Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live

Cara Lain Untuk Follow Blog Jika Button Follow Error

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF dah lama hadapi masalah ni... Dah try klik banyak kali... Perkara ni berlaku sejak blogspot upgrade button follow dia tu la.. 


Dah refresh, clean history dan cache sama juga... Akhirnya ada terbaca cara follow lain kat blog siapa tak ingat plak... Tapi cara ni agak leceh la.. tapi ada kelebihannya juga...

Caranya: guna butang ADD kat dashboard blogger... seperti yang MF tunjukkan step di bawah ni.. 


Klik je button Add tu.. 

Masukkan URL blog yang kita nak follow.. 
boleh masukkan lebih dari satu URL.. 
Lepas tekan follow tu.. akan keluar popup macam kat bawah ni:

v
v

Klik je reload ... lepas tu korang refresh semula blog yang korang copy URL untuk follow tadi.. 
akan nampak kat button follow tu bertukar kepada unfollow... maknanya korang dah berjaya follow blog tu... 

Itu je la caranya MF dok buat sekarang ni.. terutama waktu nak join segmen atau give away.. 

WW | KETEPIKAN KEKURANGAN, CARILAH KELEBIHAN!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada suami tak pandai uruskan rumahtangga; tapi pandai berjenaka memeriahkan suasana.
Ada suami yang jarang hadiahkan isterinya bunga, tapi selalu membelanjakan anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata, tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sana dan sini.

Jadi,
ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya... pasti akan rasa bertuah beroleh suami!

WW | IF LOW BATTERY

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


IF BATTERY LOW
JUST, WUDHU' AND SOLAH..
YOU CAN RECHARGE YOUR 'BATTERY AND ENERGY

Ciri Orang Cerdas Akalnya!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang Yang Cerdas

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddad bin Aus dari Nabi SAW baginda bersabda: "Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah." (HR Tirmizi No: 2383) Status: Hasan



Pengajaran:

1.  Orang yang pintar adalah mereka yang sentiasa bermuhasabah terhadap amal dirinya agar sentiasa bersedia dengan amal salleh dan menghindar diri dari perbuatan maksiat

2.  Orang yang cerdik akan sentiasa mendekatkan diri menjadi orang yang bertakwa dengan amal solleh dan menjauhi yang mungkar.

3.  Orang yang cerdik akan sentiasa berwaspada terhadap kematian yang akan datang bila-bila masa.

4.  Orang yang bodoh adalah mereka yang terpedaya dengan hawa nafsu.

5.  Orang yang bodoh juga adalah yang hanya berangan-angan namun tidak ada usaha dan kesungguhan melakukan amal.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Biskut Lutut: Biskut Wajib Dalam Pantang!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pernah dengar biskut lutut???
Haha... Mesti yang pikir... Apa ke pelik nama biskut nih??? Rupa macam lutut Ke?? Lutut siapa... Ehhe...

Saya tak pasti... Tapi yang pasti di belah utara orang panggil biskut lutut..

Macam ni rupanya..

v
v
v

Yang dalam balang tu.. Dah nak habis da... Itulah rupa biskut lutut. 

Ada yang panggil biskut balak... Dan pasti... Ada nama lain bagi biskut ni... 

Biskut ni biskut wajib MF dalam pantang... Masa lepas bersalin memang sedap je makan biskut ni... Maklumlah biskut lain manis dan berperisa kan.. Biskut ni kering, kosong dan keras je.. Nak makan kena cicah air... 

Sedap dimakan cicah air kopi panas atau coklat panas... Fuhh... Sedap... 

Tapi peliknya.. Elok habis berpantang.. Tak selera dah nak makan biskut ni.. Hehe... Pandai tekak memilih.. Macam ada timing plak... 

Bagi yang tak pernah rasa.  Cuba rasa.. Sedap tau biskut walaupun namanya biskut lutut.. Hehe... Tu belum lagi cerita biskut mayat cicah dengan teh panas... Orang kedah pasti tau kan.. 

Filem Animasi Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Bakal ke Pawagam 24 November 2016!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ha... Memang menanti pun filem Upinipin ni.. Selepas filem Geng, lama Les Copaque tak keluarkan filem kan..ye lah.. Bukan mudah nak buat animasi tau... sebab MF pernah belajar buat animasi.. nak buat 3 saat je berapa frame nak kena guna.. fuhh..berpeluh nak buat... jadi, bayangkan kalau nak buat filem yang panjang .. mestilah memerlukan kos yang tinggi kan.. 

Filem terbaru keluaran Les Copaque, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.. tengok dia punya trailer best juga... 




Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! yang diterbitkan oleh Les's Copaque Production dan KRU akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016. Filem ini merupakan filem animasi Malaysia pertama yang menampilkan kesan khas 3D dengan lakonan hidup para pelakon. 

Daripada teaser dan muzik video yang MF tengok nampak menarik dan ada kelainan gabungan Upin & Ipin bersama dengan watak Puteri Balqis (dari teaser) dan Yubi Band (dari muzik video terbaru jeng, jeng, jeng!)

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Filem Upin & Ipin terbaru ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun iaitu Balqis. Balqis merupakan anak yatim piatu yang mempunyai kebolehan istimewa untuk bertinteraksi dengan watak kartun kesukaannya iaitu Upin & Ipin. Dunia indah Balqis berubah apabila rumah anak yatim yang didiaminya akan diambil semula oleh seorang ahli perniagaan yang kejam. Bagi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut, Balqis bersama Upin & Ipin mencari seorang bekas penyanyi terkenal iaitu Awie untuk membantu mereka.

Info Upin Ipin Jeng Jeng Jeng:

Filem animasi / `live action` Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D

Mesti teruja nih.. Mak bapak sila simpan duit tiket wayang ye... confirm anak-anak menuntut tengok ni... jadi save the date ye.. MF kena la tunggu DVD original keluar... nak beli cetak rompak rasa tak sanggup.. kesian penat lelah orang buat kan...nak tengok wayang tak boleh sebab ada baby... 

5 CARA UNTUK MENJADIKAN ANAK IKUT CAKAP DAN BERDISIPLIN

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapa tak nak kan, anak yang turut perintah, ikut cakap.. mudah dengar kata... dan paling penting beradab dan berdisiplin...

Ini 5 langkah untuk menjadikan anak kita berdisiplin:



1) Pujian
Jangan berat mulut puji anak sendiri... tak payah puji anak dekat facebook sebab anak takde facebook pun, bahkan tak tahu baca... ni puji anak depan facebook lebih laju dari puji anak secara berdepan... opss.. tak kata kat sesiapa... cuma pesanan untuk diri sendiri.


2) Membelanjakan kualiti dan kuantiti masa
Jika bekerja, jadikan masa yang singkat tu berkualiti.. jika waktu cuti, lebihkan kuantiti masa untuk anak.. hmm.. perlu diperbaiki ni... tapi memang sejak cuti bersalin, setiap hari fikir dan cara aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak... pergerakan kita terhad kan.. bahan terhad, jadi kena fikirkan aktiviti menarik untuk spend masa dengan anak.

3) Mengakui perasaan mereka
Membiarkan anak-anak luahkan perasaan mereka.. fahami perasaan mereka..

4) Belajar peringkat-peringkat perkembangan untuk anak anda.
Setiap anak lain peringkat perkembangannya...hargai peringkat perkembangan tu bersesuaian dengan usia mereka.

5) Ingat untuk mengajar melalui teladan
Selalu MF tekankan dan cakap pada diri.. ibu bapa ibarat acuan kepada anak-anak.. jika anak kecil jadi begini, begitu perangainya jangan salahkan orang lain, salahkan diri kita sebagai ibu bapa.. sebab dia lihat, dengar dan simpan apa yang sampai kepadanya.. jadi, tunjukkan teladan yang baik-baik.. peringatan untuk diri sendiri!



Nak didik anak berdisiplin, sangat mencabar zaman ini... sebab perangai budak zaman sekarang tak sama dengan kita kecik dulu.. zaman dah berubah.. jadi, cara didikan pun tak boleh nak sama. Nak jadikan anak disiplin sebenarnya tak perlukan rotan selalu.. lemah lembut dan hikmah tu yang perlu diterapkan selalu.. fuhh... masih banyak perlu diperbaiki diri ini..

Credit to: Dr Bilal Philip

Susahnya Nak Maafkan Orang Yang Pernah Buat Silap Kat Kita Kan, Tapi...

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang yang sakitkan hati kita, tambahan dengan fitnah dan jaja keburukan kita sehingga kita diaibkan... fuhh.. bukan senang nak maafkan orang yang macam ni kan... Tapi sekalipun kita maafkan.. masih terkenangkan perbuatan dia tu.. Tapi setiap kali terkenangkan tu buatkan hati kita sakit... Jadi, rasa confius.. hati kita dah maafkan sepenuhnya ke belum sebenarnya??? Adakah masih simpan dendam... Mesti korang pernah rasa macam ni kan... Jadi, ini kupasannya jika masih dilema... maafkan..tapi masih terasa sakitnya... so, macam mana ni... 


