Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

8 Cara Mudah Hilangkan Pening Kepala

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

8 Cara Mudah Hilangkan Pening Kepala | Pening kepala datang tanpa diundang... Kengkadang datang pening tu waktu tengah buat kerja...

MF biasa pening waktu tak cukup makan atau tekanan darah rendah. Kalau cukup makan, insha Allah.. Jarang pening kepala.

Apa pun ada tips untuk hilangkan pening kepala dengan mudah.

8 Cara Mudah Hilangkan Pening Kepala

8 Cara Mudah Hilangkan Pening Kepala

1. Cukup tidur

Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan kita mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangun dari tidur.

2. Mandi dan segarkan tubuh.

Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala?

Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya segar kembali.

3. Kurangkan minuman berkafein 

Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus.

Tapi minum kopi kadang boleh redakan pening kepala MF kalau pening tu sebab tak cukup tidur atau mengantuk.

4. Makanan dan minuman bercoklat

Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan kita mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika korang adalah penggemar coklat. Tapi bagi sesetengah orang ianya jadi penawar pula.

MF pun kalau pening kepala, memang akan bancuh minuman coklat panas. Insha Allah hilang sakit kepala dengan cepat dan mudah.

5. Hilangkan stress dan tekanan hidup

Tekanan hidup dan stress sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain in. Ia akan sekadar membuatkan kita tidak fokus kepada apa yang kita kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu. Kawal dan uruskan stress dengan baik.

Mf kalau stress berbual atau main game... Me Time adalah cara terbaik untuk hilangkan stress iaitu dengan buat apa yang kita suka.

6. Bercuti 

Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini kita akan dapat semula momentum kerja sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah... Pasti pening kepala akan hilang.

7. Cukup air di dalam tubuh

Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.

Pastikan cukup air kosong... Paling kurang 3 liter sehari. Air cukup, kepala pun tak pusing.

8. Diet dan pemakanan teratur

Pastikan juga mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna,tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.

Mudah je cara nak hilangkan pening kepala..... Tapi nak buat dan amal tu mencabar juga kan... Terutama bab nak cukupkan tidur tu.. Haha.. Biasalah mak-mak anak kecil kan...

Olahan dari sumber: Dr. Ezairy M.Sallih 

Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran! | Setiap orang mesti ada warna kegemaran masing-masing. Ianya satu benda yang subjektif, nak cerita perasaan dan kesukaan terhadap gambar tu. Payah nak cerita... Tapi bila kita tengok warna tu kita suka. 

Setiap orang tak sama warna kegemarannya walaupun adik beradik sendiri kan. Apa tah lagi laki bini... Kalau sama tu satu kebetulan juga mungkin.

Warna kadang-kadang mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi 'mood' seseorang itu berdasarkan warna. 

Contoh, warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. 


Kaitan Warna dan Personaliti

Ini merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya. Dapatan ini dari kajian, bukannya tilikan tapi kajian personaliti dari pelbagai respondan.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah

So, korang suka warna apa?

Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran!


Jom kita tengok dengan lebih detail personaliti diri seseorang disebalik warna kegemarannya.

HITAM

  • Degil dan berdikari
  • Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
  • Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
  • Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
  • Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
  • Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH

  • Mendesak, mudah diransang dan lincah.
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
  • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
  • Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
  • Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH

  • Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
  • Bersih dan amanah.
  • Gemar menyendiri.
  • Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT

  • Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
  • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
  • Teliti dalam teguran.
  • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
  • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
  • Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP

  • Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
  • Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
  • Mudah terganggu dengan keadaan bising.
  • Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU

  • Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
  • Mudah bersimpati dan memahami.
  • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
  • Sedikit keanak-anakan.
  • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN

  • Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
  • Tidak sabar.
  • Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
  • Bersikap praktikal dan kreatif.
  • Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
  • Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU

  • Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
  • Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
  • Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
  • Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING

  • Penuh minat dan ceria
  • Aktif dalam jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
  • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU

  • Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, 
  • mempunyai perasaan yang mendalam, s
  • bercita-cita tinggi.
  • Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG

  • Bersikap jujur, 
  • bersifat realistik, 
  • sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
  • Sentiasa membelai rasa, 
  • menghargai makanan, minuman 
  • rakan yang baik.
  • Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU

  • Tersendiri pendekatannya.
  • Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
  • Suka mengasingkan diri.
  • Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

So, tau dah kan... 

Warna Kegemaran Saya

Nak tau MF suka warna apa?

Kalau sesiapa ikuti MF diawal zaman blog mesti kenal MF kan... Tapi takpe... Let’s me explain.

Dulu awal kahwin, MF suka warna biru dan purple... Mungkin juga terikut warna kegemaran suami masa tu.. Kalau sebelum kahwin suka warna hijau. 

Sekarang ni dah makin meningkat usia, minat warna merah dan pink. Segala benda beli warna merah dan pink. 

Baju, tudung pun banyak warna pink... Warna merah MF tak beli sebab warna yang terang dan menarik perhatian orang, jadi MF tak nak lah pakai.. Kalau ada pun wara maroon. 

Tapi kalau benda lain jam tangan, laptop, komputer, mouse dan segala benda banyak warna merah... 

Itulah serba sedikit perihal warna kegemaran MF... Jadi, agak-agak boleh teka tak orangnya macam mana... hehe... 

Sekian...



P/s: Dari warna tema blog boleh tahu, blogger tu wataknya macam mana. Hehe.. tapi takdelah 100% sama...

Cara Langgan Astro First di Njoi

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Langgan Astro First di Njoi | Astro NJOI...dah lama rosak. Jadi segala cerita dan filem terbaru tak dapat lah nak tonton. 

Bila tengok iklan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal di tayangkan di Astro First mampu ber"huhuhu" je lah... Sebab kita takde Astro ataupun Astro Njoi.

Tapi kalau kata nak jadi rezeki tu kan... InshaAllah akan ada jalannya. 

Keputusan balik ke kampung halaman menjadikan kami rezeki untuk layan filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal di Astro First sebab kat rumah MF di kampung ada Astro Njoi.

Hari kedua di kampung teringat nak topup Njoi dan langgan Astro First. 

Beli topup Njoi di Shopee

Memula tu pening juga... Malasnya nak ke kedai beli topup tapi teringatkan sekarang semuanya online... Carilah kat Shopee...  

Alhamdulillah... Jumpa yang murah dan review bagus. Jadi try lah beli RM45 ringgit sebab masa tu tak tau lagi harga filem di Astro First ni berapa. 

Alhamdulillah... Fast respond dari seller dalam 10 minit dapat topup pin dan terus masuk. 

Selesai topup... Dah menggagau pula cara nak langgan... Camne nak langgan Astro First ni sebab takde kat Channel 200. 

Nasib juga mencari cara di Google dulu... Kalau tak melayang topup puluhan ringgit tu. 

Cara Langgan Astro First di Njoi



Cara Langgan Filem di Astro First guna Astro Njoi.


Rupanya.. kena pergi ke channel 480 ... 
Cara Langgan Astro First di Njoi



Tekan kat remote 480 dan tunggu dia loading... 

