Quantcast
Channel: Maria Firdz
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live

Jangan Bunuh Haiwan Dengan Api!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Bunuh binatang juga perlukan ihsan...

Nak Salahkan We Chat Pun Tak Boleh Juga!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terkedu baca berita ni


Dan berita ni masuk kat Berita Tv9 tadi... Fuhh.. Seram sejuk pula bila baca berita sebegini.. Tambah MF ada anak perempuan pula tuh.. Bertambah risaunya..

Budak umur 12 tahun dah pandai cari kenalan We Chat... Hmm... Nak salahkan aplikasi Ke???

Bagi MF teknologi dicipta untuk memudahkan kita... Tapi kita la kena pandai guna... Tapi budak sekolah rendah... Tahap mana la pemikiran bebudak seusia begini... Dia tahu seronok je... Jadi, peranan ibu bapa la pula kena pantau..  Kalau boleh tak payah belikan Smartphone... Belikan handphone biasa je..boleh call dan SMS je.. Dan main game...

Memang dok perhatikan juga Viral screenshot budak we chat yang bersepah kat Facebook dan Twitter..

Nampak sangat anak-anak ni kurang pemantauan... Bila kurang pemantauan... Maka kesannya... Jadilah sebegini...


Apa perasaan kita??? 
Adakah sekadar tengok?? Kesian? Risau? Salahkan orang itu dan orang ini?? 

Fikirkanlah.. Apa tindakan kita??? Apa peranan kita... Moh kita fikirkan dan bertindak sekarang... 

Larangan Memburukan Orang Lain

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada seseorang yang berkata; 'Celakalah manusia', maka sebenarnya ia sendiri yang lebih celaka dari mereka." (HR Muslim No: 4755)

Pengajaran:

1.  Seorang Muslim tidak boleh berfikiran buruk dan menghukum kecelakaan ke atas orang lain kerana hukum berkenaan mungkin akan berpaling kepada dirinya sendiri.

2.  Jangan sekali-kali kita memburukkan orang lain kerana kita mungkin lebih buruk dari mereka.

3.  Nasib diri kita adalah mengikut apa yang difikirkan oleh akal kita. Jika akal kita berfikiran negatif, maka natijahnya adalah negatif.

4.  Seorang Muslim perlu memelihara baik sangka terhadap Allah.

5.  Kecelakaan yang berlaku ke atas diri kita bukanlah semestinya disebabkan oleh perbuatan atau kejahatan orang lain. Bahkan ia mungkin berlaku kerana sikap diri sendiri.

6.  Mengakui akan kelemahan dan kejahilan diri sebenarnya lebih penting dari menghukum kejahatan orang lain atau menyalahkan mereka.

7.  Kita harus mengakui akan kelemahan diri dahulu dan tidak menjadikan orang lain sebagai pelarian (escapist) dengan menuding jari kepada orang lain.

Marilah kita berusaha menjauhkan diri dari sifat mudah untuk menghukum orang lain dan memburuk-burukkan mereka.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

WW | PERANGAI ORANG PEREMPUAN BILA JUMPA RESEPI DI FACEBOOK!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hadoii.. Terasa juga nih.   Hehe...
Tapi simpan tu penting sebab kurang-kurang ada niat juga kan nak buat.. Cuma tak pasti bila kan.. Hehe...


WW | REALITY BEFORE AND AFTER HAVING KIDS

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Realiti sebelum dan selepas ada anak...





Memang tabik hormat la siapa yang dapat maintainkan keadaan rumah dan kereta lebih dari 1 jam masa ada anak...

Tapi tu tanda anak kita kreatif dan nak mak bapaknya jadi rajin.. hehe

WW | Banyak Sangat Ke Gaji Tu?

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



BERAPA BANYAK GAJI TU SAMPAI SANGGUP TINGGALKAN SOLAT ATAU SENGAJA LENGAHKAN SOLATMU???

Pengguna Lebuh Raya PLUS Bakal Dikenakan Penalti Jika Guna Lebuhraya Lebih Masa!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terkejut tambah geram tambah kecewa dan rasa macam masa terbaca berita ni kat Berita Harian Online tadi... Mau tak rasa gitu... Sebabnya MF antara pengguna Lebuhraya PLUS kot... Itulah jalan perhubungan utama kami dari Johor ke Kedah...  Nak naik kapal terbang tak mampu lagi... Naik kereta api.. Banyak pula kerenah dengan anak kecil... Kos naik bas pun lebih dari balik.naik kereta... Bila dengar berita ni mau tak rasa kecewa...



 Ayat pujukan Last tu... Hmm... Tapi kecewa la... Berita di up lepas seorang lelaki up Viral kat Facebook.. Dia kena cas penalti dengan PLUS..

Jenuh la nak kejar jam kat Lebuhraya lepas ni... Balik ke Kedah dari Johor lebih kurang 10 hingga 12 jam... Kalau lebih dari tu kena la cas... Maknanya tak boleh la nak tidur kat RnR lepas ni kalau mengantuk sangat.. Penat camne pun kena la usaha...

Satu cara je la dok nampak... Kalau kami dari Johor ni.. Kena la transit kat KL dulu sekejap... Lepas tu.. Sambung pula dari Kedah ke Johor... Kalau tak nanti terlebih jam plak.. Hmm... Elok sehari boleh sampai jadi dua hari kot baru boleh sampai ke Kedah...

Hadoii.. Jenuh la camni kan.. Harap carilah cara lain... Untuk elak kesesakan Lebuhraya...  Kadang Lebuhraya sesak sebab pihak PLUS repair Lebuhraya.. Sebab eksiden...Dan sebab pengguna tu rancang perjalanan tu sendiri...

Hmm... Tak tau la nak kata pe kan... Hangpa pikir camne.. Setuju ke dengan kenakan penalti ni.. Huhu...

Makin Mudah Makin Ngeri!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Teknologi dicipta untuk memudahkan..
Tapi makin mudah.. makin ngeri pula....


Jari kalau tak dijaga... Tak dibatasi iman...
Akan mudah dikelolakan oleh nafsu...

