, silica dan vitamin yang terkandung dalam timun, kuku boleh dirawat dan terjaga keindahannya. Caranya dengan mengosok kuku dengan hirisan timun sebanyak 2 kali dalam seminggu. Begitu juga dengan menjaga kesuburan dan menguatkan rambut.
Hilangkan Jerawat Dengan Oleskan Minyak Wangi Dzarirah
Hal ini pernah disebutkan dalam sebuah riwayat.Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, jerawat atau batsrah (Bahasa Arab) adalah sejenis benjolan kecil yang terdiri dari zat panas yang tumbuh secara alami. Jerawat perlu ditunggu agak matang, kemudian baru dipecahkan dan dikeluarkan isi kotornya.
Minyak
Minyak wangi dzarirah mengandungi khasiat untuk melakukan proses itu. Ia mematangkan dan mengeluarkan isi jerawat, mendinginkan panas jerawat di samping memberikan bau yang wangi.Apa itu dzarirah sebenarnya? Ia merupakan tumbuhan herba yang dibentuk dari sari batang pohon dzarirah. Sifatnya yang panas dan kering berguna untuk mengatasi jerawat, radang dan menguatkan jantung.
Ibnu As-Sunni peroleh maklumat ini daripada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW. Mereka bercerita, suatu hari Rasulullah SAW menemui mereka dan melihat di antara jari mereka tumbuh semacam jerawat. Rasulullah SAW lantas bertanya, “Engkau punya minyak wangi dzarirah?” Mereka menjawab, “Ada”.
Rasulullah SAW berkata, “letakkan di jerawatmu itu seraya membaca doa, ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.” Hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi di atas dikeluarkan oleh Al-Hakim (sanadnya sahih).
Dalam kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan, Siti Aisyah R.A menceritakan bahwa dirinya yang memegang minyak wangi dzarirah, meletakkan minyak itu kepada Rasulullah SAW. Peristiwa itu terjadi pada hajjatul wada’ (haji perpisahan) untuk melakukan tahallul (mencukur rambut) dan ihram.
Kat Malaysia, susah nak mendapatkan minyak wangi dzarirah ini. Kebanyakannya boleh diperoleh daripada luar Negara dalam pelbagai bentuk. MF sendiri tak pernah bau macam mana.
Jadi, boleh saja amalkan cara semulajadi macam ni kalau nak cantik... Ye lah... orang Arab memang cantik kan... Kurma tu amalan mereka... Tak salah kalau kita ikut. Zaman dulu mana ada kosmetik macam kita... Jadi, cara semulajadi macam ni je untuk kekal cantik...
Sebab tu, Nabi s.a.w walaupun berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a yang berusia 40 tahun, tapi jangan bayangkan 40 tahun usia wanita Malaysia... 40 tahun wanita Arab, macam anak dara sunti 18 tahun ...
↧
↧
41 Amalan Pahala Berganda,
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
![]()
![]()
![]()
![]()




Sumber: Facebook
Kalau tak boleh nak buat semua jangan tinggal semua...
Yang sedikit tapi istiqamah itu adalah lebih baik...
Amalan remeh tapi pahala berganda...
Dalam 41 Amalan ni... Pilih la yang mana kita rasa mampu buat... Amalkan secara Istiqamah.. Insha Allah akan beroleh pahala berganda sebagai bekalan hari akhirat kita nanti. .
Semoga bermanfaat.
Kalau tak boleh nak buat semua jangan tinggal semua...
Yang sedikit tapi istiqamah itu adalah lebih baik...
Amalan remeh tapi pahala berganda...
Dalam 41 Amalan ni... Pilih la yang mana kita rasa mampu buat... Amalkan secara Istiqamah.. Insha Allah akan beroleh pahala berganda sebagai bekalan hari akhirat kita nanti. .
Semoga bermanfaat.
↧
Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol | Anak-anak yang melasak, memang tak kan terlepas dari alami benjolan akibat jatuh..
Anak MF, yang perempuan semuanya lasak-lasak... Jatuh itu satu kebiasaan dah...
Bila jatuh, jangan cepat panik... Tengok tempat jatuh tu... Ada bengkak atau benjol tak...
Kalau ada benjolan, atau bengkak serta lebam, buat rawatan tuam.
Tapi kena juga tau cara nak tuam barulah boleh merawat... kalau salah cara nanti melarat aje...
Ini, MF kongsikan perkongsian dari Doktor dari Rehabilitasi #MedTweetMY cara melakukan tuam yang betul.
![]() |
sumber: google images |
Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol
“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”
Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.
Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.
Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.
Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.
Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.
Cara-cara melakukan tuaman ais:
1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari
[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.
Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.
Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.
Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.
Cara-cara lakukan tuaman haba:
1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.
[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.
Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Jadi, dah tau cara, jangan salah lagi... paling penting kalau anak jatuh... jangan cepat panik... Dakap dan peluk anak... usap kawasan yang tercedera atau lebam atau bengkak tu sambil selawat banyak-banyak... Kemudian buatlah tuam ni sebagai rawatan awal. Lepas tu dalam masa 24 jam pantau... kalau ada muntah, demam atau sawan dalam masa 24 jam lepas jatuh, terus ke hospital... Tak payah tulis kat FB lagi ye... sebab dah bagitau ni...
Semoga bermanfaat...
Moga Allah lindungi anak-anak kita semua.. insha Allah.
↧
Cara Mendidik Kaum Wanita, Orang Lelaki WAJIB Baca!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Mendidik Kaum Wanita, Orang Lelaki WAJIB Baca! | Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Cara Mendidik Kaum Wanita, Orang Lelaki WAJIB Baca!
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...
Sumber: Telegram channel
↧
D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
![D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU]()
D.I.Y MASK MUKA DARIPADA MADU | Buat mask muka sendiri dengan hanya guna madu lebah...