Lepas tu pilih saja filem yang kita nak langgan. 
Dah pilih tu terus tekan OK kat remote. 
Cara Langgan Astro First di Njoi



Nanti akan keluar arahan untuk langgan. Sama ada nak SMS atau guna WhatsApp. MF pilih SMS je... Cuma kena la cas 20 sen ikut telco kita guna.

Cara Langgan Astro First di Njoi


Harga dan channel berapa ada tertulis siap di situ. 

Untuk filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni MF langgan RM15.90 termasuk SST. Tayangan selama 48jam. Hah!  Puas tengok kan... 

Cara Langgan Astro First di Njoi


Jadi, apa-apa filem di Astro First tak melalui Channel 200 tu. Kena tekan 480 ke, 481 ke... Ada banyak senarai channel Astro First. Jadi, boleh pilih la... 

Berbaloi la juga kan... Bayar RM15.90 untuk 48jam tu... Kalau nak pergi wayang pun dah berapa kan. 

Dah balik rumah sendiri... Tetiba rasa nak langgan Astro Njoi la pula... Sebab ada channel yang best juga untuk kita layan... 

Semoga perkongsian dan pengalaman langgan Astro First di Njoi ni beri manfaat kepada semua atau sesiapa yang tercari-cari cara nak langgan Astro First di Astro Njoi.

7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!  | Banyak betul produk untuk kurus sekarang ni kan... Bagus lah nak kurus supaya kita senang nak bergerak. Buat ibadah dan lebih mudah mencari pakaian menutup aurat kan... Jadikan niatkan kita nak kurus untuk ibadah...

Sebelum cuba amalkan produk, apa kata amalkan pemakanan seimbang dalam usaha untuk kurus. Antaranya Allah ciptakan buah-buahan yang banyak dan pelbagai warna dan rasa yang pasti banyak khasiatnya termasuk untuk kurus..

Hasil pembacaan di majalah dan Internet serta pengalaman MF yang pernah join seminar kesihatan anjuran Herbalife satu masa dulu, ada 7 jenis buah  untuk kurus, sihat dan cantik. Antaranya :

Sumber: Google images

1. Lemon

Buah ini mampu menurunkan berat badan. Tambahkan madu dan minumlah secara rutin, dapat membantu pembakaran lemak dalam tubuh serta membersihkan dan melancarkan sistem penghadaman tubuh. Air lemon juga sebagai detox semulajadi untuk pembuangan toksin dari badan.

2. Kiwi

Kiwi kaya dengan serat dan vitamin C, yang boleh mengurangkan nafsu makan yang berlebihan. Antara buah kegemaran MF dan keluarga... Walaupun mahal sikit dan susah nak dapat, tapi jika ada jual pasti belim Banyak khasiat buah kiwi serta pengalaman MF menjadikan buah kiwi sebagai penawar semulajadi ...


3. Epal

Buah epal kaya dengan serat dan pemanis semulajadi. Rasa manis dan kandungan air dalam buah epal akan mengundang rasa kenyang lebih lama pada perut. Epal diperah dan dibuat jus pun sedapkan.

4. Pisang

Pisang mempunyai banyak pati larut yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh. Serat dalam buah pisang juga boleh menjadikan perut berasa kenyang lebih lama. Bagus amal makan pisang setiap pagi sebelum sarapan.

5. Nenas

Merupakan salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Mengandungi 85% air, selebihnya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan dan mineral.

6. Tembikai

Sama seperti nanas, buah tembikai tidak mengandungi lemak sama sekali. Kandungan air dalam buah ini lebih tinggi, sehingga berupaya untuk menstabilkan cecair dalam tubuh. Buah tembikai juga mengandungi vitamin A dan C serta mampu memberikan tenaga ekstra buat tubuh.

7. Berry

Strawberi, blueberi dan semua ahli keluarga berry dapat melancarkan sistem penghadaman dan turut berperanan untuk mengurangi kolesterol tubuh serta boleh menurunkan berat badan.


Setiap yang Allah ciptakan ada kebaikan dan khasiatnya... Terima kasih sudi baca entry Kenali 7 Jenis Buah Untuk Kurus dengan Sihat!. Semoga bermanfaat.

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

15 Cara Mudah Hilangkan Parut Secara Semulajadi |Parut satu igauan ngeri terutama bagi wanita.

Rasa macam satu kecacatan bila ada parut.

Parut di muka membuatkan seseorang rasa rendah diri

Tapi jangan risau... Ada petua dan cara untuk hilangkan parut tdengan mudah guna bahan-bahan semulajadi yang selamat tanpa bahan kimia....

Tak susah... Guna bahan alami je... Mudah dapat kat sekitar rumah kita je..  Bahkan kat dapur pun ada...

15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi
15 Cara Hilangkan Parut Secara Semulajadi

#1. Lemon

Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Boleh juga amalkan minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari. Untuk detox dan rawat parut dari dalam.

#2. Kiub Ais

Ambil kiub ais dan oleskan pada parut.
Buat selalu untuk kesan yang lebih cepat.


#3. Madu

Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.


#4. Kentang

Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.

#5. Minyak Kelapa

Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.


#6. Minyak Zaitun

Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.


#7. Timun

Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.


#8. Tomato

Hiris tomato dan tekap pada parut.


#9. Soda Bikarbonat

Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.

#10 Pisang 

Gosok kulit pisang lemak  manis atau kulit pisang kapas setiap hari.

#11 Ubat Gigi

Sapu ubat gigi pada parut setiap hari.

#12 Beras

Ambil sedikit beras, kunyit dan bawang putih, kemudian kisar sehingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Biarkan hingga kering dan gosok di kawasan parut seperti menggunakan skrub.

#13 Bedak Sejuk

Sapu bedak sejuk yang dicampurkan dengan cekur. Amalkan setiap hari sebelum masuk tidur.


#14 Asam Jawa

Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa minyak selama 5 minit. Kemudian goreskan di permukaan kasar atau batu. Sapukan serbuknya yang dicampur dengan air dan gosok pada parut.

#15 Kunyit hidup

Sagat kunyit pada lesung batu, dan ambil kunyit yang disagat tadi, sapu pada parut. Amalkan selalu...

Antara semua petua diatas, sapu aleo vera dan kulit pisang tu MF pernah buat.

Nak kata berkesan tu, kena rajin la.. Tapi cara hilangkan parut guna bahan semulajadi ini lebih bagus dari guna bahan kimia kan...

Selamat mencuba... dan  terima kasih sudi membaca petua mudah hilangkan parut ni. Semoga bermanfaat. 

Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda

$
0
0

Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda | Tengah PKP ni pasti ramai yang stress... Baru naik sekolah pula... Pasti ramai yang pening dan juga stress memikirkan banyak hal. 


Kalau stress biasa kita makan coklat... Tapi takut gemuk pula kan... Kang lagi stress... haha

Tapi nak makan apa ye kalau stress??? 

Ok, kalau stress cuba makan buah... 

Buah apa boleh dimakan ketika stress?

.

