Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live

9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN | Ramadhan bermaksud panas yang sangat terik. Dinamakan Ramadhan kerana pada bulan tersebut, tanah Arab cuacanya panas, terik dan kering. Ironinya, kepanasan yang terik dan kering itu diharap dapat membakar kotoran timbunan dosa yang kita lakukan dengan menghidupkan bulan Ramadhan. Maka, bulan Ramadhan diberi pula beberapa nama lain untuk menggambarkan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan.


9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:

#1. Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Rasulullah menegaskan bahawa:
 "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."

#2. Syahrul Syiam - Bulan Puasa

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"

Madrasah Ramadhan selama sebulan adalah untuk mencapai sifat taqwa kepada Allah S.W.T. meninggalkan puasa Ramadhan tanpa uzur syar'ei adalah berdosa dan menjadi kafir apabila menafikan kewajibannya. Nabi s.a.w telah bersabda:

"Pegangan Islam dan dasar-dasarnya adalah tiga perkara, sesiapa meninggalkan salah satu daripadanya maka ia adalah kafir iaitu penyaksian keesaan Allah, mendirikan solat dan puasa Ramadhan"(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan al-Dailami)

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

#3. Syahrul Quran  - Bulan Quran

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"

Nabi s.a.w telah bersabda:

" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

#4. Syahrul Sabr  - Bulan Kesabaran

Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar di dalam Al-Qur'an,

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar:10)

Dalam hadis nabi pernah bersabda,

"Seandainya seorang memaki engkau atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)

#5. Syahrul Rahmah  - Bulan Kerahmatan

#6. Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan

#7. Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka


Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka"

Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah terakam dalam sejarah:

a. Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan

b. Dapat menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang disebut sebagai Fathu al-Fakkah

#8. Syahrul Jud - Bulan Murah hati

Nabi telah bersabda dalam hadisnya:

"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis  Riwayat Tirmidzi)

#9. Syahrul Barakah  - Bulan Keberkatan

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya"

Subhanallah. Banyak bebenor hikmah bulan Ramadhan yang Allah janjikan untuk kita. Takkan kita nak tengok saja orang lain berlumba-lumba merebutnya? Biarlah orang berebut ke bazar, tapi kita berebut bersedekah. Biarlah orang lain berebut membeli-belah, kita berebut membaca al-Quran. Kan cantik kalau kita semua berebut ganjaran yang Allah janjikan ni? Betul tak?

Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita? Jom, kita hidupkan pengisian Ramadhan sehabis baik. InsyaAllah.

PENGISIAN RAMADHAN

  1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
  2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
  3. Meningkatkan amalan harian
  4. Menunaikan solat tarawih
  5. Bertadarus al-quran
  6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
  7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
  8. Memperbanyakkan sedekah
  9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
  10. Bersahur
  11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
  12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
  13. Menunaikan umrah jika mampu
Kredit: Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM

Semoga bermanfaat... Semoga kita dapat merebut pahala berganda di bulan Ramadhan ini.


Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit | Pernah tak terfikir sebelum beli tudung, "eh.. Sesuai tak warna ni dengan aku eh.."

Mungkin kadang kita fikir, tapi kebanyakan kita fikir "tudung ni masuk tak dengan baju itu eh.."

Tapi, apa pun kalau kita pilih tudung yang kena dengan kulit kita mesti lagi menyerlah penampilan kita kan...

Ada sikit tips MF cuba kongsikan untuk pilih tudung yang sesuai ikut warna kulit.

Tips 1 : Tentukan Warna Anda

Pastikan warna anda, sama ada warm color atau cool color.

Caranya:


Lihat warna urat di pergelangan tangan anda.
Jika warna biru : cool color
Jika warna hijau : warm color
Biru dan hijau : gabungan cool dan warm color.

Warna Tudung yang Sesuai

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit


Warna tudung untuk gold colors

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Warna gold ni macam sesuai untuk orang berkulit cerah... Jadi, warna berona terang sesuai untuk mereka. 

Warna tudung untuk warm colors

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Warna warm ni sesuai untuk wanita berkulit sawo matang... Jadi warna tudung untuk orang bersawo matang kena dengan warna warm yang nampak match dengan kulit.

Warna tudung yang sesuai untuk semua warna kulit

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit


MF suka cari warna yang match dengan semua warna kulit dan baju... Jimat kos berbelanja tudung. Trend sekarang, wanita gemar warna-warna pastel yang soft dan ada juga warna warm yang seakan warna "orang tua" tapi sekarang digemari ramai orang seperti warna nude dan sebagainya. 

Memang perlu pakai tudung yang sesuai dengan warna kulit supaya membangkitkan aura dan bertambah Seri wajah... Tak semua warna sesuai dengan warna kulit kita... Tapi sebab kita ada yakin diri... Jadi, tak kisah pun  pakai warna apa asalkan match dengan baju dan pakaian kita kan...



P/s: Carilah tudung yang sesuai dan patuh syariah... 
Sumber: Feloles Scarf

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak! | Biasanya, untuk menumis, kita guna minyak sawit atau minyak biasa. MF pula guna minyak bunga matahari. Tapi selepas terbaca status oleh Dr. Zubaidi di Facebook yang mengatakan bahawa minyak bunga matahari lebih tinggi kolestrol berbanding minyak sawit... buatkan MF terfikir nak guna minyak lain selain minyak sawit untuk menumis. Takde tujuan lain, melainkan untuk kesihatan seisi keluarga. 

Hari ni, MF terbaca artikel di Majalah RASA, minyak yang baik untuk menumis dan memberi rasa harum dan sedap ialah minyak bijan... dan masakan tu jadi lebih sedap bila digabungkan dengan sos ikan... 

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!
sumber: google images

Minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.

Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.

Antara Kebaikan Minyak Bijan untuk Kesihatan ialah:

Pencegahan Diabetes

Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.

Mengurangkan Tekanan Darah

Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.

Kesihatan Jantung

Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.

Anti Kanser

Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.

Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak!
sumber: google images


Sos ikan pula sebagai penyedap rasa sesuatu masakan. MF tak pernah lagi masak dan guna sos ikan dalam masakan. Tapi rasa nak mencuba lah lepas ni... Tambahan pula, dah dapat resepi untuk buat sos ikan sendiri. 

Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.


RESEPI SOS IKAN NAMPLA


Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet.

BAHAN-BAHAN:

600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar

CARA MEMBUAT:

1.    Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
2.    Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
3.    Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
4.   Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

*Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan.

Kesimpulannya, penggunaan minyak bijan dan sos ikan bertujuan untuk menyedapkan sesuatu masakan. Penggunaannya mungkin tidak sesuai untuk semua jenis resipi. Guna ikut citarasa dan secara sederhana. 

Menarik dua bahan masakan ni... Rasa nak mencuba juga guna dalam masakan... Minyak bijan untuk lebih khasiat dan sos ikan boleh ganti garam... Kalau masak sayur mesti sedap juga ni kan.. ada kelainan. 

Lepas boleh gantikan garam dengan sos ikan dalam masakan... Mesti rasanya lain kan... 

Diolah daripada: Majalah RASA

Hukum Suara Wanita dalam Islam

$
0
0


Hukum Suara Wanita dalam Islam | Zaman sekarang, ramai wanita melibatkan diri dalam hiburan dan juga lapangan kerjaya yang melibatkan wanita berhadapan dengan orang ramai, tidak kira lelaki atau perempuan. Ramai wanita bekerja sebagai pendakwah, penghibur agama (penyanyi nasyid), guru, pembaca berita, pengacara dan sebagainya. Justeru, apakah status hukum suara wanita dalam kerjaya sebegitu???