Satu jari sahaja mampu sebarkan fitnah kepada satu dunia...
Lebih dahsyat dari fitnah yang dibawa oleh lidah... 

Jomlah kita muhasabah diri...
Fikir dalam-dalam sebelum up status...
Selidik sedalam-dalamnya sebelum kongsikan sesuatu perkara... 

Satu fitnah kita sebarkan ...akan berkekalan selagi kita tak delete..
Dosa dengan Allah mudah kita mohon taubat..
Tapi dosa fitnah... Kena cari orang yang kita fitnahkan untuk minta maaf... 


Nasi Lemak Anak Dara | Cabaran Buat Para Isteri Masak Nasi Lemak Mak Dara!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Viral Nasi Lemak Anak Dara... MF dok perhati je fenomena viral ni kat Facebook... Satu bisnes bila jadi viral memang rezekilah kepada bisnes dia...

Dari Viral Facebook terus masuk ke berita surat khabar... Dan terus masuk tv... Memang rezeki anak dara ni... Itulah tuah orang kan... Dia tak sangka nak jadi viral kot kan... Sebab dia cuma jual nasi lemak tepi jalan.. cuma bezanya...dia ni berpelajaran tinggi... Ada ijazah lagi..tu sebab jadi viral..

Bertambah viral bila .. jualan nasi lemak serta gerai nasi lemak dia dapat perhatian Menteri Besar Selangor pula...



Semalam ada tengok gambar orang kongsikan... Berderet para kaum Adam beratur panjang nak beli nasi lemak anak dara ni... Memacam lah orang komen kan... Dan orang pun tertenya gak.. kenapa lelaki je. .. dalam sangkaan baik .. mungkin belikan pada isteri... Mungkin masih bujang... Jadi.. sangka baik saja kan...

Tapi andai ada akak-akak yang mula rasa semacam je kan dengan fenomena ni... Jadikan ianya satu cabaran untuk para isteri masak nasi lemak yang lebih sedap... Tambah sikit dengan gaya memasak dan dressing' gaya anak dara...

Jangan rasa tergugat... Orang lelaki ni kata orang kena pikat mata dan perutnya... Dan masa memasak boleh amalkan doa pengikat kasih... Insha Allah... Kalah nasi lemak anak dara...

Apa pun.. kalau MF nak juga merasa..sedap ke nasi lemak anak dara ni... Sebabnya... MF dok teringat nasi lemak yang jiran MF masak masa dok KL dulu... Hari-hari beli.. tak jemu pula tu... Anak MF pun suka nasi lemak mak cik tu.. balut dengan daun pisang.. harga pun hanya RM1.20 je... Tapi memang sedap lah...

Apa pun... Setiap resepi ada rahsia kesedapannya...sebab bahan buat nasi lemak ni sama je... Mungkin sedapnya pada sambalnya... Ada la tu rahsianya... Jadi... Buat akak-akak.. jadikan ini satu motivasi untuk masak nasi lemak yang lebih sedap andai kata En.suami da mula merasa nasi lemak anak dara...

Apa Itu Serum? Jenis Serum dan Manfaat Kepada Kecantikan!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Macam satu lambakan pula bila lihat pengeluar produk kecantikan mengeluarkan serum... Memula dengar macam seram... Apakah serum ni... Orang kata nak cantik kena pakai serum ni... MF tak berani nak cuba.. Tapi baru-baru ni satu serum MF dapat untuk direview.. tu yang mencari info pasal serum ni..sebab nak buat apa pun kena ada ilmu... jangan main ikut je kan..

Sumber: Google images


Apa itu SERUM???
Dalam dunia kecantikan yang dimaksud serum adalah cairan yang mengandung formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Orang yang pakai serum ni..biasanya nak elokkan kulit wajah yang bermasalah..seperti kulit wajah kusam dan tak bermaya...kulit berjeragat, tona kulit tak sekata dan pelbagai masalah kulit wajah yang selalu dihadapi oleh wanita berusia 30-an dan ke atas... tapi tak bermakna yang tak de masalah kulit tak boleh pakai serum ni... boleh je..



JENIS-JENIS SERUM

Untuk keadaan kulit bermasalah, serum memang dapat membantu memperbaiki keadaan tersebut sebab kandungan zat-zat aktif terlarut dalam serum, membantunya mampu mengatasi masalah kulit secara efektif dan cepat.

Jenis serum yang digunakan harus disesuaikan dengan masalah-masalah kulit yang terjadi. Sebab, masing-masing jenis serum punya khasiat dan keberkesanannya yang berbeza terhadap masalah kulit.

Serum pada asasnya dapat dibezakan menjadi tiga jenis sesuai kandungan zat-zat aktifnya. Ketiga-tiga jenis serum tersebut adalah :

Serum Vitamin C
Jenis serum vitamin C paling banyak dipakai. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan serta berperanan sebagai kolagen untuk memperlambat proses penuaan. Serum vitamin C sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam, bintik-bintik hitam ataupun untuk mengatasi masalah-masalah kulit akibat proses penuaan.

Selain itu, kandungan vitamin C dalam serum juga bersifat sebagai antiradang dan dapat digunakan untuk merawat radang kulit.

Untuk tujuan mencerahkan atau memutihkan kulit serta untuk mencegah proses penuaan gunakan serum yang mempunyai kadar vitamin C rendah. Tapi untuk rawatan kulit biasanya dipakai kadar yang lebih tinggi. Untuk kecantikan kulit, penggunaan serum vitamin C kadar 15 peratus, manakala untuk tujuan rawatan boleh dipakai sehingga 20 peratus.

Serum Vitamin E
Manfaat serum yang mengandung vitamin E adalah sebagai antioksidan. Khasiat antioksidan ini didapat dari vitamin E kerana vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, suatu lemak yang teroksida yang menyebabkan berlakunya proses penuaan. Seian itu vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembab kulit. Pemakaian serum vitamin E secara rutin akan mempertahankan kelembaban kulit. Juga melindungi kulit dari kesan pencemaran seperti asap rokok atau sinar matahari.