Atasi stress


Jawapannya makan buah yang punya vitamin C. Vitamin C banyak membantu turunkan hormon stress iaitu kortisol. 
.
Apabila stress cuba ambil
.
1. Buah kiwi
2. Buah oren
3. Air roselle
.
Atau buah buah lain yang sarat dengan vitamin c
.
Sila cuba.

Kredit: DrRizal Abu Bakar


Kalau tak dapat air mungkin jus pun boleh la.. Cuma jus segera kebanyakannya manis kan... Jadi, kena standby buah oren la lepas ni kat tempat kerja. Stress je makan buah oren, tapi MF suka makan buah pelam. Sambil buat kerja makan buah pelam. Baru boleh kurus kan.. Eh... 😁

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul | Rakyat Malaysia mahupun rakyat negara mana sekalipun, tak dinafikan ramai orang yang suka membeli belah. Sebilangan orang suka membeli pakaian, barangan kemas dan tak kurang juga yang gemar membeli barang runcit.

Golongan yang paling gemar membeli barang runcit ini tidak lain dan tidak bukan adalah di kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Baik wanita mahupun lelaki, bila sudah berkeluarga tanggung jawab membeli barangan runcit ini memang akan dibuat kerana ianya satu perkara yang perlu. Seronok sebenarnya pergi ke pasar raya besar dan memilih barangan runcit. Bila lihat barangan yang dijual terus terbayang apa akan dimasak dengan barangan tersebut. 



Walaubagaimanapun, sebelum ke mana-mana pasaraya atau pasar biasa, jangan terus terjah sebaliknya buat dulu senarai akan barangan yang perlu di beli. Ini penting walau nampak seperti satu perkara remeh kerana ianya dapat membantu saat membuat pembelian dengan cara berhemah. 

Dengan bantuan senarai ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan belanja kerana tidak terpengaruh untuk membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai tersebut. 

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Selain buat senarai tersebut, terdapat juga cara-cara lain untuk menjimatkan wang ketika membuat urusan pembelian barangan runcit di Malaysia. Dalam artikel ini, akan di kongsikan beberapa panduan setakat yang tahu sebagai rujukan kalian di luar sana. 

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan dan dapat membantu menjimatkan lebih banyak wang ini adalah : 

#1 - Perkongsian kereta / perjalanan dengan jiran terdekat sebelah rumah 


Semakin banyak stok yang perlu di beli dalam satu perjalanan, semakin sedikit perjalanan yang perlu dilakukan. Ini menjimatkan petrol, tempat letak kenderaan dan masa. Kaedah ini juga dapat menjauhkan diri dari godaan barangan jualan murah dan sebagainya. 

Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Jumlah paling bagus untuk melawat pasaraya untuk membuat belian adalah sebulan sekali tetapi boleh juga dipercepatkan kepada dua minggu sekali. Yang pasti janganlah pergi hingga tahap seminggu sekali kerana ia akan hanya menyebabkan perbelanjaan menjadi semakin banyak keluar kerana terpengaruh untuk membeli barangan yang tak penting ketika berada di pasaraya tersebut. 

Untuk berkongsi kereta ini pula, adalah paling baik dengan jiran sebelah rumah yang paling dekat dan rapat. Alang-alang tinggal di kawasan kejiranan sama dengan kedudukan rumah yang hanya di sebalik pagar, apa salahnya keluar beli barang dapur berdua bagi mewakili rumah masing-masing. 

#2 - Perkhidmatan Penghantaran Barang Runcit 


Sekiranya tidak dapat pergi ke kedai secara langsung, terdapat perkhidmatana penghantaran barangan runcit secara terus hingga ke depan pintu rumah. Salah satu servis yang boleh digunakan untuk tujuan grocery delivery ini adalah Pandamart.

Cara Jimat Belanja Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul Bahan Makanan Yang Betul



PandaMart merupakan salah satu servis penghantaran yang dimiliki oleh Foodpanda. Ini bermakna Foodpanda bukan saja menyediakan servis penghantaran makanan sudah dimasak sedia dimakan tetapi juga turut menyediakan servis penghantaran barangan runcit sehingga ke depan muka pintu rumah. 

Cara untuk buat pesanan sama saja seperti membuat pesanan makanan yakni dengan menggunakan aplikasi Pandamart Foodpanda yang telah disediakan. 

#3 - Kad Kredit Cashback 


Jika kalian merupakan salah seorang yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit, pastikan guna kad kredit yang boleh memberi cashback sebanyak 2 hingga 5%. 

#4 - Guna Kalkulator Pada Telefon Bimbit


Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dan perlu mengira harga mana yang lebih berbaloi. Tak salah untuk membandingkan harga dengan mengambil kira kuantiti dan kualitinya. Apa guna bawa telefon bimbit tu, gunakanlah kemudahan kalkulator yang ada supaya tidak tersalah membuat pilihan hingga tahap menyesal setelah pulang ke rumah nanti. 


#5 - Makan Dulu Di Rumah Sebelum Keluar Berbelanja 


Ketika berada di kedai runcit dan pasaraya, kita boleh berasa lapar kerana penat saat membuat pilihan barang. Lebih mendebarkan hati saat terhidu bau makanan segar seperti roti, kopi dan sebagainya. Kadangkala terasa licik juga para pengusaha perniagaan ini kerana boleh membuatkan kita terpesong arah tuju dengan membeli barangan lain yang tak ada di dalam senarai sebenar.

#6 - Lihat Brosur Kedai Untuk Tahu Jika Ada Tawaran Harga Yang Baik 


Lihat brosur kedai untuk mencari tawaran harga yang baik ini perlu tapi pastikan tidak terpengaruh dengan semua barangan yang dipaparkan di dalam brosur tersebut. Hanya buat pilihan pada barangan yang benar-benar perlu dan boleh juga jika membuat belian terhadap barangan sering guna dan boleh simpan lama. 

Antara contoh barangan ini seperti cecair pencuci pinggan dan sabun basuh pakaian. Jika kebetulan ada potongan hingga separuh harganya, ada baiknya beli dan simpan sebagai stok di rumah untuk digunakan pada masa akan datang. 

#7 - Pastikan Peti Sejuk Di Rumah Telah Kosong


Membuang makanan yang boleh dimakan merupakan satu pembaziran. Makanlah dulu apa yang ada di dalam peti sejuk. Setelah betul-betul pasti di dalam peti sejuk sudah tidak ada stok makanan, maka bolehlah mula membuat pembelian barangan untuk memenuhkan semula peti sejuk tersebut. 

Nak lagi baik, sebelum keluar membeli barang dapur, bersihkan dulu peti sejuk untuk tahu barangan apa yang masih ada yang sudah habis. Ini juga boleh tahu barang apa yang telah rosak akibat tidak digunakan. Barulah tahu apa yang tak patut dibeli sama sekali. 


Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul



Tips Beli Barang Dapur Cari Bijak Untuk Jimatkan Wang 


- Beli ayam dalam bentuk seekor dan bukannya dengan membeli ayam dalam bentuk bahagian tertentu kerana harga untuk itu jauh lebih mahal

- Untuk barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, beli jenis yang mudah rosak seperti strawberi dan sayur-sayuran berdaun ini dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak. 