Sifat memaafkan itu adalah sifat yang sangat mulia. Allah SWT mempunyai nama-nama yang melambang sifat pemaaf seperti Al-‘Afuw, Al-Ghafur, At-Tawwab dan lain-lain. Allah SWT bukan sahaja sangat pemaaf tetapi amat mengalu-alukan permintaan maaf dari setiap hambanya. 
Nabi s.a.w juga dikenali sebagai seorang yang sangat murah dengan kemaafan. Ia salah satu sifat terpuji Baginda s.a.w yang sangat disegani sahabat dan musuh Baginda. Disebabkan sifat ini, ramai yang masuk agama Islam dan terima dengan hati terbuka tanpa dipaksa. 
Al-Quran menceritakan bahawa orang yang memaafkan orang lain akan mendapat ganjaran yang tidak terhingga daripada Allah SWT. Ia akan meninggikan darjat dan kemuliaannya di sisi Allah dan manusia. 
Apabila kita memaafkan orang lain, kita mesti juga melupakan setiap kesalahannya. Jika kita masih ingat kesalahan yang dilakukan oleh orang itu tadi, sebenarnya kita belum mencapai tahap kemaafan yang sebenar. 

Maafkan dan kemudian lupakan saja. Itu ternyata lebih baik dan unggul. Mengapa mesti menjadikan kepala kita serabut dengan amarah kita terhadap orang lain? Jiwa yang memaafkan adalah jiwa yang sangat tenang. Kerja akan menjadi lebih berkualiti jika emosi berada dalam keadaan baik dan stabil. 
Jika kita yang setiap hari ini melakukan pelbagai kesalahan boleh memaafkan dan melupakan kesalahan kita, mengapa begitu susah untuk kita memaafkan  dan melupakan kesalahan orang lain terhadap kita? -karangkraf-

Maknanya, kita mesti maaf dan melupakan kesalahan dan dosa orang tu kepada kita... fuhh.. susah betul nak capai tahap ni... kena banyak istighfar lagi ni... Allah...

Tapi fikir-fikir balik... kita sering saja buat dosa dan kesilapan, tapi Allah sentiasa maafkan kita selagi mana kita tak menduakan Dia... sebab tulah mulianya sifat maaf tu, sebab ianya salah satu daripada Asma ul Husna... 

Mahalnya Upah Jahit! Ikuti Luahan Tukang Jahit Ni

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Walaupun zaman sekarang dah banyak baju, jubah dan fesyen dari bayi hingga orang dewasa yang siap jahit, tapi ada sesetengah orang lebih suka buat baju secara tempahan... terutama orang yang punyai bentuk badan tertentu, berbadan terlalu kurus, tinggi, rendah atau terlalu besar. 

Dilemanya bila upah jahit ni ialah harga... Macam harga emas, upah jahit mahal...dan setiap tahun makin naik.. MF dulu pernah merungut macam ni... Tapi sebelum tu, jom baca dulu perkongsian luahan tukang jahit ni.. 


UPAH JAHIT MAHAL?
JOM BACA BEBELAN SAYA KEJAB..... 
Ini pola lengkap bagi pattern. Setiap inci/cm semasa mengukur amat penting kerana ukuran ukuran tersebut lah yg menentukan ketepatan pola, bukan formula semata-mata.
Dalam menyiapkan satu pakaian, ilmu yg perlu ada bukan hanya teknik jahitan. 
Tukang jahit perlu belajar:
1. Teknik mengenali bentuk badan
2. Teknik mengukur
3. Teknik melukis pola
4. Teknik manipulasi pola
5. Teknik manipulasi corak kain
6. Teknik menyusun susunan pola
7. Teknik memotong
8. Teknik dan jenis-jenis potongan fabrik
9. Teknik jahitan
10. Teknik kemasan
11. Teknik padanan baju dan badan
12. Teknik-teknik dan pemudahcara dalam jahitan. 
Dan banyak lagi teknik teknik  yg tidak tersenarai di atas dek kelupaan saya.

Kesemua teknik di atas tidak akan dapat dipelajari dan dikuasai dalam masa sehari, dan tidak ada di dalam buku buku (kecuali sesetengah nya boleh dikongsi di muka buku).

Mahir dalam bidang kemahiran amnya dan bidang jahitan khususnya, memerlukan modal yang sangat tinggi - iaitu masa, pengorbanan, kesungguhan, keringat dan juga wang ringgi.

Jadi, janganlah dipertikai, kenapa upah blouse RM35 harganya. Jangan lah dipersoal kenapa harga upah mahal sedangkan benang cuma rm1.20. Mesin jahit pun sekarang mahal harganya, tau......... modal besar jugak tu.....

Dan, satu lagi modal yg sering kita lupa - KESIHATAN.  Tukang jahit sangat berisiko untuk mengidap penyakit penyakit yg berkaitan saraf dan tulang - mata, jari, tulang belakang, kaki dan pelbagai lagi.