Serum Kolagen
Kolagen merupakan komponen protein pembentuk strukstur kulit, otot dan pembuluh darah. Secara alamiah, kandungan kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurang seiring bertambahnya usia.
Berdasarkan penelitian pada usia 30 tahun, manusia akan kehilangan kolagen tubuhnya antara 15 hingga 20 peratus. Pada usia 50 tahun, kolagen yang hilang dari tubuh manusia antara 35 hingga 40 peratus.

Ketika kolagen beransur-ansur berkurang, kekenyalan dan ketegangan kulit juga akan berkurang. Untuk itu, serum kolagen terkandang diperlukan untuk membantu menjaga ketegangan kulit.

CARA PAKAI SERUM

Untuk memastikan serum yang digunakan berkesan secara maksima, mestilah pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit. Jika ada banyak masalah kulit jadi carilah serum yang dapat rawat pelbagai masalah kulit tersebut dengan efektif.
Yang paling penting, kenali cara menggunakan serum.

Sebelum pakai serum, kulit wajah harus dibersihkan dulu dengan cairan pembersih agar proses penyerapan serum lebih efektif dan cepat.

Setelah kulit bersih, titiskan serum 2-3 titis pada tapak tangan, kemudian, hangatkan dengan cara menggosok-gosok tapak tangan untuk membantu memudahkan penyerapa pada kulit.

Selanjutnya, usapkan ke seluruh atau sebagian kulit wajah hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawsan yang kelihatan garis-garis penuaan.

Untuk serum vitamin C, akan menimbulkan rasa pedih bagi yang pertama kali guna.. jadi oles tipis je pada kulit dan elakkan sapu di daerah bawah mata untuk mencegah iritasi.

Selepas pakai serum... Tunggu resap pada kulit dalam dua minit.. lepas tu boleh la nak pakai krim muka, pelembap ataupun bedak. Untuk hasil yang maksima, seeloknya pakai serum pada waktu pagi dan petang. Fungsinya... Waktu pagi, serum berfungsi untuk melindungi kulit dari asap pencemaran dan juga matahari.. sebaliknya waktu petang..serum berfungsi untuk memulihkan keadaan kulit.

Jika dan guna pagi petang dah pakai serum, malam tak perlu lagi pakai krim malam..sebab serum tu dah berfungsi untuk merawat kulit. Sebab tu serum ni sesuai untuk wanita yang sibuk dan padat dengan aktiviti harian hingga tak sempat nak rawat kulit pada waktu malam.

Pemakaian serum pada kulit berjerawat tidak digalakkan kerana takut-takut keadaan jerawat makin teruk. Jika kulit sedang berjerawat, rawat terlebih dahulu hingga sembuh kemudian barulah dilanjutkan pemakaian serum. Jika masalah jerawat dapat diatasi, pemakaian serum akan membantu menyihatkan kulit. Selain itu yang juga perlu diawasi adalah munculnya reaksi alergi sebab pada sesetengah orang boleh mengalami alergi selepas memakai serum.

Jika muncul tanda-tanda alergi, segera hentikan pemakaian serum dan rujuk pakar kulit. Untuk lebih selamat, sebelum memutuskan memakai serum sebaiknya bincang dengan pakar kecantikan dahulu.

Jadi, untuk pemakaian serum ni.. nak selamat juga, cari serum yang diluluskan oleh Kementerian kesihatan serta halal dan pembuatan dari bahan-bahan semulajadi... Yang penting.. dalam bab kecantikan ni jangan mudah terikut dengan orang lain.. dan elakkan bertukar produk secara kerap.. jika nak tukar juga.. rehat dan rawat kulit dengan bahan Semulajadi tanpa diproses. 

Harapan Dalam Bajet 2017!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam tengok tv.. terpandang iklan pasal bajet 2017... Haa...a kan.. dah hujung tahun ni.. mesti la kerajaan kena buat bajet untuk tahun depan...

Bila sebut bajet... Pastilah tertanya-tanya..dan berdebar-debar juga apa perancangan kerajaan untuk pembangunan dan ekonomi negara kan...


Agak-agak apa isu atau fokus dalam bajet 2017 nanti ya... Tapi yang pasti akan disebut ialah bab GST dan BR1M la kan... Namun, isu lain pasti tak ketinggalan... 

Antara yang akan/bakal disebutkan dalam bajet 2017:

1. GST
Siapalah tak kenal GST kan... Sedar tak sedar dah beribu sebenarnya kita bayar GST ni.. huhu.. harapan GST dihapuskan...tapi rasanya tinggal harapan... Dan selepas adanya GST rasa sedikit terbeban la...terutama rakyat marhean macam kita ni kan... Hidup boleh hidup.. tapi cukup makan la kata orang... Nak buat apa pun kena fikir panjang...

2. Bonus
Sebut bajet, mestilah rata-rata penjawat awam harapkan bonus.. MF sebagai penjawat awam... Terus terang tak harapkan... Tapi kalau dah bagi ambil je la kan... Yang penting kerja kita jalan... Dan semestinya..bila sebut bonus..mulalah pekerja swasta rasa terpinggir...tuduh menuduh dan mengata satu sama lain.. hmm... Fikir gini je la.. rezeki tu dari Allah... Dan rezeki tu bukan berupa duit je..

Apa pun.. jom kita lihat  sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam dari tahun 1993 hingga 2016. Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :

Tahun 1993Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
Tahun 1994Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
Tahun 1995Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
Tahun 1996Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
Tahun 1997Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
Tahun 1998Bantuan Khas Kewangan RM400
Tahun 1999Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
Tahun 2000Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
Tahun 2001Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
Tahun 2002Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
Tahun 2003Bonus satu bulan gaji kakitangan awam

Nampaknya tahun 2003 bonus yang paling banyak pernah dinikmati oleh penjawat awam.. malangnya MF tak kerja lagi.. baru nak ambil SPM kot masa tu.. hehe...

Apa pun kalau ada bonus untuk bajet kali ni.. alhamdulillah.. kita tunggu dan lihat je Jumaat minggu depan ye..