- Semasa membayar, periksa resit kerana kadangkala harga yang dikira boleh menjadi salah. 

Itulah dia sedikit sebanyak tips tentang cara jimat belanja dengan senarai makanan yang betul. Jika kebetulan barangan runcit sudah habis, bolehlah buat pesanan secara atas talian dan tunggu saja semua barangan di muka pintu tanpa perlu keluar ke mana-mana. 

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Resepi Sambal Yang Kaki Pedas Wajib Cuba! | Siapa kaki makan pedas?? Sila angkat kaki.. hehe... 

Sambal ni memang tak boleh lepas bagi kaki makan pedas... Orang selatan kebanyakan memang suka makan pedas.. 

MF nak kongsikan 5 resepi sambal yang popular di Malaysia dan tahan lama yang wajib kaki makan pedas cuba buat.... 

1. Sambal Belacan...

Sambal belacan
Sumber: Google Images

Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi. 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam. 
3. Blend sehingga sebati. 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau.

MF buat sambal belacan tak letak belacan sebab resdung... Jadi, cabai tumbuk aje... Sedap juga la Jika cukup garam asalnya...

2. Sambal Hijau

Resepi sambal hijau padang
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hijau 

Resepi ini pula khas untuk penggemar masakan Padang:

Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

3. Sambal Taun atau Sambal Lanun Johor

Resepi sambal lanun Johor

Resepi Sambal Lanun Johor

Bahan-bahan: 

Cili padi hijau (ada yang guna cili kering)
Ikan bilis
Bawang putih
Minyak
Cukup rasa (jika perlu)


Ada 2 cara nak masak sambal taun ni..

Cara yang pertama:
  1. Goreng ikan bilis smpai garing
  2. Tumbuk cili padi hijau hingga lumat
  3. Dah lumat, masukkan bawang putih dan tumbuk sekali, dan masukkan sekali dengan cukup rasa, kalau rasa nak tmbah la..
  4. Pastu tumbuk pula ikan bilis hingga agak lumat, jangan lumat sangat, nanti tak sedap sebab halus sangat tak sedap..
  5. Lepas dah tumbuk-tumbuk semua, goreng dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan sedikit kering…

Cara kedua:
  1. Goreng cili, ikan bilis dan bawang putih
  2. Lepas goreng, tumbuk semua hingga lumat..

Antara cara pertama dan kedua, MF suka lagi cara pertama, sebab lebih sedap dan smbal tu betul-betul masak dan kurangkan risiko nak sakit perut dan memang pedas sambal ni.. Makan dengan nasi panas memang menyelerakan.

4. Sambal Kicap

Cara buat sambal kicap sedap
Ini sambal kicap MF buat makan dengan sup kaki ayam

Cara buat Sambal Kicap Johor

Bahan-bahan:
11 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap
Garam dan gula

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili padi hingga hancur,kemudian masukkan bawang dan tumbuk lagi sampai lumat.
  2. Masukkan kicap dan gaul sebati...
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula...dan kacau rata..
  4. Siap!!! dan boleh dimakan bersama sup kaki ayam.


5. Sambal Hitam

Resepi sambal hitam
Sumber: Google images

Resepi Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan
10 biji belimbing buloh.
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dibelah.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara buat sambal hitam Pahang
  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. 
  4. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  6. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. 
  7. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  8. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Itulah 5 Resepi Sambal yang patut dicuba bagi yang suka makan pedas... MF suka pedas... Tapi takdelah pedas sangat.. masa berpantang, seminggu je bertahan lepas tu cuba makan yang pedas juga.. jika tak de selera makan.. 

Selamat mencuba.

Sumber: internet dan pengalaman penulis sendiri... 
Sumber gambar: Google images

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri | Pisahkan anak tidur sendiri adalah salah satu hukum yang Islam tetapkan untuk menjaga sosialisasi dalam hubungan kekeluargaan.

Umur yang sepatutnya dipisahkan laling lewat iaitu 7 tahun... Tapi alhamdulillah... MF berjaya pisahkan anak dari tempat tidur masa umur 2 tahun... Dan umur 3 tahun sepenuhnya tidur sendiri... Alhamdulillah...

Takde rahsia menarik... Cuma MF boleh la kongsikan beberapa perkara yang kami suami isteri buat untuk pastikan anak-anak tidur di bilik sendiri... 

Dekorasi bilik anak-anak ikut warna kesukaan mereka

Tahun lepas kami dah berpindah ke rumah sendiri... Jadi, antara perkara utama kami buat ialah deko bilik anak-anak. Alhamdulillah.. Hikmah Allah berikan kami anak sama jantina... Tak perlu nak sediakan banyak bilik.. Satu bilik dan dekorasi untuk dua anak.. Dan akan datang adik kecil pula jadinya... Akan dekorasi lagi untuk jadikan  satu bilik untuk tiga beradik.

Puas mencari dekorasi menarik untuk pastikan anak tidur sendiri... Akhirnya... Bulan lepas dapat susunan bilik yang menarik untuk diorang tidur sendiri... Nampak luas dan selesa...

Perkara pertama... Kami cat.. Cat ikut warna kegemaran mereka... Dan kalau boleh guna warna yang ceria dan terang... Sebab jiwa anak-anak ni mood happy je sokmo...

Cara Nak Ajar Anak Tidur Sendiri

Susun atur bilik tidur anak untuk bilik yang sempit

Lepas cat susun atur bilik... Susunlah supaya bilik tu nampak luas dan selesa walaupun hakikatnya bilik tu sempit je..

Kalau boleh bilik anak-anak ni kena minimumkan perabot... Sebab diorang kreatif dan suka bermain.

Dekorasi hiasan dinding bilik tidur anak

Untuk hiasan dinding.. Kami hias dengan tampalan perkataan suku kata... Dan poster pembelajaran... Inilah konsep belajar sambil bermain.

Untuk tambahkan keseronokan... Belikan cadar ikut cartoon kesukaan anak-anak... Macam anak MF suka tengok doraemon.. Jadi kami beli dua set cadar doraemon.. Ikut warna kegemaran masing-masing...

Sediakan ruang main dan santai di dalam bilik

Antara kemudahan lain... Kami pasangkan siap tv di dinding dan siap dengan koleksi kartun dan movie yang telah ditapis oleh kami sebagai ibu bapa.. Jadi, diorang boleh tengok tv sambil  bermain. Selain tu... Tv tu juga kami on setiap malam untuk pasangkan zikir sepanjang malam...

Kami juga sediakan mainan dalam bekas khas untuk elakkan anak-anak sepahkan mainan dan selepas main terus kemas...

Alhamdulillah.. Sekarang ni selain dapat asingkan tempat tidur... Dapat juga kurangkan aktiviti sepah mainan... Tak la penat sangat mengemas... Lagipun suami MF memang tegas... Tak boleh sepahkan mainan selain dalam bilik diorang... Jadi, ringan sikit tugas disitu...

