Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi | Selulit walaupun sulit tapi boleh menyebabkan kita rasa tak yakin diri.. Orang tak nampak tapi rasa tak selesa.. Tambah pula kalau kat kawasan paha dan lutut. Macam mana cara nak hilangkan selulit ni?” Jangan anggap tubuh langsing kita

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit | Bila berlaku kes kemalangan atau kecelakaan melibatkan telefon bimbit...Mula la masing-masing buat "fatwa" masing-masing... Jangan itulah, jangan inilah... Kadang rasa.. alahai.. susahnya nak cas telefon pun kan...  Tapi sebenarnya

Senang dah nak bersenam di rumah dengan Air Tumble Mat ni

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Senang dah nak bersenam di rumah dengan Air Tumble Mat ni | Bersenam satu aktiviti sihat yang sangat digalakkan. Walaupun kita berada dirumah banyak aktiviti senam yang kita boleh buat di rumah. Senaman ringan, senam robik, zumba dan gimnastik antara senaman yang boleh kita lakukan di rumah. Senam

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam | Ulam pucuk daun kari.. Pernah makan tak? Kalau orang kampung, rasanya mungkin pernah makan... MF mula makan ulam pucuk daun kari ni sejak anak dara.. Pertama kali cuba, terus suka.. Rasa lemak dan wangi... Fuhh... Boleh bertambah

Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda

$
0
0
Cara Hilangkan Kesan Pen Marker pada segala Benda | Sesuatu yang mencemarkan baju atau tangan... boleh merundumkan mood tanpa sengaja. Salah satu nya pen marker. Pen marker ni, biasanya cikgu lah selalu guna. Dan semestinya tak dapat nak elak akan terkena baju, tudung, tangan dan sebagainya. Kalau marker Whiteboard ok lagi, kalau marker permanent tu yang mencabar tu. Pernah MF tengok anak murid

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

$
0
0
9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas | Musim panas membahang sekarang ni kan... Ramai juga yang tak sihat di musim ini... Memang panas betul dengan lapisan ozon dah nipis.. Lagilah terasa.... Setiap malam wajib pasang air cond kalau tak memang anak rimas tak boleh tidur. Sekarang ni baring atas mozek pun nikmat je... Haha.. Takde pula rasa sakit badan... Tips Untuk kekal sihat di musim panas. 1.

Jom Kenal Nama Dalam Kumpulan Warna!

$
0
0
Serius baru tahu... Sebelum ni tak tahu menahu bab nama warna nih... Tapi sebenarnya warna ada namanya tersendiri... Kita orang Melayu suka je letak biru langit, kelabu tahi anjing, hijau kepala itik... Tapi dalam bahasa Saintifik nya warna ada namanya... Cuma nama ni tak glamer lah. Pergi kedai, minta kat tuan kedai, sebut nama warna yang pelik-pelik nih memang takdelah jawapnya... Jadi, ini

Hukum Asingkan Tempat Tidur Anak dalam Islam

$
0
0
Hukum Asingkan Tempat Tidur Anak dalam Islam | Pabila anak dewasa, mula ada ibu bapa yang dilema tentang hal mengasingkan tempat tidur anak daripada tempat tidur ibu bapa.. Usia berapakah yang sesuai untuk asingkan tempat tidur anak dari tempat tidur ibu bapa? Dan apakah pula hukum asingkan tempat tidur anak dalam Islam. Islam itu agama yang syumul... dalam isu mengasingkan tempat tidur

5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Mak Anak Ramai

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 5 Tempat Menarik di Langkawi Sesuai Untuk Mak Anak Ramai | Mana tempat menarik jika dibolehkan rentas negeri nanti? Antara yang MF baca, survey di media sosial, Langkawi antara tempat pilihan ramai yang memang ternanti-nanti orang nak pergi. Langkawi, sebuah pulau yang menjadi tempat perlancongan di

Janji 30 Hari

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Janji 30 Hari | Janji Allah itu pasti. Kalau kita janji dengan manusia, susah kita nak percaya... tapi janji Allah... Allah bukan makhluk... dan pastinya apa yang Allah kata, apa Allah janji, Allah akan tunaikan asalkan kita penuhi segala syaratnya. Manifesto Ramadhan yang akan menjelang tak lama