3. Kerajaan disaran wujud geran khas bantu PKS tingkat pekerja

4. Kementerian Kesihatan harap tiada pengurangan dalam Bajet 2017

5. Tumpuan kepada sektor Pelancongan
Mesti diberi perhatian juga sebab masih ada lagi rakyat kita di zaman GST suka travel luar negara, padahal kat Malaysia pun banyak tempat menarik... 

6. Pendidikan Kewangan Islam
Sepatutnya... Sistem kewangan sekarang tukar terus kepada kewangan Islam kan.. barulah rakyat tak terbeban.. ni dah la GST tambah dengan interest lagi... Bahkan insurans pun kena GST dan interest lagi.. camne tu..

7. Pengangkutan Awam
Yang ni nampak perkembangan kat area Kl dan Selangor la.. dah ada LRT dan MRT... Antara negeri, nampak ada keretapi laju.. ni dengar kata nak buat dari KL ke Singapura pula... Dan katanya tahun depan la baru nak start buat... Bas dan pengangkutan awam lain banyak di kawasan bandar.. luar bandar kurang diberi tumpuan... Sebab bas teksi dah kurang sebab luar bandar ramai yang guna kereta motor katanya... Tapi kesian la orang yang takde kete motor kan..

8. Sukan
Tahun ni sukan Paralimpik la menyerlah... Dan ramai juga atlet dapat anugerah macam-macam kerajaan bagi.. rezeki depa kan..

9. Jaminan Pekerjaan di Malaysia
Bab ni pun sepatutnya jadi isu penting... Ramai menganggur kot.. dan peluang pekerjaan diberi kepada orang asing... Tu ada yang sanggup berniaga tepi jalan tu..walaupun ada ijazah... 

10. Bekalan Air
Yang ni memang... kena la tumpu lebih sikit.. kat kampung-kampung ada lagi yang tak terima bekalan air bersih... dan ada juga yang terima air, tapi tak bersih terutama air di KL dan Selangor.. seminggu sekali cuci filter A penapis air... Dok JOhor ni air ok sikit... tapi mak oii.. melambung bil..lebih RM50 kot air sahaja... 

11. Nelayan
Moga nasib nelayan terbela... tanpa nelayan kita tak makan ikan dan makanan laut yang lain.

12. Tingkatkan Infrasturuktur Intenet di Sekolah
Yang ni memang patut sesangat... Kalau boleh high speed punya... tak yah dok kalut takut cikgu buka facebook la.. cikgu takde masa nak layan facebook sangat pun.. banyak sangat segala E yang cikgu nak kena kuasai.. tambah sekarang ni ada VLE Frog... pembelajaran guna internet.. dah kalau slow camne.. yang cikgu faham la camne kan.. 

13. Nak Perkenalkan Mata Pelajaran Coding di Sekolah
Ada pro dan contra juga ni.. kalau coding basic untuk bangunkan website tu ok kot...kalau coding untuk bangunkan sistem atau aplikasi kena fikirkan dalam-dalam juga... 

Sumber rujukan: Beritasemasa dan Astro Awani

Apa-apa pun kena tunggu pembentangan bajet 2017 siaran langsung pada 21 Oktober 2016 jam 4 petang di TV1... 

Apa harapan anda pada bajet 2017??? 

NABI S.A.W LARANG CERITAKAN MIMPI KEPADA ORANG LAIN!!!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selasa lepas ada tengok rancangan Tafsir Mimpi yang diacarakan oleh Nabil dan Panelnya Ustaz Badli Shah.. Ustaz Badli Shah memang best la, sebab kupasannya menarik.. Yang tertarik nak kongsi ialah pesanan Ustaz Badli Shah, iaitu kongsikan mimpi.. Pesanan beliau, jangan kongsi mimpi dengan orang lain melainkan orang yang mahir bab mimpi... 

Kenapa beliau pesan begitu??? Sebab ada dalil dan hikmahnya... Meh baca.. 



Apa Maksud Mimpi

Mimpi adalah sesuatu yang terlihat atau di alami manusia pada waktu tidur. Mimpi yang di alami seseorang kadang-kadang betul dan kebanyakannya tak betul. Mimpi bukannya hanya di alami manusia awam, akan tetapi para Nabi pun mengalami mimpi. Mimpi yang di alami seseorang ada yang sifatnya menyenangkan adakalanya menakutkan dan menyedihkan.  Misalnya mimpi berjumpa orang yang kita sayangi, mimpi berjumpa makhluk yang kita takuti dan sebagainya. Mimpi orang awam kebanyakan kerana campur tangan syaitan.Sed angkan mimpi para Nabi dan Rasul adalah merupakan mimpi petunjuk, pertanda atau wahyu dari Allah SWT.

Sebagaimana di jelaskan dalam Al-Qur’an, yang ertinya, “(iaitu) ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi takut dan tentu  kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.” (QS Al-Anfal : 43) 

Dalam ajaran agama Islam mimpi yang di alami diwaktu tidur, tidak dibenarkan menceritakannya kepada orang lain. Apakah mimpi yang benar atau mimpi yang tidak benar. Ini penjelasaan dua mimpi tersebut,

1. Mimpi Yang Baik Atau Benar.
Ketika seseorang mengalami mimpi yang benar, hendaklah ia memuji Allah dan memohon kepadanya agar merealisasikannya dan jangan menceritakan kepada orang lain kecuali kepada orang yang di cintainya dan mencintainya. Oleh sebab itu ketika, Nabi yusuf bermimpi melihat matahari, bulan, dan sebelas bintang bersujud kepadanya, ia menceritakannya kepada bapanya. Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (QS Yusuf : 5)

Dari Abu Qatadah r.a, mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Mimpi yang benar berasal dari Allah, sedangkan mimpi yang merupakan bunga tidur berasal dari syaitan. Jika diantara kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, hendaklah ia tidak menceritakannya kecuali kepada orang yang dicintainya. Tetapi jika ia bermimpi sesuati yang di bencinya, maka hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari keburukannya dan dari keburukan syaitan, dan supaya meludah tiga kali serta tidak menceritakannya kepada siapa pun. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan membahayakan.” (HR Muttafaq ‘alaih)

Berdasarkan firman Allah SWT. dan hadis Rasulullah tersebut, ketika seseorang mengalami mimpi yang benar, hendaknya ia memuji Allah dan memohon kepadanya agar merealisasikannya dan jangan menceritakannya kepada orang lain kecuali kepada orang yang ia cintai dan mencintainya. Menceritakan mimpi yang benar terhadap orang yang dicintai tujuannya supaya ia berbahagia dengan kebahagian tersebutu dan mendoakan agar mendapat kebaikan tersebut. 