Secara umum dan asasnya, melalui satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman di dalam laman webnya, asalnya, ulama berpendapat bahawa suara wanita bukanlah termasuk dalam aurat seperti mana aurat-aurat yang lain. Dalilnya:

أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.."(Riwayat Muslim)

Hukum Suara Wanita dalam Islam


Suara wanita adalah aurat

Namun, hukum ini boleh berubah menjadi aurat apabila suara tersebut mampu menggugat iman lelaki walaupun suara itu digunakan ketika bermesyuarat atau bualan biasa di kalangan umum. Allah juga melarang wanita melembutkan suara mereka, sebagai mana firman Allah di dalam al-Quran:

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Haram melagukan dan melenggokkan suara

Para ulama tafsir  menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat  ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ini, apa yang boleh disimpulkan adalah nasyid wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Namun, harus jika diperdengarkan kepada wanita sahaja ataupun kanak-kanak. 

Sebagai kesimpulan dengan penjelasan di atas, suara wanita masih dianggap aurat kecuali dalam keadaan keperluan tertentu. Wanita boleh bersuara di khalayak ramai tetapi perlu mematuhi beberapa panduan:
  1. Menggunakan suara semula jadi dengan lebih tegas dan elakkan suara merayu-rayu dan mendayu-dayu. Ini termasuklah wanita dalam berdakwah, perlu gunakan suara asal yang tegas jika dipertontonkan kepada orang ramai termasuk lelaki ajnabi. Haram melunakkan suara dalam apa jua situasi seperti yang ditegaskan Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 32. 
  2. Bersuara hanya ketika perlu. Elakkan daripada banyak bicara kerana boleh mengundang fitnah. Nyanyian suara wanita adalah ditegah dalam Islam. Oleh itu, lelaki yang mendengar nyanyian suara wanita juga haram hukumnya. 

Hadis Nabi s.a.w
"Sesunguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan nama selainnya dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian muzik dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Suara Wanita Ketika Beribadah


1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)

2)  Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibadah wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan

فرع : صرّح في النوازل  بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال  والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )

Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath  Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulannya:

  • Suara wanita adalah aurat jika melibatkan lelaki ajnabi di khalayak umum.
  • HARAM melunakkan suara di khalayak ramai.
  • Suara wanita menjadi tidak aurat dihadapan suami.
  • Haram wanita bernasyid dan bernyanyi dikhalayak umum.
  • Haram lelaki yang mendengar lagu dendangan wanita.
  • Wanita perlu keraskan suara (tegas) ketika berbicara di hadapan orang ramai yang bercampur lelaki dan wanita untuk mengelakkan fitnah. 
  • Jadi, bagi yang bekerjaya sbg guru, pemberita, penyampai radio dan sebagainya yang melibatkan khalayak umum wajib gunakan suara asal dan tidak boleh melunakkan suara termasuklah dalam berdakwah dan menyampaikan ilmu. 
So, buat blogger atau influencer berwaspada bila buat video review dan sebagainya.. Takut-takut rezeki kita jadi syubhah nanti... Sekadar mengingatkan ya...

Rujukan: 

3 Menu Petang Yang Mudah dan Sedap, Boleh buat Menu Berbuka Puasa

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Menu Petang Yang Mudah dan Sedap, Boleh buat Menu Berbuka Puasa | Bila petang, sambil santai ambil angin, sembang-sembang petang tak best kalau sembang kosong kan.. kalau boleh nak ada kudapan juga kan... 

Kalau bulan puasa boleh jadi menu berbuka puasa yang simple tapi sedap yang pasti anak-anak suka punya...

Jadi, MF nak kongsi 3 menu mudah untuk menu petang, yang boleh dijadikan menu berbuka puasa.

MENU 1

3 Menu Petang Yang Mudah dan Sedap!

Bebola Nasi Tuna dengan Keju Parmesan 

Bahan-bahan:

200 gm beras perang 
500 ml air 
1 sudu teh garam 
185 gm tuna cili 
150 gm parutan keju parmesan 

Bahan pencicah:

100 ml santan
½ sudu teh garam 

Cara membuat:

1. Basuh dan tapis beras. Tambah air dan garam kemudian masak.
2. Lecek tuna bersama nasi yang sudah disejukkan.
3. Sesuaikan rasa garam.
4. Panaskan ketuhar pada 200 Celsius. Alas loyang pembakar dengan kertas minyak.
5. Bentuk nasi seperti bebola.
6. Salut bebola nasi dengan keju parut dan susun dalam loyang pembakar. Taburkan lebihan keju pada bebola nasi.
7. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga keju berwarna keperang-perangan.



MENU 2

3 Menu Petang Yang Mudah dan Sedap!

Cucur Jemput Kucai


Bahan-bahan:

20 gram tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
3 tangkai daun kucai – di potong halus 
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam dan secukup rasa
3 potong kuih lapis
1 biji epal hijau – dipotong dua

Cara membuat:

1. Tepung gandum, daun kucai, yis, garam dan serbuk kunyit digaul sehingga sebati. 
2. Biarkan bacuhan berehat dalam 15 minit. Tunggu hingga ia naik. Kemudian barulah digoreng. Untuk nampak lebih menyelerakan goreng adunan bentuk kecil. Letakkan sos tomato atau sos cili.


MENU 3

3 Menu Petang Yang Mudah dan Sedap!

Lempeng Pisang

Bahan-bahan:

5 biji pisang kapas/pisang awak
1 sudu gula
2 sudu tepung – jika adunan lembik tambah tepung lagi.
2 sudu kelapa parut
Secubit garam
Sedikit daun pisang untuk alas.

Cara membuat:

1. Lecek pisang hingga hancur. Masukkan gula dan tepung. Gaul rata.
2. Masak dalam kuali beralaskan daun pisang. Ratakan adunan menjadi nipis. 
3. Lapiskan adunan tadi dengan kelapa parut diikuti dengan adunan sekali lagi. 
4. Terbalikkan lempeng apabila sudah masak. 
5. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Facebook Mingguan Wanita


Sedap-sedap sungguh menu ni... huhu... bertabah lah layan menu sementara dalam pantang nih... hehe... dugaan...

5 Iklan Raya 2021 Yang Best dan Menyentuh Hati

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Iklan Raya 2021 Yang Best dan Menyentuh Hati | Setiap kali raya, MF dan suami tak terlepas akan cari iklan-iklan raya yang best untuk kami layan dan ambil pengajaran. 

Kalau sedari dulu, iklan raya yang trending dan paling best ialah iklan raya petronas. Tapi sekarang ni, banyak dah syarikat kecik ke, syarikat besar ke… bahkan influencer turut membuat iklan raya. 

Seronok layan iklan raya, sebab macam satu drama pendek yang punyai maksud tersirat dan pengajaran yang mendalam berkaitan dengan hari raya. 

Tahun ni tak banyak iklan raya, tapi 5 Iklan Raya 2021 ni yang MF rasa penuh pengajaran dan ada moral of story yang menyentuh hati. 

Jom kita layan iklan raya 2021 Yang Menyentuh hati ni…  

Iklan Raya Maxis - Shopee


Iklan ni memaparkan dua pelakon veteran… kerjasama antara Maxis dan Shopee… simple je cerita dalam iklan ni… kisah pengorbanan isteri, penghargaan suami kepada isteri dan juga konsep berkongsi rezeki dalam perniagaan… memang best dan menyentuh hati iklan raya ni…  




Iklan raya Mr. DIY

Iklan raya dari Mr. DIY ni memaparkan kisah persahabatan antara dua rakan seorang yang kurang sempurna dengan seorang yang sempurna… tapi kerana nilai persahabatan yang ikhlas tu, mencetuskan rasa yang mendalam…  



Iklan raya Astro Gempak

Kisah anak muda yang balik kampung gelisah tanpa Internet. Tapi kerana misteri di sebalik tingkap mengubah segalanya. Nak tahu kisah raya ni… korang tonton sendiri la ye…  




Iklan Raya Ninja Van 

Enjoy juga layan iklan raya ninja van.. Kisah rider ninja van yang bekerja penuh cabaran… tapi ada pengajaran dan sentuhan hati dalam penceritaannya…  




Iklan Raya Yakult 

Simple je iklan ni… kisah throwback seorang Jepun yang belajar berpuasa dan.. Part sedih bila tahun ni tak sama macam dulu… adehhh.. Sentap plak hati ni kat part tu…  




Banyak lagi iklan raya… terutama dari syarikat-syarikat tempatan yang aktif di YouTube. Antaranya iklan raya DAG, iklan raya dari beberapa jenama tudung serta beberapa YouTuber. 