Artitis, slip disk, rabun dan ada juga sampai tahap lumpuh, kerana terlalu banyak memaksa badan bekerja untuk menjahit sehelai pakaian.

Kalau rasa mahal upah jahit baju sekarang, jom, masuk kelas jahit, belajar menjahit.

Nanti, tuan puan akan berkata.... "ooooooooooooooooooooooooo... patutlah upah mahal....... susah menjahit ni....".

Hidup sentiasa punya pilihan. Pilihlah untuk  tidak merendahkan keupayaan dan usaha orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Semua kitaada tanggungjawab  dan keperluan masing masing. Kalau rasa mahal, belajarlah. Mana tahu, satu hari nanti boleh ambil upah menjahit juga. Waktu itu inshaAllah kita akan faham.... makna sebenarnya menjadi seorang tukang jahit.

InshaAllah. Semoga lebih memahami. - facebook -

Serius!!!, Luahan ni memang benar.. sebab MF lihat mak mentua dan suami MF jahit dan ambil tempahan.. bukan senang nak siapkan satu baju... Nak kena teliti betul.. kira ukuran.. buat pola... tunggang terbalik tengok suami MF cuba nak siap seluar budak custom made... sampai ke tengah malam nak siapkan dua helai saja pun.. 

Jadi, memang tak merungut dah.. MF pernah belajar juga sikit-sikit tapi memang bukan senang, bahkan pening kepala, nak kira, nak ukur dan sebagainya... Jadi, jangan merungut upah jahit mahal.. Jika rasa tak mampu nak upah orang, beli aje yang dah siap di kedai tu ye..  

Dari sini juga, kita kena belajar hargai kerja orang lain kalau kita tak mahir tentangnya.. sama juga dengan jadi designer kan.. hargailah hasil kerjanya kalau kita bukan pakar bab design...jangan tahu komplen je.. 

OST HALAQAH 2016 | TAAT ITU NIKMAT

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapa yang rajin segmen Halaqah mesti pernah dengar lagu tema Halaqah 2016... Habis je Halaqah mesti ada lagu ni.. Tertarik dengan lagu ni..sebab liriknya yang ringkas tapi sungguh tepat!!! Seruan dan ajakan yang jelas.. 

Jom hayati liriknya:

Sahabat, mari kita taubat
sebelum terlambat
karena hidup ini singkat
Akhirat begitu dekat
Memang dia begitu dekat
Memang dia begitu dekat

Reff:
Taat itu nikmat
Hentikan maksiat
Karena kiamat sudah dekat
Sahabat, mari kita sholat
berdiri yang rapat, rapat, selalulah ingat
Allah yang Maha Melihat
Memang Dia Maha Melihat
Memang Dia Maha Melihat

Taat itu nikmat
Hentikan maksiat
Karena kiamat sudah dekat
Semoga selamat dunia dan akhirat
Syaratnya itu hanya taat
Syaratnya itu hanya taat

(Siapa saja yang mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala,
maka Allah Subhanahu wa Ta’ala kelak akan perintah seluruh makhluk untuk mentaati dia

Satu detik ketaatan kita kepada Allah,
itu jauh lebih berharga daripada berjuta-juta detik ketaatan manusia kepada kita

Kemuliaan kita hanya dalam taat
Siapa saja yang mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala,
pasti, pasti, dan pasti Allah Subhanahu wa Ta’ala akan muliakan dia dunia dan di akhirat

Taat itu nikmat, sobat
Memang maksiat itu nikmat, tapi apabila dibandingkan dengan nikmatnya taat,
maka nikmat maksiat bagaikan satu tetes air berbanding dengan samudra yang luas

Tidak ada satu orang manusia pun yang akan mau meninggalkan masnisya maksiat
sebelum mereka merasakan manisnya taat

Maka hari ini, saya berdiri di sini
Maka hari ini, saya berdiri di sini
supaya meninggalkan seluruh maksiat)

Reff:
Taat itu nikmat
Hentikan maksiat
Karena kiamat sudah dekat
Semoga selamat dunia dan akhirat
Syaratnya itu hanya taat
Syaratnya itu hanya taat
Syaratnya itu hanya taat

Lagu ni dari Indonesia.. dinyanyikan oleh Derry Sulaiman.. Bestkan lirik lagu ni.. moga terkesan dihati, bagi sesiapa yang hayatinya..


Nak Seronok Sikit Ke Nak Seronok Banyak???