Gunakan psikologi dan pujukan

Selain tu, tips lain.. Pujuk dan slow2.. Jangan paksa anak... Memula kita teman.... Bacakan bedtime stories... Bila dah terlelap kita biarkanlah... Memula tu memang anak akan bangun tengah malam dan cari mak bapaknye... Tapi lama lama nanti... Bila biasa dah takde masalah lagi...

Itu antara cara kami suami isteri train anak-anak tidur sendiri sejak dari awal usia selepas putus susu...

Islam memang mewajibkan tidur berasingan untuk jaga batasan pergaulan dalam keluarga... Dan supaya ibu bapa ada privasi antara suami isteri.

Cara Ukur Kaki Untuk Dapatkan Saiz Kasut Yang Tepat

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Ukur Kaki Untuk Dapatkan Saiz Kasut Yang Tepat | Susah beli kasut... Kenapa MF kata susah... MF paling susah beli kasut... Sebab ada yang kita berkenan saiz pula takde... Ada saiz tapi warna takde... Kadang nak beli kasut tu pusing satu pasaraya juga lah nak cari yang berkenan dan saiz yang ada...

Tapi nak senang beli secara online... Sebab boleh filter, saiz, warna, jenama dan harga yang kita nak... Tapi satu masalah iaitu saiz.

Beli kasut secara online ni agak berisiko untuk dapat saiz yang salah... Sebab ada kasut ni tak sama juga saiznya kecuali kasut yang standard saiznya... Tapi kalau kasut biasa.. Saiznya lain.

Jadi MF kongsi kan cara betul untuk ukur kaki untuk dapatkan saiz kasut yang tepat. Ini cara ukur kasut untuk dapatkan saiz yang tepat.

Cara Ukur Kaki Untuk Dapatkan Saiz Kasut Yang Tepat



  1. Berdiri di atas permukaan yang rata dengan tumit anda bertentangan dengan dinding
  2. Letakkan pembaris yang rata di lantai selari dengan bahagian dalam kaki anda dari tumit hingga ke jari kaki
  3. Letakkan objek yang rata di hujung jari kaki anda
  4. Ukuran panjang kaki anda adalah bersamaan ukuran dari dinding sehingga objek tersebut


Saiz kasut perempuan


Cara Ukur Kaki Untuk Dapatkan Saiz Kasut Yang Tepat
 Boleh gunakan panduan ni untuk ukur saiz kasut perempuan. Mudah dah nak beli kasut online lepas ni.



Saiz kasut lelaki


Cara Ukur Kaki Untuk Dapatkan Saiz Kasut Yang Tepat
Boleh guna panduan ni cara ukur saiz kasut lelaki... Nak selamat ambil saiz yang lebih sikit dari saiz yang kita ukur. Biar terbesar jangan terkecil. 

Jadi, lepas ni boleh dah la beli kasut secara online.. Tak payah nak takut salah saiz lagi...

Sumber: Zalora.my

Hukum Memakai Inai Berwarna-warni!

$
0
0
Hukum Memakai Inai Berwarna-warni! | Naik sekolah je, lepas raya... makin meriah tengok tangan anak-anak murid ni... pakai inai penuh dijari... dan ada yang bercorak... padahal tu dah langgar peraturan sekolah... kalau ikutkan sesetengah sekolah memang langsung tak benarkan pakai inai... 

Inai boleh dipakai tapi jangan lukis atau corakkan... tapi ssatu hari, aku tengok, inai warna pink dan ada yang warna oren pelik... aik... inai ke ni>>??? macam pewarna aje... sekali dia kata inai... aku tanya balik... halal ke??? diam terus... jadi apa hukum pakai inai warna warni ni...

Hukum Memakai Inai Berwarna-warni!
Sumber: google images

Jika dulu inai hanya terdapat di dalam warna oren kemerahan iaitu warna semulajadi daun inai, namun hari ini terdapat pelbagai warna seperti hitam, merah terang dan merah jambu di pasaran. Menerusi entri ini, bolehkah kita memakai warna inai kuku seperti warna cat kuku yang biasa dipakai oleh orang kafir?

Inai halal dipakai oleh wanita

Tidak ada salahnya anda mengenakan inai pada kuku selagi bahan-bahan dalam pembuatan inai bertepatan dengan syarak halal. Biasanya, inai terdiri daripada daun inai dan beberapa campuran lain semulajadi. Kemunculan inai segera pelbagai warna yang kini mudah didapati di kebanyakan pasaraya menjadikan inai buatan sendiri semakin ketinggalan.


Sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya. Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami).

Hukum pakai inai

Ada juga ulama berpendapat wanita boleh mengenakan inai kuku warna apa sekali pun malah Nabi menyuruh memakai inai. Dari Aisyah ra,       “Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092).

Namun, pemakaian inai biarlah bersebab seperti untuk menyembuhkan sakit kuku atau tujuan majlis perkahwinan. Akan tetapi, berdosa jika niat hanya mahu menayang dari segi kecantikan seperti mengukir mengikut dalam upacara keagamaan hindu.

Mudah saja untuk memakai inai yang dibenarkan. Pastikan inai yang anda pakai atau beli boleh telap air. Jika inai yang dipakai terdiri daripada daun inai, za'faran, kunyit, daun teh, perahan limau dan sebagainya maka ia adalah sah. Jika kandungan inai mempunyai bahan seperti minyak maka ia adalah haram. Wallahualam!
Sumber: Karangkraf

Pakailah inai yang original... selamat dan halal... baunya pun wangi dan warnanya cantik serta tahan lama... 

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp! | Walaupun whatsapp ni satu aplikasi popular, tapi telegram tidak kurangnya.. Dah ramai dah guna telegram selepas telegram diupgrade.

Penggunaan telegram jadi popular dalam kalangan guru sebab boleh share dokumen dan download dokumen melalui pc... lebih cepat dari guna email. Tu yang membuatkan group telegram lebih meriah. Dan MF pun transfer gambar dari smartphone ke pc guna telegram je..sebab lebih cepat... Sebab telegram ni, kita boleh on pada handphone dan pc dalam masa yang sama..

Tengok saja info grafik di bawah perbandingan antara telegram dan whatsapp...

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!
Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!

Yang terbaru, telegram pun dah ada double tick sebagai tanda status messages. cuma takde blue tick je... 

Mudah loading

Lagi satu, kelebihan telegram berbanding whatsapp.. tiada had share gambar dalam satu-satu masa... dan lebih cepat masuk... 

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!
Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!

Lagi satu, MF suka telegram ada channel tertentu yang kita boleh join.. contoh channel untu tazkirah, dakwah dan tak terkecuali channel untuk cuci mata iaitu shopping.

Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!
Kelebihan Telegram Berbanding Whatsapp!

Tak beratkan phone

Nampak.. meriah group.. tapi tak berat pun phone... bahkan kalau kita dah delete gambar kat gallery atau folder telegram pun, masih dapat download semula di aplikasi telegram...Tapi tu la.. whatsapp tetap juga popular... mungkin penggunaan telegram masih orang belum tahu kelebihannya kan..