Boleh la layan.. Tapi yang MF senaraikan ni antara yang jadi pilihan MF yang seronok dilayan dan ceritanya pun ada pengajaran. 

Wanita Jangan Sedih Tak Puasa Sebab ABC

$
0
0

Amalan yang boleh dibuat ketika haid di bulan puasa

Bulan puasa, orang perempuan lah paling suka dan berlumba nak buat amal. Alhamdulillah.

Tapi mereka ni istimewa sebab ada satu minggu yang akan pasti kurang puasanya berbanding lelaki. 

Sedih kan... Tak boleh puasa, tak boleh tadarus dan tak boleh tarawih... 

Tapi... 
Tapi... 

Jangan sedih... Sebab ada pahala lain Allah akan beri kalau kita buat kebajikan yang lain. 

Antaranya. 
Siapkan makan untuk orang berbuka puasa. 
Bagi anak remaja, masak atau beli juadah di bazar dan sedekah kepada orang yang berpuasa.. Insha Allah banyak pahalanya. 

Menuntut ilmu. 

Bersedekah

Mengulang atau menambah hafalan al-Quran. 
Walaupun haid boleh saja baca ayat hafazan yang mana kita ingat. Baca dan ulang untuk kuatkan ingatan dan hafalan. 

Membaca al-Mathurat dan perbanyakkan zikir. 
Hmm.. Zikir paling mudah nak buat... Cuma kena praktis buat. Bila dah Lazimi zikir.. Insha Allah akan jadi kebiasaan di bibir.. Tambah pahala walaupun ketika ABC. 

Jadi, Wanita Jangan Sedih walaupun ABC. Allah tahu kemampuan kita. Dan Allah tu Maha Penyayang untuk kita. Jadi, buatlah amalan lain walaupun tak sama dengan orang berpuasa. Insha Allah pahalanya Allah beri juga. Sebab Allah tu Maha Pemurah dan Penyayang. Insha Allah. 

Doa Selepas Terawih Yang Menusuk Qalbu

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Selepas Terawih Yang Menusuk Qalbu | Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.


Doa Selepas Terawih Yang Menusuk Kalbu

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat  akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa  kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Sumber: Channel Himpunan Doa

امين... امين... يا رب العالمين... 

Ayam Goreng Sweet and Spicy

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ayam Goreng Sweet and Spicy | Alhamdulillah... Hari cuti umum di Johor hari ni... Apa lagi boleh buat melainkan memeriahkan perut dengan makanan yang sedap...

Kali ni resepi dari facebook lagi... Ayam goreng sweet and Spicy...

Tengok bahan mudah dan sedia ada kat rumah... Request suami belikan kepak ayam aje...

Terus aje sediakan bahan yang ada...

Semudah ABC nak buat ayam ni... Bahkan yang MF buat ni MF frozen kan.. Tak terus goreng pun...

Ayam Goreng Sweet and Spicy

Ayam Goreng Sweet and Spicy

Ayam Goreng Sweet and Spicy


Bahan-bahan :

  • Kepak ayam- siang n bersihkan, kalau tak nak guna wings boleh aje tukar part ayam yang korang suka.
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Sos cili pedas
  • Serbuk cili
  • Serbuk black pepper
  • Bawang putih dan halia
  • Garam dan gula sebagai perasa.

Cara membuatnya :

Campurkan semua bahan dan perap kan dalam 30 minit.. Lagi lama lagi bagus. Macam MF masukkan dalam plastik kedap udara, dan frozen kan dalam peti sejuk... Nak makan, masak aje bila-bila...

Nyah beku kan ayam, bila dah betul-betul nyah beku, goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Ayam Goreng Sweet and Spicy


Dah masak, taburkan dengan daun parsley dan siap untuk dimakan...

Macam MF masak ni kurang pedas... Tapi memang sweet... Tak puas pula buat sikit aje... Hehe... Nak lebih pedas, masukkan lebih sos cili dan serbuk cili...

Mudahkan... Selamat mencuba... 

Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu!  | Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu! 

Apa Itu Lailatul Qadar, waktu Lailatul Qadar, doa Lailatul Qadar, tanda berlaku Lailatul Qadar, bila berlaku lailatulqadar

Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?


Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar


Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?


Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?


Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )


Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?


Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-


  1. Berzikir
  2. Berdoa
  3. Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  4. Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.


Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sekian.

Nukilan : Dr Zaharuddin Abd Rahman via telegram channel. 

Stressnya PKP, Ini 5 Cara Saya Hilangkan Stress Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Stressnya PKP, Ini 5 Cara Saya Hilangkan Stress Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula lagi... Kali ni terasa sikit terkilan sebab PKP dikala hampir musim perayaan.

Siapa tak sedih oii... Bagi MF yang merantau jauh dari keluarga kerana tanggungjawab sebagai isteri dan pendidik memang terasa sangat bila tersekat dan terkurung begini.

Stress ok... Rasa sesak di dada ni...

Tapi apa pun... Sebagai rakyat biasa.. MF nak bising pun tak guna... Langkah kerajaan ini untuk kebaikan kita juga... MF pasti kerajaan pun terpaksa lakukan semua ni demi membendung mudarat yang lebih besar.

Walaupun begitu MF syukur sebab ada family, ada suami dan anak-anak di depan mata... Ada rumah yang selesa dan cukup serba serbi... Alhamdulillah...

Kita kena syukur apa yang ada di depan mata kan...

Tapi terkadang datang juga stress tu... Bila datangnya stress tu?
Iaitu bila kita lalui dan buat perkara yang sama setiap hari. Rasa bosannya Ya Tuhan.

Jadi, kalau layan stress boleh jadi gila... Macam lagu Gila tu kan..

Jadi, MF cuba kurangkan stress dengan lakukan pelbagai aktiviti semasa PKP yang menyeronokkan bagi MF dan anak-anak juga.

Ini MF nak kongsikan cara mengurangkan stress semasa PKP ni.

Stressnya PKP, Ini 5 Cara Saya Hilangkan Stress Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


1. Jana Pendapatan Online

Stressnya PKP, Ini 5 Cara Saya Hilangkan Stress Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Dari dok saja... Hadap telefon MF cuba buat duit secara online... MF tak berniaga... Sebab bukan tak minat... Tapi berniaga barang ni perlukan komitmen dan masa. MF tak mampu nak buat sebab anak-anak yang sedang membesar ni.. Cukuplah suami sorang berniaga.

Tapi bagi mereka yang nak cuba jana pendapatan online boleh cuba beberapa cara ni... Antaranya:

a) Jadi agen dropship.

Dropship ni mudah sebab tak perlu pegang barang.. Promo je barang orang dan kita dapat komisen.

b) Join Affiliate

Lebih kurang macam dropship juga tapi yang ni lebih kepada link... Orang klik link dan beli kita dapat lah komisen.

c) Jawab survey Online

Yang ni MF buat... Seronok juga... Sambil dok baring-baring jawab soalan survey 2 3 minit... Dapat point yang boleh ditebus. Ada juga yang dapat duit terus cuma nak cash out kena ikut minima yang ditetapkan lah... Yang ni serius seronok... Benda mudah nak buat duit.

Ni antara 3 cabang mudah nak buat duit online.

2. Layan Hobi

Dok berkurung di rumah... Adalah masa untuk layan hobi sendiri... Macam MF hobi suka berblog... Jadi banyak masa layan blog. Tu yang sepanjang PKP kerjanya tukar template blog... Haha

Kalau korang suka memasak... Boleh juga jadikan hobi memasak tu sebagai pendapatan sampingan... Jual online dengan masuk kat status WhatsApp, group penduduk setempat, marketplace Facebook... Banyak cabang nak buat duit tu. 