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*:: ✋😃 think marketing think Akhirat*

*Seronok dunia sikit..! Seronok Akhirat jauh lebih baik..! Jadikan diri anda orang yang bertaqwa untuk memahaminya..!*

*T H I N K*
*B U S I N E S S*

*A K U  M A U  J A D I*
*A H L I  K O P E R A T  D U N I A  &*
*A H L I  K O P E R A T  A K H I R A T !*

*A k u  o r a n g  m e n i a g a !*
*M o d a l  a k u  m a s a !  U n t u n g*
*a k u  p a h a l a  &  r u g i  a k u  d o s a*

*"Katakanlah..! Keseronokan dunia hanyalah sedikit, sedangkan Akhirat itu jauh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa..!"*

(QS An-Nisa : 77)

*S E R O N O K  D U N I A  S E K E J A P*
*S E R O N O K  A K H I R A T  K E K A L*

*Keseronokan dunia ini sebenarnya terlalu sedikit, sedangkan ganjaran yang disediakan di Akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa.*

*Oleh itu tidak ada yang perlu dikesalkan kerana kebahagiaan sebenar bagi orang-orang yang beriman adalah di negeri Akhirat.*

*K I T A  M U S A F I R  Y G  S E D A N G*
*B E R E H A T  S E B E N T A R*

Dari Abdullah bin Umar r.hu dia berkata bahawa Rasulullah saw memegang kedua-dua belah bahunya lalu bersabda yang bermaksud,

*"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing yang singgah untuk sementara sebagai pengembara..!"*

Hadis tersebut bermaksud supaya kita tidak cenderung kepada dunia dan elakkan dari menjadikan dunia sebagai tempat tertambatnya hati.

*Jangan ada niat di hati bahawa hidup di dunia ini untuk jangka masa yang lama dan jangan pula sampai terpedaya dengan dunia, kerana sememangnya dunia ini adalah negeri tipu daya.*

Mengapa manusia terlalu mengejar dunia, padahal di dalamnya hanya ada kegembiraan yang sedikit.

*Kadangkala bahagia yang sehari atau beberapa hari terpaksa lebih dahulu menanggung derita berbulan atau bertahun.*

Dan jika berseronok sebentar mesti akan bersusah payah dalam masa yang lama.

*G E M B I R A  V S  S U S A H !  L U A R*
*N Y A M A N  D I  D A L A M  P A N A S*

Ibnu Mas'ud r.hu pernah berkata,

*"Setiap kegembiraan itu pasti ada kesusahannya..! Rumah yang nampak nyaman dari luar, kemungkinan di dalamnya terdapat bara api yang panas..!"*

*B A N Y A K  K E T A W A  A K A N*
*B A N Y A K  M E N A N G I S  N A N T I*

Sementara itu Ibnu Sirin rah. pula berkata,

*"Orang yang banyak ketawa menunjukkan tidak lama ia akan menangis..!"*

Hukamak ada pula berkata,

*"Orang yang sudah sampai di puncak cita-citanya akan jatuh ke lembah yang dibencinya..!"*

Saidina Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata,

*"Orang yang menjauhkan diri dari kelazatan dunia akan mudah baginya menerima musibah.*

*Dan orang yang selalu ingat akan mati akan rajin mengerjakan kebaikan..!"*

*MENGHARUNGI HIDUP DI DUNIA UMPAMA PERAHU MENGHARUNGI AIR. DUNIA TAK MAU MASUK DI HATI DAN AIR TAK MAU MASUK DI PERAHU.*

*B E K E R J A L A H*
*S U N G G U H - S U N G G U H*
*D I  D U N I A  U N T U K  M E M B I N A*
*K E H I D U P A N  K E K A L*
*D I  A K H I R A T*

*:: ✋😃 kejar akhirat dunia mengejarmu*

MINTA AIR, JANGAN MINTA CAWAN!!!


Minta air dapat cawan sekali.. Tapi kalau minta cawan belum tentu dapat air.. Dan rasanya memang tak kan dapat air punya kalau kita pergi restoran dan minta cawan sahaja kan... Waiter tu akan bagi cawan je la... Tapi kalau kita minta atau order air, pasti dapat cawan atau gelas sekali kan..

Begitulah perumpamaannya.. Kalau kita minta akhirat.. InshaAllah di dunia pun kita akan dapat Nikmat dan rahmatNya..  Tapi kalau kita minta dunia sahaja dari Allah... Contohnya... Kita minta nak kaya... Nak duit banyak... Nak rumah besar... Boleh dapat tapi takut itu hanya untuk dunia sahaja... 

Tapi kalau kita minta akhirat... Contohnya kita doa minta rezeki yang bermanfaat... Moga dapat sedekah... Moga dapat tunai Haji... Moga dapat bantu ummah... Insha Allah..  Akhirat dan dunia pasti mengiringi...  