Kita dilarang untuk menceritakan mimpi benar kepada orang yang tidak kita cintai atau menyukai kita. Supaya ia tidak mengganggu arah mimpi tersebut dengan pentakwilan yang berdasarkan hawa nafsu, atau berusaha menghilangkan nikmat Allah SWT kerana dengki kepadanya.

2. Mimpi Yang Tidak Benar.
Mimpi yang tidak benar atau buruk berasal dari syaitan. jika seseorang mengalami mimpi buruk dilarang juga menceritakannya kepada orang lain. Sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w beliau bersabda, “Jika salah seorang daripada kamu melihat mimpi buruk maka hendaklah ia bangkit melaksanakan solat dan jangan ia ceritakan kepada orang lain,” (HR Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Usamah, ia berkata, “Aku pernah melihat sebuah mimpi yang membuat aku sakit hingga aku  mendengar Qatadah berkata, ‘Aku pernah melihat sebuah mimpi yang membuat aku sakit hingga aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,  "Mimpi baik berasal dari Allah. Jika salah seorang daripada kamu melihat apa yang kamu sukai maka janganlah ia ceritakan mimpi tersebut kecuali  kepada orang yang menyukainya saja dan jika ia melihat mimpi yang tidak ia sukai maka hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan mimpi tersebut dan dari kejahatan syaitan, kemudian meludah lah tiga kali dan jangan ia ceritakan kepada siapapun, sebab mimpi itu tidak akan mendatangkan kemudharatan,” (HR Bukhori dan Muslim).

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a,  “Bahawasanya Rasulullah SAW didatangi seorang Arab Badwi dan berkata, ‘Aku bermimpi bahawa kepalaku dipenggal lalu akui mengikuti kepalaku yang menggelinding.’ Kemudian Nabi saw. mencela Arab Badwi tersebut dan bersabda, ‘Jangan engkau ceritakan kisah syaitan yang mempermainkanmu ketika engkau tidur,” (HR Muslim). 

Berdasarkan hadits Rasulullah SAW di atas, ketika seseorang mengalami mimpi buruk, maka tidak dibolehkan juga menceritakannya kepada orang lain. Sebab ditakutkan orang lain akan mentakwilkan dengan caranya masing-masing sehingga menimbulkan kegelisahan dan rasa takut bagi orang yang mimpi buruk tersebut.

Akan tetapi Rasulullah menganjurkan bagi yang melihat mimpi yang buruk atau tidak ia sukai, hendaklah ia melaksanakan apa yang tercantum dalam sunnah untuk mengusir was-was dan menolak tipu daya syaitan. Iaitu: melaksanakan solat, memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan mimpi dan kejahatan syaitan, meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali dan mengubah posisi tidur dari posisi semula.
Sumber: http://www.bacaanmadani.com/

Kesimpulannya: 
Adab mendapat mimpi baik:
  • Jangan ceritakan mimpi kepada orang lain kecuali orang yang dicintai dan menyintai.
  • Bangun solat hajat
  • Doa moga direalisasikan apa yang dimimpikan tu.

Adab mendapat mimpi buruk:
  • Jangan ceritakan mimpi kepada orang lain kecuali orang yang dicintai dan menyintai.
  • Bangun dan ludah sebelah iri sebanyak 3 kali
  • Bangun solat
  • Doa mohon perlindungan
  • Ubah posisi tidur.


Jadi, bila dapat mimpi jangan terus nak kongsikan di Facebook… sebaliknya laksanakan adab-adab yang dianjurkan Nabi s.a.w dan kalau nak kongsikan pun kepada orang yang kita percayai sahaja…

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Berilmu Tapi Masuk Neraka

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka'b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh dan supaya dihormati oleh manusia, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka” (HR Tirmizi No: 2578)  Status: Hasan



Pengajaran:

1.  Menuntut ilmu menjadi kewajipan setiap Muslim

2.  Menuntut ilmu bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.

3.  Orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk menandingi, merendah dan memperlekeh orang lain – dia akan dimasukan  ke neraka.

4.  Orang yang menuntut ilmu agar dihormati dan disanjung orang dengan sebab ilmunya – Allah juga akan memasukkannya ke dalam neraka.

JOM bersifat rahmah dengan mengikhlaskan diri menambah ilmu agar menjadi orang yang semakin dekat dengan Allah. Jauhi menuntut ilmu untuk memperbodohkan orang lain atau mengharapkan dengan ilmu itu kita dihormati.

Sumber :telegram.me/hadisharian_ikram

DIKECAM DENGAN GELARAN USTAZ USTAZAH FACEBOOK!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah ustaz ustazah fb.. Istilah baru ku kira ni... Sejak wujud budaya Viral ni... Tambah dengan istilah scam, spam, troll dan pelbagai istilah moden di Facebook tu buatkan wujud istilah ustaz ustazah Facebook...

Siapa dia ustaz ustazah Facebook ni???

Iaitu orang yang berikan komen dan betulkan sesuatu isu dengan hujah dan hukum tertentu...  Orang sebegini terus akan dicop ustaz ustazah fb...

MF sendiri beberapa kali pernah dicop dengan gelaran ni gara-gara berikan hujah dan kongsikan ilmu serta pandangan siap dengan dalil...