3. Deko rumah

Ni MF dan suami dok buat masa PKP yang lalu... Habis satu rumah kita orang ubah... Cat baru... Tampal wallpaper... Deko dapur... Macam-macam lah..


4. Belajar sesuatu yang baru

Sekarang nak dapat ilmu baru tak susah. Buka video di YouTube, Facebook, Tik Tok dan medium sosial yang lain dah dapat belajar dah.

Korang boleh jadikan ilmu tu sebagai hobi dan boleh juga jana pendapatan sampingan... Ambil video dan upload ke media sosial. Asalkan video tu tak menyalahi syariat dan undang-undang kan.

5. Main game online

Ini lah hobi paling MF suka buat. Hilang stress terus bila main game. Penat marah anak, MF akan redakan dengan main game..

Selain main kat handphone... MF suka juga main game online kat laptop. Antaranya MF suka main Kat Plays.org



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti semasa PKP




Website ni best sebab banyak jenis game kita boleh main dengan PERCUMA. Tak payah nak download ke, login ke... Tak payah... Buka je website plays.org dan boleh terus je main game yang kita suka. 

Game kat sini juga sentiasa di update. Ada lebih 100 jenis game yang sentiasa up to date. Game retro ada, yang baru pun ada. Pelbagai jenis, banyak pilihan kita nak main game apa.

Antaranya game jenis yang mencabar minda, skill game dan education game pun ada.

MF memang kaki game sebenarnya dari zaman universiti lagi... Kalau stress memang main game... Bila study nya.. Entahlah.. Haha... 

Game yang MF suka

Game paling suka game yang adventure dan mencabar skill kita main. Game retro seperti game tetris,  juga MF suka main. Boleh kata MF suka semua game kat website plays.org ni. 

Tapi antara yang paling suka main, game retro ala tetris dan pac man... Mencabar kot... 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti semasa PKP



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti semasa PKP


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti semasa PKP

Sekali dah main, memang ralit je ngadap... Tapi memang hilanglah stress tu... Bulan puasa plak kan.. tak fikir nak masak ke apa waktu siang, main game je lah best... 

Main game baik untuk minda

Antara anak tengok video, lebih baik bagi dia main game yang mencabar minda. Tak salah main game asalkan kita pilih game yang bagus untuk anak-anak main. 

Game yang berbentuk pendidikan bagus untuk minda anak-anak. 

Stay at home

Itulah antara aktiviti untuk MF kurangkan stress akibat pkp ni... Kita redha dengan ujian ni... Satu dunia hadap benda yang sama. Redha buatkan kita terima tanpa mengeluh dan ini dapat kurangkan stress kita juga. 

Kita doa banyak-banyak supaya Allah angkat virus ni dari muka bumi ini. Manfaatkan masa yang ada bersama keluarga untuk cipta moment terindah buat diri kita semasa pkp ni... Insha Allah... Kita tak stress jika bijak uruskan stress kita... Insha Allah... 

Semoga bermanfaat... 




Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties | Dalam pantang sempat lagi memasak eh... Opss... Bukan den memasak yooo... Suami den masak, den cumo bagi ideo yo...

Bahana mengadap Facebook kan... Bila nampak resepi lain dari yang lain mula lah nak try...

Mulanya kawan sekolah la yang tayang kat Facebook... Sekali tanyakan kat adik dia pernah buat... Apa lagi... Terus ku pesan belikan serbuk cheese masa dia ke pekan...

Keropok Laksa Cheese, dengar macam pelik tapi rasanya ala twisties... Itulah kata en.Somi selaku pecinta keropok, jajan dan seumpama dengannya.

Dia yang terlebih excited nak buat ni... Dibelinya laksa kering sebungkus sebagai percubaan pertama.

Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties

Cara buat twisties guna laksa

Bahan-bahan

1 bungkus laksa beras
180 gram serbuk cheese
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Caranya:

  1. Goreng laksa kering terus ke dalam minyak yang betul-betul panas... Jangan basuh laksanya tau... Terus je goreng kering gitu... 
  2. Lepas goreng, toskan dan biarkan sejuk sikit sebelum digaul dengan serbuk cheese.
  3. Gaul dengan serbuk cheese hingga sekata... 
  4. Sedia untuk dimakan.
Keropok Laksa Cheese Rasa Ala Twisties




Kalau nak pedas boleh campurkan serbuk cheese dengan sedikit serbuk cili... Tapi MF tak campur sebab nak bagi anak-anak makan.

Memang semudah ABC, anak-anak pun suka. Kudapan yang lebih sihat daripada beli keropok di kedai tu...

Semua orang boleh buat. Sebungkus laksa boleh dapat dua balang sederhana tinggi... Memang dibuat kudapan waktu layan movie atau tv... Sedar tak sedar habis sebalang.

Selamat mencuba! 😉

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan | Semalam dah bermula 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Terasa macam cepat sangat masa tu bergerak.

Walaupun berkurung dalam rumah, tak rasa macam lama pun… Pejam celik, pejam celik dengan aktiviti harian di rumah, dah masuk fasa ketiga Ramadhan.

Berbaki 10 hari lagi untuk kita menikmati pahala dan rahmat Allah yang melimpah ruah di bulan Ramadhan ini.

10 malam terakhir Ramadhan, apa aktiviti yang kita buat?

Pastinya ramai yang tengah buat persiapan raya kan… Kami sekeluarga hanya sambut secara sederhana. Nak buat kuih raya pun takde mood nih…

Moga ada datanglah mood nak berkuih raya nanti…

10 malam terakhir Ramadhan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah agar kita memperoleh Lailatul Qadar.

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Kredit: Google images

Apa itu Lailatul Qadar

Lailatul Qadar ni siapa dapat, sungguh kaya, sungguh bertuah. Orang yang dapat malam tu, ibarat dia beribadah 1000 bulan… Bayangkan 1000 bulan tu berapa banyak. Setahun pun ada 12 bulan je. Kalau 1000 bulan? Kiralah ye.

Jadi, 10 malam terakhir Ramadhan, antara amalan yang digalakkan ialah, Tadarus al-Quran, Qiamullail, Iktikaf (tapi musim PKP) tak boleh ke masjid, jadi boleh buat amalan lain seperti solat sunat dan zikir.

Selain itu, 10 malam terakhir Ramadhan juga, kita digalakkan berdoa. Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w Ketika 10 malam terakhir Ramadhan ialah doa daripada hadis sahih, Riwayat Aisyah r.a.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا ؟ قَالَ : قُولِي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Dari Aisyah yang berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika saya mendapati malam lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?’ Rasulullah bersabda, ‘Bacalah: Allahumma innaka ‘afuwwun kariimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).’” (HR. Al-Tirmidzi)

Jadi perbanyakkan doa ini, Ketika kita dah melalui 10 malam terakhir Ramadhan:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya :
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku”

Pendek je doanya, moga kita dapat hafaz dan dapat amalkan Bersama.


Cara amalkan doa 10 ini ialah:

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

  1. Baca sendiri-sendiri dengan nada yang merendah diri.
  2. Banyakkan membacanya di malam hari, sebab dugaan nak buat ibadah bulan puasa ni ialah waktu malam. Dugaan nak makan, hiburan, dugaan tidur, malas dan sebagainya.
  3. Tiada jumlah tertentu, boleh dibaca selepas solat, dalam solat Ketika sujud atau pun selang waktu dengan zikir. 
  4. Boleh juga dibaca pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
  5. Bacalah dari hati dan renungkan maksud doa tu dalam-dalam. Doa sungguh-sungguh agar Allah makbulkan. 

Semoga bermanfaat, dan kita semua dapat kejar pahala terakhir Ramadhan tahun ini. Insha Allah.

Cara Sambut Hari Raya

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Sambut Hari Raya | Alhamdulillah... lepas juga sebulan sambut Ramadhan tahun ni... Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan ku tempuh jua... 