Petua Hilangkan Stretch Mark Dengan Gula!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

 Bagi sesetengah orang, stretch mark buatkan rasa rendah diri dan merasakan diri ni buruk... Tapi tak dapat nak elak juga stretch mark ni sebenarnya... Bukan wanita berisi atau perempuan mengandung je... kadang ia terjadi bila part-part tertentu naik berlebihan.. memang tak best tengok.. rasa semacam je.. kena yang jenis teruk.. lagi tak seronok dibuanya... Mula lah nak cari produk itu ini semata-mata nak hilangkan stretch mark ni.. 

Tapi, kini ada cara mudah nak hilangkan strech mark tanpa modal yang besar.. Jom buat homemade krim atau lulur la kiranya untuk hapuskan stretch mark ni.. dan bahan utamanya ialah gula... 


Macam mana nak buat??? Jom ikuti cara-caranya...

Berikut adalah cara membuat ramuan untuk menghilangkan stretch mark...

Bahan:
Gula
Minyak Almond
Air lemon

Cara Membuat:
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga rata.

2. Sapu ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang mengalami stretch mark dan bahagian tubuh yang lain.

3. Lakukan dengan cara mengurut secara perlahan-lahan.

4. Boleh amal setiap hari sebelum mandi.

5. Untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan rutin selama sebulan.
Rujukan: Mingguan Wanita


Mudah kan.. bahan pun tak susah.. tapi biasalah.. jika guna bahan semulajadi, tak kan terus berkesan melainkan kena terusan buat dengan istiqamah.. 

'PASAL APA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Aku: "Mak, saya dah umur 27 tahun ni. Tak kahwin2 lagi."

Mak: "Rilek."

Aku: "Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired."

Mak: "Rilek."

Aku: "Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 27, orang asyik tanya, 'BILA NAK KAHWIN?'
Sekarang, orang duk tanya
'PASAL APA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'
Sedih."

Mak: "Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"

Aku: "Ya, mak."

Mak: "Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus berbuah hari ini?"

Aku: "Tak boleh."

Mak: "Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."

menitis air mata aku... Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.

Mak mencapai tangan aku..

Mak: "Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti ada."

Aku: "Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat bersama pasangan di Syurga."

Mak: "Siapa yang ciptakan suami di dunia?"

Aku: "Allah."

Mak: "Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?"

Aku: "Allah."

Mak: "Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."

Aku: "Kata-kata siapa itu, mak?"

Mak: "Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,
'..Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta..”
Maksudnya, kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.
Apa yang mustahil bagi Allah? Tidak ada!"

Aku mengelap air mata yang mengalir..

Aku: "Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih. Demand."

Mak: "Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.
Ingat apa Allah kata,
“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).

sumber: google images


Single ke, kahwin ke, tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak, tak guna gak.

Jadilah full-time muslimah.

'Fasobrun Jamiiil'. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.

Jangan bersedih. Wat lek wat biskut.

Aku tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata mak..

YANG PENTING...rilek okey.. ❤

Sumber: Pakar diari hati

Manusia Yang Paling Allah Cintai...

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Manusia Paling Dicintai Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عُمَرَ قَالَ ... أَيُّ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Dari Abdullah bin Umar… ada sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah manusia yang paling dicintai Allah?. Rasulullah menjawab: Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain". HR Tobrani No: 13474



Pengajaran:

1.  Jadikanlah diri kita orang yang paling dicintai Allah.

2.  Syarat untuk menjadi orang yang paling dicintai Allah ialah dengan menjadikan diri kita sebagai manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.

3.  Jadikan diri kita, dimanapun berada sebagai insan yang dirasai aura kebaikannya. Ketiadaan kita dirasai kehilangannya.

Usahakan agar diri kita menjadi orang yang paling bermanafaat pada keluarga, jiran tetangga di lokaliti kediaman, sahabat ditempat kerja, ahli di group fb,  telegram, whatsapp ini dan lain-lain.

Reward Untuk Anak-anak Hasil Dari Berblog!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah.. Rezeki Allah wajib dikongsi bersama terutama dengan orang tersayang...



Lapang rezeki berblog bulan September lepas.. Rezeki anak-anak dan juga rezeki anak yang baru lahir kan.. Bukti janji Allah.. Bahawa setiap anak itu telah Allah tetapkan rezeki baginya... Janji Allah tu pasti... Jadi jangan takut nak beranak ramai deh... Hehe... Ok.. Bukan nak citer pasal tu.. 

Bila terima duit berblog... Dah niat nak belanja anak-anak...  Alhamdulillah... Dah target lama dah nak beli apa... 

Untuk kakak dan Mu'azarra... Dah target nak beli telekung comel... Sebabnya diorang teruja sangat bila tengok iklan susu Dutch Lady... MF dan suami pun suka iklan tu... 