Masa memula menceburkan diri dalam memberikan komen diruangan Page yang popular serta isu yang popular... Buatkan MF rasa sedih juga... Tapi lama kelamaan MF biasa.. Biarlah dengan gelaran tu... Janji MF dah sampaikan ilmu yang Mf ada..

Di Blog ni pun pernah kena kecam juga... Berlagak macam ustazah... Sebabnya MF sampaikan ilmu tapi tak sertakan dalil... Sejak tu lah.. Apa-apa yang MF share pasal ilmu agama, MF rujuk buku dan Blog ustaz ustazah yang memang dikenali tahap ilmunya...

Kita ni takde nama kan.. Orang tak kenal..jadi kalau cakap pasal agama mana orang nak percaya... Tak kan kena Share segala sijil yang MF ada... Atau kitab yang ada baru nak percaya kot...

Tu lah cabaran nak ajak orang buat baik.. Tapi MF nak pesan... Orang yang dok pertikaikan orang yang sampaikan ilmu ni.. Boleh dicop orang munafik juga... Sebab ini MF sendiri dengar dari ceramah Ustaz Badli Shah dalam rancangan Cinta Ilmu kat Tv alHijrah. Kalau rasa MF ni menipu... Boleh layari dan langgani portal tv alHijrah la ye..

Minta maaf MF cakap... MF bukan nak menunjuk pandai... Tapi MF memang ada pengiktirafan dalam ilmu agama... Kalau tak tak boleh la jadi guru agama di sekolah.. MF share ilmu agama bukan nak tunjuk pandai tapi hanya nak sampaikan disamping nak jadikan tu sebagai peringatan kepada diri sendiri... Sebab ilmu ni... Lagi kita kongsikan lagi kuat pada diri kita... Kalau kita simpan lama-lama nanti kita akan lupa...

Minta maaf jika ada yang pertikaikan kenapa MF dok Share pasal dakwah dan ilmu agama... Dan lagi satu.. Dakwah ni ajak orang buat baik... Setiap orang jatuh hukum wajib untuk ajak orang lain buat baik... Tak payah nak tunggu ustaz ustazah je untuk ajak orang buat baik... Dan mencari ilmu phn hukumnya wajib bagi setiap umat Islam...

Jadi.. Janganlah kecam orang yang sampaikan ilmu dengan gelaran sebegitu...  Kerana hukum menyampaikan itu satu perkara yang wajib bagi setiap Muslim...jika orang tu salah kita betulkan... Itulah perdebatan ilmiah yang dianjurkan dalam Islam...


17 TIPS UNTUK ANAK LAMBAT MEMBACA!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

IKUTI TIPS DAN PERKONGSIAN IBU INI, CARA MENGAJAR ANAK MEMBACA

Anak saya hiperaktif dan tidak boleh fokus. Berusia 6 tahun, tahun depan, masih belum boleh membaca. Saya risau bagaimana anak saya mahu menduduki ujian Linus. Saya sukar mengajarnya. Bagaimana puan mengajar anak yang hiperaktif dan ADHD?

Jawapan:

Puan,

Anak saya biasa-biasa saja kemahiran membaca dan menulisnya. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa seusianya (4 tahun ++) ramai yang lebih baik. Cuma, disebabkan anak saya yang ADHD menyebabkan ia sedikit lain pencapaiannya.

Alhamdulillah anak saya sudah boleh membaca kalimah bersambung Quran dan kami masih stuck di bahagian mad. Apabila ada kalimah yang perlu dipanjangkan kerana adanya huruf mad, anak saya lebih sukar.

Alhamdulillah anak saya sudah boleh membaca dua suku kata seperti mama, koko, sudu dan memahami setiap perkataan ada makna.

Kami tidak dalam keadaan tergesa-gesa kerana anak saya masih kecil dan kami juga mungkin tidak menghantarnya ke sekolah. (homeschooling). Adapun begitu pencapaian kemahiran membacanya sudah cukup impress kepada kami jika melihat usianya. (Puan juga perlu sentiasa impress pada pencapaian anak)

Wajar puan berasa risau kerana anak puan bakal bersekolah di sekolah aliran perdana. Puan perlu mengikuti semua SOP kementerian.

Mengajar anak yang ADHD membaca bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut KESABARAN dan KETABAHAN yang tinggi serta KEMAHIRAN mengajar yang unik. Guru di tadika pun belum tentu boleh mengajarnya.

Saya mula mengajar Dhuha membaca semenjak Januari 2015. Dalam tempoh itu pelbagai metod telah saya cuba dan ada yang berjaya ada yang tidak. Berikut adalah beberapa tip. Didoakan ia dapat membantu puan. Ia perlu dilakukan SETIAP HARI tanpa gagal sehingga anak puan ada perubahan.



#tip1- Beri anak main messy. Mungkin di waktu pagi. Main messy adalah apa saja aktiviti yang membantu meningkatkan sensori dan fokus. Ia untuk merangsang otot motor halus anak. Ia untuk merangsang otak anak. Contoh permainan adalah pasir, tanah, air, tepung, warna dan lain-lain. Buat cupcake, buat biskut, buat pizza dan roti canai antara aktiviti kegemaran anak saya.

#tip2 - Buat senaman latihan otot jari untuk meningkatkan kemahiran motor halus seperti menjahit, menampal sticker, menggunting dan lain-lain. Interasikan dengan konten bacaan seperti huruf dan suku kata. Anak mungkin akan bosan. Tidak mengapa, lama-lama kelamaan kemahirannya meningkat dan fokusnya bertambah, anak akan mula suka.

#tip3 - Beli tampoline dan minta anak melompat untuk merangsang otot badan. Sambil melompat minta anak ulang kata-kata kita. Kita mula menyebut huruf, bunyi atau suku kata untuk mereka ikut. Contoh 'a' bunyi 'ar'.

#tip4 - Jauhkan TV dan gadget. Ia hanya lebih memburukkan proses pembelajaran.

#tip5 - Pasang CD fonik atau hijaiyyah semasa mereka bermain dan sedang hiperaktif. Walaupun tidak fokus pasang sahaja. Boleh pasang juga semasa anak melompat di trampoline.