Ramadhan kali ni berbeza dengan ramadhan sebelum ni bagi MF sekeluarga. 

Jika tahun lepas, kita sambut puasa dan raya dalam musim Covid-19, tapi tahun ni, MF sekeluarga hadapi sendiri Covid-19 tu... 

Alhamdulillah... walaupun tak dijangkiti, tetapi pengalaman menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Nak pula kena bulan puasa. 

Insha Allah... kita akan sambut raya... 

Macam mana nak sambut raya?

Cara mana nak sambut raya musim Covid-19 ni?

Ada makna ke raya tahun ni, tak dapat balik kampung... 

MF tahu dan faham kita semua sedih tak boleh balik kampung merayakan hari raya Aidilfitri. 

Tapi, kita wajib tahu.. Hari Raya Wajib disambut walau dalam keadaan apa pun. 

Cara Sambut Hari Raya



Apa makna Raya?


Raya bermakna hari membesarkan Allah... sebab tu adanya takbir raya. 

Raya untuk kita meraikan kemenangan kita berjaya berpuasa, mengekang hawa nafsu kita selama sebulan. Jadi, Allah berikan hari Raya kat kita untuk kita raikan kemenangan tu. Haram puasa pada hari kemenangan kita. Nampak tak maksud raya tu?

Jadi, walaupun tak dapat balik kampung... 

Kita boleh sambut raya... 

Cara nak sambut raya

Meh sini MF nak ceritakan.... Macam mana kita nak raya... 

Sebenarnya dalam Islam digariskan panduan dan cara sambut hari raya menurut sunnah Nabi s.a.w

Amalan sunat semasa sambut hari raya

1. Mandi sunat pada pagi hari raya

Bangun pagi, kejut ahli keluarga dan ingatkan untuk mandi sunat hari raya. 

Mandi sunat hari raya sama je macam mandi wajib atau mandi harus cuma berbeza pada niatnya.

2. Pergi dan balik masjid menggunakan jalan yang berlainan.

Tahun ni terhad kan nak pergi solat sunat hari raya.. Jadi, bagi yang tak boleh pergi solat di masjid dan surau, buat secara berjemaah di rumah.

3. Memakai pakaian yang cantik dan bersih

Sunat dihari raya memakai pakaian yang terbaik... Cantik, bersih dan tak semestinya baru. Jadi, yang frust dah beli baju raya tu... pakailah... ikut sunnah... dapat pahala. 



4. Memakai wangi-wangian bagi lelaki
Ini sunnah bagi lelaki... tapi sebab tahun tak boleh ke mana, jadi wanita pun boleh berwangi-wangian... untuk ahli keluarga... dapat pahala kan...

5. Bermaaf-maafan

Bermaafan di pagi raya, sunnah bukan adat.. Tahun ni kita kena guna cara baru lah... #rayagayabaru. 

Videocall atau Google Meet bersama keluarga yang jauh untuk saling bermaafan sesama kita. 

6. Bayar zakat fitrah.

Bagi yang belum bayar zakat fitrah, bayarlah sebelum solat hari raya... 

Sekarang tak susah nak bayar zakat, zakat online kan ada.\

7. Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orang

Senyum dan ceria di pagi raya satu sunnah yang digalakkan. 

Jangan sedih dipagi raya.. sedih macam mana pun kena cover... huhu.... (kalau boleh la kan)

8. Bersarapan sebelum solat hari raya.

Cara Sambut Hari Raya


Makanlah juadah raya sebelum mula solat hari raya... 

Dah penat memasakkan, ni lah masa nikmatinya... 

Tahun ni sendiri masak, sendiri makan... Tapi boleh juga kalau nak tukar juadah dengan jiran sebelah menyebelah kan... 

9. Menghidupkan malam raya dengan takbir.

Malam raya, hidupkan dengan takbir raya...

Tanda syukur dan membesarkan Allah memberikan kita nikmat sepanjang Ramadhan. 

Banyakkan juga zikir dan amalan sunat lain seperti membaca al-Quran dan tahajjud. 


Ok, dah tau dah cara nak sambut raya tahun ni.. 
Ikutilah sunnah di atasi... 

Insha Allah balik kampung tak balik kampung, raya tetap raya.. 
Raya tu anugerah Allah buat kita... Jadi, hargai dan raikan dengan sederhana... Jangan terus menolak dengan tak nak raya... 

Cara Solat Sunat Hari Raya

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Solat Sunat Hari Raya | Alhamdulillah... dah nak raya kita... Tahun ni sekali lagi kita raya dalam musim pandemic Covid-19.

Di sebabkan kita dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi sudah pasti nak pergi solat sunat hari raya pun terhad juga. 

Nak tak nak, kita solatlah dengan ahli keluarga kita di rumah. 

Walaupun sunat je hukumnya, tapi bukan kita buat selalu... Setahun sekali je. 

Solat sunat hari raya ni, mudah je nak buat... 

Tak ambil masa yang lama pun... 

Jom, MF kongsikan cara nak buat solat sunat hari raya. 

Cara Solat Sunat Hari Raya


Waktu Solat Sunat Hari Raya

Selepas setengah jam terbit matahari sehingga tergelincir matahari (hampir zohor).
Disunatkan melambatkan solat sunat Aidilfitri dan disegerakan solat sunat Aidiladha. 

Sebab...

Solat Aidiladha tu lepas solat nak buat korban... Jadi kena buat solat dengan kadar segera. 

Kalau AidilFitri ni, kadang jam 9 pagi pun takbir raya lagi kan... Sebab tak kalut nak pergi mana pun. 

Bilangan rakaat

2 rakaat sahaja untuk solat sunat hari raya.

Bilangan takbir

7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua tidak termasuk takbiratul ihram.

Bilangan tasbih

6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.

Cara solat sunat hari raya


1. Takbiratul ihram berserta niat.

Niat solat sunat hari raya Aidilfitri

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Jemaah) 


صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Sendirian) 


صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2. Rakaat pertama

  1. Selepas takbiratul ihram, baca doa iftitah.
  2. Kemudian, bertakbir dengan mengangkat tangan sebanyak 7 kali dan membaca tasbih sebanyak 6 kali, dimualakan dengan takbir kemudian disusuli dengan tasbih secara berselang seli.

Lafaz Tasbih:
Cara Solat Sunat Hari Raya

Selepas itu baca al-Fatihah, surah dan rukuk, iktidal, sujud.

3. Rakaat kedua

  1. Bangun untuk rakaat kedua, terus takbir 5 kali dan diselang seli dengan tasbih 4 kali.
  2. Kemudian, baca al-Fatihah, surah dan laksanakan solat seperti biasa sehingga memberi salam. 

Sehabis solat, baca doa dan terus diikuti dengan khutbah hari raya. 

Tak susah tatacara solat sunat hari raya.. sama solat sunat yang lain, cuma yang membezakan ada takbir dan tasbih sebelum bacaan al-Fatihah. 

Insha Allah... mudah saja.. kita boleh buat bersama ahli keluarga di rumah. 

Khutbah raya, boleh rujuk website jabatan agama Islam negeri masing-masing... Boleh download dan print.. atau baca terus melalui smartphone... 

Insha Allah... semoga bermanfaat.

Puasa Qada' Ke Puasa Enam?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Puasa Qada' Ke Puasa Enam? | Alhamdulillah.. Makin ramai dan kesedaran masyarakat Islam di Malaysia nak buat puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal.

Bagi lelaki takde masalah sangat... Biasanya cukup la puasanya kecuali tinggal puasa sebab sakit dan sebagainya..

Tapi bagi wanita ni, biasanya tak cukup... Kecuali yang di rezeki kan Allah untuk puasa penuh.

Bagi yang puasa tak penuh ni... Ada hutang dengan Allah.

Tapi, sayang pula kalau tak dapat buat sunat Syawal kan... Sebab setahun sekali je..