Selain tu, sebagai Penggalak untuk anak-anak mula solat... Insha Allah...  Langkah ke arah pembentukan anak solehah... Insha Allah...  Apa pun tak pernah paksa diorang solat... Biar dia sendiri lihat kita solat dan ikut... 

Bila dah beli untuk kakak... Tak kan baby tak beli apa-apa pula.. Sekali terfikir nak belikan stokin comel dan headband... Anak perempuan.. Memang banyak aksesori kita boleh jadikan hadiah... 

Kesemuanya barang ni.. MF beli di webshop 11street.com... Alhamdulillah.. Urusan dipermudahkan... Senang beli kat webshop macam 11street ni... Pilih, klik yang mana berkenan, bayar dan tunggu aje barang sampai.. 



Itulah bila jadi mak ni kan... Barang anak je dok fikir.. MF sendiri dah lama tak shopping untuk diri sendiri... Lama juga tak membeli baju ke tudung ke..  Dok fikir nak belikan anak je... Kalau keluar shopping pun sama... Nampak baju anak-anak tambah anak perempuan kan.. Itulah yang dituju dulu... Hehe... 

Moga lapang lagi rezeki lepas ni.. Boleh shopping untuk penyokong kuat MF dalam berblog siapa lagi kalau bukan en.suami tersayang la kan.. Dan selebihnya..  Hasil duit berblog masuk dalam simpanan anak-anak yang telah dibahagikan sama rata.. 

Jadilah sikit pun.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

5 Makanan Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masa anak satu ok lagi bab perut... Anak dua dah lain sikit.. dah masuk anak tiga.. huishh.. dah lain banyak... Buncit tu biasa la kan bagi orang perempuan yang pernah mengandung dan melahirkan... Tapi hadoii.. tak best tengok kan... 

Lelaki buncit seksi.. tapi perempuan buncit.. hadoii.. seksa kot.. ni kata kat diri sendiri ye.. jangan ada terasa.. seksa mata tengok badan sendiri.. dan buatkan rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri pun ada.. kalau boleh kita nak maintain cantik comei di hadapan suami la kan... Jadi, Walaupun sekadar perut tetap kena cari solusinya... 

Setakat ni dok sapu krim pati halia dunia herbs je la dulu... Nampak la Perubahan... Tapi lepas ni nak kena buat sesuatu untuk hilangkan yang patut dihilangkan tu.. 

Sumber: Google images


Jadi, nak kena amalkan pemakanan yang baik untuk elakkan perut naik... Antara makanan yang boleh diamalkan untuk elak perut buncit, antaranya ialah:

1. Agar-agar
Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang. 
Nak kena pantang la dulu paling kurang enam bulan.. sejuk agar-agar nih.. kot sakit urat plak nanti.. 

2. Jus buah-buahan
Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya. 
Haha... Ni yang buatkan diri ni bertambah semangat nak membeli mesin blender kat Go Shop nih.. hehe

3. Brokoli
Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme. 
Feveret gak ni.. tapi sejak pindah johor jarang beli sebab kat tempat MF mahai sungguh harga sayur moden macam ni..

4. Teh
Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau.  Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air.
Teh hijau memang sedap berkhasiat... Walaupun takde rasa dan warna yang tak menarik kan..

5. Yogurt
Apabila perut cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sedap gak yogurt.. tapi tak mampu nak amalkan selalu kan.. 

Sumber: Karangkraf

Dalam lima-lima jenis ni.. paling mudah nak amal teh hijau dan juga jus buah.. agar-agar..boring pula kalau amal selalu ye dak.. apa pun.. amalkan minum air kosong cukup kan.. tapi nak amal dengan istiqamah tu mencabar...

Jangan Terkejar-kejar!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan lengahkan masanya..
Bila dah lakukan.. Jangan pula Terkejar-kejar...


Jangan Terkejar-kejar semasa solat kerana kamu sedang berhadapan dengan Yang Menciptakan apa yang kamu kejarkan itu... 

Sakit-sakit Pun Jalan Je...