Jimat Masa & Wang dengan Belanja Barang Runcit Dalam Talian

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Jimat Masa & Wang dengan Belanja Barang Runcit Dalam Talian | Kadang tu, dah beli barang siap masuk troli, bayar dan letak dalam bonet kereta, eh boleh pula terlupa sesuatu. Walaupun setiap pasar raya memberikan pengalaman yang lebih selesa dan menyeronokkan untuk para pembeli, tapi bila terlupa

FIDYAH : TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA DITINGGALKAN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) FIDYAH: TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA |  Ditinggalkan Bertangguh qada puasa.. menyebabkan kadangkala terlupa berapa dah ditinggal... Bila dah berusia baru ada kesedaran.... Jadi, macam mana ni??? Nak bayar fidyah macam mana? Jangan risau... ada penjelasannya..  SOALAN: Assalamualaikum,

Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak! | Wanita masa mengandung syok pula terutama anak pertama... syok puasa penuh... tapi tak syok bila diuji dengan terpaksa tinggal...sebab alahan.. terpaksa tinggal puasa.. tak pun bersalin masa

11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) 11 Manfaat Puasa Bagi Ibu Hamil | Isu puasa dengan ibu mengandung tak pernah habis. Bagi yang pertama kali mengandung memang risaukan anak dalam kandungan. Takut tak cukup zat, takut tak membesar lah.. Macam-macam takut ada. Tambah pula bila ada yang ambil ringan dengan keringanan yang Allah

AIR MATA AL-QURAN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KISAH DALAM BENTUK KOMIK...

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN


AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

AIR MATA AL-QURAN

Sumber: Facebook

Di bulan Ramadhan yang mulia, kita ambil peluang untuk perbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran. Al-Quran adalah penolong kita di akhirat kelak. Insha Allah... 

Tak reti baca boleh belajar. Zaman sekarang dah ada al-Quran siap dengan pen bersuara... Insha Allah untuk satu teknologi yang baik untuk bantu mereka yang baru nak belajar al-Quran. Jangan malu tak reti baca al-Quran, tapi malu lah jika tak mahu belajar al-Quran langsung. 


10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa | Bila puasa, badan kita kurang air, kurang makan,  kurang zat dan vitamin. Bila bulan puasa, buah yang popular dan biasa orang amal buah kurma je... Tapi, sebenarnya banyak buah lain yang boleh kita amal dan bagus kita amal ketika bulan puasa.

10 Jenis Buah Yang Baik Ketika Puasa, buahan yang biasa kita makan, tapi 10 buah ni sangat bagus kalau kita makan ketika puasa sebab kandungan vitamin, zat dan serat yang tinggi dan memang membantu untuk kembalikan kesegaran badan setelah seharian kita berpuasa.

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

10 Jenis Buah Yang Baik Untuk Di Ambil Ketika Puasa

1. Kurma

Kurma sangat baik diambil pada bulan puasa, khususnya saat berbuka puasa. Buah ini kaya kandungan gula (glukosa dan fruktosa) yang bermanfaat untuk mengembalikan tenaga yang hilang dari tubuh ketika berpuasa.

2. Tembikai

Tembikai sudah lama dikenal sebagai buah penyejuk tubuh. Selain itu, buah ini adalah sumber antioksidan serta vitamin C dan A yang banyak. Buah ini mengandungi Likopen yang baik untuk menangkal serangan radikal bebas hingga anti kanser.

3. Limau atau oren

Limau atau oren adalah salah satu buah yang paling mudah dicari dan sangat popular diambil setelah makan banyak ketika berbuka puasa. Buah oren yang menyegarkan memiliki kandungan istimewa seperti asam folat, dan antioksidan yang berfungsi untuk melawan penyakit. Selain dapat dimakan begitu saja, buah ini juga boleh dijadikan jus yang menyegarkan.

4. Betik

Betik adalah sahabat pencernaan kita. Tidak hanya berfungsi melancarkan pencernaan, buah ini juga mengandung betakarotin, beta-cryptoxanthin, lutein dan zeaksantin. Betik juga mengandungi banyak kandungan vitamin C.