Caranya, campurkan madu dengan bahan semulajadi tertentu untuk dapatkan kesan cantik yang berbeza.
Mudah bukan...
Ini cara membuatnya:
![]() |
Sumber: FB |
Cara ni lebih baik dari kita tempek produk kimia kat muka kita kan... memang kesannya cepat tapi, jangka masa panjang... hmm... seriau nak bayangkan...
Jom kita try buat jom.... hmm.. kena survey madu la lepas ni...
Hmm... madu stick tu madu asli tak???
Nak tau madu asli ke tak... boleh baca kat entry ini:-
Cara Mudah Mengenal Madu Asli!
↧
↧
5 Tips Sihat Cantik Cara Islam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
5 Tips Sihat Cantik Cara Islam | Islam agama yang lengkap... Kalau kita ikut betul-betul cara hidup Islam.. Insha Allah.. Kita akan sihat, kuat dan cantik...
Salah satu tips mudah yang diajar Nabi s.a.w untuk sihat dan cantik ialah dengan cara menjaga makan.
Amalkan makan dengan cara bersederhana. Bukan berlebihan.

Tips Sihat Cantik Cara Islam
عَنْ مِقْدَامَ بْنَ مَعْدِ يكَرِبَ يَقُولُسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ حَسْبُ الْآدَمِيِّ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ غَلَبَتْ الْآدَمِيَّ نَفْسُهُ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ وَثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَثُلُثٌ لِلنَّفَسِ
Dari Miqdam bin Ma'dikarib berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bekas yang lebih hina melainkan memenuhkan perutnya. Sekiranya ia makan memadai dengan beberapa suapan yang dapat menegakkan (menguatkan) tulang sulbi (tulang belakangnya). Jika dia dikuasai oleh nafsunya maka (hendaklah diisi perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas." (HR Ibnu Majah No: 3340) Status: Hadis Sahih
Makan secara sederhana
Pengajaran Hadis
1. Wajib jaga kesihatan
Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memelihara kesihatan tubuh badan supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan baik dan sempurna.2. Waspada dengan makanan yang diambil
Setiap Muslim hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Ambillah makanan dengan kadar yang sederhana dan mampu memberikan tenaga untuk melakukan amal, jangan berlebihan yang boleh mendatangkan mudarat.3. Mudarat jika makan berlebihan
Mudarat pada kesihatan adalah berpunca daripada makanan yang keterlaluan. Obesiti atau kegemukan akibat makan yang berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. Kata al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab:"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Al-Kasyf al-Ilahi, m/s 499).
4. Jauhi sifat tamak
Al-Quran menyarankan agar makan dan minum dengan kadar yang sederhana dan menjauhi sifat tamak, mementingkan diri sendiri serta membazir. Firman Allah:وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
“Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (al-Araf: 31)
5. Amalkan amalan 1/3 untuk sihat
Kita dianjurkan agar mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu 1/3 dari perut di isi dengan makanan, 1/3 diisi dengan air dan 1/3 dikosongkan untuk bernafas.Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram
↧
9 Cara Untuk Control Lapar
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
9 Cara Untuk Control Lapar | Dah tengah hari ni kawan.. Dah makan ke korang?
MF belum lagi ni hah... Bukan nak diet. Tapi takde selera plak dengan menu kantin hari ni..
Sekarang ni tengah control lapar la ni..
Kalau yang tengah diet bagus la amal.. MF nak amal apanya.. Sebab takde apa yang patut di kuruskan.. Di kecik kan ada lah..
Bagi yang nak diet... Ada 9 Cara Untuk korang control lapar...
9 Cara Untuk Control Lapar