#tip6 - Kita juga boleh membawa anak bermain di taman dan menawarkan anak membaca buku. Mula-mula anak mungkin tidak kisah, lama-lama anak akan mula biasa dan membaca buku selepas bermain dan mula bermain semula apabila bosan.

#tip7 - Gunakan berus semasa anak belajar membaca. Berus lembut anggota tubuh badan anak.

#tip8 - Banyakkan urutan pada badan anak, ia meningkatkan sensori, ketenangan dan fokus. Boleh urut juga semasa belajar membaca.

#tip9 - Mula ajar membaca dengan membuka buku di hadapannya. Tengok reaksi mereka dalam gangguan. Lama-lama anak akan mampu belajar walaupun ada sedikit gangguan.

#tip10 - Masuk dalam bilik yang kosong dan senyap. Hanya kita dan anak. Mula buku buku dan ajar. InshaAllah attention spannya akan lebih baik.

#tip11 - Tutup mata anak, masuk dalam bilik yang senyap dan minta anak ulang kata kita. Kita boleh mula menyebut fonik atau huruf. Ia untuk meningkatkan kemahiran visual. Dengan kemahiran visual yang baik, anak akan lebih mudah melihat buku.

#tip12 - Mulakan dengan mengajar Quran. Dengan mengajar Quran yang sangat kompleks hurufnya, anak akan lebih mudah merangsang otak dan daya fokus. InshaAllah anak akan lebih mudah belajar BM atau English.

#tip13 - Banyakkan pasang ayat Quran di rumah supaya anak lebih tenang. Ayat Quran adalah terapi pada jiwa anak yang kusut dan sukar fokus.

#tip14 - Istiqamah dan konsisten adalah kunci utama. Beri tempoh anak membuat perubahan. InshAllah selepas sebulan melakukan tip di atas tanpa gagal, kita akan dapat merasai perubahannya.

#tip15 - Kita perlu sentiasa positif dan bersangka baik. Marah-marah bukan metod untuk mengajar anak yang ADHD dan hiperaktif. Gunakan teknik reward dan punishment yang digunakan Nabi saw.

#tip16 - Untuk menjayakan setiap tip, kita perlu banyak membaca dan menghadiri kursus. Kita juga perlu sentiasa membuat penambahbaikan.

#tip17 - Fokus kepada KEKERAPAN aktiviti mengajar anak membaca setiap hari. Bukan berapa lama anak fokus membaca.

Nota: Kini, anak saya sudah boleh melihat buku dan membaca tidak sampai setahun saya melakukan semua tip di atas. Anak saya kelihatan seperti anak biasa cuma attention spannya sedikit rendah.

Doa pada Allah swt, Allah yang memegang hati anak kita. Allah jua yang memudahkan anak belajar membaca. Allah melihat usaha yang kita lakukan. Bukan resultnya.

Wallahualam.
Perkongsian daripada: Ummu Ilham Founder Al Fateh Homeschooling

PERKONGSIAN INI UNTUK REMINDER DIRI SENDIRI DAN JUGA PANDUAN BERSAMA... 

Nampaknya dalam diri ni kena tambahkan sabar dan kekuatan diri sendiri untuk istiqamah mengajar anak... fuhhh... 

Kos Pos Laju Naik Harga Mulai 15 Oktober 2016!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kos Pos Laju Naik Harga Mulai 15 Oktober 2016! | Berita tak baik ni namanya... terutama buat pembeli online tegar macam MF dan juga merangkap pengusaha perniagaan online macam syarikat MF dan suami..

Terkejut bila dapat berita ni.. dari web pos laju dan Facebook juga. Minggu lepas kami pos dua kotak besar dari Johor ke KL hampir RM200 kena cas... Tambah dengan GST lagi kan... Sebab GST dah dilaksanakan pada 1 Oktober yang lepas... Nasib la kan...

Ni tambah dengan pengumuman kenaikan harga pos laju lagi... Naik tak banyak tapi tambah GST rasa banyak dan terbeban juga kalau pos banyak-banyak...

Sumber: Pos Laju

Nak kata tak banyak.. banyak juga naik t.. dari harga RM6.90 kepada RM7.31  Biasa cas pelanggan RM7 je kos pos... lepas ni confirm la depa bising kalau kena kan cas pos lebih... hadoii... kena maklumkan kat pelanggan dan kena sebarkan info ni... terutama yang buat bisnes online.. kalau tak depa bising nanti... 

Sumber: Facebook

Huhu... Ni yang rasa nak buka syarikat penghantaran ni... Memang perkhidmatan bisnes ni dah register.. tapi modal takde nak buat bisnes ni... Kalau tak.. memang buka dah syarikat camni.. 

Tapi tu la kan... Nak merungut lebih tak leh juga sebenarnya... Dengan zaman GST, minyak mahal... Nak bayar gaji minimum kepada pekerja... Kena la faham juga kita ni... Terbeban dan terpaksa.. nak tak nak telan jela kan... Kalau tak nak guna pos laju boleh guna khidmat penghantaran lain seperti Skynet, Gdex, Citylink, Nationwide dan macam-macam lagi... Tak pun p hantaq sendiri... 

Adakah kos ini akan buatkan MF bakal hentikan hobi shopping online... Hehe... Mungkin tidak.. sebab kebanyakan seller tak guna pos laju.. hehe... Selamat sikit la.. 


5 Sebab Ini Buatkan Ramai Orang Bisnes Bungkus Sebelum Sampai ke Puncak Kejayaan!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berjaya, satu nikmat impian semua orang... Berjaya dalam segenap aspek kehidupan... Bagi orang yang berniaga, pasti dan tentunya nak jadi peniaga yang berjaya. Tapi nak mengecapi kejayaan bukan hanya petik jari... Perlu ada aspek-aspek penting untuk berjaya. Jika ada faktor kejayaan, mesti ada juga faktor kegagalan.. 