5. Pisang

Pisang mengandungi potasium tinggi yang bermanfaat bagi jantung. Pisang juga baik diambil oleh pengidap diabetes, anemia, maag, dan banyak lagi. Buah ini akan membantu menyegarkan badan kalau diambil ketika sahur.

Lepas ni kena standby pisang je banyak-banyak... tak sempat sahur yang lain, kurang-kurang ada pisang... hehe...

6. Labu 

Mengandungi Kalium yang tinggi, labu kerap dimanfaatkan bagi penderita darah tinggi. Kalium juga mampu membersihkan kadar karbondioksida di dalam darah dan membantu kerja otot dan simpul saraf. Labu juga mengandungi sukrosa dan fruktosa, serta kandungan air untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh.

7.Belimbing 

Buah ini mengandung khasiat mengurangi kadar kolesterol jahat, mencegah kanser, mengatasi gangguan pada ginjal, dan mengatasi tekanan darah tinggi. Nutrisi dalam buah belimbing menjaga agar rambut tetap kuat dan sihat, membantu mencegah penuaan,  serta mencegah timbulnya jerawat, dan minyak berlebih.

Bagus buah ni, kalau kaum wanita yang ingin tampil berseri semulajadi di pagi raya... hehe...

8. Mangga

Mangga mengandung air, serat, karbohidrat, tanin, volatil, vitamin dan mineral, gula sederhana (sukrosa, glukosa, fruktosa), pati, dan selulosa. Kesemua itu berguna untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Buah ini tentu sangat nikmat diambil selepas makan banyak ketika berbuka.

9. Strawberi

Strawberi bagus untuk pencernaan, sehingga bermanfaat diambil selepas berbuka untuk melancarkan pencernaan tubuh. Selain itu, buah ini juga berkhasiat menjaga kesihatan wajah, mengawal kadar kolesterol, hingga mencegah kanser.

10. Pir

Buah ini mengandung asam kloro-genat, yang berperanan sebagai antioksidan. Kandungan air di dalam buah ini juga berguna untuk mengembalikan cairan yang hilang ketika berpuasa. Selain itu, buah ini mengandung vitamin C, dan E yang cukup banyak.


Jadi, lepas ni dah tau nak beli buah apa... Yang bagus untuk orang yang berpuasa. Tapi paling bagus, pastikan ada buah kurma setiap kali berbuka dan bersahur. Latih anak untuk makan buah kurma... sebab kebanyakan kanak-kanak dan remaja tak suka buah kurma. Mungkin sebab manis sangat atau rasanya yang pelik. Jadi, untuk menggalakkan laburkan sikit duit beli kurma yang lebih mahal.

Sumber: Olahan dari http://www.esquire.co.id

Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai | Buah kurma sinonim dengan juadah wajib berbuka.

Tapi tak semestinya dengan buah kurma je... Sebab orang makan kurma untuk dapat keberkatan dan pahala.

Tapi ada lagi satu makanan yang ternyata banyak juga manfaatnya jika kita ambil ketika berbuka.

Iaitu buah Tembikai...

Sebut Tembikai sedapnya lahai... Terbayang buah Tembikai merah yang berjus tu kan...

Tapi memang bermanfaat buah tembikai dan amat baik diambil ketika berbuka...

Apa manfaatnya? Jom kita ikuti apa kata Doktor tentang manfaat buah Tembikai ketika iftar. 

Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai 
Khasiat buah Tembikai
Ini Kebaikan Berbuka Dengan Buah Tembikai 

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)

Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.

Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.

Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.

Nasi putih    GI: 72 (tinggi)      150 kalori/100g
Tembikai     GI :72 (tinggi)          30 kalori/100g
Kurma         GI: 42 (rendah)         282 kalori/100g

Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.

Menstabilkan mood 

Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. 

Mengekalkan kesihatan 

Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.

Merendahkan risiko penyakit jantung 

Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas  tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg  lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.

Membantu masalah kesuburan 

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit  diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.

Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai  merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.

Selamat berbuka dan Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Kredit : Facebook Dr. Zubaidi Ahmad

Hmm... Lepas baca artikel ni rasa nak buat just Tembikai untuk berbuka hari ni... Nyum-nyum... Selain jus, apa lagi eh menu yang boleh guna Tembikai???