3 Tips Membuat Kata Laluan Yang Kukuh

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Tips Membuat Kata Laluan Yang Kukuh | Zaman teknologi yang canggih, buatkan orang pun makin canggih untuk nak stalk dan hack orang lain... Jadi, setiap akaun yang kita perlukan login password perlu pastikan ianya susah diceroboh oleh orang lain...

3 Tips Membuat Kata Laluan Yang Kukuh
Sumber: Google images 


Antara Tips untuk membuat kata laluan yang kukuh ialah:

1. Membina kata laluan dengan gabungan huruf dan nombor serta simbol

Untuk membuat password yang kuat gunakan gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Namun, sesetengahnya tidak membenarkan penggunaan simbol tertentu.

Simbol yang biasa digunakan ialah "@", "_" . gunakan simbol yang jarang digunakan ramai orang menjadikan kata laluan yang dibina menjadi lebih kukuh. 

Contohnya: cZ@8

2. Bina kata laluan yang panjang

Kata laluan yang kukuh ialah kata laluan yang panjang. Minimum kata laluan yang kukuh ialah  melebihi 8 karakter. Ada sesetengah perlukan 10 hingga 12 karakter. Jenuh nak ingatkan. Kadang terpaksa juga tulis kat secret book untuk nak ingat. 

3. Bina password guna frasa unik dan pelik

Kata laluan yang unik dan pelik. Frasa unik ni nampak pelik tapi kreatif yang buatkan orang susah nak baca dan fikir. Antaranya, gantikan huruf A dengan angka 4, atau nombor T gantikan dengan nombor 7. 

Contoh: 1aTu_H@r1

Selain tu, digalakkan tukar kata laluan sekerap mungkin. Ada yang cadangkan tiga bulan sekali tukar password. Jenuh jugalah kalau ikut saranan ni... Takut bukan apa terlupa terus kan. Tambah kita ni banyak plak akaun media sosial... 

Guna private browser kalau guna internet banking untuk lebih selamat. Sebab private browser ni secure dia, takde simpan history dan cache. 

Memang jenuh nak ingat sesuatu kata laluan. Selalu juga semak kata laluan browser atau akaun google. Kadang kita tak perasan guna dan sign in sesuai link dengan Google kan. 

Moga tips ni membantu akaun peribadi kita supaya lebih selamat dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Semoga bermanfaat.

Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?Pernah dengar tak pasal ibu susuan yang ambil anak angkat. Biasa kan kita faham.. suami kita jadi bapa susuan.. susu pula terhasil dari ambil pil atau suntikan hormon... betul ke macam tu? Jom baca penjelasan dari JAKIM...mengenai hukum bapa susuan.


Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

Persoalan: Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

Salam. Jika seseorang perempuan yang telah berkahwin dan tidak memiliki anak, kemudian dia mengambil anak angkat perempuan dan menyusukannya dengan mengambil suntikan peransang susu. Bagaimanakah hukum mahram antara anak angkat itu dan suaminya?

Haram berkahwin dengan sebab susuan

Pengharaman berkahwin disebabkan oleh susuan ini jelas disebut dalam al-Quran dan hadis antaranya firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ

Maksudnya: Dan (termasuk wanita-wanita yang haram dikahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.
Surah al-Nisa’, 4:23

Dalil pengharaman berkahwin dengan sebab susuan

Hal ini juga disabitkan menerusi beberapa hadis nabi SAW antaranya:

الرَّضَاعَةُ تُحَرِّمُ مَا تُحَرِّمُ الْوِلاَدَةُ

Maksudnya: Penyusuan itu mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (nasab).
[Hadis riwayat al-Bukhari (no. 3105) dan Muslim (no. 1444)]

Penyusuan itu mengharamkan apa-apa yang diharamkan dalam kelahiran (adik-beradik).

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa pengharaman dalam konteks penyusuan adalah sama seperti pengharaman yang berlaku dalam konteks adik-beradik seperti pengharaman berkahwin sesama mereka dan sebagainya.

Menjadi anak susuan dengan suntikan atau pil penggalak susu

Bagi perempuan yang menyusukan anak mereka dengan mengambil suntikan hormon yang merangsang pengeluaran susu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Hukum keluarkan susu badan dengan ubat atau suntikan

“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.”

Tidak dikira mahram bagi bapa, jika menyusu disebabkan suntikan atau ubatan

Dalam konteks perempuan tersebut, maka ia tidak dikira sebagai bapa susuan disebabkan susu tersebut bukannya terhasil daripadanya dan isterinya (akibat persetubuhan). Perkara ini ada dinyatakan oleh Syeikh Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (420/3):

“Jika seseorang anak dara mengeluarkan susu, kemudian berkahwin dan mengandung, maka susu itu dikira terhasil daripadanya, bukan suaminya selagimana belum bersalin. Apabila dia telah melahirkan anak, maka susu tersebut dikira berpunca daripada suaminya.”

Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/35) menyebutkan pengharaman disebabkan gabung antara musaharah (kesemendaan) dan penyusuan termasuklah:

“Bahawa apabila isteri kamu menyusukan seorang bayi perempuan (yang bukan anak kamu), tetapi datang daripada susu lelaki lain (yakni daripada perkahwinannya dengan lelaki lain), sama ada sama sebelum kahwin dengannya atau selepas kahwin, maka jadilah anak perempuan susuan tiri bagi kamu.”

Dalam Fatawa Hindiyyah (343/1) pula, para ulama Hanafi berpandangan jika seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan dan dia tidak melahirkan anak, kemudian isteri mengelurkan susu dan menyusukan seorang bayi lelaki, maka perempuan itu merupakan ibu susuan. Namun tidak diharamkan ke atas bayi tersebut anak-anak perempuan suami tersebut yang terhasil daripada isteri-isterinya lain.  

Kesimpulannya, kami cenderung untuk menyatakan bahawa anak susuan yang terhasil daripada susu yang diransang menggunakan suntikan hormon ialah sabit pengharaman kahwin dengan anak tiri perempuan disebabkan penyusuan.

Wallahua’lam.

Sumber: telegram.me @MyJakim

Barulah tahu yang anak susuan tu haram berkahwin... Dan pengharaman ini sabit dengan dalil pengharaman anak tiri...

Kena baca banyak kali baru boleh faham.. 

Tanda Umur Kita Berkat!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tanda Umur Kita Berkat! | Setiap tahun kita pasti akan sambut ulangtahun​ kelahiran... sukanya bila ramai yang beri ucapan dan doa, dan bertambah seronok bila ada yang berikan hadiah kan...

Tapi pernah kah kita fikir sepanjang hidup kita ni Adakah hidup kita diberkati Allah???

Apa itu berkat?

Perkataan berkat (barakah) bermaksud  perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud berkat  (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Berkat ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah s.w.t. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi berkat  kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa a.s., firman Allah swt : -

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ
"Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" (Surah al-Maryam ayat 31)

Allah s.w.t adalah al-Mubaarik (pemberi restu / berkat) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah s.w.t,

Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya :-

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" (Surah Qaaf ayat 9)

Allah s.w.t bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah s.w.t kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah s.w.t memberi pertolongan, rahmat dan  keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah s.w.t. diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu1. Keberkatan pada umur.,2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.3. Keberkatan pada rezeki. 4. Keberkatan pada berjemaah. dan 5. Keberkatan pada ilmu

Tanda Umur Kita Berkat!