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pahala Amal Berterusan Walaupun Ketika Sakit

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يُصَابُ بِبَلَاءٍ فِي جَسَدِهِ إِلَّا أَمَرَ اللَّهُ تَعَالَى الْحَفَظَةَ الَّذِينَ يَحْفَظُونَهُ قَالَ اكْتُبُوا لِعَبْدِي فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ مِثْلَ مَا كَانَ يَعْمَلُ مِنْ الْخَيْرِ مَا دَامَ مَحْبُوسًا فِي وَثَاقِي

Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Nabi SAW bersabda: "Tidaklah salah seorang dari kaum muslimin yang terkena musibah pada tubuhnya kecuali Allah akan menyuruh kepada para Malaikat yang selalu menjaganya, Allah berfirman: "Tulislah untuk hamba-Ku di setiap siang dan malam dengan amal kebaikkan sebagaimana amal kebaikkan yang biasa ia lakukan, iaitu selama ia terpenjara oleh sakit yang Aku berikan." (HR Ahmad No : 6574) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim yang diuji dengan kesakitan dan bersabar dengannya akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah

2.  Muslim yang bersabar dengan musibah yang dihadapi akan tetap mendapat ganjaran pahala sepanjang siang dan malam seperti apa yang biasa dilakukan semasa sihat.

3.  Lakukanlah sebaik-baik amal semasa sihat kerana akan ditulis berterusan oleh Malaikat sebagai amal soleh walaupun ketika dia sakit dan tidak mampu melakukannya.

Beruntunglah seorang Muslim yang sentiasa ditulis oleh Malaikat dengan amal soleh, walaupun tidak dapat melaksanakannya ketika ditimpa musibah. Disamping mendapat keampunan dosa, dia tetap mendapat pahala seperti sewaktu dia sihat.

Walaupun sakit jalan je pahalanya...  Jadi jangan culas buat baik... Tapi dosa hapus bila sakit kan... Sayangnya Allah pada kita...

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Dua Kali Lima Je

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah dengar pepatah...

Ketuk dulang paku serpih...
Mengata orang dia yang lebih..


Jangan sibuk nak cari salah orang dan nampak buruk orang..sedangkan diri sendiri buat tak nampak..

7 Cara Elak Berat Badan Naik Bagi Ibu Menyusu

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masa mengandung syok je kan... Berat naik rasa ok je sebab bawa budak.. tapi lepas bersalin mula rasa tak syok bila berat tak nak turun.. MF Alhamdulillah.. timbang tadi untuk check up sebulan selepas bersalin dapat semula berat asal.. risaunya pula takut makin turun lepas ni.. orang risau takut berat naik lepas bersalin sebab makin lapar lepas bersalin dan menyusukan anak.. tapi MF risau kalau berat makin turun tak baik-baik.. 



Apa pun.. bagi ibu menyusu yang risau berat badan naik lepas bersalin.. boleh amalkan 7 cara diet ni.. supaya badan kekal maintain dan tak jejaskan susu ibu... 


1. Tunggulah bayi umur dua bulan
Memanglah tak sabar nak kurus, tetapi tunggu bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini nak bagi tubuh menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, badan kita akan kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet). 
Jadi, jangan kalut naik diet sangat.. bagilah masa anak tu nak naikkan berat dia.. susukan banyak-banyak... Jangan risaukan lapar dan makan.. asalkan anak cukup susu dan berat anak naik.. kalau berat badan anak tak naik kita pula yang risau nanti...

2. Kerapkan susu anak
Lagi kerap susukan anak, lagi cepat lemak tersingkir. Tapi yang paling ketara cepat kurus kalau boleh susukan anak sekurang-kurangnya sampai bayi berumur 6 bulan ke atas. 
Susukan anak memang akan kerap makan.. tapi jangan terlalu risaukan berat naik.. kerana setiap kali kita susukan anak...berat anak naik..lemak kita terbakar sekali ..

3. Jaga pengambilan kalori
Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu badan pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus.
Kenal pasti makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, ayam goreng, mee goreng.. elakkan makanan sebegitu .. senang kata.. jaga pantang selama setahun.. jangan habis 44 hari je.. hentam segala benda... Pastu risau berat naik pula... 

4. Jangan abaikan cara berat turun
Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

5. Minum air walau diet
Ibu, kalau kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, ini akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketara ketika  sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas).

6. Senanam kena teruskan
Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan badan membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.
Senaman mudah bagi ibu ialah buat kerja rumah kan... Tu pun kira senaman yang mampu membakar kalori setiap hari...

7. Pilih makanan sihat
Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya. 
Kena pilih snek dan jajan yang sihat... Setakat ni MF jadikan kurma Ajwa sebagai jajan wajib MF setiap hari... 

Rujukan: Karangkraf

Nak diet boleh tapi jangan ketepikan hak anak.. alahhh.. dua tahun je pun.. lepas dua tahun ikutlah nak diet ke hape kan.. dan MF rasa diet paling bagus amalkan ialah diet Atkins .. sihat dan selamat serta tak keterlaluan... 

Ini tip untuk yang nak kurus.. tapi MF nak besarkan badan.. berat sekarang dah ok.. takut makin turun pula.. harap tak turun dah la berat yang ada ni.. 
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>