Jadi, nak puasa qada ke puasa enam?
Boleh ke gabung je sekali... Satu niat je senang kan... Boleh ke?

Ni yang jadi persoalan...

Adakah puasa enam dan puasa ganti boleh disekalikan?

Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal

Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.

PERTAMA: SAH

Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:

  • Imam Ibn Hajar al-Haitami
  • Syeikh Muhammad Ramli. Lihat al-Nihayah(1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
  • Imam al-Barizi. Lihat al-Ashfah wa al-Nazhair (1/161)
  • Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir(1/427)
  • Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin



KEDUA: TIDAK SAH

Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:

  • Imam al-Asnawi
  • Syeikh Ibn al-Solah
  • Abu Makhramah
  • Lihat Bughiah al-Mustarsyidin (3/95-96)

Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.


Tarjih


Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.

Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).

Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.


Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

hukum gabungkan puasa enam dan puasa qada'

Ikut kata mufti boleh... Tapi sebaiknya pisahkan...

Ini pula, MF kongsikan pendapat dan pandangan hukum dari Ustaz Dr. Zaharuddin:

Antara Sunat Syawal & Qadha Yang Mana Lebih Utama?

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, 

jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).


Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Lafaz niat puasa ganti


Lafaz niat puasa ganti

Lafaz niat puasa sunat Syawal

Lafaz niat puasa sunat Syawal


Kalau MF pun cenderung buat yang wajib dulu iaitu puasa Qada... Kemudian baru buat yang sunat...

Apa pun kalau tak sempat nak buat sunat... Niat lah puasa Qada' moga dengan keberkatan Syawal kita dapat pahala juga sebab puasa dalam bulan Syawal.

Yang penting puasa je... Pahala tu Allah punya kerja.. Tak payah pening-pening fikir.

Ok.. Jelas kan...

Jadi, jom puasa... Sama ada puasa ganti atau sunat Syawal... Lillahi Taala. 

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu | Laksa satu menu yang biasa di makan sebagai “side dish” bagi orang Malaysia. Setaip negeri ada laksa dengan resepinya yang tersendiri.

Laksa yang popular di Malaysia ialah:
  • Laksa Kedah
  • Laksa Penang
  • Laksa Johor
  • Laksa Terengganu
  • Laksa Sarawak

Yang MF nak kongsikan adalah pasal laksa Johor. 

Sebab laksa Johor ni sejenis yang unik dan ada yang kata pelik. 

Apa yang pelik? 

Jom kita baca 10 fakta tentang laksa Johor ni. 

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu
google images


Fakta tentang laksa Johor

  1. Laksa Johor dikatakan  dicipta oleh tukang masak istana Johor mengikut citarasa Sultan.

  2. Gunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, udang, dan tulang kurau masin.

  3. Kelihatan seperti Laksa Kelantan tetapi lebih merah kerana mengandungi rempah kari. 

  4. Laksa Johor tak menggunakan laksa berasaskan beras, sebaliknya gunakan mi spageti (Itali).

  5. Spageti yang telah direbus, akan bahagi menjadi sukatan kecil dipanggil "cap". Kalau siapa biasa makan akan nampak macam mee sanggul je... sebab dah dibahagikan kepada “cap” yang kecil. Senang nak makan.

  6. Timun dipotong dengan teknik katsuramuki (Jepun) menjadi gulungan panjang.

  7. Laksa Johor dihidangkan di dalam pinggan, dan bukannya di dalam mangkuk.

  8. Cara nak makan laksa Johor ialah dengan menggunakan tangan kosong, tanpa gunakan sudu dan garfu.

  9. Dipadankan dengan sambal belacan sebagai penaik rasa penambah selera. 

  10. Laksa Johor biasanya dimasak waktu perayaan dan keraian. Jarang nak jumpa kedai atau gerai masak laksa Johor. Tak macam laksa Penang yang memang ada orang jual di pasar malam dan gerai tepi jalan. 

Resepi Laksa Johor

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu
Sumber: google images


Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam

Bahan-bahan untuk stock udang:

  • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai, hiris nipis
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan-bahan untuk kisar halus (B):

  • isi udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  • isi ikan rebus (dari bahan atas)
  • Bahan-bahan untuk spaghetti:
  • 1 paket spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak

Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:

  • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  • taugeh, buang ekor
  • daun kesum, hiris nipis
  • kacang panjang, hiris dadu
  • bawang besar, hiris nipis
  • limau kasturi
  • lobak masin,celur dan rincik halus
  • bunga kantan, hiris nipis
  • daun selasih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
  • 6-8 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan bakar, sebesar ibu jari
  • air perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk stok udang:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya.

Cara-cara untuk spaghetti:

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Cara-cara untuk kuah laksa:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
  2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
  5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
  6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan

Cara-cara untuk sambal belacan:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.
  • Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Kredit resepi Che Nom... Asal resepi dari Chef Wan. 

Menarik kan Laksa Johor. Tapi walaupun begitu... Takde salahnya kalau modified resepi ni... Ye lah... kita rakyat biasa tak mampu nak makan ikan mahal kan... Jadi, asalkan guna ikan ye dak.. Jangan guna ayam sudah... 

Pengalaman Sebenar Penerima Vaksin Covid-19

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengalaman Sebenar Penerima Vaksin Covid-19 | Vaksin salah satu usaha kita dalam mencegah sesuatu penyakit berjangkit. Vaksin bukan sesuatu yang baru dalam dunia perubatan, bahkan dari zaman kegemilangan Islam sudah pernah diciptakan vaksin. 

Bagi vaksin yang lama, takde masalah masyarakat nak terima. Tapi vaksin yang baru pasti yang takut dan was-was kan. 

Ibarat menjadi “tikus makmal” tak siapa yang sanggup.

Pandemic Covid-19 yang muncul pada hujung tahun 2019, masih berlarutan hingga kini.
Kita tak tahu bila pandemic ni akan reda... Bahkan kalau kita tengok negara kita bertambah parah.

Jadi, sepeti negara-negara lain juga, vaksin sebagai salah satu usaha untuk mencegah Covid-19. Tapi macam MF kata tadilah... sebab vaksin ni baru pasti ramai juga yang takut kan.

MF sendiri takut juga... 

Tapi disebabkan dalam dok takut-takut tu selesai juga 2 dose vaksin telah MF ambil. Alhamdulilah...

Jadi, entry ni MF nak kongsi info, pengalaman dan ilmu yang berguna dan harapnya bermanfaat untuk beri kesedaran kepada pembaca entry ni tentang vaksin Covid-19.

Daftar Vaksin Covid-19

Bila diumumkan je vaksin tiba di Malaysia dan meminta pengguna mySejahtera mohon daftar, MF tak terlepas untuk daftar.

Masa daftar tak rasa apa pun. 

Kemudian, pihak KPM minta pula data bagi guru-guru berisiko melalui pentadbir sekolah... Jadi, sekali lagi MF isi borang survey tu. 

Alhamdulillah.. 

Dalam ramai-ramai guru, MF terpilih untuk terima vaksin awal... 
Sama dengan frontliner lain juga... seperti tentera, polis dan bomba. 

Pengalaman Sebenar Penerima Vaksin Covid-19


Dapat Vaksin Dose Pertama

MF dapat tahu nama MF naik untuk divaksin dari kawan sekerja MF. Dia yang WhatsApp bagitau... Tak lama lepas tu baru dapat list penuh dari Pengetua MF sendiri. 

Bila dapat tu debarnya ya Tuhan... haha... 

Dalam masa yang sama, ada pula kengkawan kat Facebook dok kongsikan hal kesan selepas vaksin. Lagilah berdebar kan. 

Tapi MF cuba fikir positif... 

Bila update hal ni kat status WhatsApp, ada beberapa kawan lama MF kongsikan pengalaman diorang. 

Adik MF yang dah lengkap vaksin pun kongsikan pengalaman. 
Dari situ lega dan yakin sikit lah... 
So, tunggu je lah sampai hari untuk divaksin. 