Setiap sesuatu kebaikan dan keredhaan Allah s.w.t akan ada tanda-tandanya yang diberikan oleh-Nya.Tanda-tanda keberkatan pada umur kita ialah:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Banyak amalan baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya  ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.


Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :  “ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung '

Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”

Maknanya... Kalau kita nak tengok umur kita berkat atau tak tengok dan muhasabah diri berapa banyak sudah amalan kebaikan yang pernah kita buat... Antara amalan baik dan buruk, yang mana lagi banyak kita buat.. apa amalan yang baik dan bermanfaat pernah kita buat kepada orang lain.. tak perlu bagitau orang, cukuplah kita muhasabah ​diri... 

Hukum Solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk! | Ada orang solat dengan mata yang tertutup untuk dapatkan khusyuk solat. Tapi jadi persoalan.... Boleh ke solat dengan mata yang tertutup tanpa melihat tempat sujud?

Dan Makmum Masbuk... Apa tu? 

Ini kisahnya solat Tutup Mata dan Makmum Masbuk yang boleh kita ambil pengajaran bersama... 

Orang kampung ramai berkerumun di rumah Wak Kemang. Wak Kemang terlantar sakit. Heboh sekampung pasal Wak Kemang ditemui menggigil-gigil tidak keruan di bawah pokok ketapang. Mujur juga ada Lebai Sahak. Dialah yang menjumpai Wak Kemang dan membawanya pulang.

Tok Penghulu Dali, Lebai Sahak, Siak Tompang, Noja Ayub, Ustaz Yunus bersama-sama penduduk kampung pergi melawat Wak Kemang pagi itu. Kata Wahid Satay, sakit Wak Kemang sudah semakin tenat. Sudah hampir putus nyawa.

Wak Kemang terbaring di tengah-tengah ruang tamu beralaskan tilam lusuh. Tilam yang entah berpuluh tahun usianya. Salah hemat sebaya dengan umur anak gadis Wak Kemang yang baru tamat pengajian di universiti.

Wak Kemang menggeletar di sebalik gebar yang membaluti tubuh. Dahi Wak Kemang tertempel selembar kain buruk. Peluh di muka Wak Kemang masih memercik walaupun sudah berkali-kali Limah Lenggang mengelapnya. Saat getir ini, Limah Lenggang isteri Wak Kemang inilah yang paling setia bertunggu tangga merawat Wak Kemang.

Panas badan Wak Kemang masih belum kebah-kebah dari semalam. Tidurnya juga meracau-racau. Tiada siapa yang tahu apa yang diracaukan. Cuma kedengaran suara berdengus-dengus seperti lembu kena sembelih di hari raya korban lalu. Ya, Wak Kemang jugalah orangnya yang sama-sama melapah daging korban itu. Menyeringai Wak Kemang kegembiraan sambil tersentil rokok daun nipah di bibir. Gigi kuning pula menghiasi senyum simpul. Bukan dia hisap rokok daun itu pun. Bahaya katanya. Rokok nipah itu sekadar melepaskan ketagihan merokok. Memang Wak Kemang kaki merokok. Itu dulu. Sekarang ini dia benar-benar mahu berhenti.

"Macam mana Wak Kemang hari ini?" tanya Tok Penghulu yang menghadap Wak Kemang. Sekali sekala diusapnya umbun-umbun Wak Kemang.

"Macam inilah Tok. Masih tak berubah," jawab Limah Lenggang.

"Apa cerita sebenarnya ni?" tanya Tok Penghulu sambil menggelengkan kepala, tanda simpati.

"Entahlah Tok. Semalam sempat juga saya bertanyakan abang Kemang. Dia cakap, dia nak solat Zuhur di wakaf tepi kubur sana tu. Masa tu baru lepas matahari rambang. Tak ada orang pun di sekeliling," Limah Lenggang berjeda sambil mengelap peluh yang mula meleleh di pipi Wak Kemang.

Memang pondok berhampiran kubur itu selalu ada orang mengerjakan solat di situ. Wakaf tersebut dilengkapi dengan peralatan solat dan kolah air. Terutama solat jenazah orang memang solatkan di situ.

Solat Tutup Mata untuk tambahkan khusyuk

"Kata abang Kemang lagi, suasana masa tu hening sangat. Dia tidak pernah rasa saat seperti itu. Hati abang Kemang berasa begitu tenang. Dia angkat takbir untuk solat. Kemudian memejamkan mata untuk menambahkan khusyuk. Elok sahaja hendak rukuk, ada orang menepuk bahunya. Dia sedikit terperanjat. Hati abang Kemang tertanya-tanya, siapakah itu. Abang Kemang terus rukuk.

Entah bagaimana, abang Kemang terpandangkan dari celah kelengkang. Dia tak nampak sesiapa pun. Tiada susuk tubuh manusia yang kelihatan. Abang Kemang tersentap dan ketakutan. Itu yang dia lari lintang pukang. Habis segala apa di hadapan, dilanggarnya. Batu nisan pun dia terjah. Semak samun di belukar sana pun dia rempuh," Limah Lenggang menyambung ceritanya. 

Tercengang Soton, taukey Warung Pak Makrup. Mulutnya bundar dan mata sedikit terbelalak. "Patutlah Leman Lempeng semalam tercungap-cungap. Habis semua kerusi dan meja saya dilanggarnya. Macam lembu naik minyak, tak keruan." sampuk Soton.

Tok Penghulu Dali, Lebai Sahak, Siak Ayub semuanya mengalihkan pandangan. Masing-masing menyorot tajam ke wajah Soton. "Apa kaitannya pulak?" tanya Lebai Sahak musykil.

"Semalam tengah hari, Leman Lempeng termengah-mengah. Tercungap-cungap macam orang tak cukup nafas lagaknya. Saya tanya kenapa dia jadi macam tu. Dia kata, dia nampak Wak Kemang tengah bersiap-siap hendak solat Zuhur. Jadi, dia singgah ke wakaf itu untuk berjemaah sama. Dia pun tepuk bahu Wak Kemang. Sedang dia baru sahaja hendak membaca al-Fatihah, tiba-tiba Wak Kemang terus lari lintang pukang. Wak Kemang terjun dari wakaf macam orang kerasukan. Apa lagi Leman Lempeng pun terperanjat sama. Tanpa menunggu lama, Leman Lempeng ikut bertempiaran lari. Bercempera ke sana sini berteriakan hantu! Hantu! Hantu! Sampailah ke kedai saya, barulah dia bertenang dan bercerita sambil menggigil-gigil."

"Oh, patutlah Leman Lempeng terlantar di wad hospital besar. Kata Tijah Lebar, doktor cakap suaminya itu kena demam terkejut." Siak Tompang pula mencelah.