Hukum Baca al-Quran Tanpa Wuduk

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Baca al-Quran Tanpa Wuduk | Bulan Ramadhan ni orang nak berebut buat pahala. Antar amalan yang mendatangkan banyak pahala di bulan Ramadan ialah baca al-Quran.

Tapi seperti yang kita tau, al-Quran sekarang dah seiring dengan kecanggihan teknologi. Hujung jari je boleh baca al-Quran.

Tapi yang jadi persoalan ialah... Boleh ke baca Al-Quran tanpa wuduk. Ye lah... Kalau setakat nak baca al-Quran di smartphone je kan... Perlu ke ada wuduk juga eh..

Hukum Baca al-Quran Tanpa Wuduk

Jawapannya :

Dibolehkan membaca al-Quran Tanpa wuduk. Ini seperti yang diriwayatkan dari Ali R.A:

“Rasulullah SAW masuk ke kamar kecil lalu menyelesaikan hajatnya. Kemudian beliau keluar dan makan roti dan daging bersama kami, beliau juga membaca Al-Quran. Tidak ada yang menghalanginya SAW –boleh jadi berkata: tidak menghalanginya-dari membaca Al-Quran kecuali junub.” (HR. Ibnu Majah).

Tapi, kalau baca sambil pegang mushaf al-Quran wajib ada wuduk.. Kita ikut pendapat Imam as-Syafie.

Selain itu terdapat hadis Nabi SAW, “Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang suci.” Namun para sahabat Nabi memberikan fatwa demikian sebagai penghormatan terhadap Al-Quran dan bukti bahawa al-Quran adalah kalamullah.

Hukum Baca al-Quran Tanpa Wuduk
sumber: google images

Aplikasi Quran di Smartphone 


Persoalannya, adakah perlu kita mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum membaca?

Aplikasi al-Quran di smartphone ataupun di komputer tidak tertakluk hukum seperti mushaf al-Quran yang sebenar.

Maka, sifat yang dibacanya tidak kekal, yang ada hanya sifat gelombang yang terdiri daripada huruf dengan visual yang akan muncul ketika kita buka aplikasi  dan akan hilang bila kita menutup semula aplikasi tersebut. Kalau kita buka baru ada, bila tutup atau uninstall hilanglah sifat al-Quran tu.

Hukum ni juga mengikut pendapat ulama kontemporari yang mana dibolehkan menyentuh handphone atau kaset yang di dalamnya ada rakaman dan dibolehkan membaca Quran daripadanya tanpa perlu berwuduk.

Cara ini bagi memudahkan wanita haid untuk membaca al-Quran dan bagi mereka yang tidak membawa mushaf bersama-sama.

Dengan adanya teknologi canggih seperti sekarang ini, kita sekarang dapat membaca al-Quran di mana saja. Jadi tidak perlu risau soal ada wuduk atau pun tidak. Dan jangan risau... Membaca al-Quran Tanpa wuduk tetap ada pahalanya.. Insha Allah.

Jangan sia-sia kan teknologi yang ada.. Dan mudahnya nak beribadah zaman sekarang kan. Antara nak dengan tak nak je.

Jadi, boleh saja baca Quran tanpa wuduk... hukumnya tidak berdosa... cuma kurang pahala... tapi lebih baik dari tak baca langsung ye dak...

Software al-Quran di PC/Komputer/Laptop

Hukum Baca al-Quran Tanpa Wuduk
sumber: google images


Bagi yang kerjanya banyak mengadap komputer, pc atau laptop.. Jom install software Quran Flash.. Menarik software ni sebab macam kita baca al-Quran betul.. Siap ada fungsi bookmark dan sebagainya.

Jadi, penat-penat menaip buat kerja tu, penat menaip dan cari idea berblog tu, apa kata selak la Quran Flash satu muka untuk dibaca.. Insha Allah.. Bertambah pahala. Insha Allah.


Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap! | Hujung minggu... bila masuk ke dapur.. meriah dapur... tambah kalau laki bini pula yang sama-sama kaki masak kan...

Ini projek laki bini, semalam...
Belek-belek dalam almari dapur, ada pula agar-agar... sekali suami suruh masak buat agar-agar...