Sumber: Google images


5 faktor kegagalan dan halangan utama untuk berjaya.. iaitu:

1. EGO
Tidak mahu belajar dan merasakan diri sudah hebat. Sikap ego akan membawa kita pada kegagalan. Mereka yang ego juga terlalu yakin pada diri sendiri dan tidak suka mendengar nasihat dari masyarakat sekeliling. Ini kerana, mereka percaya bahawa mereka tahu semua perkara.

2. Mudah Berputus Asa
Orang yang mudah berputus asa akan sentiasa gagal dan susah untuk berjaya. Ini kerana, mereka melakukan setiap pekerjaan separuh jalan. Apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan gagal, mereka terus berhenti melakukannya. Mereka tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

3. Takut Ambil Risiko
Takut mengambil risiko untuk gagal walaupun perniagaan tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk dikomersialkan. Mungkin kerana, kegagalan akan menyebabkan mereka rugi. "Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah", HAMKA

4. Tidak Bersungguh-sungguh
Mereka tidak bersungguh untuk mengubah hidup sendiri. Sekiranya mereka tiada kesungguhan, mereka tidak mempunya kekuatan mental yang dapat memastikan kejayaan dalam perniagaan. Jangan biarkan perkara ini menghalang impian dan cita-cita anda dari terus berjaya.

5. Tidak Komited
Sekiranya mereka tidak komited dalam perniagaan, akan menyebabkan hilang fokus untuk berjaya. Ini kerana, ia akan menjadi sia-sia dan diibaratkan seperti hangat-hangat tahi ayam.

Atasi lima faktor utama ini untuk berjaya dalam apa jua yang kita usahakan untuk berjaya... Selain itu berdoalah mohon keberkatan dari Allah agar kita jadi insan yang berjaya dunia akhirat. Faktor ni bukan khas untuk orang bisnes je.. kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan... Sama ada pelajar atau pekerja... Inilah 5 Faktor Utama penghalang kita untuk berjaya... 

Nujum Pak Belalang Milenia!

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nujum Pak Belalang Milenia! | Bukan nama filem apatahlah drama baru.. tapi inilah satu permainan dan game popular zaman sekarang di Facebook... iaitu aplikasi yang nampak macam takde pape... tapi sedikit sebanyak ada kesan kepada aqidah dan iman... tak rasa tapi ada kesannya... walaupun sekadar suka-suka... 



Iaitulah MF istilah tukang tilik moden.. pernah main, tapi rasa macam melalaikan.. dah tak klik dah zaman sekarang... Sebelum tu, ikuti dan renungkan nukilan dan tazkirah hati ini:


Tilik sudah bertukar arah.
Ia tidak lagi di hadapan bomoh yang gerun wajah dan jampi serapah.
Tiada juga bau kemenyan dan suasana suram yang menakutkan. 
Kini....tilik sudah begitu mudah.
"Alahai, klik sahaja untuk suka-suka, apa salahnya" bisikan jahat syaitan yang begitu licik mahu menggoda. 
Apatahlagi melihat rakan-rakan kongsikan.
"Nak cuba juga, saja-saja, bukan percaya pun" hasutan keji syaitan yang mahu memperdayakan.
Lalu jari menekan. Hati teruja ingin tahu keputusan....
"Owh begini rupanya wajah aku jika berbangsa sekian sekian."
"Owh 10 tahun lagi aku akan menetap di negara sekian sekian"
"Betul ke aku akan punya 8 anak?"
"Waaaaah dalam 10 tahun lagi duit dalam bank aku akan ada 2juta....alahai, kenapa tak 52.2juta?" 
Dalam suasana terang dan tenang,
Dalam suasana santai dan damai,
Dalam pejabat, dalam kenderaan mahupun dalam rumah sendiri sahaja,
tanpa perlu kita pergi mencari si tukang tilik yang begitu keji....tilikan datang di hujung jari. 
Astaghfirullahal azeem.
Begitu licik dunia siber memperdayakan jiwa yang lemah dengan bisikan halus syaitan. Matlamatnya cuma satu....mahu membawa kita ke arah syirik yang membahayakan iman.
Berhati-hatilah wahai muslimat yang mahu menjaga rapi tauhid dan Iman. Tilik sudah begitu mudah dan tidak lagi kelihatan menakutkan. 
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” (Surah Al-Maidah : Ayat 90) 
Nukilan: UmmuNaufal
Sumber: Facebook 


Sebaiknya kita elakkanlah... sebab kalau nak belajar sains metafizik kena dengan ahlinya... tapi aplikasi ni bukan sahaja mengarut tapi berbahaya..sebab kita kena login dengan Facebook...dan sekaligus kita membenarkan apa sahaja maklumat peribadi kita dilihat oleh pembangun aplikasi ini... Zaman sekarang, kena lebih berhati-hati.. fikir dalam-dalam sebelum nak klik, kerana fitnah dihujung jari... 

Macam Mana Boleh Terlayan Drama Cinta Masam Manis Pula Ni???

$
0
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Drama pukul 7, ramai orang tak suka kan.. siap kutuk-kutuk lagi TV3 buat drama waktu maghrib... MF takde lah nak kutuk.. rasa tak suka tak payah tengok... kalau nak tengok-tengok je la, asalkan jangan abaikan dan lengahkan solat.



Macam mana boleh terlayan drama pukul 7 slot Akasia TV3 ni ntah la... Sebab lakonan Zamarul Hisyam agaknya.. haha.. memang suka tengok dia berlakon.. digandingkan dengan Izara Aisyah yang comel tu.. memang nampak kelakar dan sweet..

Drama ni kisah cinta dua pangkat umur yang jauh berbeza.. katanya dah habis tayang...tapi tengok kat TV macam belum.. tapi kat online dah ada sampai episod terakhir.. apa pun.. dah siap save link kot.. nak layan dengan en.somi nanti.. sebab en.somi pun terlayan sekali... haha...

Apa pun, nak layan drama boleh.. tapi jangan sampai lengahkan solat... sekadar hiburan dunia kan.. jangan nak salahkan tv, tapi salahkan diri...

Nak tonton Online??? Boleh klik >>>SINI<<<.. Semua drama ada kat situ...
Viewing all 4744 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>