Persediaan sebelum divaksin

Sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 adalah mengemaskini maklumat diri kita di dalam aplikasi MySejahtera atau di laman web MOH Vaksin COVID-19. 

Pastikan korang Update Aplikasi mySejahtera. Ni memang perkara yang diorang minta korang buat bila sampai je kat pusat vaksinasi.

Pastikan korang telah menjawab kesemua soalan penilaian di dalam aplikasi MySejahtera. 

Sebelum menerima suntikan, petugas kesihatan akan memberikan penerangan tentang vaksin ini dan dan kita perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19 di hadapan petugas kesihatan. 

Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika kita layak atau tidak untuk menerima vaksin. 

Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:
  1. Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk
  2. Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
  3. Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  4. Pesakit yang menghidapi penyakit HIV
  5. Ibu yang sedang hamil atau merancang kehamilan
  6. Ibu yang sedang menyusukan anak
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
  8. Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah
siapa yang boleh divaksin


Sebelum itu, pastikan datang pada pusat pemberian pada tarikh yang ditetapkan dan pastikan  membawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera. Warga emas dan orang kurang upaya digalakkan datang bersama pengiring.

So, pegawai yang bertugas kat pusat tu juga akan tanya kita pernah kena Covid ke tak, pernah ada kontak rapat ke tak... So, jawab je dengan jujur... 

Kat sini je ada 3 saringan nak lepas sebelum masuk untuk vaksin. Tapi insha Allah tak lama sebab ramai yang bertugas... dan urusannya smooth and steady je... 

Semasa Vaksin

Bila dah lepas saringan vaksin tu, tunggulah giliran untuk divaksin. 

Nama akan dipanggil sorang demi sorang. 

Kalau hari vaksin korang tak sihat, kena bagitau... Ada batuk ke, selesema ke, demam ke... Kalau kuarantin pun kena bagitau... Nanti akan dapat tarikh lain. 

Pakaian semasa pergi vaksin

Vaksin akan disuntik dilengan dekat bahu, jadi bagi lelaki pakai baju lengan pendek dan longgar...

Bagi wanita pakailah pakaian yang sopan dan longgar di bahagian lengan. 

Masa suntik tu tak lama dan tak sakit.

Lepas dah suntik, diorang akan update lagi kat mySejahtera dan diminta rehat selama 30 minit sebelum dibenarkan pulang. 

30 minit tak lama pun... MF layan games kat phone... Ambil gambar kenangan sekeping dua... sembang dengan beberapa penerima vaksin lain kat situ... dah lepas 30 minit. 

Selepas Menerima Suntikan Vaksin COVID-19

kesan selepas vaksin


Antara persoalan yang mungkin muncul di fikirankan adalah apakah yang perlu dilakukan selepas menerima vaksin COVID-19?

Selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, kena berehat di ruang pemerhatian selama 15 ke 30 minit. Ini untuk pantau kita supaya tidak mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
  • Sukar untuk bernafas
  • Jantung berdegup laju
  • Bahagian suntikan menjadi bengkak 
  • Bengkak pada muka, bibir atau tekak 
  • Pembentukan ruam di seluruh badan 
  • Rasa pening
Jika ada alami gejala-gejala disenaraikan di atas selepas menerima suntikan, bagitau petugas kesihatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimana Cara Untuk Membezakan Seseorang Telah Menerima Vaksin?

Selepas menerima suntikan, kita akan diberikan kad vaksinasi. Simpan  kad vaksinasi ini kerana ia adalah penting untuk mengesan yang kita telah menerima dos pertama vaksin COVID-19. 

Kad ini diperlukan bila tiba masa untuk menerima dos kedua vaksin COVID-19. Dalam aplikasi mySejahtera kita pun ada maklumat vaksinasi kita sebenarnya. 

Kad ni mempercepatkan prosedur untuk menerima vaksin dose kedua. 

Takde dah nak isi borang bagai... 

Masuk je pusat vaksinasi, bagi kad ni kat petugas, tunggu giliran vaksin selepas daftar. Tak sampai 30 minit pun prosedur vaksin kedua. 

Kesan selepas Vaksin

Ini yang pasti ramai nak tahu kan.

Apa kesan selepas vaksin Covid-19?

Ya, MF tak nafikan memang ada kesan sampingan selepas vaksin Covid-19.

Kesan selepas Vaksin Dos Pertama

Pengalaman MF sendiri, untuk dos pertama MF tak alami kesan yang teruk.

Cuma selepas 24jam, MF alami bengkak yang menyakitkan selepas divaksin. Tapi masih boleh bertahan lah... Cuma lenguh dan bengkak je. Tapi tu kesan yang biasa. Kalau tak tahan boleh je telan Paracetamol. Tapi MF tak telan pun sebab masih boleh bertahan. 

Selepas 24 jam, alhamdulillah... sakit dah reda dan bebas dah macam takde pape dah. 

Kesan selepas vaksin Dos Kedua

Ramai kata, lepas dos kedua, lagi teruk kesannya.

Cuak juga lah... Tapi hadap je... 

MF kena vaksin bulan puasa. 

Masa sebelum vaksin ok je... dan hari kena vaksin  pun ok je... MF boleh puasa.. Alhamdulillah...
Kesan selepas vaksin adalah esoknya... 

Apa yang MF rasa?

Rasa panas... Demam tak demam, tapi rasa panas dalam. 

Bahang sangat rasanya dan untuk redakan MF telan paracetamol je... 

Lebih kurang 3 kali juga MF telan untuk redakan panas tu... 

Memang hari tu MF tak puasa lah sebab memang demam pun... 37.6 darjah celcius. Tak tinggi, tapi MF telan je panadol supaya tak melarat. 

Cara kurangkan kesan selepas divaksin

Cara MF nak kurangkan kesan vaksin ni, MF cuma makan Panadol je lah... 

Lepas tu, kawan MF suggest minum air kelapa untuk redakan panas.

Mak MF pun dah divaksin, pun takde rasa apa-apa kesan. Mungkin sebab mak MF sendiri amalkan minum air barli setiap hari. Kita tak tau la kan.. tapi semuanya dengan izin Allah. 

Cara lain, ialah kawal minda kita dari berfikiran yang bukan-bukan. Kalau sakit istighfar, zikir dan selawat... Jangan panik dan jangan nak fikir yang pelik-pelik. 

Kawal emosi... Jangan stress dan banyakkan rehat selepas divaksin. 

Takde pantang larang selepas vaksin... Nak makan apa pun makanlah cuma tak digalakkan makan ubat atau supplement takut ada side effect lain. 

So, MF memang layan je mata.. rehat.. tidur... anak-anak pun hari tu suami banyak tengokkan dan sesekali bagi tablet nak elakkan diorang bising.

MF berhenti ambil supplement dan vitamin seminggu selepas vaksin... seminggu sebelum vaksin pun MF dah stop dulu makan apa-apa vitamin.

Bukan apa, untuk elakkan tindak balas negatif vaksin tu dengan badan kita. Kita bukan tau kan camne nanti...

Mengapa Ada Kesan Sampingan?


Di dalam bidang perubatan, setiap rawatan atau ubat mempunyai kesan sampingan tetapi tidak bermakna rawatan tersebut tidak selamat, sama seperti vaksin COVID-19. 

Walaupun vaksin COVID-19 telah dilaporkan mempunyai beberapa kesan sampingan, ia selamat digunakan kerana kesan sampingan yang boleh berlaku tidak membahayakan nyawa seseorang. 

Vaksin ini telah diluluskan oleh FDA atau Food & Drug Administration yang bertanggungjawab dalam mengawal proses dan keselamatan penciptaan vaksin ini untuk kegunaan manusia di seluruh dunia.

Vaksin ini juga melalui proses saringan keselamatan oleh organisasi di negara kita sendiri iaitu NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency). 