Dah rebus agar-agar, teringat pula si dia, rancangan Chef Ramadhan dia selalu tonton setiap pagi kat rumah... biasalah.. Mr. Mama kan... sambil bekerja, jaga anak dan tengok tv.... macam suri rumah juga la gayanya... cuma ni suri rumah lelaki... hehe...

Dah teringat resepi puding lapis-lapis tu... MF tahu la itu trifle orang moden panggil... Memang dah lama nak buat.. siap simpan resepi.. tapi tak menjadi lagi... Tapi bila suami isteri bekerjasama.. segalanya jadi mudah...

Dengan semangat membara, dia pergi kedai, belikan bahan yang tak cukup...

Sementara, MF buat kat rumah dengan bahan-bahan sedia ada.


Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap!

Mudah je nak buat triffle cocktail ni sebenarnya... 

Bahan-bahannya ialah:


Bahan A:

1 kek span gulung (MF guna perisa pandan)
1 tin coktail buah (asingkan airnya dan buahnya)

Bahan B:

1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
air (sukat guna tin susu cair)

Bahan C:

Agar-agar atau serbuk jeli
Air
Gula
Sirap

Cara-caranya:
  1. Potong kek span gulung setebal 1cm atau lebih...terpulang nak lapisan bawah tu tebal atau nipis kan... Kemudian, susun di dalam bekas rata dan tutup semua lapisan bawah...
  2. Renjis air sirap dari coktail buah atas kek span tadi... tujuannya untuk jadikan lebih lembap (moist)
  3. Satukan bahan B dan masak di atas api sambil kacau takut hangus. Masak hingga pekat dan mendidih... atau dah nampak meletup-letup gitu.
  4. Kemudian tuangkan bahan B yang dah masak di atas lapisan kek span tadi. 
  5. Tabur buah coktail rata... dan biarkan sejuk...
  6. Masak Bahan C, sehingga mendidih. Jika guna serbuk jeli, ikut sahaja arahan pada kotak/label. 
  7. Tuangkan bahan C yang masak tadi di atas lapisan yang telah sejuk tadi... 
  8. Sejukkan dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap... 
Nampak macam susah, tapi senang sangat nak buatnya. Trifle cocktail ni banyak versi juga... Kalau guna buah segar mungkin lagi sedap... Cara nak susun lapisan tu pun bergantung kepada kreativiti masing-masing... Tapi trifle cocktail ni antara desert atau pencuci mulut yang sedap dinikmati waktu petang... Triffle cocktail yang kami buat ni menarik dari warnanya.... gabungan tiga warna, hijau, kuning dan merah... 




p/s: Bila perancangan dapat sokongan suami/isteri, itu akan menjadi... kalau sorang-sorang je dok plan memang tak jalan lah jawabnya. 

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpuasa

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpuasa | Bulan Ramadhan ni, ramai yang cari hukum.. dari sekecil-kecil hukum hingga sebesar-besar hukum... Insha Allah, MF cuba kongsikan ilmu yang ada berdasarkan dalil dan nas yang sahih serta rujukan yang sahih... 

Bab rumahtangga, bulan Puasa bulan ibadah.. bulan untuk menahan nafsu.. Jadi, adakah suami isteri kena tahan nafsu di bulan Ramadhan??? Jadi, tak boleh la nak peluk cium bulan puasa??? 

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpua

Hukum suami isteri bercium peluk mesra ketika berpuasa

Ini penjelasannya:

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Hadis yang lain adalah : -

 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Tidak membatalkan puasa


Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan. [Sumber: Ustaz Zaharuddin]

Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium dan Berpeluk Siang Hari Ketika Berpua


Jadi, ciuman dan pelukan antara suami isteri tidak membatalkan puasa bahkan hukumnya harus jika mampu mengawalnya... Tapi jika tak mampu nak kawal maka elakkan.. Tetapi jika suami isteri yang memang dah biasa berpelukan dan berciuman iaitu peluk dan cium kasih sayang... insha Allah.. tiada masalah nak kawal dan sebagainya. 



Nota: Mungkin dah ramai yang tahu,

P/S: Bulan Ramadan kurangkan makanan yang boleh meningkatkan dan merangsang nafsu syahwat.

Viewing all 4745 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>