Cara untuk jadi makmum masbuk

"Sebenarnya, cara Leman Lempeng itu ada salahnya. Cara Wak Kemang pun ada silapnya," sambil menguis-guis jari dengan memandang lantai, Ustaz Yunus mula membuka mulut.

"Macam mana pula tu Ustaz?" tanya Noja Ayub sambil merenung tajam ke muka Ustaz Yunus. Kata Ustaz Yunus.

"Begini, sepatutnya Wak Kemang tidak menutup mata ketika solat. Ini ialah hikmah mengapa tidak digalakkan solat dengan tutup mata. Memang ada ulama mengatakan harus menutup mata untuk menambah khusyuk, begitu juga ada ulama mengatakan makruh. Sungguhpun begitu, kenalah perhatikan keadaan persekitaran, sama ada sesuai atau sebaliknya. Takut-takut jadi macam nilah."

Mereka yang berdalilkan makruh menutup mata bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w:

"Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" (HR At Tirmidzi, 2/235; Al-Hakim, 1/386 dan Ibn Hibban 6/115; Ibn Khuzaimah, Al Baihaqi; At Tirmidzi: Hasan Sohih)" hujah Ustaz Yunus.

"Cara-cara hendak masuk makmum pula. Dalam hal ini saya kira sepatutnya Leman Lempeng perlu memberikan isyarat kehadirannya di wakaf itu terlebih dahulu, seperti berdehem perlahan. Biar Wak Kemang merasai kehadiran manusia. Kemudian Leman Lempeng tidak perlu menepuk bahu Wak Kemang. Leman Lempeng perlu berada disebelah sisi kanan Wak Kemang. Leman Lempeng angkat takbir ihram dengan suara sekadar didengari imam. Selepas mengangkat takbir, Leman Lempeng sebagai makmum terus sahaja mengikuti perbuatan imam. Dalam hal ini Wak Kemang rukuk, maka terus sahaja Leman Lempeng ikut sama. Situasi makmum sebegini dipanggil makmum masbuk. Ada dua jenis makmum, iaitu makmum masbuk dan makmum muwafik." Ustaz Yunus memberhentikan bicaranya sambil melihat berkeliling. Satu-satu wajah ditancapnya. Sunyi, tiada satu suara pun yang berdetap. Masing-masing terlopong memandang Ustaz Yunus dengan penuh minat.

"Macam mana pula makmum muwafik itu, Ustaz?" Wak Kemang memecah kesunyian.

"Ha... Kalau mahu tahu lagi, datanglah ke kuliah saya malam nanti," ajak Ustaz Yunus.

Orang kampung saling berpandangan. Kesemua berubah muka, seraya berkumandangnya sebutan, 'Alhamdulillah'. Mereka gembira mendengarkan suara Wak Kemang. Ini petanda sakit Wak Kemang sudah kebah. 
Sumber: Diari Islam 2015

Sumber: Google images

Moral: Beramal perlukan ilmu... Jangan beramal hanya sekadar ikut-ikutan. Jadi, banyakkan berilmu dan amalkan... Agar ilmu yang dipelajari tak hilang. Jangan berhenti untuk terus tuntut ilmu agama... Kerana ilmu agama ini, makin kita pelajari kita akan terasa semakin jahil... Kerana ilmu agama tak pernah habis ibarat buih-buih di lautan.. 

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol | Anak-anak yang melasak, memang tak kan terlepas dari alami benjolan akibat jatuh..

Anak MF, yang perempuan semuanya lasak-lasak... Jatuh itu satu kebiasaan dah...

Bila jatuh, jangan cepat panik... Tengok tempat jatuh tu... Ada bengkak atau benjol tak...

Kalau ada benjolan, atau bengkak serta lebam, buat rawatan tuam.

Tapi kena juga tau cara nak tuam barulah boleh merawat... kalau salah cara nanti melarat aje...

Ini, MF kongsikan perkongsian dari Doktor dari Rehabilitasi #MedTweetMY cara melakukan tuam yang betul.

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol
sumber: google images

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol

“Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan?”

Kedua-dua tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan sukan. Namun perlu tahu bila tuam ais atau haba lebih sesuai digunakan.

Tuam ais, atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang, trauma tumpul pada otot dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.

Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 3 hari berikutnya.

Cara-cara melakukan tuaman ais:

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.

2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.

3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.
Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari

[ ! ] Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Tuam haba, atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.

Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:


1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.

2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.

3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

[ ! ] Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jadi, dah tau cara, jangan salah lagi... paling penting kalau anak jatuh... jangan cepat panik... Dakap dan peluk anak... usap kawasan yang tercedera atau lebam atau bengkak tu sambil selawat banyak-banyak... Kemudian buatlah tuam ni sebagai rawatan awal. Lepas tu dalam masa 24 jam pantau... kalau ada muntah, demam atau sawan dalam masa 24 jam lepas jatuh, terus ke hospital... Tak payah tulis kat FB lagi ye... sebab dah bagitau ni...

Semoga bermanfaat...

Moga Allah lindungi anak-anak kita semua.. insha Allah. 

Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik? | Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?

Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

Minum Air Sejuk atau Air Panas, Yang Mana Bagus Untuk Kita Amal?

Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.

Waktu untuk minum air sejuk

Selepas bersenam

Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

Melawan panas

Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

Membantu menurunkan berat badan

Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

Jangan minum air sejuk, ketika...

1. Makan

Elak minum air sejuk ketika sedang makan. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.

Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.

Kebaikan amal minum air panas/suam

Mempercepatkan pencernaan

Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

Mengeluarkan toksin dari tubuh

Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.

Melancarkan pernafasan

Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

Mengurangkan rasa sakit

Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
Kredit: telegram Channel Petua dan Kesihatan

Kalau MF, tak boleh selalu amal air sejuk, nanti sakit badan... Kalau dah sakit badan tu apa MF akan buat ialah, bancuh kopi panas dan minum... Insha Allah... sekejap dalam 10 - 15 minit redalah... jadi, MF masih berpantang bab makan makanan yang berangin dan sejuk ni walaupun anak dah besar. Itulah nak kata pantang ni bukan sebab ikut hari 44 hari atau 100 hari atau setahun, tapi pantanglah ikut badan kita... Yang mana tak boleh tu tak payah makan... Makan juga tu tanda cari penyakit namanya...

Sekian, semoga bermanfaat.

Cara Mandi Wajib Guna Shower

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Cara Mandi Wajib Guna Shower | Mandi wajib, satu kewajipan bila berhadas besar. Ada 6 sebab hadas besar iaitu: Keluar mani, haid, nifas, wiladah, jimak dan mati selain mati syahid. Mandi wajib ni kita belajar dari zaman sekolah lagi. Cara mandi, nak cebok dan sebagainya. Tapi zaman sekarang,

Cara Pilih Susu Segar Terbaik

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Cara Pilih Susu Segar Terbaik | Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu. Itu tak boleh disangkal lagi oleh mana-mana kajian di dunia. Tapi kita tak tau bila kita diuji dengan kurang susu... Macam MF diuji masa anak ketiga... Kurang susu sebab masa tu tak tau mengandung lagi... Pernah
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>