Vaksin ini didapati hanya mempunyai kesan sampingan yang bersifat ringan dan sementara. Menurut CDC, kesan sampingan vaksin COVID-19 biasanya berlaku dalam tempoh 7 hari selepas suntikan. Tapi tak sampai 7 hari pun... sehari dua je lepas vaksin. Itu bagi MF lah... Orang lain, lain juga kesannya.

Sekiranya ada alami kesan sampingan seperti kemerahan atau kesakitan di tempat disuntik semakin teruk dalam masa 24 jam, scan je QR code pada kad vaksinasi tu untuk bantuan perubatan. 

Pihak CDC juga amat menyarankan untuk mendapatkan dos kedua vaksin walaupun ada mengalami kesan sampingan sewaktu dos pertama melainkan doktor atau petugas kesihatan menyatakan kita tidak layak untuk menerima dos kedua atas sebab-sebab tertentu. 


dakah Perlu Mengamalkan Norma Baru Selepas Menerima Vaksin COVID-19?

Pengalaman Sebenar Penerima Vaksin Covid-19


Kemungkinan ini adalah persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai. 

Adakah dengan kehadiran vaksin ini, rakyat Malaysia boleh hidup seperti sebelum pandemik? 

Masih terlalu awal untuk kita mengetahui sama ada vaksin ini dapat mencegah penyebaran virus COVID-19 walaupun terdapat vaksin yang boleh memberi pelindungan sehingga 95%. 

Vaksin ketika ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan gejala jangkitan serius, kebolehjangkitan atau penyebaran virus ini selepas suntikan vaksin masih dalam pemerhatian. 

Oleh itu, walaupun telah menerima vaksin COVID-19, anda masih perlu mematuhi SOP dan mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan sosial.

Vaksin bukan ubat

Vaksin bukanlah ubat yang boleh merawat covid-19.

Tapi...

Vaksin sebagai pencegahan penyakit dengan IZIN ALLAH!.

Allah bagi kita sakit, kita WAJIB usaha untuk elak dan sembuhkan. Bukan tawakal semata-mata tanpa usaha. 

Ramai yang takut vaksin selepas mendapat berita hal orang yang mendapat kesan negatif selepas vaksin. 

Tapi...

Berapa peratus yang dapat kesan negatif berbanding yang tiada kesan langsung?

100 orang yang divaksin, tapi hanya 2 atau 3orang yang dapat kesan negatif, sedangkan yang 90 orang lebih tu elok je sihat. Kenapa kita nak kisahkan 2 3 orang tu sedangkan yang 90 orang tu lebih baik???

Usahlah percaya kepada propaganda dan teori vaksin. 

Vaksin sebagai usaha kita sebagai manusia dan hamba, selebihnya kita tawakallah kepada Allah. Moga Allah lindung diri dan kita semua. 

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat | Online banking sesuatu yang memudahkan. Memang mudah… segala urusan di hujung jari. Tanpa perlu penat nak beratur panjang dikaunter.

Tapi dalam mudah-mudah ni, ada banyak juga risiko. Antaranya risiko hilang duit dari bank.
Banyak kes, duit hilang dari bank dan dipindahkan secara online dengan mudah.
Tapi sebenarnya, kes ni bukan hanya melibatkan orang yang guna online banking, yang tak pernah guna pun boleh kena je sebenarnya.

Namun, bagi yang selalu guna online banking, ini 9 tips untuk pastikan online banking kita selamat. Insha Allah… Ini usaha kita… selebihnya doalah kepada Allah kan… Allah pemilik segalanya.


7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat
sumber: google images

#1 Jangan Guna Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan kita berkongsi rangkaian dengan orang lain. 

Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

WiFi hotel atau di kedai mamak, elakkan guna… Takpe guna internet sendiri asalkan segala data kita selamat.

#2 Jangan Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. 

Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti kita akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Kena juga  berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. 

Adalah lebih selamat jika melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi.  

Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Caranya dengan clear je history setiap kali lepas selesai guna online banking. Nak selamat boleh juga guna Incognito Tab…atau Private Tab pada browser.

#3 Jangan Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada. 

Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta kita ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika ada terima email daripada pihak bank yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun dan meminta kita klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. 

JANGAN KLIK!. 

Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet kita.

#4 Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. 

Jika malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untuk log in, sila pastikan alamat website itu betul.

#5 Jangan Dedahkan Username & Password

Username dan password  hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. 

Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Sekarang ni bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. 

Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit. Ia adalah angka 6 digit. 

Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet.

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai.

Pastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Kat smartphone pun sama… Pastikan ada antivirus dan selalu clearkan cache dan history web browser.

#6 Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui atau memasuki link yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistemanda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi kita, termasuk kata laluan atau nombor PIN.

#7 Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. 

Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun bank. 

Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Elakkan juga guna debit card dalam buat online banking…

Nak kata bank itu tak selamat, bank lain pun ada yang tak selamat.

Mana-mana bank pun tak selamat sebab yang buat system ni manusia.

Jadi, kita boleh usaha… selebihnya doa dan berserah kepada Allah je lah.. Allah sebaik-baik pelindung dan pemelihara.

Memang risau juga kes CIMB tu … tapi tawakal je.. Allah kan ada…

Sunnah Gantung Rotan Di Rumah!

$
0
0

Sunnah Gantung Rotan Di Rumah! | Selepas usia Faiqah setahun enam bulan, suami mula beli rotan... 

Rotan memang tergantung di rumah... Sedari kecil pun.. Kat umah memang bapa aku ada dua tiga bilah rotan kecil... Rotan bukanlah hukuman tapi itulah cara didikan yang Islam ajar... 

Menggantung rotan di rumah adalah sunnah... Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: 


Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda, 
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446].

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]

Imam Al Munawi Rahimahullah dalam Faidhul Qadir Syarh Jami Shaghir mengatakan,“Menggantungkan cambuk tersebut berfungsi agar para penghuni tidak berani melakukan hal-hal yang terlarang dalam agama kerana khawatir mendapatkan hukuman dengan rotan”.


Sunnah Gantung Rotan Di Rumah!
Sumber:google images

Rotan untuk mendidik bukan mendera

Imam Ibnul Anbari Rahimahullah pula mengatakan,“Maksud pokok dari menggantungkan rotan di rumah bukanlah untuk dipukulkan kerana Nabi tidak memerintahkan untuk melakukan hal tersebut kepada siapapun. Namun maksud Nabi s.aw janganlah anda, para suami, berlepas tangan untuk mendidik anak-anak”

Imam Al Munawi Rahimahullah juga mengatakan, “Maksud hadith, keberadaan rotan itu akan mendorong anak-anak untuk bersikap sopan dan berakhlak dengan akhlak mulia dan pekerti yang utama, hal yang banyak jiwa bersabar untuk menanggung kesulitan agar boleh memilikinya adalah di dalamnya terdapat kemuliaan dan suatu yang membanggakan”.

Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang. 

Rotan jika anak tak solat

Daripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW:
Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).

Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan.

Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.

Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya. (Sahih Muslim)

Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.

Rotan untuk membentuk akhlak dan adab

Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.

Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.

Sumber: Sini dan Sini

Jadi, rotan ialah salah satu cara mendidik anak... Memukul yg dibolehkan menurut Islam ialah dari pusat ke bawah... Dilarang memukul badan dan kepala apatah lagi muka... 

Para suami digalakkan menyediakan satu rotan sebagai mendidik isteri dan anak-anak... Tetapi merotan bukanlah penyelesaian utama sebaliknya penyelesaian terakhir setelah nasihat dan amaran diberi... 

Biarlah dia takut dengan rotan... Biar orang rasa macam kita kejam mendidik anak, asalkan suatu hari dia akan tahu kenapa kita buat begitu... Marah dan tegurlah kerana salah..kerana itulah tanda sayang... 



Nota:
Teringat kecik2 dulu kena rotan dengan mak... Kena rotan juga dengan cikgu... Kerana rotan dan dirotan aku jadi manusia berguna hari ini... Alhamdulillah... 
Viewing all 4745 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>