Minum air, dan makan buah atau sayur ketika lapar memang boleh control kurus punya...
Tapi tak sangka pula minum kopi pun boleh kawal lapar kan...
Tapi yang tips paling tengah tu payah nak buat tu bagi mak ada anak kecik... haha... Itulah sebabnya mak anak kecik payah nak kurus kan... Asal jaga malam je lapar... lepas tu sibuk nak kurus... hihi...
Jom, lepas ni standby buah je... Lapar makan buah... Insha Allah cepat kurus...
↧
11 Tips Sihat Cara Nabi s.a.w
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
11 Tips Sihat Cara Nabi s.a.w

Kena buat checklist ni..
Walaupun sikit je.. Tapi mencabar nak buat...
Nak jauhi sifat marah tu... Aduii... Main dengan anak-anak yang tengah membesar nih... Aduhai. . Camne tu..
Apa pun. Jom lah kita cuba dan amalkan ye.. Buat mana yang mampu... Moga dapat sihat hingga akhir hayat.
↧
AWAS! 3 BAHAYA MENANTI JIKA SELALU MAKAN LEWAT MALAM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Perasan tak... Bila tengok drama Melayu... Selalu ada babak makan malam dan dinner...
Sebab itulah budaya di Malaysia iaitu makan makan.
Tapi ada kalanya kita terbabas hingga makan lewat malam.
Kalau betul nak jaga makan... Kita disarankan jalan makan lebih dari jam 8 malam.
8 malam ke atas elakkan ambil makanan berat. Sebab ada kesannya yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan kita.

Jadi, kawal makan... Sebab bila umur meningkat... Segalanya meningkat dengan cepat.
Dan penyakit pun senang lekat.
Pesan untuk diri sendiri juga ni... Sebab selalu terbabas makan lewat malam.
Seluar banyak dah sempit.. Senam pun seminggu sekali... Aduhai. Bila nak insaf ntah ni.. Haha..
↧
↧
Kalendar Kuda 2019, Dah Boleh Save dan Print
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kalendar Kuda 2019, Dah Boleh Save dan Print













Sumber: Facebook
Walau macam-macam design kalendar keluar, kalendar kuda juga yang MF suka... sebab senang nak tengok tarikh dan sebagainya...
↧
KFC Zinger Waffle Burger
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
KFC Zinger Waffle Burger | Setelah beberapa kali lalu iklan di TV, akhirnya dapat juga merasa KFC Zinger Waffle Burger.
Resepi baru dari KFC. Itulah resam kami... Pantang ada menu baru di KFC, Marrybrown atau Pizza Hut, pasti tak kan lepas peluang untuk cuba...
Laki bini kaki makanlah katakan...
KFC Zinger Waffle Burger
Seram tengok kotak bungkusan dia ni... Macam berapi je kan.. boleh tahan besar juga...
![]() |
KFC Zinger Waffle Burger |
KFC Zinger Waffle Burger
Buka untuk lihatr isi dalam...
Waffle di atas... kepingan isi ayam yang rangup serta sos dan mayonis di tengah..
![]() |
KFC Zinger Waffle Burger |
Review KFC Zinger Waffle Burger
Pertama kali nak makan, kena buka mulut seluasnya... Tapi tak mampu den hah... haha...
serius besar dan tebal...
Boleh tahan sedap kepingan isi ayam tu... Rangup dan pedas di luar...
Waffle yang lembut... cuma... kalau digigit, tengok bahagian waffle tu bukanlah macam waffle kek... Tapi macam roti...
Ingat waffle tu manis, rupanya dok sosnya yang manis... waffle tu macam masin-masin sikit...
Tapi isi ayam sedap dan tebal... pedas dan rangup...
Makan separuh... dah kenyang... serius kenyang... kena makan dua kali la baru habis...
Bagi MF, kalau guna sos cili biasa, dan ditambah dengan timun, keju atau salad pun sedap dah...
Apa pun, menu kali ni, lebih baik dari yang sebelum ni...
Next... nak rasa Pizza Hut dan juga Marrybrown pula... insha Allah... moga ada rezeki..
↧
8 Sunnah Ketika Minum
1. Minum dengan sedutan yang berlainan... Jangan sekali togak je.
2. Baca bismillah dan alhamdulillah
3. Duduk ketika minum
4. Minum guna tangan kanan
5. Jangan tiup air panas untuk sejukkannya.
6. Jangan minum dari bekas yang sompek atau pecah.
7. Orang yang beri makan atau minum, hendaklah orang itu yang akhir sekali minum.
8. Jangan minum dari bekas yang besar seperti jag air atau botol air yang besar. Gunakan kelas atau mangkuk yang kecil.
↧